Instagram : @peejburhan

apa sebenarnya yang kau nak ni?

baca entry green apple yang latest tadi.
kebetulan aku pun nak cerita lebih kurang.
oh samanya kami.

aku pun tak gemar budaya budak-budak beraya rumah ni.
dah la tak tau dari mana asal usul kan.
aku rasa aku pernah cerita dulu.
pernah ada group bebudak datang beraya.
mama jenis rajin layan. masa dia sihat dulu la.
bila interview tanya.

mama : ni daripada mana ni?
kids : daripada gombak.
mama : hah? jauhnya. datang macam mana?
kids : naik teksi tadi.
mama : teksi yang depan tadi korang punya?
kids : a ah.
mama : banyak duit raya korang dapat sampai naik teksi.
kids : kongsi-kongsi tambang.

amboih. kelas kau maria.
naik teksi ok. jauh pulak tu.
apa parents dorang ni tak amik tau ke mana anak-anak dorang pergi heh?

mostly yang datang nak duit raya je la kan.
bukan nak beraya ke apa.
kalau betul niat beraya pun macam tak logik.
baik kau beraya rumah jiran or sedara mara kan.
ni rumah orang tak kenal.
dulu pernah datang sampai 10 orang.
paling besar let say 10 years old.
lain kecik-kecik.
siap ada sorang dukung bawak adik yang umur 8 bulan kot datang beraya sana sini.
gilo ok.
but that was years ago la.

tahun ni langsung aku tak layan.
tak tau la kalau parents aku layan.
tapi if aku tengah lepak.
ada bebudak kata datang nak beraya je, terus aku cakap, "sorry la. takda siapa nak layan. semua orang sibuk la. ramai orang ni."
tak pun, "takda orang la kat rumah. takda siapa ni."
senang kan. memang keji.
papa kata lain kali bagi tau dia. hulur duit pun takpa.
e ehhhh. mana boleh. senang-senang je kan.
baik hulur kat aku ke. ;p

tadi dot dot datang.
kita orang keluar makan kejap.
dating-dating.
then aku mintak tolong potongkan pokok.
sebab mama tak sihat sangat kan. aku pulak pemalas. hampeh.
so pokok bunga kertas kat depan ni dah merimbun.
ada satu tu panjang dalam 3 meter kot. macam gerbang atas kereta noy.
ranting dia pun nak jadi dahan dah. besar lagi dpd duit 50sen.
semalam hujan lebat. berat. siap cecah ke jalan tar.
so masa nak parking melibas-libas kereta.
not good.

mintak permission mama dulu boleh tak potong.
mana tau memang tu impian taman dia ke apa kan. dekorasi laman ke apa kan. heheh.
mama kata ok.
so mintak tolong dotdot potongkan.
tenaga lelaki lain kan. bagus sikit. eh tenaga. hahhaa. eh ke aku je otak lain macam ni. ok abaikan.
so dia potong la. then aku suruh potong kecik-kecik senang nak buang nanti.
tiba-tiba dia get carried away. kemas-kemas mana patut.
potong sana sini.
tiba-tiba hujan renyai turun.
wah drama hindustan sangat.

me : sayang dah la tu. hujan la. masuk la.
him : kejap la. sikit je ni. u duduk je relax. i buat sikit ni.
me : nanti demam la.
him : kejap la.

dia punya kejap tu 20 minit tak stop-stop.
dok la trim pokok dalam hujan renyai.
kejap-kejap aku ke depan la tengok n paksa-paksa dia stop.
tiba-tiba datang 2 budak lelaki dalam darjah 3-4 macam tu la.
dalam hujan renyai tu.

kids : bang nak beraya bang.
me : takda orang la kat rumah.
him : a ah la dik. takda orang ni.
kids : kalau macam tu nak duit raya. bagi duit raya je.

amboih. suka hati kau je kan.

*check kocek takda small change*

him : u ada duit kecik sayang?
me : takda. *padahal ada. dasar kedekut aku ni ;p*
him : takda la dik. adik pergi raya mana-mana dulu. kang datang balik.

*budak-budak berlalu pergi*

me : hujan la. balik la. nanti demam.

*tak dilayan*

then few minutes later datang lagi 2 budak lelaki.
lain pulak.
kali ni maybe darjah 6 macam tu kot.
dotdot masih gigih potong pokok dalam hujan.

kids : abang nak datang beraya bang.
him : beraya dik? macam mana nak beraya dik. abang pun tukang kebun kat rumah ni. ni bukan rumah abang.
kids : ye ke bang.
him : ye dik. ni dalam hujan pun abang berkebun dik.
kids : takpa la bang.

aku speechless.
aku ingat aku je keji.
dia lagi keji. sebab sampai mengaku tukang kebun.
hahahahhaha. bengong sangat tau.
tergelak-gelak aku lepas tu.
takpa la. hang kebun pun hang kebun la.
tetap <3

28 Comments:

ezanoor said... [Reply to Comments]

hhahahha... lawak la encik dotdot tu... mmg annoying je budak2 g2... mmg malas nak layan. lagipun motif hanya nak duit raya... aduhai... apa nak jadi tah... klu 1 taman perumahan takpe gak...

akiss ferrero. said... [Reply to Comments]

kah kah kah, bagus dotdot!

mmg annoying, kdg2 tu minum air separuh, salam mtk duit raya. pastu kire dpean mata kite. deym.

