Instagram : @peejburhan

kenduri kahwin.

ramai assume aku nak kawin tak lama lagi.
tak lama lagi as in dalam masa terdekat ini.
takda la. mana ada.
kalau ye, mesti kat blog dah ada preparation ke apa kan.
ni satu apa tak buat lagi.

untuk menjawab persoalan (wah ayat macam artis. hahaha *lempang*) semua.
aku bagi tau la ye.
aku kawin tahun depan la.
awal tahun. tapi takda la awal sangat.
mula-mula plan bulan 10.
papa kata 2012 je la kawin.
then bincang-bincang. so aku carik la tarikh. heheh.

aku tak buat tunang-tunang ke apa ni.
kosser. bukan lama pun lagi kan.
hari tu ada ura-ura nak buat.
noy la ni semangat lebih.
pastu mama kata ok.
then tiba-tiba dia kata tak payah pulak.
dia kata merisik je sudah.
wah merisik uolls. eja perkataan tu pun aku dah rasa lawak and tersipu-sipu malu.
gedik sekali.
plannya merisik tu next month.
hahahha. eh sumpah geli-geli perut memikirkannya.

yang pasti walaupun nak kawin next year.
tapi percayalah satu hapa tak plan lagi ok.
still tak decide pun nak buat kat mana ke apa.
aku suka rumah. macam meriah.
entah kenapa tak suka dewan. even hotel ke apa. (cea macam kaya nak kawin hotel kan)
aku suka open concept. if betul tak buat rumah pun.
aku suka tempat tu lapang. takda dinding ke. pintu ke.
entah aku tak suka rasa terkumpul macam tu.
pastu nanti semua orang nak perati je kalau pengantin masuk.
ish membayangkan diri jadi pengantin pun scary jugak tu kan. ;p

sebab tu tak boleh nak decide.
lagi satu pelik. aku tak rasa aku nak sanding.
tah. aku tak suka nak sanding. lepas tu orang semua mengadap ke apa.
ish kitew malew lew. *lempang lagi ejaan macam ni*
yang dotdot cakap kena sanding. i don't want. help.
so pun tak decide lagi.

ikut aku mau simple je.
nikah. then makan-makan je.
tak payah ajak ramai-ramai.
tu aku la. senang. simple. settle.
tapi orang keliling aku ni melebih-lebih.
sebab tu ikut kepala aku. hanya ada tarikh nikah.
bila orang tanya. abis reception bila?
aku dah kena bagi jawapan.
aku kata takda reception. nikah makan-makan dah la.
tapi tak tau la kalau fam aku tiba-tiba nak buat lain pulak.

theme warna nikah lagi best.
itu memang aku dah ada la impian dalam otak.
sekali semuanya hancur berderai.
sebab kan hari tu noy takda jodoh. sobs. *hugs*
barang semua dah beli pun.
so takkan nak bazir. nak taknak. aku kena la guna warna itu.
mula-mula sentap la kan.
ye la. sebab baju nikah pun takleh color putih. >_<
sebab aku dah tempah baju. lawa la. memang over.
mahal melampau lak tu. sumpah mahal.

mama : kau pakai je baju yang kau tempah tu.
me : taknak la. pija nak pakai putih la.
mama : apesal pulak. abis baju tu mahal. pakai je la.
me : jahat la. taknak.
noy : lawa la baju tu. serious. apa salahnya nak pakai color tu. kau ni mengada.
me : abis apesal time kau nikah nak pakai putih? pakai la color lain. so saya pun nak putih la.
noy : sebab kau dah ada ni. pakai je la. saya tak pakai putih pun takpa.
me : ye la tu.
mama : entah. mesti lawa. tak salah color-color.
me : bukan mama dulu cakap nikah lawa putih ke.
mama : alah tak kisah la. janji nikah.

herghhh.
lama weyh aku #sentaphatimaknak
then lama-lama baru boleh terima kenyataan.
hopefully jumpa sampin songket untuk dotdot warna sama ngan baju tu la.
baru la aku tak nampak cacat. heheh.

me : ye la. pija pakai je baju tu. dotdot pakai sampin color tu.
mama : haaa bagus. lawa kan.
me : hmmmmm.
mama : mama suka. sama warna macam masa mama nikah dulu. tapi mama pakai brongket.
me : sama yea?
mama : sama la.

