Instagram : @peejburhan

kenapa la wujudnya manusia-manusia begini.

i don't know about u guys.
tapi aku banyak deal ngan persekitaran yang ada perempuan-perempuan durjana ni.
durjana seperti suka mengacau boyfriend/ tunang/ suami orang.
wtf is wrong with this kindda women la weyh. benci gila aku.

kalau dorang ni tak tau pasal lelaki-lelaki tu berstatus takpa la.
maybe dorang tu mangsa keadaan.
ni tak. terang-terang tau pun sanggup lagi.
sumpah benci gila ok.
rasa macam nak pergi tikam-tikam.

tak malunya manusia begini.
ada tu. dah tau laki tu dah ada steady gf.
berusaha kuat tahap kegedikan tu nak jugak laki tu.
sanggup tu kata, dia nak jadi fasha sandha rampai jejai daripada nora danish.
paling tak tahan. bila kau confront. dia kata mana ada.
sekadar kawan la apa.
kepala hotak kau.

ada yang orang tu dah jadi suami orang pun nak kacau jugak.
lelaki ni pulak tahap kesetiaan kau tau la. 10% ada la kot.
kalau kau dah terkangkang sebelah dia. tak tentu arah la.
bila kantoi biasa la, kelam kabut kata takda apa la.
memang biasanya macam tu. dia memang sayang je family dia.
tapi dah ada extra meal kan. apa salah balun jugak.
yang perempuan mula la keluarkan kata-kata yang konon dorang saling mencintai la apa.
aaaaaaaaaaaaaaaaaa. aku type ni pun stress.

macam kes yang jejari runcing ngan KFCM tu.
mula-mula aku tak faham sangat.
apakah kekecohan ini.
memang at first aku ada tak puas hati pasal jejari runcing tulis-tulis kat fb tu ke apa.
then kakak dia tulis-tulis kat twitter.
aku takda la kenal dorang. tapi pernah jumpa sekali sebab dorang beli baju noy dulu.
infact kakak dia erin tu junior aku kat terendak.
n both baca blog aku. so daripada situ rasa kenal la.
anyway, aku tak berapa sokong cara bila gaduh maki-maki ke apa.
sebab siapa dah baca blog aku lama tau la.
masa aku break. mana ada aku burukkan individu itu ke apa.
sebab entah la. bagi aku benda tu personal.

so abis situ la.
then tiba-tiba KFCM tu putus tunang cara macam tu.
then tak mengaku player la. kata hubungan adik abang la.
sekali BAAAMMM. keluar kisah dia nak "adik angkat" dia tu.
tak suka ok.
perempuan tu satu hal la. geletis semacam je.
dah la budak lagi.
yang jejantan ni pun.
kenapa la hati kering sangat.
benci orang-orang yang lupa diri ni.
waktu kau takda apa-apa. siapa la di samping kau semua.
bukan nak mengungkit. tapi fikir la sikit kan.

kadang-kadang benda ni berlaku keliling aku je.
sama ada terdengar, terbaca or ternampak.
of coz aku tak masuk campur.
sebab kadang-kadang orang bercinta ni aku dah masak sangat perangai.
nanti tak pasal kau nak membantu. dia kata kau yang dengki nak pecah belah kan dorang.
tak pun aku tengok tuan diri relax. takkan aku nak masuk campur.

tapi seriously perempuan-perempuan.
dalam banyak-banyak lelaki kenapa la nak amik hak orang.
ok la. memang la boleh cakap. bukan hak sesiapa. tu hak Allah.
ye la. sebab kau yang nak merampas tu.
cuba kalau orang nak rampas kau punya. tau kau menggelupur.
kenapa tak cakap, "biarlah Allah hanya pinjamkan kasih sayang insan tu kepada ku sampai sini je. biar la orang lain pulak dapat kasih sayang dia". TEEEEEETTTTTT.
takkan kan.