AziniMZ said... [Reply to Comments]

aku lg keji kot.. masa tgh jemur kain nmpk budak2 nk dtg beraya..aku cpt2 masuk lam rumah tutup pintu.. tah la aku cam tk dpt terima raya ke-10 pon dorang gigih lg nk gi rumah ke rumah beraya..lain la raya 1,2,3.. leh la diterima lg..

landaklaut said... [Reply to Comments]

Hahahaha lawak la dotdot. Aku pun kalau ada budak2 nak datang beraya yang aku tak kenal, aku cakap je "tuan rumahnya nggak ada!" langsung ingat aku bibik ke apa budak2 ni. Hahahaha.

fomfuen emo said... [Reply to Comments]

Ustaz akak kata, budaya budak pergi beraya rumah ke rumah semata2 nak mintak duit raya salah. Macam mintak sedekah katanya, tak betul dalam Islam. Mak pak derang tak patut galakkan.

Lain la kalau kita ikhlas nak kasi duit raya pada anak2/anak sedara sendiri.

HadSha said... [Reply to Comments]

Hahahaha..... Kelakar la dot dot tu.... Agaknye die da plan nak ckp gitu kot.......

Che Sue said... [Reply to Comments]

hahaha omg aku tergelak sorang2 kat opis ni hah! keji dotdot ni ngaku tukang kebun! hahahahah! adoilahaii...bagus toi modus operandi dia ek..kip it up dot dot!!

Daya said... [Reply to Comments]

Haha tukang kebun .. asal boleh ;p

PertMuffin said... [Reply to Comments]

aritu ada budak datang beraya kat rumah aku malam2 buta (hari sekolah plak tu!).. dah la tak kenal. pastu masuk2 terus tanya, "acik beli rumah nih cash ke hutang??" (T_T)
saikonye..

NP said... [Reply to Comments]

tapi kadang2 mcm kesian kan...
dunno what to say lah

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Tima Kasih kat dot dot..mama keluar rumah sebelum maghrib tadi nak jengok hasil tukang kebun..hehehe bolehlah belakun jadi tukang kebun lagi bulan depan utk trim2 pokok mama..

J u l i a 。.゜✿ said... [Reply to Comments]

hahahaha adoiiiiii lawak jugak dotdot peej tu ! =D

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Dot dot... marilaaa rumah ku pulak
Ada pokok nak kena trim ni
Eh, dot dot hensem cam gardener dlm Desperate Housewives ?
Auwww...

sweethOneY said... [Reply to Comments]

omg, mcm xde adab kan bebudak neh.. otak dasar pikir duit je. adap buang entah ke mana

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

Hahaha... lawak ok bila dotdot ko bagi alasan tu. kehkehkeh. taknak kalah tu!

kak su bidadari said... [Reply to Comments]

heheh.. hensem tukang kebun ko peeja..

adoi.. budak2 ni bukan budak2 mesia kot? cara berani sgt tu!!

kalu kat kg kanda kita, di perlis tu mmg gitu, dari raya pertama lagi dah tunjuk muka je kat tepi pintu, mintak duit je, takmo masukpun.. keji sgt.. tak suka akak!

VFN said... [Reply to Comments]

mmg budak2 dtg beraya skang kurang ajar ok... dtg beraya elok2 tak boleh ke?ini siap bukak pintu bilik la,bukak peti la..mcm rumah mak bapak kau je kan...

yg lagi haru,tgk makanan mcm tak penah jumpa...tak nyempat2 nak makan...haishhhhlaa

WaniGhani said... [Reply to Comments]

oh peeja..xtau napa aku terbayang masa dot dot cakap abg ni tukang kebun tu aku terbayang dia cakap dengan muka *lihatlah aku hanya seorang tukang kebun* dengan jayanya..hikhik...

mcm aku,aku suh masuk..raya btul2 minum mkn biskut..xmasuk tak raya..
so i wont give money..heh

lily lotus said... [Reply to Comments]

hahaha, sabar jerlah. mmg itu jer pun motifnya, duhet raya. tapi betullah, parents tak amik kisah ke anak dah sampai negeri mana, ishk2

nqr said... [Reply to Comments]

ohhh ni ceta tukang kebun kat tweit rupanyaaa

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

tetb aku rs nk buat cerita chenta si tukang kebun...ko anak tuan umah kaya...lps tu dot2 tukang kebun .. mhahahaha!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Alahai peeja kat kawasan rumah aunty ni lagi parah, tiap2 tahun budak budak Dari kg sebelah sampai Sekarang datatang beraya Dan tiap2 tahun tukar duit seringgit dalam rm600 pun tak cukup fengsan tau tapi pasal tak sampai hati kat budak2 tu aunty hulur jugalah. Ada yang komplen lagi rumah besar bagi seringgit je pelokek, sampai anak bungsu aunty jawab balik nasib baik dapat duit kalau tak bagi baru tau.

