Instagram : @peejburhan

oh-emm-geeeeeee!

hari ni mood aku agak tah apa-apa.
pms tak menentu. rasa nak emo n nangis aje.
aku perasan if noy kerja ke apa. aku kesepian.
mesti layan perasaan, pastu rasa macam tah apa-apa aje.
bodoh ok.

oh tadi check keywords.
nampak ada orang search nama ice.
terus bbm huda. ye la. siap nama penuh bagai.
mana tau ada kekasih lama search ke apa kan.
rupanya huda kata dia yang search.
nak tengok apa yang keluar.

memandangkan tak tau nak buat apa.
aku pun mula la google kekasih-kekasih lama.
wah kemain kekasih-kekasih kan. macam ramai sangat je.
check-check tengok takda apa.
pffffttt.. memang daripada dulu tak gemar internet dorang ni.
yang ada pun crush2 la. tu pun sentap tengok. sebab kacak sangat.
pastu dah kawin. erghhhh.
terus malas carik dah.

ni duduk lagi depan pc.
mood tengah emo gila.
nak buat apa tak tau.
nak tengok youtube pun tak tau nak tengok apa dah.
nigahiga dah abis tengok.
kevjumba pun semalam aku dah marathon. sampai kul 11 pagi ok. hebat.
lepas tu tak tau nak tengok apa dah.

dok main sims social pulak kat fb.
energy abis. buhsan. kena tunggu.
tiba-tiba terasa nak search kekasih lama kat fb pulak.
type nama penuh tak ada.
try type nama samaran dia.
tengah dok tengok-tengok. ada familiar face.
tapi ni account perempuan. surname pakai nama dia.
vah vah vah.

bukak pastu menyengih la aku.
hahahahhaa.
sebab akhirnya dapat tengokkkk!!!!
lama gila kot tak tau cerita.
last contact dia call aku kemain la verlagak.
time tu dah tunang. lepas break ngan aku. kenal pompuan baru, terus tunang.
fineeeee.
kemain cakap, "my fiancee like beyonce"
kononnya tunang dia tu pramugari bagai.
ye laaaa. kau je la best.

time tu rasa nak tikam-tikam je.
rasa macam fine. kau nak hot aje. *menangis dalam hujan. wah drama abis*
then tak tau cerita.
sampai la P.G terjumpa dia kat wedding.

P.G : aku nampak ****
me : serious? ngan wife dia?
P.G : a ah.
me : lawa? dia kata stewardess la apa.
P.G : tak lawa la.
me : maybe mengandung kot.
P.G : memang tak lawa. tah bukan taste aku la.
me : kira aku lagi lawa la?
P.G : apesal pulak. kau pun tak lawa. gemuk.
me : gemuk tapi manis.
P.G : malas aku layan kau.

abis situ.
awal tahun rasanya dapat tau kononnya dia nak masuk 3 anak.
wow. kelas kau maria.
apa-apa la kan.

so tadi jumpa adaaaaaaaaaa.
ok account private. tapi profile photo ada dia.
gambar satu fam kat avatar. hahahhahahahahaha.

lepas tu kan, kitew tengok lew pic wife diew.
tang manew yang beyonce tew? *pitam*
teruja pulak rasa.
tapi anak dia comel la pulak.
maybe sebab sekarang aku suka tengok pic bebudak kot. keh keh keh.

bagus.
atleast now i feel good about myself.
walaupun mak tak 'like beyonce' atau 'stewardess', n walaupun mak tombam. tapi mak rasa mak manis lagi.
wah matiklah angkat bakul kan. *lari berganti-ganti. nak pecut tak larat*
pastu kan. pastu kan.
kitew rasew dotdot kita lagi kacak. hahaha.
walaupun lagi tua daripada dia. dotdot kita rambut lebat.
yes. he's balding. tu la. persiakan lagi cinta aku. ewah ayat kan.

tiba-tiba rasa bersyukur kan.
walaupun masa putus cinta tertonggeng abis.
tapi akhirnya Allah bagi yang lebih baik.
kalau tak, tak dapat feeling khloe n lamar.
kena feeling kate middleton n prince william pulak.
bukan sebab royal ye. sebab balding. *brisk walk. dah tak larat nak lari*

wah tetiba ceria di malam hati. *lompat bintang*
jangan risau takda gempa bumi. mungkin hanya effect sebab aku lompat bintang.
la..la..laaaaa...

nota buntuit : rasa nak add je acc tu kasi stalk. tapi terlebih sudah. takpa. cukup. malam ni boleh tidur mimpi indah.



