Instagram : @peejburhan

Ramadan 2011 - day 4

lambat pulak post menu semalam kan.
sebab tadi around 12am macam tu aku tertidur.
sebab noy online. aku tak tau nak buat apa.
golek-golek atas katil, tau-tau tertidur je.
bangun pukul 3ish am tadi.
isyak kejap, then terus turun masak for sahur.
ala, takda buat apa pun.
aku just tambah lauk ikan bilis, kentang n tauhu sambal je.

lepas masak naik atas jap. settle pukul 4.30am tadi.
rumah ni tak suka sahur awal.
so takpa. kejap lagi 5am aku kejut semua sahur.
so sementara tu kita update dulu ye.

ni lauk semalam.
turun je tengok mama dah panggang ikan dalam over.
so buat ayaq asam.
then mama tanya nak masak apa.
aku cakap apa-apa pun tak kisah la.
so ini hasilnya.

:: masak lemak nenas n ikan kurau masin ::

:: ikan jaket (cencaru) panggang/bakar ::

:: ayaq asam stone ::

:: kerabu tauge ::

sebab jiran bagi tauge gila banyak.
boleh buat meniaga ok.
so mama kata nak buat kerabu.
weow. tak pernah rasanya buat kerabu sendiri.
maybe pernah tapi aku yang tak pernah makan.
so agak teruja. gila best.

:: ikan tenggiri masin lebihan semalam ada lagi. then lagi 2 tu papa beli kat pasar keramat. sambal tempoyak n acar ikan masin ::

:: murtabak n roti jala. beli la of coz. n kari semalam. pun stone cicah. ::


kuih muih.
eh serious la gandus tu sedap melampau.
papa kata if beli gandus ni kesabaran kena tinggi.
beratur je sejam lebih ok.
walaupun papa pergi tu pukul 3pm.
tapi serious sedap menangis la.
pernah papa beli kat kedai lain sebab kedai tu tutup.
tak sedap ok. tak sama. takleh celen.

agar-agar tu mama buat la.
noy makan.

noy : ni pun beli ke?
me : tak la. mama buat la.
noy : mmmm sedap. bagus. tahun depan kita meniaga la kat pasar juadah.

bengong.
tapi serious best okay meniaga pasar juadah.
cuma penat la kan.
tapi pengalaman itu best. :)

ok tu je la.
dah 5.01am ni.
aku mau kejut semua orang ajak sahur.
ta-ta
selamat berpuasa day 5 semua.

17 Comments:

Lya Colours said... [Reply to Comments]

ish sedap plak tengok kerabu tuh. biasa if kerabu taugeh kita campur kerang sket. nyam nyamm

Hana Soffelia said... [Reply to Comments]

Kerabu taugeh tu nmpak sdap sgt.. share la resepi peej. ^_^

btw, msk dlm oven la, bukan over.. hahaha (gurau2, tau peej nk taip cpt) hehe

!! YaNa YassiN !! said... [Reply to Comments]

air asam nampak best,.. nak resepi leh ??

Lee-Yan-Naa said... [Reply to Comments]

Meriahnye berbuka..kagum da tengok :D

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Peeja dah setahun lebih ku tak merasa gandus!! Meleleh....kalau ko bli kat pasar keramat..dengan pakcik kurus tinggi muka cam indonesian tu, tu pak sedara aku...hehe mmg dia punya tiada tandingan...

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

Perggghhhh..gulai nenas ikan masin! *pitam

sweethOneY said... [Reply to Comments]

x penah pulak mkn gandus ni. beli kt manaa nak jugakkkk tgk mcm best jee

lily lotus said... [Reply to Comments]

aahlah air asam nampak menarik,resipi pls..hehehe

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

sedapnye tempoyak!! ai like!!!! :D

CN2S said... [Reply to Comments]

Peej, gandus tu kuih apa?

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

peeja nak resipi kerabu taugeh geh geh.. :D

noy mesti x mkn kan kerabu ni sbb dia x mkn taugeh kan?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja aunty balik JB dengan semnua anak2, wan balik kerja 4etengah hari so bertoiak awal sbb nak berbuka di geylkang serai Singapore.


Gadus kat singapore memang terbaek, kalau kat keramat ada inti nenas tapi disini tak ada inti. Kat sini Gadus versi asli kelapa dan santan je sedaaaap.

WaniGhani said... [Reply to Comments]

eh aunty Sharifah rosidah...gandus tu asal singapore ke? saya baru tau...and baru tau yg gandus ori tu xde inti..tapi tak manis la ye sebab takde inti?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

cik wani memang tak manis tapi rasa sangat lemak. eh gandus bukan asal singapore lah kat jb dan kl pun ada kan cuma yang kat singapore tu perasa asli tak berinti nenas.

WaniGhani said... [Reply to Comments]

owh...thanks aunty.. :) anyway terasa muda jelita dipanggil cik...auwww..!!

nqr said... [Reply to Comments]

pes time aku dgr pasal gandus ni

nqr said... [Reply to Comments]

pes time aku dgr pasal gandus ni

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...