memang la lelaki boleh kawin empat.
tapi aku rasa peratusan yang nak bermadu tu kurang.
mesti nanti dia suruh ceraikan isteri-isteri lain la apa.
and selalu situasi. dia jadi isteri ke 2 or 3 takpa.
cuba laki dia nak tambah lagi. haaaaaaaaaaa.
mula la tak tentu arah la apa.
padahal yang dia mula-mula tu kira adalah hasil tambahan tak perasan kan.

kadang-kadang nak cakap lebih-lebih pun susah.
sebab aku pun tak tau nasib aku macam mana.
aku harapkan yang terbaik je la kan.
but aku dapat rasakan aku bukan jenis yang sibuk nak feeling lebih kalau dah tau orang tu bf/ tunang/ laki orang la.
memang la kalau kau perasan. aura lelaki-lelaki yang 'hak orang' ni lain macam.
rasa macam. e ehhh hot nya kau. sexy nya kau.
keluar bubble-bubble berangan atas kepala kau.
then tiba-tiba bubble tu meletop sebab kau akan fikir, "Astagha, ish laki orang. erk".
get it. get it. get it.

u guys get my point kan?
aku pun tak tau apa aku type.
jiwa kacau tengok keadaan-keadaan begini, nak type pun tak tentu arah.
kalau korang baca ni. n mana la tau korang salah sorang daripada manusia-manusia begini.
hentikan lah. lempang diri sendiri laju-laju.
chiow.

p/s : tiba-tiba rasa nak tubuhkan team. kalau ada aduan bf/ tunang/ laki dorang kena kacau ngan third party. kita pergi belasah. hahahaha. boleh ke macam tu. cea macam aku berani n reti belasah orang puinnnn. ;p

46 Comments:

zarazueyin said... [Reply to Comments]

sgt setuju dgn peeja
rasa nk join geng tu...hehe

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

setuju sgt2, high five sikit.

ok,,i daftar diri nk masuk kelab u tu

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

peeja, arwah kakak aunty yang meninggal tu bermadu 3 dia isteri ke 2,walaupun masa dia hidup di kelilingi dengan kemewahan tapi hidup dia tak bahagia, teringat arwah cerita kat aunty dulu menyesal kawin dengan suami orang tapi apa nak buat nasi dah jadi bubur. sekarang dia dan suami dah meninggal tinggal yang masih hidup isteri pertama dan ketiga.

masa anak arwah berkahwin, isteri pertama dan ketiga bertungkus lumus sama dengan adik beradik aunty menyiapkan segala urusan majlis, alhamdulillah mungkin ini hikmahnya, mereka semasa idup tsk pernah bergaduh sebab semua dapat kesenangan yang sama rata. sebelum meninggal dia ada berpesan jangan biarkan anak dia berkawin dengan suami orang dia tak nak sejarah berulang lagi.

~nadyahoney~ said... [Reply to Comments]

saya pun pernah rasa cmtu..biler susah, sama2 rasa tp biler dh kukuh n stabil, baru la timbul soal xserasi la, xpenuhi taste la...jawapan yg boleh dicipta...basicnya, biler hati dh xsyg, semuanya nampak xkene..

cahya indah said... [Reply to Comments]

nak join geng kak Peej pukul pmpuan2 yang tak sedar diri nak ambik hak orang ni.
memang best la timing kak Peej tulis entry ni. gerammmmm tau tengok orang2 yang tak reti bahasa ni. kalau da hak orang, tolong la pegi cari yang lain kan. kadang2 hak orang tu bukannya best sangat pun, tapi diorang nakkkk jugak.
tak fikir perasaan orang yang kena kacau ni...
kita semua sama2 sejenis kot..patutnya kita la tolong jaga tak bagi orang rampas hak sisters kita..ni tak.
yang orang punya tu jugak yang dia pandang2, jeling2..

NenekPenne said... [Reply to Comments]

wahhh peej bab2 ni bagus ya... sayang peej...

eh memang gitulah perangai pompuan gedik, time ngurat laki kita hamboiii tak ingat perasaan bini orang tu tapi time bekas bini orang tu baik2 dgn bekas laki yang betina gedik tu rampas, tau pulak menggelupur...

kimmy said... [Reply to Comments]

Lelaki mmg boleh berkahwin 4,tp utk berlaku adil pd semua isteri2 nya mgkn tak semampu yg mereka fikirkan.
Perempuan pula byk nafsu,nk handle sorg pon dh tercungap..hehe..tp, saya pon tak suka dgn pompuan yg suka merampas hak org.Apsal diorg ni eyh?

