Instagram : @peejburhan

mulut tempayan boleh ditutup. tapi kalau tak tutup?

rumah aku ni ada kucing luar.
tak bela pun. tapi sebab kesian. so bagi makan.
tak tau korang perasan ke tak.
ada jugak sekali sekala aku cerita.

berapa keturunan dah.asal daripada kawan konyot.
dulu aku ada kucing konyot. jenis lepas la.
bila nak tidur or makan balik.
last kena curik. sad.
kita orang letak bekas makan tu tepi pintu rumah.
so bila konyot balik makan. dia akan ajak kawan dia ni makan sekali.
kucing betina. tompok-tompok.
tapi kita orang panggil dia pencilok pencuri.
sebab suka cilok n curi-curi makan.
if sebut nama dia kena ada lagu.
rentak macam lagu m.nasir n jamal abdillah tu.
"yang kudus yang kulus" eh macam mana lirik dia?
so bila sebut nama dia mesti nyanyi, "pencilok pencuri...ya ya ya..pencilok pencuriiiii"

then dia beranak pinak. dapat la belang.
asal 3 ekor. tinggal belang je.
then belang beranak pulak cholomon. aku pernah buat entry dulu.
then dia beranak lagi. yang datang sekor je la. cikonet. panggil ciko je.
3-3 ni warna sama je.
then sekarang nenek dorang pencilok pencuri tu memang dah lama takda.
mak dorang belang pun dah lama tak nampak.
if ada pun cholomon n ciko je la.
if datang macam kembar siap. melekat je kepala dua-dua tu.
dorang manja-manja takut la.
suka meleseh kat kaki. bila nak pegang takut pulak.

so dah bunting and beranak.
aku tengok dorang suka beranak dalam atap rumah jiran.
rumah tu kosong.
tapi takda pulak nampak anak-anak dia datang. tak survive kot.
then baru-baru ni cholomon bunting lagi.
tiap kali nak keluar rumah mesti dia akan meluru macam nak masuk rumah.
tak boleh la kan. dia memang kucing luar.
dalam hati fikir. ala nanti pandai-pandai la dia kan.

then last friday.
lepas berbuka puasa, whole family hisap rokok kat depan tu.

papa : papa rasa cholomon dah beranak.
noy : iyaaa? mana papa tau. *pompuan excited kucing*
papa : papa rasa dalam tempayan ni.
noy : ish ye ke. takkan la.
papa : iyaaa. sebab siang tadi papa sembur-sembur lantai. papa dengar bunyi anak kucing. datang daripada tempayan tu.

:: tempayan ::


dalam tu kalau tak mama memang sumbat benda-benda ni.
so pergi amik lampu suluh. kasi suluh.
memang ada ok dia dalam tu. anak dia tak nampak pulak.
so keluarkan la benda-benda tu.
haiyoh memang dia beranak dalam tu.
sempit gila kot.

lepas tu dia keluar mintak makan.
so boleh snap pic anak-anak dia.
comel gilaaaaaaaaaaaa.
sebab bayangkan selalu dapat kucing warna lebih kurang je.
yang ni warna lain. cantiknya. suka.
dah la ekor semua panjang.



2 putih ada tompok-tompok.
sekor lagi grey n tompok putih.
cantik kan.
ye la kalau tak dorang asyik la anak sepesen je belang gray tu.
ni warna lain jadi excited.


:: mrs cholomon ::

:: yoki and hannan ::

hannan memang dah duduk luar.
tak boleh bawak masuk.
sebab dia suka pancut.
so memang duduk sangkar aje.
sekali sekala keluarkan bagi dia main-main.
ni pun dalam sangkar buat hal.
dia akan pancut keluar keliling sangkar tu.
so kena selalu la sembur lantai. hish.

yoki pulak memang gf hannan.
sekarang je tak ngam.
sebab agaknya dulu dia pernah nampak hannan ada affair ngan cholomon.
sentap weyh. sekarang asyik nak tampar hannan je.
yoki ingat nak biarkan dalam rumah je.
tapi dia ni nakal gila.
aku rasa dia rasa dia ahli gimnas la.
suka betul lompat sana sini.
mama la menjerit-jerit selalu. :/
aku suka je. sebab dia manja.
hannan  pun manja. tapi bab kencing tu payah la kan.



