Instagram : @peejburhan

benda-benda yang tak tahu lalu memudaratkan diri.

aku ingat aku ni takda la bengong.
banyak la tau benda jugak.
tapi tak sangka ada benda simple yang aku tak tau.
lalu memudaratkan diri aku.

contohnya seluar jeans.
kan aku ada beli skinny jeans tu.
wah skinny kau.
walaupun tembun. hahahhaa.
seluar tu memang ok, n aku suka semua.
tapi zip dia selalu terbukak.
bila duduk je, then bangun zip terbukak.
annoying ok.
kalau baju labuh takpa la. siapa ada kisah terbukak ke apa kan.
ni if baju singkat.

sampai la hari tu aku keluar.
baju tak berapa nak labuh.
duduk smoke kejap.

papa : zip kau tu terbukak.
me : dia memang macam ni la.
papa : kenapa ketat sangat ni. tak muat tu. hahahhaa.
me : arghhhh.
papa : ye la. nanti orang nampak.
me : takda la.

dan memang sepuluh kali jadi.
aku dah macam. fine. gemuk ada hati nak pakai jeans ketat.
padan muka.
selalu aku zip. tarik tu. then penarik tu aku biarkan ke atas.
so the next time tu aku zip then clip ke bawah.
then 10 kali aku check ok.
wah bagus. tak terbukak dah zip ni.

me : noy nak tanya. kan kalau zip kan. ada penarik tu. selalu dia ke atas ke ke bawah?
noy : ke bawah la. macam lock.
me : owh really??? hehehehehe. okay.
noy : why?
me : takda la. selalu saya buat ke atas. so asyik terbukak. ni saya buat ke bawah ok la. takda terbukak2 dah heheh.
noy : omg. gila. itu pun tak tau ke.
me : mana la tau T_T

whatever.
janji sekarang feeling skinny kembali walaupunnnnn.

tu satu. then satu lagi.
bilik air kita orang dah seminggu kot tempat drain tu macam tersumbat.
air lambat turun.
nak mandi pun susah sebab air akan naik.
ngeri n scary ok. siap pernah noy mandi, air naik. lepas tu ada lipas berenang. aaaaaaaaaaaaa takuttttt.

mama suruh beli acid n curah. nanti ok.
tapi tau la. nak pergi beli tu asyik la tertangguh.
so nak mandi pun dah tak feel.
sementara tu terpaksa mandi kat jamban.
duduk atas jamban. so air dpd badan ke rambut ke semua masuk jamban.
so takda la naik air kat drain tu.
tapi memang tak puas la kan.

so beli la acid.
dah la acid yang biasa tu dah takda jual sebab kes2 simbah acid tu kan.
dorang jual yang lain. kononnya ok.
so buat la.
sebotol curah. then tak guna lama. dengan harapan berkesan.
tak berkesan ok.
masih sama. :(

mengadu kat papa.
mama suruh panggil plumber je.
tapi tengah duduk main pc. nampak papa naik bawak dawai la. batang segala.

papa : Assalamualaikum.
me n noy : wsalam.
papa : biar papa check.

pastu ketung ketang dia buat kerja.

papa : rambut laaaa. segumpal papa dapat ni.

ketung ketang dia buat.

papa : rambut. banyak betul. korang tak tutup ni.
noy : pija pa. pija.
me : erk
papa : ni dah ok noy. takda tersumbat dah. elok je. dah boleh mandi macam biasa. papa dah test ni ok.
noy : yea? ok. bestnya. terel papa. papa buat apa.
papa : papa tarik pakai dawai buat macam cangkuk. lepas tu guna penyepit. banyak rambut korang. lepas ni tutup.
noy : ok.
papa : berbaloi la selalu belanja papa makan mc d, kfc semua. mama suruh panggil plumber. plumber ni buat kerja sikit je nanti bil 200. baik buat sendiri.
noy : bagus bagus.
me : papa ni macam bruce kan.
noy : a ah.
papa : apa tu?
me : ala yang kardashian tu. selalu suruh bapak dia buat kerja. lepas tu dia bagi upah. heheh.
papa : iye? ok. *senyum angkat-angkat kening*

hehehhee.
ok motif cerita adalah.
i don't know kena tutup benda tu.
sebab aku tak suka nak kutip rambut kat situ.
so aku fikir just biarkan masuk drain je la.
senang kerja.
i don't know akan tersumbat. erk.
fine lepas ni tutup.

noy seronok menyalahkan aku.
sebab dia jenis suka tutup sebab takut lipas keluar ke apa.
aku suka bukak.

noy : pija pa.. dia suka bukak.
me : banyak la. kau pun if tutup pun. bila penuh kau alihkan n masukkan dalam drain tu.
noy : a ah eyh.
me : tau pun.

so sebelum orang lain mudarat seperti aku.
mari la berkongsi info.
bila zip seluar sila clip ke bawah. ;p
dan sila pakai penutup drain tu.
n bila rambut banyak. sila buang di tong sampah.
bukan masukkan balik ke dalam itu.

itu je kisah hari ini.
mari mandi dengan gembiranya.
la la la.