Anna Banana said... [Reply to Comments]

wah pija, kalau nak belasah org count me in gitu. meh aku tolong ko juga. semangat ok!

aku tak suka ok bab2 pempuan tak reti bahasa ni, walaupun takkan boleh bertepuk sebelah tangan. laki org tu babe????? ko desperate apa?

tapi aku pantang betul sapa2 pempuan panggil laki aku abang. rasa nak pannnnngggg!

ehe emo memalam gini : p

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

i totally geddit. aku pon ada je kenkadang tersuka tgk lelaki2 hotness, lelagi yang pegang baby lah apa, siap berangan berlayer2 bubble, tapi bila aku igt balik tu hak org, mmg tersu berkecai meletup2 bubble tu lah. i mean, thats it lah kan, itu hak org lain, n of course, kite pon x nak org ambil hak kita, so dont start it first. hidup ni mcm roda kan. what makes u so sure yang kau rampas hak org n org takkan rampas hak kau pulak kan???

sweethOneY said... [Reply to Comments]

benci perempuan2 mcm ni. sanggup nk lukakan hati kaum sendiri kan. dah tau org punya lagi nak jugak, alasan.. ala baru tunang/boyfriend belum kawen lagi. org kawen pun lagi cerai.

ek ehh.. sepak kang baru taula

Renaissance Kaur said... [Reply to Comments]

Dalam paper hari ni, isteri kidnap girlfren suami, bawak lari and kurung kat ampang, kasi botak kepala and cabut gigi depan dgn playar, padan muka, nak sgt berkasih ngan laki orang! yg si jantan ni pon satu, dah ada benda halal, nak juga mencari benda haram. tak sedar diri, nyampah. haku plak yg emo.

~aNNa~ said... [Reply to Comments]

suka sangat okeh dengan entry peeja yg ni. kalo dah tak suka tu, buat la cara gentleman kan. benci tau laki mcm ni and lagi benci perempuan cenggitu

Nico said... [Reply to Comments]

peej, mmg la u rasa macam tu tapi try to look d other way around.
macam KFCM tu baru je 22thn dah bertunang n u know how guys r with commitment, he did the right thing by calling it off, sebab he doesnt feel right being with jejari runcing tu.
Dari hubungan tu berlarutan sampai kawin?soo wrong la kan.
n elia pun muda lagi, dah nampak KFCM tu gitu baik cabut.eheh.
akhir kata, perempuan perampas mmg scary, tapi laki yg rela dirampas pun scary jugak.
IMHO la..

yana halim said... [Reply to Comments]

well said. nak daftar jugak kelab tu. dah tengok banyak kes. memang geram je tengok pompuan2 mcm nih. artis2 pun ramai jugak jadi perampas. nampak hebat gamaknya. huhu...

syeka sweetheart said... [Reply to Comments]

nak belasah tu yg tak tahan tu..
silap2 xdan nk pi belasah org belasah kita dulu..ekekeke

tp klu nk tubuh team rasa cam nk join je..ekekeke

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku mmg marah la kalau terang2 dh tau tu hak org mcm kes retis2 ni lg lah nk jugakkk g dekat, x pon kalau laki tu sendr menggatal larilah / elakkan la sbb dh terang2 satu dunia tau tu org punya. aku pnh kena je mcm kes ni, dan aku mmg x mau la spi ke sudah sebab x mau aku kongsi2 dan aku tak mau la aku happy atas kesedihan org lain. get ie get it

mcm aunty sh rosidah citer tu psl arwah , aku setuju sbb selalunya yg jd org ketiga ni sllnya dia yg byk mkn hati lepas kawen tu. apa2 hak pn byk ke isteri pertama.

fikir2kanlah..

