Instagram : @peejburhan

tepuk tangan ngan kaki sebab suka sangat. miahahaha

aku tak tau la korang pernah alami ke tak.
tapi selalu jadi kat aku la.
aku ni jenis laser jugak la mulut.
tapi ngan orang rapat je la.
kalau orang tak kenal usually aku malas layan.

setakat orang cakap itu ini tu dah biasa la kan.
gemuk tu dah biasa sangat. sampai rasa macam, "yaaaa. so?"
takda ke kata-kata yang boleh kasi makan hati.
eh ada rupanya.
banyak. macam-macam la.

being a pisces. mesti kadang-kadang emo aje.
ikutkan rasa nak balas je laser balik.
tapi nanti suara hati cakap, "biarlah orang nak cakap apa. nanti dia terima la balasan dia"
so akan biarkan and sentap sorang-sorang je la.
yang selalu kena dengar luahan noy la kan.
kesian. heheh.
pastu nanti dua-dua akan, "kenapa la kita ni tak reti menjawab laser balik kan. kan best kalau sound je balik. baru dorang tau apa rasa."

contoh.

A : ehhh kenapa muka ni. teruknya jewarat.
B : tu la. stress kot. tapi aku ada jerawat pun. lawa la daripada muka kau.

A : eh kenapa dia tu nak kat lelaki tu ah? tak kaya.
B : laki kau tu kaya ke?

A : eh badan aku dah naik la.
B : sikit la. macam nak sama macam aku kan.
A : eh tapi aku dah kawin n ada anak. so ok la kan. kau belum.
B : apa-apa la gemuk. *muahhaha bestnya kalau dapat cakap orang gemuk kan. padahal diri sendiri pun gemuk. kehhh*

A : eh kau ni bila nak insaf. asyik clubbing je. umur dah tua.
B : T_T

wtf?
macam-macam orang kan.
baik tak payah bagi remark kan.
senyap je sudah.
sebagai manusia. kita mesti ada rasa nak komen itu ini.
tapi usually keep it to urself je la kan.
bak kata pepatah, "kalau kau takda benda yang elok nak cakap. tak payah sibuk nak komen. zip je mulut kau tu."
eh ada ke pepatah macam tu?

paling teruk la aku pernah kena.
orang cakap aku sundal.
sebab katanya aku ni suka menunjukkan buah dada, perempuan murahan dengan ramai lelaki. keluar tak tentu masa.
faktab gila kan.

pun biarkan aje.
suka kau la nak kata apa.
selalu akan dengar orang cakap.
biar la orang nak kata apa. nanti kena kat diri sendiri baru tau. tak payah balas ke apa.
time tu rasa macam aaaaaaaarrrghhhhhhhh.
jiwa nak maki balik tu meluap-luap je kan.
paling kelakar. perempuan murahan ramai lelaki katanya.
wah miss world sangat aku ni ramai lelaki.
haiyoh sumber mana la dia dapat tu.

tapi sangat betul ok.
masa pun berlalu.
n guess what. satu-satu terpampang depan mata kau.

orang yang suka cakap kau gemuk la. hodoh la apa.
orang tu pun tak kurang jugak hebatnya.
orang yang mengata muka kita ni banyak jerawat la apa.
kena pulak kat dia. haaaaaaaaaa. time tu kau tau pulak kau stress kan.
sibuk pulak tanya. eh macam mana dulu kau bagi muka kau ok?
orang yang kata kau suka menunjukkan buah dada la apa.
which aku rasa bangang. cleavage di katakan menunjukkan buah dada.
aku tengok kemain sekarang baju dia tak cukup kain.
walaupun dah berusia. kemain semua pun nak tunjuk cleavage je.
orang yang kata bila nak insap bersuka ria ke apa.
dia dah tua-tua baru terkinja-kinja nak have fun.
zaman muda-muda tak merasa agaknya.

apa dah jadi?
tu la. lain kali jangan mengata sangat kan.
ingat masa kecik-kecik.
ok takda la kecik sangat. few years back la.
suka benar cakap sial.
mama marah je.
mama kata tak baik. nanti sial tu ikut kita.
so slow-slow adjust diri tak sebut dah perkataan tu.
kadang-kadang terlepas la kot. tapi sangattttt kurang.
tapi perkataan tu je la kan. yang lain still aku sebut. miahhahahaa.