:)
ok fine.
buat apa pening. layankan aje.

tu takpa.
tadi jalan-jalan ngan ice n huda.
lepas tu saja-saja cakap.

me : jom pergi habib tengok cincin.
huda : jommmm.
me : eh buat apa. taknak la.
huda : takpa laaaa. survey. kalau ada berkenan dah ada target.

so layankan la masuk.
tengok-tengok.
sekali adaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
lawaaaaaaaaaaaaaa. kat mata aku la.
ice n huda pun berkenan n excited lebih.
aku lagi la excited kan.
dah la masuk dalam budget.
time tu muka sengih dah macam beruk dah.
aku rasa silap-silap beruk sengih lagi cantik ok. hahahhaha.
berdebar-debar jantung.
tu baru tengok ngan ice n huda.
kalau tengok ngan dotdot entah macam mana la rupa tu.

dalam habib jugak call dotdot weyh.

dotdot : kat mana tu? buat apa?
me : dekat habib. tengok cincin.
dotdot : ye ke? i goyang kaki *tanda suka*
me : ye lah. i dah jumpa cincin yang berkenan. lawa sangat sayang.
dotdot : ye ke. berapa?
me : dalam budget la.
dotdot : ye la berapa *wah serious suara*
me : rmXXXX. kalau tak harga dia lagi mahal. ni ada discount.
dotdot : hiiiihhhhhhhh *suara orang lelah* hhiiihhh.
me : heheheh. cantik sangat.
dotdot : mahalnya sayang. u kata murah je.
me : eh ni cincin kawin la. yang murah tu merisik.
dotdot : ye ke. ok. no problem sayang. anything for u.
me : ye la. nanti beli k. tak sabar ni.
dotdot : ok

miahhahaahha.
oh suka.
tu takpa. tak sabar ni.
dia memang dah bagi duit suruh aku beli cincin merisik.
tu takpa. bersepah boleh carik.
cincin idaman ituuuu.
i wanttttt!!!!
sebelum dah takda design itu.
terus teringat-ingat ok.
aku rasa nak ajak dia beli bulan ni jugak. tak kira.
kang promotion abis. nangis ok.
wah semangat. padahal kawinnya tahun depan kan.
tapi ye la kan. harga emas makin lama makin naik nok.
kang ada kang tahun depan nak beli lagi kejung kan.

wah excited.
kalau tak relax je.
tak rasa apa.
tapi bila dah start ni tiba-tiba tak tentu arah.
dah la tadi kat twitter ada orang mengingatkan yang tinggal berapa bulan je lagi ni.
huish.
tapi takpa kot.
kita orang memang semua last minute.
Insyallah ok.
sebab wedding ayol hari tu pun plan sebulan before je ok.
jadi jugak majlisnya kan.

la la la.
nak mimpi cincin plissss.
excited lebih tadi try call dotdot.
takda jawab. dah tido la tu kan.
hahah mesti dia tido mimpi berpeluh-peluh kan. ngeeeeee.
biarkan. sapew suruh sayang kitew.
hahahhaa.

ok la.
tu aje.
taaaaaaa.

p/s : nak berdoa cincin idaman tak jatuh ke tangan orang lain. ;p



33 Comments:

b3nz said... [Reply to Comments]

waahhhhh! aku tumpang excited orang nak kawen. kalo tanak sanding, ada pelamin pun ok peej. buat amek2 gambo.. kwn aku kawen, sanding kejap je. xde sape nak memandang, orang sebuk nak makan. tapi seronokla pastu amek2 gambo.. kenangan.

linda said... [Reply to Comments]