12 Comments:

!! YaNa YassiN !! said... [Reply to Comments]

alah,.. comel lah peja nie, hr2 baca kisah peja, xleh miss,... hihihihi

Siti Nuratikah said... [Reply to Comments]

hahaha lawakla kak peej ni.
comel aje xtau zip sluar clip bawak..hehe ;D

yana halim said... [Reply to Comments]

peej...pasal zip tu dah umur doploh lebih baru akak tau. kikiki..

Cik Lily said... [Reply to Comments]

hehe comel. Oh ya peej , yang drain tu memang kene tutup selalu...kalau boleh malam2..tindihkan dengan baldi isi air ke or something berat..takpun beli cover drain yg ade lock..

sebabnya..beside xnak bg tersumbat coz of rambut..saluran tu biasanya binatang2 merayap mcm lipas or tikus suka lalu.. ;)

silap2 kang ade cik T kuar dlm bilik air..hehe..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Omg peeja! Psl zip tu aku pn br tau ni! Aku pn sll kn mcm ko gak! Hahahhaha! Bodohnyalah aku ni. Buyui

makcik rehan KJB said... [Reply to Comments]

Nak share. Ada kawan skolah kat hostel dulu kan, masa dah form 5 baru dia tau tali bra kita tu adalah adjustable! kesian selamani pakai bra loose :))

Pu3 said... [Reply to Comments]

Lepak lah ko Peej. pasal zip and tutup lubang bilik air tu basic tao.. BASIC!

agak2 aper mender basic yg ko tak tau ek? musykil gak.

peej said... [Reply to Comments]

yana - rajinnnya baca. thank u. ;p

atikah - serious tak tau. ingat clip la mana suka pun ok n sama je.

yana h - yeay ada geng. :D

cik lily - omg scarynyaaaaaaaaaaaa. taknak la sampai cik t keluar. tsk.

buyui - see. maknanya info aku agak berguna la kan. heheh.

rehan kjb - serious? hish setiap orang pengetahuan berbeza-beza kan. heheh.

pu3 - lain ornag lain benda basic yang dia tau or tak tau. macam kita rasa masak nasi tu basic la. ada orang tak tau kan. nak buat macam mana. ye tak.

salmi said... [Reply to Comments]

Hahaha (saya musalmi dari australia) selama ni silent reader je tp yg ni kena komen hahaha kelakar gile Peej tak tau benda2 basic itu. ok yg zip tu boleh dimaafkan la sbb yg tu mmg susah sikit utk kita figure out sendiri (saya pun ada org bgtau kut dulu,bkn figure out sendiri)...tp yg tutup lubang toilet tu COMMON SENSE kut Peej haha, ye laaaa, kita mesti la nak AIR je masuk dlm drain kita kan, kang masuk sampah sarap (read: rambut dll) habisla tersumbat longkang...ala mcm penapis lubang sinki dapur tu la kan...kita letak penapis tu spy x masuk sampah2 dlm sink drain tu (ke yg tu pun Peej alih jugak hahaha)

apapun best la baca entry ni,kelakar paling lawak yg Noy tuding2 jari "Pija pa,Pija"... adek beradik mmg gitu la perangai kan,suka biar mak bapak marah org lain hihi

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

mmg lock zip ke bwh.. hihi :P

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha ni sama kes dengan aunty la, dalam bilek air masterbedroom aunty hanya kami berdua je yang guna anty pun macam peeja suka buka tutup drain tu bila mandi Dan bila tersumbat aunty salahkan anak2 sekali uncle ambik dawai masukan dalam drain tu keluar rambut segumpal terus dia membebelkan aunty.

WaniGhani said... [Reply to Comments]

ok aku ketinggala ketapi..aku kena kat jamban peeja..time tu plak aku yg e'ek...pastu flush tak turun okay...hadehhh!!! terpaksa panggil plumber..tp time buat tu aku keje..laki aku pon ckp dia pakai asid..siap mcm asap2..n ofkosss so "wangi"..just tuang asid dia charge RM100...laki aku mintak kurg..dia kata ini keje sume org xmau buat...so byr je la..

after that baru la kitorang cari benda alah tu..tp aku tak tau la yg kitorg bli ni acid ke x..but berkesan la...sebotol rm10.50

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...