Instagram : @peejburhan

Aidilfitri 2011 - day 1 - KL.

Raya tahun ni simple sangat.
sebab memang dah plan semua awal-awal.
so persiapan pun relax je.
selalu by the time last puasa mesti dah makan rendang semua.
tahun ni tak.

malam baru start masak.
masak pun sikit je untuk makan 1 fam.
then gosok baju semua then tidur.
esok pagi-pagi bangun je terus mengadap makanan. syabas.


as usual. siapa follow blog ni dah lama mesti dah tau.
akan makan nasi impit. potong half je. malas nak cube2.
lepas tu pepandai la nak makan guna garpu :D
then makan ngan sambal daging n kuah kacang. sedap menangis weyh.
aku bukan peminat rendang.
so amat la jarang teringin nak makan ke apa.
tapi malam raya tu daging sambal time tu belum siap.
so makan la rendang ayam mama.
hamagadddddddddddd. sedap gilo ok.
terus kesyukuran sebab ada mak yang masak sedap melampau. like seriously.

::rendang ayam ::

then dah makan baru naik atas mandi sunat hari raya la apa.
siap semua turun bawah tunggu papa n mama siap.
boleh tahan lama la.
papa tu kalau berkemas nak balik kampung. macam nak balik sebulan.
semua nak angkut.

so tak tau nak buat apa.
cam whoring je la. ;p


:: dah macam orang buta pulak dalam rumah pun nak pakai sunglass. gilo ::

:: tu la spec hitam sangat. suruh amikkan pic pun bergegar hasilnya ::

:: feeling lebih ::



hari yang panas.
berpeluh weyh duk depan nak smoke.
pastu noy sibuk nak snap pic.
dia kata rambut aku dah basah n penyet. tak lawa dah.
tak lawa kewww? kitew rasew ok jew. *sepaklajulaju*
sekali teruja uolls.
sebab membelakangi cahaya.
rasa macam. weowww. macam photo shoot pulak.
cea perasannn. walaupunnn. hahahha.
terus feeling weyh.


yaaa. bagi duck face pose satu.
dah lama tak buat pout kan. atau bak kata orang duck face.
apa-apa aje la ye. ada aku kesah.
janji sendiri suka. kan? heheh.

:: P.G sibuk suruh noy amik pic dia sebab nak mobile upload n tukar pic bbm la apa. over ::

:: noy malas layan ::

akhirnya mama n papa siap.
so session amik pic la apa.
tapi daripada camera aku takda pulak.
nanti la mama update aku amik pic daripada situ n tepek sini yea.
ada candid-candid je.

:: papa yang susah nak dapat still photo dia. asyik la bergerak aje. terlebih ceria ::

:: tengok la tu. ::


sessi bermaafan. then kitew dapat duit rayew lew. hahahahha.
tak ku sangka. thank u mpmmy n daddy.
then terus masukkan barang dalam kereta semua.
gerak ke rumah acu untuk beraya.



harus.
sebab hari tu cousin aku ada tulis kat fb dia makan nasi tomato.
aku terus nak. sebab tak pernah rasa pun.
asyik dengar je orang sebut2.
so acu kata raya pertama datang. dia buatkan.
pastu ada. oh teruja.
n yesssss. sangat nice.


nasi tomato.
dalca sayur.
ayam masak merah yang sedap. tak manis membunuh ke apa. lazat.
n ada rendang nogori. tu orang bagi kata acu. i like.



eh serious macam-macam ada.
aku terkilan ni. sebab ada ketupat palas situ.
macam nak. tapi dah full sangat.
rasakan sampai hari ni beraya rumah2 lain tak jumpa ketupat palas.
i wantttt. ketupat palas ada kacang tanah tu. sedap kan? tsk.


