Instagram : @peejburhan

Aidilfitri 2011 - day 2

tadi ingat nak tulis title panjang-panjang. tapi macam tak sesuai pulak.
so ringkas-ringkas je la yea.
malam tu aku ala-ala susah tidur.
entah kenapa. sebab panas dan kena gigit nyamuk banyak kot.
yang geram aku tengok P.G n noy tidur aman je.
apakah nyamuk ni menyerang aku je?
tidur around 4ish am.
pukul 6 terjaga. hmmm masih awal. sambung tidur.
around 7am terjaga kembali. memang dah tak boleh tidur.
sebab kaki gatal digigit nyamuk n adalah lapar. tsk.
sekali tengok lepas tu P.G pun bangun.
laparnya. nak selongkar dapur sesuka hati tak boleh la kan.
so tunggu je la.

then settle makan around 10am.
duduk-duduk. aku tengok semua sambung tidur. takda siapa nak layan.
aku pun tidur jugak.
eh salah. tak terus tidur la. lepak sembang-sembang ngan P.G n pak pian.
then around 11ish baru tidur.
pukul 1 lebih papa kejut bangun ajak beraya.
haiyoh terjaga ngan panas n berpeluh sakan.
malam tu tidur memang sejuk ke tulang. tengahari tengok. menangis weyh panas.
aku dah mandi. then aku bersiap make up pakai baju semua. aku basah macam aku lepas mandi again ok.
masa salam-salam uncle tu pun dorang ingat aku baru lepas mandi tak lap. e eh.

whatever.
then konvoi ngan papa beraya ke muar.
rumah atuk sedara.
best. ikut belakang yang AMJ tu.
smooth je jalan.
if ikut jalan biasa tu jam je. tak suker.




cacat tak? hahha.
hari adalah panas.
so pakai la sunglass. tapi aku ni rabun.
so kena pakai spec. aku dah lama tak pakai contact lens sebab aku adalah trauma dulu kena sakit mata tu.
so nak dua-dua pakai macam ni.
selesa je. tapi tu la. macam tak betul pulak ghupenye.

ke rumah atuk sedara di parit wahid, muar.
ramai beraya rumah dia.
so kita orang masuk ikut dapur je.



elok kat sana terjumpa minah ni.
bagus jumpa adalah 1-2 tahun sekali je.
sebab dia busy memanjang.
padahal bukan jauh pun.
so kalau jumpa harus la gossip je kan. n gelak-gelak sakan.

:: muka dua-dua kena candid gila kaknam ketara ::

:: tau orang snap pic tiba-tiba pose ayu kan. tak sukaaaaaaa ::


time gambar ni menyampah ok.
dia ada snap daripada bb dia jugak. lepas tu nak tweet.
pastu dia tanya aku, "eh nak tweet apa? with cuzzies?"
me : eeeee gedik gila. jangan nak poyo sangat cuzzies2. cakap je. 'sedare melake le'. baru la best. hahahhaa
izza : hahahahha. ye la. tapi aku tambah 'sedare melake lew.'. ok?
me : ok. hahahhaa.

ye la kan.
kat melaka kena la slang melaka.
ni tiba2 nak cuzzies2. mengada. mementang retis.
ok sebelum semua nak tanya pastu aku malas nak jawab.
ye. dia yang wartawan melodi tu.
eh sedare kitew glamew lew. hewhewhew.

dia kadang-kadang kejam ok.
kalau ada gossip hangat kat melodi.
aku bbm la tanya siapa tu. *wah matiklah gila kepochi aku ni*
nanti dia jawab. tunggu minggu hadapan. kong ajo kan.
eh jap *lambai-lambai kat sedare melakew* aku tau kau tengah baca ni kan.
pastu nak gelak2 lebih2 kan. *angkat kening*

:: fav kalau beraya kat rumah tok man ni adalah tempeyek cicah sambal kicap pedas ni. menangis. ::

:: apa motif muka macam ni aku kurang pasti ::

:: bersantai di depan ::

:: hahhahaa. gaya izza duduk hujung katil macam tu. macam gaya tunggu bakal mak mertua nak sarung cincin bertunang uolls. ayu kau ::

:: lepas tu noy paksa aku pose. mana la aku reti. ambil. ini rupa dia. dah macam gangster kampung dusun aku tengok. sarip dol. hahah. aaaa tak suka. ::

:: mama nampak ada rambutan gading situ. terus tanya nek mah boleh tak nak makan. ok aje. over kan mama ni. pantang nampak buah. padahal kencing manis. haih. tapi yang pasti, pompuan mana yang pose kemain over tu? siap nak tunjuk2 buah la apa ::

:: di ambil daripada mobile upload izza. :) aku malas nak snap dah. panas sangat weyh. lap peluh sampai tisu melekat la sana sini. oh tu bukan aku pose ala2 "ahkak jugekkk". tu aku tengah lap peluh yang meleleh2 kat leher semua. nice ::

tak duduk lama pun.
izza gerak kita orang terus ikut.
sebab nak konvoi kereta dia nak balik kg.
tak reti nanti sesat.
papa n mama stay lagi sebab nak sambung raya rumah orang lain.
kita orang gerak sebab later nak balik KL.

