Instagram : @peejburhan

tahlil

last friday acu buat tahlil untuk arwah maktok n atuk.
sekali ngan kenduri nak sambut puasa.
awal-awal papa dah bagi tau cakap jumaat jangan kemana-mana la apa.
10 kali bagi tau. rimas jugak la.
semua pergi.
noy je takda. sebab dia kerja.


nak buat konsep tudung indon.
yang mama tangan tu sibuk nak betul-betulkan.
dia kata mana boleh pakai tudung nampak leher.
haiyoh. orang memain la. takkan nak pakai bebetul macam tu kan. :/




eh nampak pic ayol smoke tu tiba-tiba aku rasa macam nak smoke ok.
miahahahha. nasib teringat tengah puasa ni. ;p


muka sengih tak boleh blah kan,
aku suruh P.G amikkan pic.
dia bising-bising marah-marah.
tengah aku pose dia tak snap-snap pun.
rupanya dia saje je. sebab ada group pak arab tengah berjalan kat situ.
dia kata biar pak arab tu tengok. kong ajo.
eh sebenarnya aku pose ok. siap kaki bersilang la apa.
pakai jubah satu apa tak nampak kan. :/


dah la mama pelokek.
jubah ni noy belikan untuk aku masa dia pergi kuwait tu.
satu aku. satu lagi mama.
aku memang tak pakai la. so aku kata kat mama amik je la kan.
sekali nak pergi kenduri ni ternampak. sarung je la kan.
lepas tu dia kata aku buruk siku ok. dah bagi amik balik.
hahhahahaha. hello. sekali je la pakai. lepas tu ambik la balik.

oh then ke rumah acu.
sampai awal sikit. konon taknak la macam tetamu sangat sampai lambat kan.
takda makna. lambat sedikit la.
tapi takda apa nak tolong sangat pun.
sebab officer uncle semua dah ramai tolong itu ini.

:: sungai belakang rumah acu ::

kelakar je.
parents in law ayol pun datang.
so masa dah malam tu aku tengah berdiri mengadap belakang ni la.
tiba-tiba ayah zeity datang.

uncle :: eh nak tengok jugak la. apa ada kat belakang tu.
me : yang bawah ni still dalam kawasan. so nak jogging boleh. depan tu ada sungai. situ pun boleh jogging la ada kerusi semua. sana tu macam hutan-hutan pokok lawa.
uncle : oh lawa yea. uncle ingat belakang ni semak samun je.
me : ish beli mahal gila takkan nak letak semak samun.
uncle : a ah ye. lawa rupanya.
me : lawa. tapi ni dah gelap tak nampak.

best la. aku suka.
macam cousin aku sorang kelakar.
bilik dia je takda balcony.
bilik dia mengadap belakang.
kalau aku suka. aku suka tumbuh-tumbuhan ni.
bayangkan letak garden chair ke apa. nak hisap rokok lepak situ.
kalau malas nak turun ke apa la kan.
yang cousin aku.

me : kenapa awak pilih bilik yang takda balcony.
her : eee takmo la. takut.
me : takut apa nya.
her : kalau la ada poc ke. ponti ke. duduk kat balcony tu.
me : omg gila. hello kau ingat dia kena ada balcony baru boleh ada ke? dia boleh je muncul tepi tingkap awak tu. tak payah balcony.
her : eeeee. jangan laaaaa.

kan? betul la apa aku cakap kan.
tapi ye la. tahap ketakutan orang lain-lain.



:: papa n pakcik sharip sementara tunggu maghrib ::


:: ernie - aunty mas - mama ::

kita orang dok atas kat landing area.
sementara lelaki solat berjemaah.
perempuan sembahyang sendiri kat atas.
kat guest room ngan kat landing area.

:: bacaan yassin ::


gigih sembang.
tu aunty mas gerak tangan lebih sebab nak sembang ngan mama la tu kan. hahaha.
time ni dah settle bacaan yassin. tengah tunggu nak jemaah isyak pulak.
then baru makan-makan.


zara sofea pun ada.
tapi dia meragam menangis je.
sebab dia nak tidur.
lama dorang stuck dalam kereta sebab traffic jam.