JH said... [Reply to Comments]

Hi Peej,

I nak join team tu jugak.. I suka baca news report ada wife ni belasah gf husband dia, baru kau tau, aku sakit hati, meh aku sakitkan kau secara fizikal jugak. Dua-dua merasa. Baru fair.

Kepada pompuan gedik dan lelaki lemah iman, I say, sesuai lah korang. Jantan mmg macam kucing, bangkai ikan pun nak bau. Yang si gedik, mmg ko perangai macam bangkai.

In cases macam jejariruncing tu, mungkin jodoh dia dgn orang yang lebih baik. Tu yang jantung KFCM tu senang je goyah. But be a gentlemen la, apahal nak tunang? Men so do not have balls sometimes.

To those gediks pengacau, what goes around comes around. You get what you deserve. Jantan standard apa la sangat kalau ko kangkang kaki dia boleh lupa gf/tunang/isteri? She's better off whithout him.

Lin said... [Reply to Comments]

1 je i nmpk.lelaki ni time idup susah,dia setia pd yg satu.tapi pantang dah kaya sket mula la perasan bagus..pastu usyar yg lain. takyah tengok jiran sebelah. dlm keluarga i pun belaku 2kes mcm ni kt 2 abg sya.sian kakak² ipar ku..tapi nk buat cmna,diaorg sendiri da besar pjg. tapi tula effect dia pada anak²..anak² dah mula kurang respect pada si ayah psl bikin hati mak diorang sedih.plg i sakit ati,akak ipar kata betina tu baya i je.eee klu jumpa,sure aku simbah asid kt muka dia!

peej,klu ada group tu i nk join tau!

si cokelattte said... [Reply to Comments]

brani ke ko nk g belasa meka2 tu peej?? hahaha.. lawak tau.. p mmg jht coz si perampas tak penah terpikir kalau la hak die kene rampas.. scary.. sempang melekat 44 tau.. semoga meka2 ni diazankan kat telinge oleh mak bapak dorg balik bru buble2 tu pecah n tersedar.. ngeh3...

Arin Mansor said... [Reply to Comments]

Nak muntah ngan perempuan camni.
kadang laki tu ok je.tp perempuan ni tergedik2 nak mencuba gak ngorat laki org. kata nak try.try punya try tak dpt pastu kantoi.wtf..

aku pun benci betina2 perosak relationship org. go to hell same mereka

Maklongnya Bedah said... [Reply to Comments]

yang kes bini orang suka laki orang pulak cemana, adik peej? adik kauuuuuuuuuu.. matilaaa

girlfriend said... [Reply to Comments]

aku nk suh blogger buat boleh "like" komen laa..hehehe..byk ni komen yg aku nk "like" kan..

Ewinn said... [Reply to Comments]

count me in ;p

ismalina said... [Reply to Comments]

omggg, i pun baru je blog abt this, coz one of my good fren pun baru found out yang hubby die ada pompuan lain....sekarang mcm nk kawin ngan dat gurl...but my fren mmg tanaklaa bermadu kan, coz die mmg takde abaikan hubby ke ape, kire cam perfect wife laa

but kadang2 guys ni tak pk before buat, mcm ape yg die rasa kalo wife die buat camtu?

thanks peej for writing abt this ;)

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

Nak kome..tetiba kan. haishh, aku pun fikir gitu gak peeja.aku tahu camner rasanya bila bf kita beralih arah..pehh, makan dalam. Pendapat akulah kan, kalau masih xd ikatan, mungkin boleh lah diterima. Tapi kalau, laki tu laki orang...susah sikit.sebab terang2 dah tau tu hak orang. Tapi kalau laki org tu yg dok kejar kita camnerrr????bertepuk sebelah tangan pun tak kan berbunyi kan.

