Instagram : @peejburhan

pantas kasi campur semua.

ok update pantas yang dah tertungak sekian lama.
kejap lagi around 11pm nak pergi tengok wayang.
so kasi up satu entry ye.
since ala-ala tertunggak.
aku campur je semua.
update sekali menu ramadan day 6 n 7 ye.

last saturday tu pergi low yatt ngan mama sebab dia nak laptop n camera.
so layan.


dah tanya around.
ramai suggest dell. kata ok.
takmo beli macbook sebab ni laptop mama.
kang dia tak reti guna. ada 10 kali kacau aku kan.
dah la aku pun bukan reti sangat macbook kan.
so tanya kat twitter laptop apa bagus. budget rm3k.
ramai suggest dell la.
ada la suggest lenovo la apa.
then tanya ice. ice pun kata dell bagus.
ok mari carik dell.

naik lift salah tingkat.
selalu computer tingakt 2.
tertekan tingkat 3.
eh ada jugak. banyak laptop la kan.
jalan. nampak kedai ada tulis dell salah satu brand dia.
masuk nak tengok-tengok je.
sekali jumpa kawan noy zaman air asia.
rupanya tu kedai adik dia n dia ke apa.
satu-satu kedai melayu kat situ. lain ada la mostly booth la.
ni kedai. nama kedai voltron.

deal pun bagus.
sebab mama bukan nak canggih ke apa.
janji dia boleh online fb n blog dia sudah.
so dapat rm1600 sahaja. nice kan.
siap dapat free satu kotak tu ada 8 items.
macam-macam la. headphone, cooler pad, pencuci la, kayboard protector la. bla bla.

:: muka happy dapat laptop ::

dia dah nak lama.
tapi nak bawak dia tu kita orang malas.
sebab leceh kan low yatt tu.
dia dah la tak sihat sangat.
hari tu pun kesian je dia pusing-pusing situ.

then tuju camera pulak.
pun dah nak lama.
dia punya dah tahap kronik.
mahu beli canon S95.
so tengok la. harga rm1350.
ok je.
sekali budak cina tu kata tak perlu la.
ada satu ni takda beza ngan s95 tu.
lebih kurang sama je.
ixus 300hs x silap.
so tengok ok. beli.
rm899 je. :D

oh suka.
macam nak beli jugak je untuk diri sendiri.
nasib sedar diri nak kawin. kena pakai banyak duit. tsk.


:: cea papa macam faham-faham je diterangkan tu. ::

then settle terus gerak.
nak balik masak tak sempat la kan.
nak masak pun agak letih and malas.
so kita orang berbuka kat krisik.





lauk lebih kurang macam ada aku cerita hari tu.
cuma less tomyam putih ayam je.
tu lah menu berbuka ramadan day 6.

yang bawah ni pulak menu ramadan last sunday.
aku n noy keluar nak carik kasut kerja noy.
susah weyh nak carik.
susah nak carik design yang plain. tinggi sekian-sekian.
menambahkan kesukarang sebab minah ni kaki size 4.
selalu kedai takda size tu.
penat ok mencari.

so tau akan amik masa.
kesian nak suruh mama masak sorang.
tau dia tak sihat.
sebab kan hari sebelum pergi low yatt.
mama kalau keluar berjalan mesti 2-3 hari badan sakit.
so pesan kat dia tak perlu masak.
biar kita orang beli lauk for berbuka.
call papa. papa dah beli kuih-kuih.
so ok la.

kita orang ke pasar juadah keramat au2.
suka situ sebab tak banyak orang sangat.
gerai pun mostly yang dah biasa.
yang confirm lauk sedap.
so ini hasilnya.
noy pentamak. sebab tu macam-macam dia nak beli.



:: ikan keli salai n pucuk ubi masak lemak cili api ::

hamboi panjang nama kau.
sedap gilos.
nak beli daging salai. tapi dah abis.
aku amik 3 ekor. sebab yang suka makan aku n mama je. papa n ayol ikut mood.
so jadi la kan. rm9 sahaja. banyak n puas hati.


:: asam rebus batang keladi. pun super nice. ni noy teringin. ni beli rm2 je ::



masak lemak telur itik n rendang daging n hati.
limpa dah abis pulak.
serious sedap melampau.
ada nenek jual. dalam 60+ kot. sedih je tengok :(
tak banyak dia jual. tak sampai 10 lauk. sebelah dia ada jual kuih-kuih. dia tumpang kot.
not sure. tak pun share tapak.
sedap sangat ok. sebab berapi weyh dua-dua lauk ni.
tak ingat la berapa ringgit both ni.
tak mahal. tapi memang berbaloi.

:: asam pedas ikan pari. pun sedapppppp ::

:: begedil ::

ni tak stone. sebab ada manis.
kenapa kena letak gula weyhhh.
potong stim ok.
puas hati la semua lauk tu.
sebab tu suka pasar juadah au2. sedap.
takda kau rasa nak amik makanan campak kat muka orang tu ke apa.
rasa nak peluk n cakap, "awatlah sedap sangat masakan ni hoih:
wah gila over kan.

:: kuih-kuih ::

dalam bungkusan ialah murtabak n putu piring.
dalam fridge ada puding caramel n tapai ubi.
tu je kot.

ok daaa.
nak siap pergi tengok wayang.
sekian.



11 Comments:

ayanuts said... [Reply to Comments]

sis nak tanya laa yg laptop tu memang rm1600 brand dell ke???apa model ye sbb skang tgh nk cari laptop brand tu juga

hamzah ian said... [Reply to Comments]

sedapnyaaaaaa

Shahrizat said... [Reply to Comments]

tadi petang ternampak huda dan ice kat pasar ramadan bandar tun razak...ada orang tercarik-carik kot peeja ada pulak...hahaha

yana halim said... [Reply to Comments]

woahh....dasat2 lauknya. nie buat rasa mcm nak pergi au2 nih..

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Ayanut : Ishh, peeja ni tak jawab soklan Ayanut,
Aah, auntie punya jenama Dell 14" rm1600 saja

WaniGhani said... [Reply to Comments]

kuih byk giler jenis ko kata itu ajeee..? ekekeke :p

nqr said... [Reply to Comments]

nanges tgk makanan... heheheh

ayanuts said... [Reply to Comments]

he,,he....trma ksh auntie :)

tembam said... [Reply to Comments]

pija kuih warna warni pink ijau tu nama apa?

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

wah kuih favourite uncle tu mesti ada kan?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

belum pernah pergi pasar juadah au keramat,selalunya pergi kg baru je nanti nak ajak ubcle la.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...