16 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

hahahhahahaa!!br twit terussssss up satu entry!hahahhaa..caya lah! percaya cakap aku..sekali ko terjumpa..len kali ko akan cuba lagik dan cuba lagik carik info.. hheheheh.. sbb sebulan sekali or 2 bln sekali pasti google ex ex aku.. wahh.. matik la.. bunyi laku sangat kan BEKAS BEKAS kekasihhhh...

linda said... [Reply to Comments]

Psst pija, kau dah mengompat niii :p aku x sangka ko betul2 buat entry :D mari brisk walk, sbb bulan pose xleh jogging nnt hausss :p

bedah tembam said... [Reply to Comments]

Part "brisk walk" tu yg akak tak tahan tuh! Hahahahaha

arda said... [Reply to Comments]

hahaha..tetiba dot dot dot paling kacak. kelas kau maria..nnt kalau kenduri kawin jemput readers tak? invite la sayerrr.. sayerr mesti datang :)

farra8979 said... [Reply to Comments]

x sabar nak tgk peeja kawen ngan dotdot... betul kate arda, jemput la ktorg... ^__^

sweethOneY said... [Reply to Comments]

heheee yesss feeling menengok life ex dengan wife dia yg tak best adalah best ! takpelah, feeling sendiri best pn takpe, tak kena bayar kan :D

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

x leh blah bila dia ckp "my gf like beyonce". motif?

cett..

semua tu ada hikmah kan?

yana halim said... [Reply to Comments]

hahaha...rasa nak guling-guling gelak baca entry nie. Ini dah 1 bukti yang Allah ada agenda yang lebih baik utk Peej. Best, kan?

MK said... [Reply to Comments]

lawak peeja!!! mekasih sbb menceriakan pagi ahkak!!

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

1) try search Arturo pulakka t youtube, di alawak jugak...senak perut kalau tgk video dia

2) ataupun kalau suka tgk baby try tengok video Nina yang sungguh comel kat youtube, uploader tu bapak dia nama geofg

3) i faham perasaan bila dpt tau ex-bf punya wife x cun. wpon diri sendiri x la cun sgt, tp tetap rasa hepi sbb ttp seronok sbb dpt laki yg lg hensem dr dia..dan diri ini perasan lebih cun dr wife dia wkakakakakaka *high-five sikit*

ampun, over komen berjela dh mcm entry kat blog sendiri :p

Sweettooth said... [Reply to Comments]

lawak la bab prince william bukan pasal royalty tp pasal balding LOL!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahahaha kelakar je entry ni. bagus la sila rs gembira dgn diri sendiri. org2 ni just bragging beyonce bagai utk sedapkan hati diorang sendiri je. so let it be. kalau betul bagus, org xkan brag2 camtu, ppl will notice it naturally kan ^^ keep the chin up. abad frust menonggeng sudah berlalu :P

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

hahaha.lawak lah peej ni! apa pun I rasa u lawa whatt!! dot dot tu takde gambar ke?

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,barang yg lepas, jgn dikenang2 nanti merana diri sendiri...cehhh..:P setiap yg berlaku ade hikmahnya, hilang botak dapat yg lebat kan? Aku doakan jodoh ko ngan dodot berkekalan sampai bila2.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hello khloe kirim salam kat Lamar dot dot ye, hehehe.

Peeja jangan Add nanti dia ingat peeja gila talak, walaupun tidak ok.

CN2S said... [Reply to Comments]

hahaha tak tahan part khloe & lamar tuh.hahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...