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Betul peej, aku sendiri pernah berkawan dgn laki org..tapi masa tu aku tak tau..cuma aku ada rasa xsedap hati..setiap kali nak date macam ada halangan...serious aku mcm xsedap hati..ada skali bila dia ckp nk balik kg, aku selamba terlaju kuar dr mulut...balik jumpa bini ke?? padahal xtau apa2 masa tu..pjg la citer...maybe aku leh share pengalaman aku nanti..but later bila aku tau mmg aku putuskan hubungan..bukan sebab aku boleh senang2 lupakan dia...suffer ok..but u'll be trapped kalau keep in touch even niat ko as kawan..so baik xcontact lgsg...even penah cari aku kat opis semata2 nak pujuk..seksa weeyy...tp pokok pangkal hati kau sendiri...especially fikirlah perasaan wife/tunang dia bila laki dia ada org lain..letakkan diri kita dlm keadaan diorg..apa rasa?? xmau kan?? same goes to them..itulah perasaan kuat yg ada dalam hati aku yg buat aku menang melawan perasaan aku...

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

What goes around, comes around rite?

eazy n atief said... [Reply to Comments]

at first saya mengomen entry kat peej :) hehe setelah bertahun menjadi silent reader sbb topik ni sangat menarik.
i am married n ade one doter.
n ada perempuan ni dok desperate dari i mengandung sampailah sekarang.keeeeppppp on sms,call(i tak tau die ade call or tak sebab i tak weekend hubby n wife) n kadang2 kantoi jugak bile i bace dalam message FB.Masalahnye pernah i bahasakan di ala omputih sebab dah cakap bahasa melayu susah sangat nak paham kan.
Tapi sampai sekarang i tak paham kenapa die still lagi nak kacau hubby i?padahal dah tauuuu kot kitorang dah ade anak sorang.ataupun bagi pandangan die MEMANG BEST JADI PERAMPAS?hehehehe

soryy peej first time komen dah bermaharaja lela!kekekeke

pstttt*peej mai la rumah kat melaka.berlaga buintuit sket

ak yuyunz said... [Reply to Comments]

silent reader all this while.. :)

sokong u la peej!

shuweet said... [Reply to Comments]

aku stuju sangat ngan entry ko ni..memang shialllllll la pempuan2 yang gitu..sebab aku dah terkena memang shiyallllllll

nifalnin... said... [Reply to Comments]

setuju...

kite belasah ramai2...

yp poms ni pun satu hal.. bajet hawt la kot klu dpt tekel hak org... lebih hebat lg klu dpt tekel laki org.. tolong lar... x takut ke kena balik kat korang.. KARMA ok...

skang ni bukan takat anak dara jer nak tekel hak org.. mak2 dara pun ade gak yg gatal po'en nak test market... x takut dosa ka???

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

nak join team belasah :))

NP said... [Reply to Comments]

ramai rupanya anti perampas kat sini.. i ingat i sorang jer...

Joy said... [Reply to Comments]

hi peej. I sokong sgt2.. anti jugak dgn perampas...

Mak Izz said... [Reply to Comments]

wah.. bila topik gini tetiba ramai org komen ye. kalo grup tu dh ditubuhkan nk join gak la. bgtau tau. hehehehe..

Foxy Farah said... [Reply to Comments]

nak join! pasalnya banyak berlaku depan mata haku ni. mmg betul kalau kita ckp sikit, kata kita jeles. padahal aku risau jugak kalau dia pun berfeeling2 ngan laki aku sebab katanya suka berkawan ngan yg dah kahwin sebab they re more matured n understanding. hee gerams!

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

aku dah agak dah mesti ramai komen..hahaha..

IMHO,kdg2 tu apabila berkenaan dgn things that are close to your hearts adalah lebih elok tulis dlm private blog*kalau nk lps geram lah* aku pun mcm tu jgk..tulis2 psl bende2 mcm ni *bkn bf aku pun..hahaha*tp bile dah tua nih br sedar diri ape yang aku buat tu adalah sungguh tidak manis sbb mungkin ade org disebelah sana tgh bergembira atas kekurangan/kebodohan kita sendiri..simpati kat x tunang apek..mungkin ada hikmah utk lindung diri dia dr bende2 yg tak sesuai..
sebenarnye aku cume nk tulis : RAMAINYE YANG LIKE! termasuk aku..hehe