:: makan-makan time ::

:: bakar-bakar pun ada ::



udang besau bakar yang tak dapat nak merasa . tsk
tau tau licin je.
ni aku snap daripada pinggan ernie.
cea saje je drama. padahal aku bukan boleh makan sangat udang.
gatai.

oh sebenarnya elok aku-snap snap pic.
battery camera abis ok. sadis betul.
tu yang tak dapat snap pic makanan ke apa.
flash pun tak nyala. tu yang gambar pun tah apa.
udang ni pic terakhir.

pic bawah ni dpd bb aku.


:: tapai n kuih kaswi. sedappp ::

:: lil popia tidur ::

bawah ni pulak daripada camera cousin aku.
so letak apa yang patut ye.


:: potong pulut kuning sempena anniversary acu n uncle akhil yang ke 29 if tak silap ::

:: bakar-bakar. ikan n udang. ada macam-macam sotong la. ayam la apa. if tak silap la. aku pun tak pasti kenapa satu pun tak dapat rasa. agaknya laju kot. siap je orang amik dah. ::

makanan.
macam-macam la ada.
ada nasi putih, nasi beriyani.
kari ikan, kari daging, kari pelanduk.
segala bakar-bakar bbq.
ada kerabu.
ada sambal tumis udang petai.
pulut kuning n rendang.
sayur campur.
muffin, fruit tart, akok, kaswi, tapai.
macam-macam la. nyam.

buah-buah pun ada.
punch paling best. sebab air macam oren tropical tu kot. lepas tu ada apple cube2.
best je minum. ah suka.
ta[i hari tu aku try buat tak jadi T_T



:: with cousins. anun- nina (anak acu) - me - kak fadzlina (anak maklong eton) ::

noy je la takda. kalau tak cukup la korum semua cousin perempuan.
oh mama lawak ok.
kan nampak tak ada painting tepi anun tu.

mama : tu sudoku ke nak?
me : apa? mana.
mama : tu. yang kat depan tu.
me : hahaha. tak la. tu tulisan khat la.
mama : khat apa macam tu.
me : memang la. moden punya.
mama : ooooo...


again pics.
kali ni anak kak fadzlina join. amira.
anak ke empat. anak dia 5. semua boys kecuali amira ni. 
kesian budak ni nanti. nak dating pun susah. heheeh.

ok tu je la.
nak letak apa lagi kan.
katanya camera dah abis battery.
lain-lain kali la sanap pic lagi ye.
raya mungkin.

p/s : ok aku lapar. sebab sahur tak makan nasi. tsk.



11 Comments:

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

mcm minah arab plak bila tgk ko berjubah, btudung litup tau..manis :) wahhhh...sedapppppnyaa makanan kat umah acu ko. sgt2 menepati nafsu makan aku!

.zhidayu. said... [Reply to Comments]

aiyooo...gambar makanan lagi..
menguji keimanan sungguh la..haha..

sabar perut...kejap je lagi masuk waktu berbuka.hehehe ;)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Cantik rumah uncle Akhil Peeja, seronokbdapat berkumpul dengan sedara mnara kan.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Cantik rumah uncle Akhil Peeja, seronokbdapat berkumpul dengan sedara mnara kan.

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

kat mana ea area rumah ni? Cantik betul. o.0

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Peeja mama sangat sedih masa mama makan dan senduk lauk malam tuh sebab nya mangkok2 dan pinggan2 pyrex arwah mak tok punya tersusun disitu.. hu hu hu
arwah mak tok beli secara berperingkat2 ketika mama kecik2 lagi..
Alfatihah

zana said... [Reply to Comments]

panjangnyerrrr entry...hahaha lawok ok hang pakai tudung cenggitu...x sesuwei...x sesuwei

sweethOneY said... [Reply to Comments]

aaaaaa sedapnyaaaaa terliur aku !!

btw abaya tu sgt cantik ok

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

perghh makanan...

WaniGhani said... [Reply to Comments]

peeja tapai yg bungkus pkai daun itu sgt sedappp...klau g umah sedara kt melaka konpem ada...nyumm

nqr said... [Reply to Comments]

okeh...tak tipu..aku gelak gmbr pertama tuh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...