Instagram : @peejburhan

beautiful strangers.

ish tak boleh tidur pulak.
semalam around 10ish mengantuk.
tapi taknak tidur sebab tau sangat.
if tidur around 2am akan terjaga.
sekali memang tak sedar diri. tau-tau tertidur. n yes memang terjaga around 2am.
nice.

sekarang tak tau nak buat apa.
so tadi dok clearkan emails.
macam banyak sangat yang tak berdelete.
sambil-sambil tu tengok la emails.
pastu baca emails daripada readers.
terus rasa semangat n happy je.

few days back entah apa angin tiba-tiba rasa benci blog, dunia blog segala la.
tah apa-apa tah.
tapi korang pun dah lama baca blog aku kan.
biasa la tu. bila angin tu datang. memang sepi je la blog.
as usual bila sepi mula la orang tanya sana-sini.
aku tak reply pun.
sebab i just need a break kot.
rasa down semacam.

paling tak tahan mama la.
aku tengah makan kat meja makan, mama join.

mama : sexy saturday kau tu tak sexy la.
me : huh? (aku fikir yang dia rasa video clip tu sexy ke apa.)
mama : ye la. sebab ni dah tuesday. dah tak sesuai.
me : *rolling eyes* biarlah. malas nak update la. takda mood.
mama : lain kali buat la. sexy saturday until tuesday. hihihi.

e eh. kelakar sangat la tu.
still takda mood.
tapi seperti biasa la. dah ramai sangat tanya.
rasa tak best lak ignore. so buat la entry pendek kata takda hati tu.

nway. bukan nak cerita pasal tu.
nak cerita pasal email.
seronok baca.
who would've thought yang email dpd a complete stranger boleh bagi kau happy kan.
n paling best bila kau baca keikhlasan kat email-email tu.
takda adegan mengipas ke apa ke.
sebab aku ni pun siapa la nak dikipaskan.
tapi kalau kipas sebab sian tengok aku kuat peluh takpa. itu dialu-alukan. heheh.

ada yang suruh aku share email dorang.
tapi aku rasa tak perlu kot.
kang orang muntah darah pulak kan. ;p
tapi serious seronok.
sebab kadang-kadang kita berblog ni sebab sendiri seronok.
merepek je takda hala tujuan.
tapi tak sangka ada orang yang rasa terkesan ke apa ngan entry kita kan.

aku ni jenis tak reti sangat nak berkawan.
sebab tu la kau akan tengok aku balik-balik ngan orang yang sama je.
aku selesa macam tu.
tak pun last-last takda siapa sangat. aku akan ngan noy je la berdua.
tapi dalam pada tu. slow-slow aku buat kawan ngan some of readers aku.
rasa rapat n sayang pulak.
walaupun ada yang tak pernah jumpa pun.
tapi rasa rapat n macam dah kenal lama.
sebab dorang rajin berinteraksi kat fb, twitter n emails.
so kau dah rasa selesa kan.

so bila adanya korang-korang yang rajin bersuara ni.
tu yang bikin kasi semangat balik.
sebab blog ni kadang-kadang buhsan jugak.
yang menaip ni la buhsan.
baca tak buhsan.
aku tau la. sebab bila blogger-blogger kesukaan aku tak update.
aku rasa lost jugak. rasa macam, "eh kenapa dia tak update ni? dia ok ke tak?"
sampai rasa macam. eh dia ni block aku dpd baca blog dia ke.
eh boleh ke macam tu? heheheh.

apa-apa pun. thanks to all my beautiful strangers yang tak jemu-jemu baca blog ni.
yang dah bertahun pun kan.
n pada yang baru datang n baca pun la. thanks jugak.
hope semangat ni akan berterusan.
walaupun kadang-kadang akan down ke apa kan.
tapi if la ever blog ni berkubur satu hari nanti.
still, aku akan ingat kenangan ni. yang aku pernah ada blog n aku ada readers yang sweet-sweet.
Alhamdulillah.

ok tu je kot bebelan pija si burung hantu.
tiba-tiba mood jiwang pulak di pagi jumaat yang indah ni.
hehehhee. *gelak budget comel habis la tu*

24 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

Ko update mcm ni pun aku dah senyum2 pija. Walaupun ade xde beremail ngn berfesbuk ngn ko :D

peej said... [Reply to Comments]

linda - hahah. kau memang suka over tau. apa2 pun thanks. sebab kau rajin jugak tweet2 ngan aku kan.

farrah said... [Reply to Comments]

i'm one of your beautiful strangers... and...




...AAAAAAA takutnyaaaa entry before ni! tak baca pun lagi tapi TERtengok gambar AND macam boleh agak je mistik tu apaaaa aaaaaa takutttt T_____________T

cahya indah said... [Reply to Comments]

da lama baca blog kak Peej ni plus blog mama akak sekali..sukaaaaa ;)

Amni said... [Reply to Comments]

kan.... tak pernah jumpa pun boleh rasa sayang tu.. padahal blogging jer pon... sy pon sama kak... cuma akak otai.. hehe..

Ninie Simmons said... [Reply to Comments]

i pun baru follow u tak sampai setahun...but u're one of my fav blogger peej. :) Bukan kipas ya... Ikhlas ni! teeeheee!

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Like :) *sambil kunyah karipap*

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

auwww sweetnya entry ni sbb u ckp kami ni readers yg sweet *mode : perasan*

H.A.N.A said... [Reply to Comments]

i am totally stranger to u. tp nanti ahkak kawen jemput la saya

terima kasih sbb sudi hargai saya yg stranger ini!

love u kak peej!