kononnya if kita panggil orang sial. or whatever yang buruk la.
if langit terbukak. jadi doa benda tu terkena kat orang tu.
tapi kita dok sebut-sebut. tapi langit takda la terbukak ke apa.
pantul balik kena kat kita.
terus la mendapat kau. terkena kat diri sendiri.
baru la padan muka.
entah la betul ke tak.
maybe jugak tu cara mak bapak nak menakutkan kita kan. entah. heheeh.

walaupun bulan ramadan bulan yang mulia.
tapi aku tak berapa nak mulia.
sebab bila kata-kata keji and nista yang dilemparkan kat aku, terpantul kena kat manusia-manusia itu.
aku terus tepuk tangan macam chimpanzee. kalau boleh kaki pun nak tepuk sekali. feeling abis.
lepas tu menari-nari goyang buntuit.
oppppsss terlebih sudah. *cepat-cepat betulkan selendang*

p/s : seronok jugak sekali sekala buat entry luahan perasaan. dah lama pendam. ;p

24 Comments:

girlfriend said... [Reply to Comments]

aku ada mcm terbau sumthing..hehe..

aku pun jenis tak reti nk blk..japgi bls mule la aku rasa guilty semacam..padahal mmg padan muke org tu..tp tu laa kan..

td lompat2 blog sana sini..bulan mulia ni tak baek..tp aku tetap nk gelak jugak dkt to whom it may concern.. (ok maybe aku je paham ape aku taip or maybe ada org len jugak paham)..haha..

p/s: aku nk tanye, kalo time baek ko bg org barang dgn ikhlas tapi bile time tak baek ko ungkit tu dah kire tak ikhlas la kan? so takde la baek mana pun kan? (eh panjang pulak komen aku)

PertMuffin said... [Reply to Comments]

ah!! abis? kalo aku selalu kata muka ayah ko macam aaron aziz, adakah sumpahan itu akan terkena kembali pada ayahku?! aah!! *tetiba* (-_-;)

peej said... [Reply to Comments]

girlfriend - hahaha. apa yang kau bau? ada takda kentut pun. ;p
omg sama. kalau aku lepas cakap. pastu aku guilty melampau. kau ni buat2 faham kot. aku tak sebut apa2 pun tau. huahuahua.
aku pun ada tertanya2 jugak persoalan kau tu. kita kena tanya ustaz la. hahhahaa.

pert muffin - hahhaa memang tiba-tiba. tu kita kena siasat tengok langit tu terbuka ke tak. kan best kalau tiba2 bf kita yang tiba2 muka macam aaron aziz. hahhaa. wah over ok.

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

aku slalu kena. lagi la macam2. tapi takpe. buat bodoh je peej.

Ekin said... [Reply to Comments]

Hehehe.. Betul tu Peeja.. kekadang tu xyah nk balas ape org ckp kat kita, satu hari mmg akan kena kat mmuka dia balik.. chill bebeh.. :). (post ni buat aku gelak sensorang seawal 7.40 pagi)hahaha

the hun said... [Reply to Comments]

aku ni kira laser gak la, so i have learnt to self-edit on the spot.. kira apa2 yg daripada kepala otak, nak keluar melalui mulut tu ada filter dia.. kalau tak, zasss, tak pasal2 orang niat elok2 nak tegur kita, kena verbal jotos..

thing is, kita nak ubah orang susah kan? kita ubah la diri kita sendiri.. lepas2 ni, don't jump into conclusion. nak cakap apa2, fikir dulu tujuh, lapan kali.. bab2 orang buat kat kita, like you said peej, last2 pegi balik kat dia, tak gitu?

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Memang la Peeja oi.. Manusia ni selagi ada mulut and boleh bercakap selagi tu lah tak reti nak diam! Ada je yg tak kena kat mata dia mcm die sorang jelah yang betul.. Aku pun kalo orang mengata aku mcm tu aku diam n buat bodo je.. Bohsan ok nk layan..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

what goes around comes around kan?

alamak br semlm aku sebut S!@L!pfftt jaga mulut pasni.

anyway i loike this entry..sukaaa!!