:: muar pun dah ada jambatan pulau pinang yaww ::

:: sungai muar. eh ye ke tu nama dia. besar. suka :D  ::






:: rimbunnya pokok rambutan. lawa kan ::


sampai kampung.
packing barang.
then salam uncle mahmud n aunty lela.
terus memulakan perjalanan.
hoih panasnya melaka.

packing yang kejap tu pun macam ni rupa aku.


kalau besarkan pic nampak kot.
peluh macam mandi. not kidding man.
dah la muka aku naik allergies.
abis gatal-gatal semua. trauma aku. tak sure la salah makan ke.
sebab aku guna produk muka baru ke.
muka aku ni memang tak boleh pakai apa la.
mesti nanti menggila naik gatal-gatal. :(
abis macam manew? kitew pun nak muka lawa n awet mudew. ;p

balik tu P.G drive.
aku ni nervous P.G drive. entah kenapa.
padahal takda apa pun.
so elok aku guide dorang sampai keluar highway PLUS. aku baring tidur.
tau-tau terjaga noy kejut time tu kat rnr senawang rasanya.
sebab lapar. so beli pau n minum air.






kong ajor doh P.G

P.G : keciknya kaki kau. tipuih. kalau tutup badan n cakap tu kaki nonoy pun orang percaya.
me : a ah kan. kaki je la. tapi badan besar.
P.G : tu la aku cakap. mesti kaki kau terseksa kan nak bawak badan kau. tak seimbang.

biadap kan.
then kat situ tukar driver. noy pulak bawak.





jam melampau.
sama macam time datang tu. T_T
then singgah rnr seremban pulak.
sebab noy nak terkenc.
sekali dia period. period pain bagai.
so aku pulak drive sampai la ke rumah.
tah apa-apa tahhhhh.
apa-apa pun Alhamdulillah selamat.
aku takut travel ni. tah. tak suka rasa cemas2.



seperti pergi.
balik ni pun amik masa almost 4 hours untuk sampai rumah.
nice.
tapi takpa la. janji selamat kan.
dan sampai je terus layan kekucing n terbongkang dengan rasa gembira.
sebab in the end, there's nothing like the comfort of your own bed/home kan. :) *senyuman nyaman*

ok itu sahaja.
nanti update lagi.
oh selamat hari raya to all.
n selamat bekerja/belajar to everyone yang baru abis cuti panjang.
bak kata malek(aaron aziz) dalam KL Gangster, "cuti sudah habis bro".
miahahhah. amboih gelakkan orang.

ok bye. :)

10 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

sorry peeja..tp apa yg pg cakap tu la yg aku terfikir bila tgk gambar ko posing berdiri tu..hehe...ok la gak ko ada part kecik...cm aku?? atas ke bawah besau...!

Puan Nad said... [Reply to Comments]

patot lew cam kenal jek si manesss bertudung kuneng tu. btw, u boleh kurus lah peej. kaki kecik...jeles mak. cantik tu

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hi peeja, beraya Sakan ye sampai ke muar. Yang Pakai tudung kuning tu wartawan melody kan aunty pernah baca entry dulu2 dia sepupu peeja.

kimmy said... [Reply to Comments]

Melaka panas gak eyh. Saya yg kat kedah itu hari pon pecah peluh dibuatnya..tapi raya punya pasal..kutahan kan saja..haha

~aNNa~ said... [Reply to Comments]

peeeejaaaa, 3 hari je lappy akak kong & akak dah rasa restless sbb tak dapat nak baca cerita awak beraya. best!

btw, off topic sikit ni. bila tunang? sbb akak ada menda nak sponsor awak =D

=kak anna=

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

oh wartawan melodi tu kazen kak peeja ke?? wah krmsalam kan yer =p

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kelas ko maria..cousin org kuat melodi..hehe!

~nadyahoney~ said... [Reply to Comments]

mmg klu lepas jem sampai umah jer, tido bagai nak mati...xjaga dh...mmg selesa la tilam umah sendiri...

nqr said... [Reply to Comments]

baju nonoy tuh bukan kurung dia ke?

peej said... [Reply to Comments]

wani - hahah. kijam. tp tak proportionate kan badan aku ni. tapi Alhamdulillah tetap bersyukur atas kesempurnaan yang Allah bagi *betulkan selendang*

nad - awww thank u. *tersipu* tapi tu la. nak kurus yang payah tu. ni abis raya berat naik berganda. pffttt.

aunty - memang tempat wajib pergi if beraya kat kampung.

kimmy - panas weyh. nak pitam rasa.

anna - ala ye ke. kita yang dah biasa 24/7 internet. takda rasa x tentu arah kan. saya takda bertunang la kak. saya merisik then terus kawin nanti. :) auww sponsor? *tersipu2 malu*

yuyu - Insyallah.

buyui - kan. kasi terjah la aku kan. baru la retis. hahaha. cea macam berani. aku ni pemalu uolls.

nadya - kan. rumah sendiri tidur atas lantai pun selesa je.

nqr - tak la. tu blouse. zara kot. entah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...