Lulu Junior said... [Reply to Comments]

Peeja. Aku kena benda ni malam tadi. Pukul 11. Aku ulang, pukul 11. Aku dah nak tidur, mak aku demam. Lepas tu ada sekumpulan mangkuk mana entah, bagi salam "samekom, samekom" sambil tekan bell tak berenti selama seminit. Aku diam je. Bila dia tak berenti tekan bell, aku bukak pintu. Aku cakap, mak bapak korang tak marah ke korang merayau memalam ni? Geram betul aku! Masalahnya ada sekor menjawab, "mak bapak kitorang tak kedekut macam ko". Kong ajo.

PS: Camane kenal dengan Aunty Shida kat atas ni?

peej said... [Reply to Comments]

ezanoor - kan. kalau anak2 jiran ke takpa jugak. tp rasanya parents dorang pun ada sivik. mesti akan beraya bersama. takda nak lepaskan anak macam tu je.

akiss - kalau bagi sikit merungut kan. wth.

azini - kan. kalau raya 1,2,3 tu masih ok la kan.

landaklaut - aku pun pernah buat dulu. hahaha.

fomfuan emo - tah2 parents dorang pun tak tau kot. ingat anak dia jalan dekat2 je.

hadsha - kan. tapi rasanya dia pun annoyed kut asyik kena kacau je padahal tengah tekun gardening.

che sue - yang bebudak tu pun percaya kan. maybe nampak menyedihkan betul berkebun tengah hujan. demi mencari sesuap nasi. hahahhaa. drama gila.

daya - kannn.

pertmuffin - omg memang psiko gila ok. bebudak sekarang punya mulut. hahahhaa. pernah dulu budak beraya. hidang kuih n air. dia cakap, "eh kuih2 je. ketupat, lemang n rendang takda ke?" amboih.

np - ye ke? macam tak je.

mama - over ok uolls. tapi dia ok je rasanya.

julia - tu la. tak terfikir nak mengaku tukang kebun kan.

peej said... [Reply to Comments]

kakakdegil - best gila kalau handsome macam tu. kasi affair mcm dalam cerita tu. wah.

sweethoney - kan. rasanya kalau dorang sopan2 mesti kita pun x sentap.

liz - kan. mama gelak melampau bila cerita kat dia.

kak su - haha. handsome ke? mcm tak je. melampau kan. lagi tak beradap tu.

vfn - ye ke? tu sedara mara ke apa tu? sebab rumah aku tak pernah la kena sampai macam tu.

wani - memang pun. siap buat muka sedih. over ok. oh sama macam mama. dia akan paksa bebudak tu minum n makan kuih. sebab kadang2 dalam panas terik kan. tak penat apa.

lily lotus - kan. dengan kes2 yang macam2 sekarang ni. risau kan. haih.

nqr - hah tak faham.

buyui - kau memang sewel. kalau dah anak orang kaya, apa jadah nak bercinta ngan tukang kebun. scandal sudah. hahahhaa.

aunty - melampau kan. abis tu nak bagi berapa? dah la berduyun2. ingat orang cop duit ke?

lulu jr - eeee kong ajaq berganda-ganda perangai. rasa nak cekik je kan. kenal mcm mana? dpd blog. y?

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Kawan mamakan, tiap2 tahun tak bagi duit. Dia bagi air kotak jer..tu pun hulur kat gate ajer..

shuweet said... [Reply to Comments]

HAHAHHAHAHA....lagi keji dotdot..tapi kan aku pun maleh nak layan bebudak dtg beraya nih..sebab dah tau niat deme..tapi mak aku slalu marah..katanyer budak2 datang tu bukan ape..dorang bawak rejeki..terpaksa di layankan jugak..pastu bagi makan kuih nngan air sirap pastu bagi duit laju je dorang blah..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja: lulujunior tu duduk kat rumah aunty boleh dikatakan macam sedara(abang mak dia kawin dengan adik emak uncle) dia dan Wan sebaya Dan ke sekolah rendah yang sama.

Ain: tak Ada siapa2 pun kenalkan aunty dengan peeja sebab aunty jump a sendiri blog dia Dan jadi pembaca setia sejak 4 tahun yang lepas cuma baru 2tahun kebelakangan ni je baru komen kat blog ni Dan aunty pun dah jumpa peeja.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...