Instagram : @peejburhan

apa ke lembik sangat aku ni.

aku ada cerita sikit-sikit kat twitter la.
tapi since tak semua reader blog ni yang layan twitter or follow aku.
so cerita sini pulak la.

aku sekarang micro blogging kat twitter je.
lebih mudah dan cepat.
kalau ingat, akan update proper kat sini la.
if not abis situ je la kan.

anyway. lepas mama jumpa kawan dia masa beraya.
tiba-tiba dia excited nak tukar venue kawin.
siap semangat kata pakej dapat macam-macam la apa.
paling tak tahan ada pelamin.
terus aku rasa nak pitam.
sebab telah ku katakan, aku taknak pelamin.
i cannot picture myself duduk kat pelamin tak tau nak buat apa.
ish majal je rasa.
dengan dia kata dia nak 3 pasukan kompang la apa. eeee pelik-pelik je mama ni.
sebab bangga ada orang nak kawin ngan anak gemuk dia ni.
help1 help! help!

aku tak suka jadi center of attention.
ikut plan aku, just nak nikah. then terus makan-makan.
3 khemah je cukup. jemputan tak sampai 200. dah settle.
tak payah susah payah.
mama kata ok. jimat katanya.
haaaaaaaaaaa, sekarang??? melampau kan.
memang betul kata semua orang. mak-mak mesti akan over.
tapi dia kata takyah sanding la. pelamin tu untuk ambik pic ngan kawan-kawan je.
ingat aku percaya? *pitam*
tahu tak aku punya nervous n takut tu.
aku rasa aku nak turun daripada kereta nak berarak pun takut.
eeeeeeeeeeeeeeeeee.

anyway. tu bukan cerita sebenar.
bila semua tu dah bertukar.
aku jadi tak tentu arah.
bayangkan what if tiba-tiba jemputan ramai.
malunya. tak suka. dah la aku ni tak lawa.
pastu orang nak tengok-tengok. uwaaaaaaaaa.

mula la kelam kabut nak diet konon.
ye konon. sebab apa konon? sebab aku punya nak diet ni sejak umur aku 15 tahun ok.
sekarang dah kertu pun samo ajo badannye. hahahhahaa.
dah la hari tu bulan puasa gembira turun berat 5kg kannnnn?
lepas raya kedua, balik je dpd kampung, naik balik ok 5kg.
then seminggu lepas tu tambah lagi 2kg. syabas.
back to square one.

ok bab diet tu tak sangat la.
aku suka je makan. takda pantang.
cuma kurangkan je la.
so gigih la sarung PB.
katanya lama tak pakai. so pakai macam biasa je la.
lepas tu gatal la. pakai kancing last. paling ketat la kira.
ok la. settle. harap berdisiplin. so far dah seminggu la gigih. ;p

sambil tu konon...ye konon lagi.
konon exercise la sekali.
day 1 aku aerobics.
bukak lagu buat je apa suka.
sims social punya tanaman siap2 set 1 jam dah boleh harvest.
konon nak aerobics 1 jam la.
takda makna ok. 20 minit je aku dah rasa dada macam nak terkoyak.
terus stop. serious rasa macam nak mati je.
tanya semua orang. dorang kata memang la.
sebab badan aku tak biasa.
so kena start slow2.
ok la.

then noy kata takyah susah payah.
turun naik tangga 15 kali cukup la.
bukan turun 1. naik 2.
tapi turun then naik balik baru kira satu.
ok day 2 aku buat la.
baru sampai 8 semua dah sengal2.
then dada mahu terkoyak lagi.
jantung jangan cerita la. macam motorboat sudah.
tau-tau aku tergolek kat tilam lalu tertidur. nice.

lepas-lepas tu aku just bukak youtube ikut je exercise mana yang aku suka.
ok la. tapi takda la gigih. biasa-biasa je.
lepas tu tak buat. hahaha.
tapi PB masih gigih pakai.