sekarang kaseh tengah takda ada kat rumah.
dah 2 minggu dah.
sebab kawan noy nak mate kan ngan kucing dia.
so dia pinjam. tapi aku rasa tak berjaya. sebab kaseh garang.
n kucing dia tu penakut pulak.
nanti nak ambik balik.
rindu sangat dah kat kaseh tu.

ok sekian cerita rumah ku yang banyak kucing ni.
the 3 kenits ni tak tau la apa nak buat.
buat masa ni takda pegang ke apa la.
sebab takut nanti cholomon rasa tak selamat. dia bawak lari pulak kan.
kesian pulak.
so biarkan dulu.
maybe nanti give away.
tapi ni bukan kucing bela. susah nak potty train ke apa.
nanti fikirkan.
mmmm comel.
maybe nanti aku bela bila dah kawin nanti kan.
best jugak tu. ngeh ngeh ngeh.



12 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

memang peeja dan keluarga sayang kucing ek, untung kucing2 tu dapat kasih sayang sepenuhnya dari tuan nya, orang ada asthma macam aunty ni tengok je lah nak bela tak boleh.

AziniMZ said... [Reply to Comments]

adoi banyak nya kucing.. sampai dah jd nenek kucing tu.. hehe

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

peeja! semoga keluarga kau dirahmati oleh Allah! Sayang kucing jugakkk!!!

♥♥cik syira♥♥ said... [Reply to Comments]

sangat jeles ngn kamo...dulu bela juga jucing tapi skang dah xde..sekor dah lari sbb majuk kot, yang laen dah dihantr ke kedai sbb xde sape nk bagi makan dah..sume bz, xde di rumah..sgt jeles huhuh

Leen said... [Reply to Comments]

Haha, nak panggil nama kucing pun kena nyanyi ye

peej said... [Reply to Comments]

aunty - takda la dpt kasih sayang sepenuhnya. tapi ok la. geram ngan kucing2 ni.

azini - hahah kan.


shinnaz - Amin.

cik syira - rimas jugak banyak kucing ni. tapi if tak jumpa kejap pun dah rindu. if takda tak tau la macam mana tu.

leen - ye. heheh. setiap kucing kita orang ada lagu.

A.I said... [Reply to Comments]

boleh pulak dia branak dlm tempayan tu yek? sib bek x mati bebudak tu. ish..

Iz said... [Reply to Comments]

Aaaaaaa.. comelnya ada Calico!!! Yang calico tu mesti betina wei.. comel gila. Tapi kuat jealous kalau ada kucing baru nanti, hehe

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku mati2 la igt tajuk cerita kak nam sekali lain daaa...

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

maybe nanti aku bela bila dah kawin nanti kan.
best jugak tu. ngeh ngeh ngeh.

>aku rasa masa tu ko sibuk membela laki kot... *wink

nor elyana said... [Reply to Comments]

peeja..kitorg pun dpt anak kucing baru..b4 puasa harituh..5 ekor ok..comel gila..geram mcm nak lambung2..now da bk sgt pula kucing..nak let go mcm kesian gila..nanti rindu..sbb yg lahir ni suma geng bulu panjang2 gebu..tapi mmg ada sekor kucing nih jantan mmg suka pancut.. asalnya anak kepada kucing tuan rumah ni..tuan rumah ni org libya, dia pindah tinggalkan kucing dia tgh sarat mengandung..kitorg pindah je terus beranak kucing tuh..leceh kucing suka pancut nih..kalau dia masuk je mesti dia nk spray suma..paling tekanan dier penah spray anak aku yg baru 18bln..puas mencari bau hancing kucing, da jadi mcm anjing dok terhidu2, rupanya dia spray kat perut anak aku..kuang hasam kan?x kan anak aku pon dia nak cop?

peej said... [Reply to Comments]

a.i - tu la. tengok ok je tu.

iz - ye ke. macam tu pulak. bukan semua kucing akan jealous if bawak kucing baru ke? tp kalau mcm tu mmg confirm betina kan.

buyui - cehh. bebulan puasa ni nak kontroversi.

dylan - hahaha. laki lain. tapi kucing kena ada jugak. baru bahagia. heheh.

elyana - hahaha. aku pernah kena jugak ok. kong ajo.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...