:: mommy n daddy ::

:: termenung mengenang nasib diri ke uolls? hahhaa. aku rasa ni mesti perut ketat ni ::

papa sibuk ok.
patut kita orang bertiga.
tiba-tiba dia muncul je kat belakang tu. heehehe.

cousins.
less ayol.
sebab asyik beraya belah sana je kan.
tak kira tahun depan raya sini pulak. baru full kan.
oh next rayew kitew pun adew partner lew. keh keh keh *sepaklajulajulagisekali*


:: P.G ni macam terlebih happy pill la. ish ::

acu yang sibuk call ayol.
tapi ayol tak jawab pun. busy beraya kot.
dia sentap sebab dah bertahun tak beraya ngan anak buah kesayangan dia tu.
ye la. katanya kecik-kecik dia yang jaga ayol tu.
harus la terlebih kan.
takpa. next year kita make sure ye. ;p

tak lama pun situ.
sebab ada kedutaan ke apa kawan2 uncle akhil datang beraya.
n kita orang nak terus ke melaka kan.
so by 1pm tu dah gerak pun.

oh sebab tu tak masak banyak semua ke apa.
selalu raya pertama ramai jugak kawan-kawan p.g la beraya.
malam kawan-kawan mama pulak.
then dotdot ke apa.
tahun ni semua kekecewaan. nak beraya makan sambal daging.
kita orang kata dah otw ke melaka pun. ;p

entry melaka kita sambung lain ye.
eh korang ni dah selamat kat rumah masing-masing ke masih gigih beraya kat kampung ke apa?
sebab aku tengok sana-sini masih sepi je ni.
even kedai2 area umah aku pun mostly tak bukak lagi.
sakan gila dorang ni.

ok la. tu je.
ta-ta.


11 Comments:

landaklaut said... [Reply to Comments]

Kat kampung lagi pija. Kata cuti panjang kan. Alang2 sambung sampai ahad. Muahahahhaha.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Impian mama...tahun depan kita semua beraya di rumah baru di Bkt Pungur Melaka..InshaAllah..

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

yeayyy! pija dah update..
kihkih.. berapa hari dah tunggu..
sangap sampai baca entry lama2..
tgok label blast from the past..
so malam tadi gelak bergulingan..

anyway kt perak ketupat palas kosong je..
tak ada kacang apa pun..
tapi mmg susah nak jumpa ketupat palas skrg ni..
mugkin daun dia dah diancam kepupusan kot..

linda said... [Reply to Comments]

Aku impikan raya sesimple itew pija.. Lutut mak spt mau tercabut asek jadi host raya :'(

WaniGhani said... [Reply to Comments]

wah meriah..uncle punye baju tu tak tahan...biruuuuuu....eh peeja sambal daging tu buat mcm sambal tumis biasa ke?

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

rumah acu ko lawa la weh!!

(sedang kelaparan tatkala membaca entry ini) haish.. :P

nqr said... [Reply to Comments]

aku pun pakai baju sutera cipon pagi raya... macam berangin je kan? huhuhu.. tetiba tgk gmbr ko ni.. buat aku nak mencarik resepi sambal daging

cahya indah said... [Reply to Comments]

sedapnya tengok sambal daging dengan kuah kacang kak Peej..and suka tengok color baju Noy, colorful ;)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Tahun ni aunty masak ayam karipulay ikut resepi yang peeja bagi uncle kata sedan walaupun simple je.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

selamat hari raya peeja and family.. :)

peej said... [Reply to Comments]

landaklaut - sakan betul kau beraya ye.

mama - Insyallah.

cik enon - eh apa ni raya2 pun mengadap internet. pergi la beraya. ye ke? tak kisah la ada kacang ke tak. i want ketupat palas. tak dapat2 lagi ni. tsk.

linda - ye ke. takpa tahun depan kau tutup rumah. lepas semayang je kau serbu rumah orang. heheh.

wani - aku ada letak resipe dulu. kau try carik dalam label recipe.

wani - lawa sangat. suka kan.

nqr - aku pakai tu batik crepe. sama eh mcm chiffon? aku bukan reti kain2 ni. aku ada letak la resepi tu. try carik kat label tu.

cahya - cantik kan. kain tu kwn mama bagi dpd thn 97 ok. dia tak buat2. noy nampak terus kebas. heheh.

aunty - best kan. seronok. menjilat jari ok. fav kitaorang tu.

buyui - happy hari raya to u too dear.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...