Woottt woottt, aku sengih2 baca entry ko mcm ke aku dah ade laki idamanggg :p syok tu dah mula buat preparation. Musti noy excited lebih :p hee. Tapik jgn stress2, ade2 masa stress lebih nanti ;) Enjoy till the fullest ;)

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

takpe peeja, i akad nikah pun baju kaler purple ok je *tetap rasa chomeyl* kui3x.

lagipun baju akad nikah tu nanti leh pakai lagi lepas ni. if warna putih segan nak pakai lg lepas ni. I punyabaju akad nikah tu kami pakai lagi buat raya pulak wakakakak

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

congratulations Peej! Happy aku mendengarnyaaaa!!! Aku pun terasa cam nak kahwin lagi je nak carik cincin idaman!! haha #matilamak

!! YaNa YassiN !! said... [Reply to Comments]

tahniah,.. nak kawin dah,.. best3... mmg patut pun beli cincin awal,... harga emas mmg akan melambung

http://yanayassin.blogspot.com/2011/08/harga-emas-melambung-orang-lelaki.html

Mrs.R @ Emi said... [Reply to Comments]

homaigod..i likeeee this entry..
semoga semuanya selamat nnt yer,amin

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

akhirnya ko buat juga entry psal kawen ni. lama tau i tunggu. hehe..

i pengantin lama (ala, baru 5 thn je kot) tapi tetap excited bila baca pasal preparation kawen ni.

peeja, jgn lupa jemput pembaca2 mu ni.

Che Sue said... [Reply to Comments]

aku dulu pun plan takmo sanding2 ni..mcm takley trima kontrol sengih ataih pelamin then orang tengok2..hoh! tapi bapak aku aa sibuk suruh sanding jugak..dia kata, kawen apa tak bersanding nih..ceh! sanggup dia tanggung rega pelamin sb nk suruh sanding jugak2..

tapi akhirnyer, aku suka je..ada gakk kenangan sanding..once in a life time pija nk rasa all eyes on YOU! kekekekek...

fomfuen emo said... [Reply to Comments]

Akak turut tompang eksaited! Moga segala rancangan diperkenan Allah SWT... Amiiin *perbetul lilit shayl rambu2*

Hazey said... [Reply to Comments]

Peej
Congrats, suka baca entry ni, hari2 tunggu entry you nak kawin ni.... alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar, nanti wat la lagi entry2 preparation ala 'bride-to-be' your version la kan..btw kalau nak carik cincin meletops murah2 diamond direct from manufacturer pegi la Jewellery Fair, next month ada kot, normally dia buat kat KLCC, ooh kat situ banyak sangat design and dapat harga yang lebih owesome (READ:LAGI MURAH DARI HABIB OR POHKONG OR TOMEI) - all imported from HongKong, Singapore, Itali, etc etc

cik puan apel said... [Reply to Comments]

Besttttttnya!Pija nak tawen dah!^_^

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Wah.. excited baca preparation org nk kawen nih! aku tumpang bahagia la utk ko ye peeja.. aku dah follow ko lame dah... so, bile dgr ko nk kawen alhamdulillah la kn... semoga berbahagia lah selamanye dgn dot dot dot ek!

syntheare said... [Reply to Comments]

congratz peej :D

like*like*like
wat acara makan secara besar-besaran...jota2 readers nk datang ni *kalo dijemput la yeh* ngeh ngeh

cik gObu said... [Reply to Comments]

wahh mesti tgh happy sekarang kan
ai dlu pun tak nak sanding
tp family pujuk sanding jugak

lg 2 bulan nk kawen
baru lah kiteorg hegeh2 g kursus
tempah dewan
carik andaman sume
katering

tp percayalah mule2 mmg kita mcm alah relax lah lmbt lg

tp bila'seru' tu dh sampai
semuanya akan berjalan ikut seperti yang ALLAH rancang

walaupun ada sedikit kekalutan
tp ai bersyukur
ALLAH permudahkan jalan

Iz said... [Reply to Comments]

Aku kan, kalau macam nak beli apa-apa tapi tak cukup duit ke, tak bawak duit ke, apa ke kan.. mesti aku sorok barang tu kat belakang-belakang, biar orang lain tak jumpa. haha keji gila.