so nak cerita sini.
aku tak tau la sebab pattern makan aku berubah ke.
or sebab aku pakai PB ketat ke.
or sebab aku tiba-tiba sibuk exercise ke.
yang pasti sekarang dada aku selalu sakit.
macam pedih hulu hati tu.
tapi pedih hulu hati dia macam kat bawah n hujung je kan.
tapi ni tak. sakit sepanjang dada tu. kira kat longkang tetek tu la.
eh tak sopan ayat. tapi aku tak tau macam mana nak terangkan.
paham tak?
sakit yang rasa macam tak boleh bernafas tu.

aku selalu pakai PB lepas maghrib.
senang. tak selesa la solat pakai PB. ni aku rasa la. orang lain ok kot.
so pakai around 8. pukul 4am bukak.
sebab aku selalu tidur pun after subuh kan. burung hantu. ;p
then masa nak tidur aku akan rasa sakit tu.
memang tak selesa la. rasa macam nak mati pun ada.
yang noy bengong. aku ngadu kat dia.
dia suruh aku mengucap. T_T

ada mengadu kat mama.
mama kata jangan pakai ketat PB tu.
dia akan compress organ semua.
ok la. start semalam aku tukar kancing kedua je.
semalam elok tak sakit.
but today sakit again. what the hell.
tapi semalam aku x exercise jugak. so adakah sebab itu jugak.
aaaaaaaaaaaaaaaaa.

call dotdot mengadu kat dia.
dia terus salahkan rokok.
bukan la nak kata rokok tak salah. tapi aku tak rasa sebab tu. entah.
sebab sakit rokok ni lain.

ada orang kata angin. maybe la. angin tak lepas.
dorang kata sebab aku tak makan.
masalahnya aku makan je. takda la sampai starve ke apa. gila.
so not me ok.
tapi tadi sakit. then aku duduk n urut-urut dada. keluar la angin sikit-sikit.
rasa lega sikit la. sikit je.
tapi hari ni je la.
yang lain-lain tu tak pulak.
plus memang boleh ke angin selalu macam tu.
n timing pun sama je. weird.

aku rasa memang badan aku lembik la.
baru push sikit dah tak tentu arah.
menyampah ok.
dotdot bising. dia kata tak perlu la korset ke diet semua tu.
seksa badan je. dia takda masalah pun ngan aku sekarang.
dia sayang je. eceh nak sweet aje.
dia memang ok je.
tapi kitew nak kurus sikit pliss.
sikit je. tak banyak pun. ;p

entah la.
ni dah ok sikit rasa.
memang pelik. sebab dia muncul time malam je.
scary eyh.
tak lama la. dalam sejam lebih macam tu.
korang rasa kenapa eyh?
PB ketat?
exercise mengejut?
angin?

25 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

Apa yg nk kau heran kan pija oii? dh laki pon ok ngan kau skang ni. toksah pening2 pala nk turunkan berat kau tu. lain la kalau kau boleh transfer lemak silikon kt tetek kau tu. mmg aku org yg paling awal angkat tangan menadah ;P

Leen said... [Reply to Comments]

Rasanya sebab exercise mengejut.. awal2 exercise ni jgn push bwat truk2 sgt.. saya pun penah jd camtu dulu.. tp lama2 sakit tu makin berkurang.

kak teh said... [Reply to Comments]

jgn la wat majlis simple2 sgt...sye nk g..plissss kl simple ,musti famili members je yg akan join hukhuk. x yh teruk2 sgt nk kuruskan bdn, yg penting maintain n jge makan skit2 :)

FMT said... [Reply to Comments]

