Instagram : @peejburhan

Aidilfitri 2011 - day 1 - Melaka.

so pulanglah ke kampung halaman.
plan asal nak ikut PD, raya rumah uncle.
then ikut jalan belakang rumah saudara mara kat area masjid tanah.
tapi katanya makan overdose kat rumah acu.
semua pun mengantuk aje.
rasa nak cepat-cepat balik kampung and tidur je.

dah la nak bawak kereta pun bertolak-tolak.
noy ngantung sebab makan lemang n ketupat palas lebih.
P.G pun sama. P.G pulak kalau dia nak drive aku tak berapa yakin.
sebab dia kira baru-baru bawak kereta kan.
macam scary je. walaupun takda apa pun sebenarnya.
suruh aku, aku taknak pulak.
sebab aku memang benci la bawak kat highway ke apa.
kecut perut je rasa. bengong. sebab tengok gambar accident banyak sangat.
tu ngeri lebih tu.
so end up noy la yang bawak. :D
bengang je dia.
kecoh kan. padahal drive ke melaka je pun.
lain la kelantan ke apa. harus la kematu. ;p

elok je lepas bangi ke apa.
terus jam ok.
jam as in kereta hanya bergerak 20-40kmj sahaja ye.
ingat ada la kereta accident dan orang menyibuk ke apa.
takda ok. just because kereta super banyak je.
e eh. ramai pulak balik first raya kan.
ingat orang awal-awal dah balik ke apa. T_T


:: weoww tingginya spoiler. macam boleh sidai baju. mesti dia "cas" cantik gila macam tu kan. oh number plate dia memang CAS pun. ;p ::




:: kereta so banyak. nangis ::

patutnya 2jam boleh sampai.
end up amik masa almost 4 hours. haiyoh.
dah la kelakar. sebab mula-mula konvoi ngan papa.
lepas tu terpisah la.
katanya jam kan.
kita orang singgah r&r seremban nak beli air. ngantuk gila kot.
papa call dia kat r&r senawang.
dia kata dia tunggu. tapi katanya jam kan.
last-last dia gerak je.
then masuk la tol air keroh.
dah la noy tak percaya aku tau jalan.
hello tau la. kalau daripada kecik asyik balik kampung kan.

sampai je noy paksa-paksa amik pic.
dia kata aku tak blogger tegar macam dulu.
a ah kan. bebalik pic makan.
ok la. amik la pic permandangan sikit.


:: dataran air keroh ::

jam menunjukkan hampir pukul 4. ni baru kat sini.
perjalanan nak ke merlimau pun berderet kereta. nice.
so almost 5 baru sampai.

:: salam merdeka raya. ewahhh. ;p  ::

eh tiang tu ada keluar angin ke hah?
i mean cantik je bendera tu berkibar.
aku rasa sebab memang cuaca berangin.
pokok-pokok pun bergoyang.
tapi noy kata tiang tu ada keluar angin.
then masa balik lalu lagi sini.
angin takda. tapi still bendera tu berkibar je.
ada sesiapa tau tak? mana la tau korang ahli kaji tiang bendera ke apa kan. heheh.


bengong noy.
nak amik pic dia tak layan.
tengok la tangan dia tu.
time tu dia sibuk tunjuk billboard, "haihhh. rumah cantik gila link house moden rm113k je ok. eleh macam tu memang la mampu. kat kl apa kau nak dapat? apartment bodoh pun lebih daripada tu kan?
me : a ah. tapi kau nak duduk melaka ke?
noy : taknak la. hehehe.

kecoh kan. tangan tu tak tahan tu.


oh yang kelakar.
tengah jam-jam jalan tu.
lalu sebelah esso.

noy : eh sunyi je. takda orang. kesian kan. haihhhh where's my daddy. call dia la.

aku pun pandang la esso tu.
nampak ada lelaki kenit tengah isi minyak.

me : eh tu papa. ur daddy.
noy : tipu. betul la.
P.G : a ah la.

terus pusing masuk.
keh keh. lawak je. boleh pulak terjumpa.
lepas tu konvoi again but terpisah jugak.

:: duyong. aku suka lalu kawasan ni. sebab pokok2 tu. :D ::

sebelum balik kampung terus ke rumah uncle eeber dulu.
ala tak jauh pun. area yang sama.
oh masa mula-mula raya tu aku kata aku nak ketupat.
sangat teruja bila jumpa. oh suka.

:: so nice ::

:: makan-makan ::

:: pak pian n pak eeber ::

:: sorry aku tak bukak flash. so orang yang tak reti dok diam memang bergegar je pic. anyway rumah2 di melaka dah lama mengamalkan konsep colur block sebelum pereka2 fesyen sibuk nak poyo2. ye. heheh. ::


:: papa ngan adik beradik dia. ::

:: berlengas dah weyh. ::


nak smoke kat pangkin.
ada la garden chair.
tapi bawah ada ayam ni.
takut la nak duduk. kang kena patuk kang.
sekali lepas tu keluar kenit tu ok. eee comel.
katanya baru menetas pagi 1 shawal tu. comel. patut namakan ayam itu syawal. kan?
tu takpa. dah ada anak dia lagi la tak berani nak duduk kan.
kang ayam tu bertindak jadi bright eyes kang naya je.
oh siapa tengok cerita rise of the planet of the apes tau la apa bright eyes tu. :)

pak eeber aku ni tok sidang.
so rumah dia memang super ramai orang datang beraya.
dah kata ramai kan. tau-tau la mintak diri balik.
so ke kampung terus. :D
sampai kasi tukar uniform terus.
sebab takda nak beraya ke mana kan. nak duduk ngan baju kurung je. nangis la kan.

:: colur block jiugerrr ::


:: muka kepanasan, kepenatan, kemengantukkan. macam harem. tapi ada aku kesah? ::

then semua terbongkang tidur kepenatan.
tau-tau papa kejut suruh bangun.
suruh makan dinner then pergi beraya.





ok itu je kisahnya.
nanti sambung lain entry ye.
ta-ta.


7 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

hi PG! *senyum senyum anak dara*

CAS tuh buat malu aku je... org pahang plet pahang tuh.. ape daaa.. letak ampaian kain atas kete!

WaniGhani said... [Reply to Comments]

aduhlaa peeja! sesuka hati je orang kenit!!! wakakak...cian uncle!!!

i miss my kampung :(

cahya indah said... [Reply to Comments]

Kak Peej, suka lalu kat duyong sebab pokok2 tu jugak..feeling romantic sikit :p macam rasa kat Taman Tasik Taiping pun ada..hehe

nifalnin... said... [Reply to Comments]

nasib baik kitorg x sangkut dlm jam.. sebab blik melaka raya pertama jugak.. bukak era pastu dgr ade jam.. cepat2 masuk bangi n kuar kat lekas.. jln lama pun bnykkkkk keter... huhuhuhuhuuh....

selamat hari raya PEEJA...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Cantik Baju ray a peeja Suka aunty tengok.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

tudiahh ketupat...!!!

peej said... [Reply to Comments]

nqr - kau ni kenapa. memangjang hi P.G? gilakah. hahaha. kan. geng kau la tu. plate pahang. hahaha.

wani - memang kenit je nampak dia dpd tepi jalan tu. heheh.

cahya - kan. suka sangat. ada few tempat if lalu aku suka je. sebab pokok rendang macam bumbung. :)

nifalnin - kan. sana-sini jam. penat. selamat hari raya to u too.

aunty - kan. saya pun suka. heheh. thanks aunty.

buyui - hahah bengong. utara sangat kau ni siap cakap, 'tudiahhhh'. ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...