Tapi cincin tu patutnya ko byr la deposit dulu, suruh dia reserve (read: sorok). Sbb memang nak beli kan. Hehe.. anyway congratulations!

yana halim said... [Reply to Comments]

peeeewit! dah usha cincin kawen. mesti happy, kan? nanti dah dapat simpan bebaik. cincin kawen akak baru jer hilang. berlian pulak tu. huhu...

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

tahniah bebeh...aku gembira mendengarnya seluas angkasa..ceh wahhhhhhhh...nak tengok dotdot ko bersanding..pewittttttttttt

sweethOneY said... [Reply to Comments]

yeay akhirnya buatpun official announcement (ala2 la tu kan) hehe

aku pun jenis klo nk kawen suka simple2 buat majlis tertutup je utk kwn2 rapat, mkn2 je sudeh. tp of course la tak dapek kan situ.

Aku pun tgh dup dap juga ni, lagi 3 minggu :)

Btw, selamat buat preparation !

ceera said... [Reply to Comments]

betul
baik ko beli skang
lepas nie lagi mahal harga emas
tsk...

natessa said... [Reply to Comments]

peeja i totally understand pasal bersanding tu... i pun dulu takut nak sanding, coz pegi weddings and dgr kompang je dahh scaryyyy...but have to la kan, if not u'll feel incomplete, lagi2 i was the first to get married in the family and anak askar lagi, so eveything kena well organized. Wedding prep can be stressful but fun, as long as u have nonoy to keep u sane then u'll be fine, as for me ninie and faressa helped a lot too, in every little ways they can. If u want to glam up ur nikah, sanding and bertandang baju, im here to help... im going back to kl for good soon so let me know if u need any help...Have fun with the wedding prep, dont stress too much, enjoy it...oh ya grab the cincin before it haunts you :)

Tijah said... [Reply to Comments]

awakkkkk. jgn lupa ajak kiter ek?

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

wah, congrats peej.

nqr said... [Reply to Comments]

wooot wooottt... kaler apakah nikah kauuu??? lets kak nam!

VFN said... [Reply to Comments]

aku nak jadi flower gurl!

ahhaaha

kakakdegil said... [Reply to Comments]

pak pak kepung kepung
*ala ala bunyi kompang tu*
lama lagi tu.. rileks dulu..
takyah tunang tu semua,hihihihi..

eh, baju nikah tu sekarang tak kisah kut.. kaler apa pun
aku buat nikah kat rumah, baju kaler krim..siap jarang jarang lagi.. takper jer..

peejaaaaa.. nak sangat pergi kenduri nanti.. huhuhuhuhu!!!!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

waa habib tu. grand2 cincin kat situ ^^ xpe xnk sanding, siapkan je pelamin tu buat snap2 gmbr. yg penting jgn lupa jmput kite aight. kalau kite ada kat shah alam time tu, insyaAllah datang x)

Foxy Farah said... [Reply to Comments]

congrats prett!! eee aku pulak yg excited mendengar ni :)) so happy for u, jgn lupa amik gambar mcm jlo yg kau pernah tepek disini suatu ketika dulu ya. hehe. take care!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

cepat2 beli cincn tu sebelum kehabisan stok..hehe!

peej said... [Reply to Comments]

benz - lagi la membazir tu weyh. pelamin pun dah berapa. setakat amik pic kan.

linda - heheh. takpa. nanti ada la tu lelaki idamangggg. takda la start apa. tapi dah terasa-rasa pulak bahangnya. cea bahang. ayat tak tahan.

yatie c - kan. kalau putih tak tau nak pakai mana. nak pakai kenduri kawin orang mcm keji. nak pakai kenduri mati mcm liplap sangat kan. betul2.