Selamat hari raya peej,

Saya nak bagi tahu tips diet. Takut orang kata saya perasan kurus pulak. Saya share pengalaman cam mana saya kurus. Kot2 berkesan kat Peej. Berat saya selalu 70-74kg. Tahun 2008 berat naik ke 84 kg. Tahun 2009 sy start exercise turun sampai 72. Tahun 2010 diet low carb turun sampai 68. So exercise + low carb tak berkesan bagi saya. So tahun 2011 March saya start diet cara Islam + low calorie. Yes, jangan kata sy perasan alim pulak. Try la google cara makan secara Islam. Contohnya, jangan makan dessert selepas makan, kana sebelum. Makan dessert berbuah pastikan tak campur susu/cheese (cthnya blueberry cheesecake jgn makan). Jangan ikan seafood bercampur protein dari darat (ayam/daging/telur). Bulan 6/2011 berat saya 62 kg. Terus diet cara Islam berat saya sekarang 54 kg.And again, ini hanya pengalaman saya.

ezanoor said... [Reply to Comments]

badan kita sama... tapi dh lama la xde wat exercise... tapi bila exercise takde plak rasa g2... ermm... xtau la kenapa.. untungla u peej dapat en.dotdot... hehhe anyway, aritu tgk pic dah nampak kekurusannya.... teruskanlah... bagus apa utk big day tu... cuma jgn push sgt... badan takleh terima

shada said... [Reply to Comments]

aku rasa angin dan PB.. chewwah.. mungkin sebab kau pakai ketat sangat so badan stress..

plus kalau angin ni memang akan buat kita rasa worst gila.. aku penah kena angin sampai rasa tak leh nafas pun..macam problem kat paru2.. memang rasa nak mati.. end up doctor kata cuma angin.. tapi rasa dia memang terok la..

tp memang salute kegigihanmu setia bersama PB.. bab nak kurus tu, tak pa, kalau kau sendiri rasa nak, buat jer even orang kata dah ok.. aku pun rasa kau dah ok, tp sapa tanak jadi LEBIH cantek tertarik kau memang da bom kaan...

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

hahaha... kompang tiga penjuru...habis lagu (3 lagu) satu pasukkan lain akan menyahut dgn lagu lain..dan seterusnya..Mama so happy for you..dont you fall sick..this is not the time to diet but to maintain good health. Dont be stressful, nanti muka haggard. Just concentrate on yr entire body skin care..He loves you as what you are..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku rs ko stress la sbb sakit ulu hati tu..kalau aku jd ko pon aku pucat dh...

ko jgn over exercise..sikit2 sudah janji sihat wei...yg penting ko confortable dgn diri ko sendr sudah...

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Peej, ko taknak try Atkins diet tu ke? Berkesan nk menurunkan berat bdn tanpa berlapar :D Aku dh try 3 minggu, turun 6kg. tp jgn paksa diri sgt, jgn smpi sakit ok.

ko ttp lawa begini, jgn stress sgt

fdyana said... [Reply to Comments]

check with the hospital. It might be your gallbladder. Batu di dalam hempedu.

farra8979 said... [Reply to Comments]

rasanye cam dotdot tima je peeja seadanya cam mana me abg terima me, hihihi.. tp kan, pasal PB tu pun mungkin gak. me dah lama x pakai sebab sakit belakang n pinggang yg amat sangat.

tp klu nak diet, its ok. teruskan usaha.. chaiyok!

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

Salam. Mungkin bila peej pakai PB badan nak keluarkan toksin dan angin kot..tapi kalau semakin teruk consult doktor ye.
anyway, kalau bf tak kisah and like the way u are now. dont worry la. u are pretty lah :))

zella y said... [Reply to Comments]

slm...

mb exercise lebih2 sgt kot...
boleh start slow2...
hurm...mb boleh try atkins diet... ;)

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

kalau sakit tu kau rasa macam ada orang terajang dada, bawah tetek, tak bleh bernapas, sakit sampai ke tulang belakang, sakit sangat sampai menangis

kau pegi cek la peej

aku 3 bulan lepas beranak kat anak sulung rasa camtu, siap masuk icu sebab tak tahan sangat rupanya ada batu dalam hempedu

kalau kau try wiki macam mana dalam batu ada hempedu ni antaranya paras kolestrol tinggi, berat badan tak seimbang macam-macam la

dulu aku ingat aku pedih ulu hati ke gastrik angin ke bagai

2 kali kena attack terus serik!

