Instagram : @peejburhan

what happened?

aku nak update siang tadi.
elok masuk pic tiba-tiba pc hang. gila.
tak pasal ke reboot.
lepas tu terus malas la kan.
lagipun pergi dating. ;p

ok mari sambung.
ni cerita last tuesday.
pagi-pagi dah bangun sebab aku ada appointment pukul 12.30pm.
nasib noy mau teman. nice.
aku pergi laser treatment. tu nanti aku buat entry lain.

nasib tak lama.
settle kejap aje.
mula-mula noy cakap jugak.
boleh ke aku keluar. baru buat laser kan. mesti tak selesa la apa.
aku kata ok je la. aku takda la mengada ke apa.

lepas tu rasa muka terbakar ok.
bukan la rasa apa. macam pedih2 sikit.
kalau kau kena sunburn. macam tu la rasa dia.
tapi bare-able la. takda la sampai takleh ke mana ke apa kan.

tapi gamble la.
keluar jalan ke apa semua tak pakai make up.
buruks. ;p
since buat tu kat hap seng.
so terus lepak kat bb je. dekat kan.
ke low yatt.
sebab mau makan chee meng. :)



merah kan muka mak noks.
sesuci embun pagi.
ye lah tu. padahal rasa, "i'm burning-i'm burning". hahaha

:: wantan soup ::

:: kerabu mangga ::


gambar berpusing.
supaya kurang dosa tayang makanan bulan puasa ni kan. ;p
ayam stim plisss. sedap.
serious aku rasa nasi ayam chee meng paling best kot.
sukaaaaaaaaaaaa. sedap tak leh nak describe.
dah la sup ada kacang tanah tu. suka laaa.
sambal pedas. fuhhhhh.

then lepas tu jalan-jalan kat low yatt pulak.
tengok gadgets itu ini.
tengok je cuci mata. tak beli pun. tsk.

then karaoke. sebab noy ada banyak voucher la apa.
so layan.
noy sejak kebelakangan ni entah tersampuk apa aku tak tau.
dia suka benar la ngan awie.
tah siapa ajar tah.

naik kereta pun bukak lagu awie pastu nyanyi feel lebih.
aku buhsan gila. aku suka dengan lagu geram-geram. yang dengar kau rasa nak goyang-goyang.

me : ish asyik-asyik awie. bosan la. kau ni kenapa?
noy : abis nak lagu apa?
me : lagu lain la. menari-nari la. electro ke. reggeton ke.
noy : ye la pija, kau je la paling cool.

bengang gila kan.
lepas tu. sambil dengar lagu tu.

noy : awie tak nak kawin ngan saya ke hah?
me : kau ni gila ke apa? dia dah kawin la.
noy : takpa. awie punya pasal takpa.

eeeee gila. >_<
tu takpa. ingat berakhir kat situ aje.
tak ye. bila karaoke, akan nyanyi lagu awie.
selalu ada la satu dua.
tapi hari tu paling over la.
sampai aku takleh nak track record dah.

:: awie ::

:: feel habis ni ::

:: awie lagi ::

:: dan lagi ::

:: dan lagiiii!! :: 


omg. semput. haaaaaaaaaaaaaaa....
pitam kan.
ni yang sempat aku snap ok.
entah berapa banyak entah la.
scary kan. aku takda la suka awie. aku suka jugak.
tapi takda la gila macam ni.

lepas tu aku bebel-bebel.
dia tanya nak lagu apa.
aku kata omputeh la pulak kan.
dia bagi lagu beyonce kat aku.
pastu aku nyanyi tak sampai dia gelak-gelak. kong ajo.

karaoke siang.
so takda buffet.
boleh pilih satu makanan.

:: cream pasta yang tak sedap. tawar habiaq. ::

:: black pepper fish n chips. ni noy punya. yang ni sodap. ::


lepas nu noy tanya apa lagu hattan tu tah.
dia nyanyi-nyanyi kat aku.
mana la aku tau kan.
aku tau la lagu tu. tapi tak tau tajuk.
so dia tweet. ramai response.
dapat nyanyi puas hati.
hahaha adik ku gila.

then settle semua. 
pergi jumpa dotdot sat.
kasi detim. rindu :)
hmmmmmmm. 
eh bulan puasa takleh over.
ok tu je la.
bye-bye.



5 Comments:

xamyraa adnan said... [Reply to Comments]

kelakar la noy tu...nway...mahal ke buat laser tu? and laser treatment tu untuk apa ye? untuk hilangkan kedut ke apa?

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ni awie tau ni ada pompuan lawa suka gila kt dia mau dia tinggal bini anak dia..ops!!

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

kurang pahala aku g blog ko ari ni babe....*tutup mara :P ouch...merah muka,sakit x peej? cer cite..cer cite :P

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

aku selalu mkn kat restoran nasi ayam tu waktu dg ex aku.hahaha, skrg nk pergi rasa mcm..what lah kan..tp siyes mmg sedap tpt tu.btw peeja,selamat berpuasa

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja laser untuk hilangkan freckles ke atau blackpores, berapa? Dan hap seng tu kat mana? Nak juga aunty cuba.

7 tahun dulu aunty ada buat kat petaling street, china tu pakai macam kayu kecik hujung dia macam ada bara tapi tak sakit, memang hilang segala freckles tu tapi dah lama ada naik sikit2 lagi tak mahal dalam rm 300 je tapi katanya china tua tu dah mati la.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...