shinnaz - hahaha. melampau tu. tapi boleh je. cincin anniversary. aci tak macam tu?

yana y - kan. tapi ada orang kata nanti lepas raya cina akan turun blk. tapi tak berani nak take the risk kan.

mrs r - heheh. thanks. AMinnnn.

liz - melampau kan. aku serba salah mahu share ke tak. macam gedik lak nak share lebih2 kan.

che sue - tu yang den tak gemor tu. all eyes on me. segan. kang kelam kabut lalu tergolek guling-guling. scary ok.

fomfuan emo - heeheh. thanks akak. *hulur brooch supaya lilitan tak jatuh*

peej said... [Reply to Comments]

hazey - over ok sampai hari2 tunggu kan. Insyallah akan buat entry bila dah start betul-betul prepare kan. sekarang ni lite2 je. oh thanks for the info.

cp apel - wiiiiii. Insyallah. heheh.

shiera cakap - tu la kan. mesti kau penat tunggu kan. dah ala2 kertu baru aku reti nak kawin kan.

syntheare - thanks. hahaha. tu kena tanya boss. boss yang uruskan bab makan2. ;p

cik gobu - thanks. tu la. mama kata next months start. cakap kat dia tunggu la. dia kata semua nak tunggu kang kerja bertindan. ish scary pulak memikirkan. tu la. harap semua di permudahkanNYA. Amin. :)

iz - bagus idea kau. nanti aku praktikkan. bab cincin takmo deposit. aku mahu suruh beli terus. heheheheh. baru terasa-rasa aura nak kawin. keh keh.

yana halim - ye ke. tu yang suspen tu. dah la bukan murah. tak pun memang deposit je kan. nanti baru amik. selamat sikit kan.

peej said... [Reply to Comments]

mimy h - thanks. haha melampau sampai seluas angkasa kan. haaaa bersanding? malu la. biar dia sanding sorang boleh? aku duduk kat meja makan je. ;p

sweethoney - kan. kalau macam tu kurang la nervous tu. mama ni tah la. dia kata taknak ajak ramai. tapi dia kata dalam 700+. ishhh. melampau. oh ye ke. wah bestnya. tak lama dah tu. congratulation.

ceera - kan. kena ni. lagi mahal nanti tak dapat cincin idaman. dapat kemetot je. tak sesuai ngan jari tombam aku ni.

natessa - sweet sangat la u ni. so far baju nikah dah ada. baju reception tak tau. sebab my plan lepas nikah makan2 je dah la kan. but u know la parents. dorang excited lebih. so nanti anything i'll buzz u. ish scary pulak bila fikir2 ni.

tijah - gila tak ajak kau. kau masuk list big boss ok. dpd dulu tak abis2 nak ajak "kwn blog" dia. heheh.

iekan - thanks kak ie :D

nqr - nanti session.

vfn - kau saje kan. nak over shadow aku la tu.

kakakdegil - tu la kan. tapi tu la. bila lagi nak feeling pakai putih sesuci dan ayu kan. ah tak kisah la mana2. janji pakai baju kan. kang tak pakai orang lari pulak. hahahha. nanti sampai la kad tu. wah... apa pun tak prepare dah cakap pasal kad.

wani - Insyallah. :)

farah - hahahaha. tu over tu. memang takkan la lawa n hot macam tu. e eh tiba2 excited jugak. macam mana tu.

buyui - kannn. mati beragan weyh if tak dapat cincin tu.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

Congrats Peej! I'm so happy for you! *goyang kaki*

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

peeja aunty pun nak kad jemputan, kalau tak dapat mati beragan lah aunty.

aunty pun tak bertunang, merisik dan terus tetapkan tarikh sebab masa tu uncle dah pernah putus tunang jadi dia takut berulang lagi. masa nikah pun pakaibaju serba putih, rasa suci je masa tu maklumlah baru berumur 19 tahun dah orang masuk merisik mak pun terima je lah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...