better pi cek la.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

maybe exercise mengejut. sebab saya pernah lah tiba2 je gedik nak skipping bagai, konon kasi keluar peluh sket la. sebab raya kan makan macam2 jenis. so takut la badan yg sedia ada membuak ni lagi membuak. so terus la melompat skipping tuh. hambek, seminggu kot badan sakit.paling sakit peha la.mcm urat tegang.nak naik turun tangga office punya la sengsara sebab otot2 kat peha jadi macam tegang. pastu area bahu pon sakit.bgtau member, dia kata tak warm up, so badan terkejut la, tiba2 melompat jadah kan. padan muka sayaaaa

farrah said... [Reply to Comments]

haah peej, jangan push sangat awal-awal, terkojuit badan tu :) always start slow ie warming up, then baru increase your pace. lepas tu kena consistent! nanti kalau badan dah biasa, sure rasa aik apsal badan rasa sedap and fit and ringan ni...

good luck peej! ala jangan la jemput 200 orang je, kami peminat setia blog kamu ni tak sudi jemput ke? hehe kasi pressure sikitttt...

farrah said... [Reply to Comments]

oh, and i love your mama! :) so sweet auntieeee...

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

peeja,
sy penah gak buat sit up.
tp mmg tak boleh. perut jadi kejang.sakit smpai seminggu..
pastu badan rasa lembik gile.

so amik keputusan.. kepada bakal suamiku. terima la diriku seadanya :)

pelamin .. huwa.. kite pun tak terbyg nak duduk atas pelamin org tgk.
samala .. nikah and makan2. cukup.
tp mak abah boleh ke tunaikan permintaan ku ini :)

WaniGhani said... [Reply to Comments]

menariknye suggestion2 yg ada...uweehuuu...!! but peeja kemungkinan besar sbb sume ko start skali arung..terkejut bdn weh..but then again utk waspada pegi la jumpa doc yeh...dont worry..kamu cantik..

ye serius kamu cantik..

green apple said... [Reply to Comments]

gila apa kau terus2 pakai hook yang last sekali. jgn paksa2. kau ingat dulu blaja sains elastik kalau terlebih dari point elastik akan jadi plastik?

kang kau ketat2kan sgt sampai badan kau takleh tahan terus jahanam. jahanam PB takpe beb boleh beli lagi. jahanam badan...haaaa....sambung sendiri.

Daya said... [Reply to Comments]

klu k.peej baru nak start exercise, jgn rushing2 sgt like terus buat for an hour .. buat sekejap2 dulu .. cth 15mins utk week 1, week 2 buat 30 mins n so on .. sebab i read somewhere, if kita exercise lebih dari kemampuan kita(like after exercise sakit2) means yg terbakar bukan lemak, tapi otot kita :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ntah, tp kalau jumpa kwn2 yg cerita psl diet.. asyik dok ckp sup kobis sup kobis.. sup kobis tu mmg agen mknn diet kah? lolx.

nifalnin... said... [Reply to Comments]

maybe sebab excercise mengejut.. sebab bdn x ready lg pastu terus wat excercise sambil pki PB... klu betul2 nak excercise, kemas rumah pun ok jer... sapu2 sampah.. mop lantai.. basuh baju (pki tangan eh)... lap2 cermin.. pun excercise jugak tu... lg senang n x yah susah2kan badan...


gud luck peej...

m4ruk0 said... [Reply to Comments]

cube exercise tanpe pakai PB tu 2 3 hari. tengok camne.
lepas tu cube lak pakai PB tanpe excerise 2 3 hari gak.
so dari situ kite leh tau kot camne kan? macam2 possibility ade. insyaallah tak ade ape2 kot. mungkin badan tekujat skit. harap macam tu la kan ;)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja aunty pun setuju macam apa yang mama beritahu tu bukan kurus atau gemuk yang penting jaga Kesihatan Dan cukup tidur.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...