Instagram : @peejburhan

Ramadan 2011 - day 12 n 13

mama tu kalau tak perli aku kat blog dia tak sah kan.
di kata aku snap2 pic. tapi tah bila nak update tak tau la kan.
hehehe. tak reti-reti ke. aku ni dah tak blogger tegar seperti zaman muda-muda dulu.

so oleh itu.
mari update.
sekali 2 aku letak ye.
serious aku pun tak tau la apasal pic asyik la berpusing-pusing.
tah apa kena.
ikut hati mau je camera baru.
tapi memandangkan kawin pakai banyak duit.
lepas tu nak pikir duit nak masuk rumah semua nanti.
takpa la. tahankan sahaja je la kan.
so pening-pening la korang tengok pic-pic aku ye. ;p

anyway ni menu jumaat hari tu.

:: tomyam ayam ::

mula-mula tengok gila pelik.
sebab warna tak macam tomyam.
macam kuah taucu pun ada.
tanya mama dia kata tomyam. sebab dia termasukkan kuib 3.
selalu dia masukkan 2 aje. tiba-tiba jadi macam tu pulak.
macam ngeri.
sekali makan marvelous uolls.
dah macam kedai.
siap hirup-hirup. slurppppppp.

:: masak berlado ::

ada daging dendeng ex-boss mama bagi.
so mama tambah kentang n tempe.
so nice.

:: sayur masak oyster. kailan rasanya. entah. janji sedap sudah ::

:: telur dadar ::

:: masak lemak telur itik. ni papa beli ::

then last saturday aku ajak dotdot berbuka sama.
dia tanya nak pergi mana.
aku kata berbuka rumah aku je la.
tiba-tiba malas nak keluar.
so tanya mama ok ke tak.
sebab if tak ok kitaorang keluar je la.
mama kata ok :) so yeah.

:: asam rebus batang keladi. super nyammm. ish sukanya aku masakan ni. terbaik ok. tak pasal pukul 11pm macam tu me, noy n papa repeat makan nasik sebab ada lauk ni. heheh ::

:: masak lemak rebung ::

:: ikan bawal goreng ::

:: sambal belacan berulamkan timun n peria. ::

:: sup ayam ::

:: bendi tumis cili ::

ni dot dot beli.
entah aku tak rasa pun. macam pelik bebenar pilihan lauk tu ye. haha.
tapi memang aku jenis tak reti makan campur-campur lauk pun.
kecuali memang jenis sesuai la.
macam masa makan ni. aku akan makan half nasi tuang kuah lemak. makan rebung dulu.
then lagi half baru aku makan asam rebus tu.
ye aku memang pelik macam tu.
aku tak suka rasa tu bercampur-campur. tak stone nanti.

:: bubur lambuk. papa beli ::

:: kuih-muih n bubur manis ::

haha gila punya tak ikhlas amik pic kan.
ok sekian entry menu.
ta-ta.


12 Comments:

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Peeja... semua lauk fav. tu
Sedapnya...semua susah nak jumpa kat sini
Nak masak, tak berbaloi plak, takat makan sorang..

Sob sob.. jamu mata jer la ni..

peej said... [Reply to Comments]

ye ke. kau ni if aku baca komen kau aku yang tumpang sedih. sebab sangat faham perasaan mu itu. sebab nak sangat tapi tak dapat. nak masak tak berbaloi kan. itu pun kalau reti masak la lauk tu kan. sobs. *dasar suka makanan*

Leen said... [Reply to Comments]

Sama plak perangai kiter, x reti campur lauk.. sy kalau nak rasa lauk lain tambah lg satu pinggan.. hehe

MariahRohaini said... [Reply to Comments]

Sama ah makan xleh campur lauk...mcm x puas kan

alfi kasran said... [Reply to Comments]

semua terpusing ni kak peej ooi

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku setuju dgn kakak degil, tu sume aku sukaaaaaaaaaaa..tapi nak beli dekat sini macam x memuaskan hati dan ini semua bkn makanan org tempatan kt sini, nak msk sendiri sorg2 la pulak...

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

sedapnye gamba2 juadah berbuka ko, gamba pemanis muka (read: dotdot) xde ke? :P

yana halim said... [Reply to Comments]

eh? sama la pulak cara makan. memang tak suka campur kuah kalau masakan melayu. kalau nasi kandar tu boleh pulak. hehe..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

OMG !!! keladi masak asammmmmmmmmm

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ooo patutlah aunty ajak berbuka di Sahara Tent peeja tak boleh pergi rupa rupanya dot dot berbuka dirumah, aunty cakap dengan uncle agaknya peeja malu lah.

paling aunty suka ialah masak berlado, tiap tiap hari ada pun tak kesah.

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

perrgh banyaknya makanannn aduuuusss.. masak berlado tu xmenahan..esok kena cari ni! =)

peej said... [Reply to Comments]

leen - haha. pun boleh. dulu la. sekarang jarang la. entah bila berbuka makan sikit pun dah kenyang. so bahagi dua nasi. makan satu2.

mariah - kan. nanti tak feel rasa lauk tu. tak dapat menghayati.

alfi - hahhaha. tu la pasal. tah apa meragam semua pic nak terpusing. sedih betul.

buyui - tu la. kl ni syurga makanan. nak apa je boleh tunjuk2.

dylan - tu tunggu dah kawin nanti.

yana - sama. nasi kandar ke daun pisang lagi nak campur macam2 kan.

sweethoney - hamagaddd. sedap sangat kan. heheh.

aunty - sama la. makan sambal/berlado hari2 pun takpa. favourite tu.

yuyu - meriah kan. tapi ni untuk dua hari la. bukan sehari banyak macam ni pitam.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...