@uglymermaid

si cokelattte said... [Reply to Comments]

betol la peej.. ko update mcm ni pon da wat aku senyum.. even tak mesj2 or fb2.. aku suke sume2...

luvmum said... [Reply to Comments]

peej...jgn tak update tau..tiap ari baca oppss sabtu ahad tak baca sebab online kat opis jekr.apapun blog anda bikin sy senyum sentiasa..

yana halim said... [Reply to Comments]

eh! tak jumpa pun sayang tau peej. heran pasal lama sgt x hapdet blog. dah le takde twitter. nak add fb, kang x moe friend dgn kittew (katanya hari tu mcm x meninggalkan kesan). buat malu je. tu yg t'tunggu2 kat blog je. huhu..

Cinta Luar Biasa

ChekNin said... [Reply to Comments]

akak...
sebelum ni sy silent reader jer kat blog akak..tpi entry ni buat sy tertarik nak komen. Sbb i am one of the beautiful strangers. *pengsan 5minit*
saya baru lagi kenal blog akak. Ur kazen, Nisa, yang kenalkan blog ni. So saya tertarik.

Lebiu akak. :)

fomfuen emo said... [Reply to Comments]

Akak sker the title of this post.. :)

Welkambek, as always.. :)

shuweet said... [Reply to Comments]

hahahaha..ending part tu aku suke sangat....

Deqna said... [Reply to Comments]

bertahun dah baca blog nie....tak pernah buhsan pun...tapi buhsan kalau tak update..hehe

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

agree with deqna :) peej, aku x pernah rasa jemu baca blog ko ni..bila ko x update tu lah yg buat aku tertekan tau ;) ko selalu buat aku ceria disaat2 diriku gundah gulana, thanks peej.

yana halim said... [Reply to Comments]

memang suka sgt baca blog nih. Terus la tulis2 ye peej? Kitorang semua nie kan beautiful strangers....ngeh ngeh ngeh...

Ann said... [Reply to Comments]

hidupp peejaaa...:):)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku rasa kan keikhlasan ko dlm entry ni...[tetb kan ayat aku bunyi mcm org waras...selama ni mesti ko rasa aku bengong..hahah]

jap2 nk tanya adakah aku salah seorang beautiful strangers itu?lalalalala

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja aunty suka baca blog ni cuma aunty nak beritahu yang aunty pun ada perasaan segan juga sebab Maklumlah aunty ni orang tua, takut peeja ingat aunty menyibuk je suka campur cerita orang muda2 sebab tu sekarang ni kalau aunty komen tak macam dulu2, aunty hanya tulis yang sepatutnya je. Kalau kat fb aunty pun baca juga kalau Ada update kat wall peeja, sekali sekali je aunty komen sebab malu kat kawan peeja Maklumlah tak ramai kawan peeja sebaya aunty dan tak nak orang ingat aunty baik dengan peeja sebab Ada udang sebaliknya batu.

Dulu2 selalu je nak pelawa peeja pergi makan makan, tapi bila peeja selalu menolak aunty pun dah mula rasa segan dan mungkin peeja lebih selesa kita berkawan disini aje apa pun aunty nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat sebab sudi jadi kan aunty kawan.

KR said... [Reply to Comments]

aku baru tjumpe blog ko nih ms google pasang kucing kene dera hapa tah ritu.. bace dr dpn sampai blakang2.. suka baca sbb ko giler.. boleh gak isi mase boring2 aku kan.. kuikuikui..

peej said... [Reply to Comments]

farrah - yes. u r one of them. dpd dulu kan. bukan dulu nick kau anonymous. ke? ke aku silap? hahhaa. kelakar la kau sampai ke sini kau komen entry tu.

cahya indah - thanks dear :D

amni - kan. dunia dah berubah. eh mana ada otai la. sama je semua.

ninie - ye ke? thanks sangat. *pelukkuatkuat*

wani - amboih makan sorang. bak sikit.

yatie - tp memang betul. walaupun ada la sekerat dua yang annoying. tp mostly sweet. heheh.

hana - ok uglymermaid tu tau. perasan. heheh. :)

cokelatte - hahaa. tu la. tetiba pagi tu mood sayu n terharu lebih. gilo.

peej said... [Reply to Comments]

luvmum - thank u. tu la if ada cerita n kerajinan Insyallah akan update.

cheknin - la kenapa silent. jangan la segan2 ye. oh nisa ke. dia pun dah lama menghilang. busy memanjang kot.

fomnfuan emo - my pleasure. ;)

shuweet - kenapanya?

deqna - tu la kan. dpd zaman kau dulu-dulu kan. thank u. tu la. sekarang aku faham kot. sbb if blogger2 lain tak update aku bosan n mati akal.

dylan - thanks sebab baca. aku blog je if rajin. n teruja bila orang enjoy baca. :) akan cuba merajinkan diri yang memang memanjang malas je.

ann - Aminnn. kang kau kata mati pija takut pulak kan. hahaha.

buyui - haha gilo. kau bukan strangers nok. kau tu hantu. sebab sana sini menghantui aku. hahahhaha.

aunty - kosser ok. apa yang sebalik batunya. bukan ada apa pun saya ni orang nak kawan bersebab ke apa. kalau aunty happy komen je la. tp tu la. saya ni takda la rajin bebenor nak reply ke apa kan. ;p mana tau aunty sentap pulak ingat purposely taknak reply ke apa kan.

kr - oh ye ke. baru sangat namanya tu. kalau macam tu aku ucapkan selamat berkenalan. ;p glad that u enjoy reading my blog. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...