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

biarlah ape org nak ckp psl kita, sampai bila pun diaorg x kan berhenti, bila mati baru diaorg stop. dulu aku mmg pantang kalau org ckp2 psl aku tp skg ni malas dah nak layan..aku biarkan jer...kita buat baik pun org bcakap, kalau yg x brp nak baik tu... lagi lah berbakul2 cercaan yg kita dapat... haihhh...aku x kuasa nak layan mulut2 puaka ni tau! mencciiiiii...sibuk aje nak busy body psl kita padahal aku jentik diaorg pun x pernah!

p/s: Peej, jom menari goyang2 buntuit..marilah bergoyang...lalalala

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

btw, i loikeeee this entry! syabas bette! *sambil tepuk tangan ala datin2 :P

Iz said... [Reply to Comments]

aku pun selalu fikir gitu. Kau cakap la aku banyak-banyak, takpe.. tak lama je nanti kau kena balik. Tuhan skrg ni bayar cash je, takyah tunggu lama. Tp kalau orang ckp "eh kau ni kurus kerempeng cam papan lapis la aku tengok, tetek takde, bontot takde".. nak je aku jawab, "Takpelah yang penting aku dah berlaki, kira ada jugak orang nak kat aku. Kau tuuuu???"

VFN said... [Reply to Comments]

serius peej..aku benci kau melampau!

sbb ko suka menggoda nafsu makanku..



ekekekekee ;)

Intan & The Boys said... [Reply to Comments]

teringat dulu ada orang kutuk akak muka buruk hidung kembang masa ngandungkan khalish dulu. alih2 sekarang sape yang muka buruk hidung kembang, anak2?

mereka dan keluarga mereka. hehe.

mazzuana said... [Reply to Comments]

peej: i pun pisces. mmg emo sket and perasaan nak meleser mmg ada tapi tak terkeluar. anyway...pedulikkan apa orang nak cakap.

Faressa said... [Reply to Comments]

Those people yang cakap banyak cam tu mostly insecure that they have to bring other people down. OR they just simply have no class nor lives to be worrying bout other people.

By you not saying anything to those stupid comments shows that you're above them. So just brush it off your shoulders cuz ur awesome :)

WaniGhani said... [Reply to Comments]

satu kesimpulan je...manusia tak pernah puas... :)

ceera said... [Reply to Comments]

sy sokong part tak cukup kain tu.
Dulu dia tak merasa semua tu, kesiannnnnn....

girlfriend said... [Reply to Comments]

Ceera,

dulu dia bukan tak nak merasa..tapi dulu dia baek uolss..skang dia lagi baek tapi pasal skang dia bertambah cantek jadi kena laa pakai baju tak cukup kain..

ps: eh hoi..hoi..bulan puasa ni..hish
(pesanku pada diri sendiri)

NenekPenne said... [Reply to Comments]

i cakap maki2 orang yang buat hal dgn i jer, yang tak buat hal, i just dont bother..tak pun dalam hati, kau tak effect aku apa2 pun.. cam tu lah....

nqr said... [Reply to Comments]

biasanya yang mengata tuh.. makan diri sendiri semula beb.. :) takpe.. tak jadik kudis kat kita kan... biarkan org tuh...

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

aku ingat aku sorang je yg time org buat tahi kat aku, aku lmbt respon utk retaliate balik..hahaha...trpikir nk celupar balik tp x tergerak nak memaki hamun hamba Allah tersebut..tp bagus jgk x celupar blk..add on value utk kite sendiri jgk kan utk tidak berperangai serupa org yg x ade otak mcm hamba Allah yg kutuk kite tu..Tuhan je tau..*p/s:gigih aku scroll utk komen..tihihi..*

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kite suka org ckp kite gemuk ^^ malangnya xpernah ada org ckp!! (asyik suh makan byk je. padahal mmg dah makan byk lolx)

xbest kn org ckp2 psl org lain ni. biar la betul ke xbetul ke, diam kan je la. bagus ko x mcm tu. jgn ikut, jgn ikuttttt :P

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

peeja manusia ni selalu dia tak perasan perangai dan pakaian dia lebih teruk dari oranglain, kalau aunty biarkan je penat nanti dia berhenti bercakap.

shuweet said... [Reply to Comments]

aku pun slalu kene cam ko..orang ckp macam2 gemuk la ape la....aku laser kan balik..kabo kat diorang kalau aku gemok SO SO WHATTTTTTTTTTTT??? IM A ROCK STARRR...G MAM SAMA DEPA

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...