♥z@z@♥ said... [Reply to Comments]

nak join kelab jgk..anti sgt nga pompuan jenis perampas nie..pernah terkena tp bersyukur..Allah bagi yg lebih baik..

the hun said... [Reply to Comments]

borang mana pija? borang? aku nak isi ni.

ezanoor said... [Reply to Comments]

Suke entry ni... mmg sakit bila jadik macam jejariruncing tu... org yg alami je tau apa rasanya... tapi nak camane kan, cinta tak boleh dipaksa cuma yg best if jadi KFCM la kan??? bahagia hidup, bertukar ganti, dh boring dgn yg lama, dpt yg baru kononnya lagi hot... tapi lupa sape yg ada di belakang dia masa mula2 nak kejar career... bukan KFM je mcm tu, byk lagi jantan/betina yg gitu... tapi xpe, tuhan ada, satu masa dapat gak balasanNya.

Bila nak tubuh grup tu??? Nak join sekali... hehehhe

iekaz said... [Reply to Comments]

like like like this entry! i nak jadi member dlm grup tu! hehehehe..

i mmg anti jejantans gini... si KFCM tu nk jadi Mawi junior

Zoe Ana Yusof said... [Reply to Comments]

peeja,i baruuu je breakup smlm dgn bf i pasal pompuan lain.bukan skali byk kali plak tu and pompuan kalini mmg dah penah kene sound dulu,agaknye dia rasa best girl win kot.tp dia patut bear in mind je if laki tu boleh buat camtu kat gf dia,dkt org lain pun dia bleh buat.kdg2 tu tepikir jgk ape lagi yg guys nak sgt,dah dapat yg setia,yg berubah utk dorg for good tapiii nak jugak tekejar2 cari yg seksi2 hot hot heat yg ala2 bitchy. apapepun i wish them the best.....NOT! hahaha

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

PEREMPUAN kedekut kasih sayang.....WHY???

fatster said... [Reply to Comments]

betul pun. but it takes two to tango. tapi jugak, lelaki memang susah nak tahan, so perempuan being perempuan yang kuat, kena lah tahan nafsu lebih skit. sedangkan kacau tunang orang pun dah berdosa, inikan pulak kacau suami orang.
maybe diorang tak kisah kot nanti dah kahwin, perempuan lain kacau suami diorang. hehe.
and also tak takut balasan Tuhan.
lantak. menjawab la kat akhirat nanti.

Nelliana Razali said... [Reply to Comments]

Hurm frankly said.. Im one of the victims.. setakat muntah darah.. jadi hantu kak limah tu macam lumrah dah mase tu.. Tapi Allah tu kan ade.. Bumi pun bulat.. so for those biatch.. Allah tu tak pilih kau cantik ke body umph ke.. Tapi kalau hati dah macam shiall, dpt gak la abuan nye nt.. Chow bedah..~

Anonymous said... [Reply to Comments]

Yang ni lagi menjijikkan bini org kacau laki org. Laki dia sendiri, dibodohkannya. Ini terjadi depan mata. Bini org ni sanggup menggunakan bomoh utk buat laki org tu tergila2kan dia semata2 utk mencari kesenangan yg mudah. Padahal badan dia da la gemok cam khinzir, rambut kuning, kuku merah tak ubah cam pelacur uwekkkk geli tgok nya. Kalu tanpa guna2, tak mgkin laki org ni terjebak. Laki org ni bawa taxi je. Bukan berduit pun tapi mgkin driver taxi leh dpt cash hari2 jadi ini da memadai utk dia dan lagi senang bole hantar dia kemana2 percuma. Yang laki org ni plak sblm ni baik sgt & terlalu sayangkan isteri dia dan anak2 apatah lagi isteri nya skrg tgh mengidap kanser tapi nak wat camner, pompuan sabah bini org yg jalang ni sanggup buat apa saja utk kepentingan sendiri, dosa tolak tepi wp dia da kenal dgn isteri driver taxi ni dan tau ttg penyakit isteri driver taxi ni. Tapi nasib baik isteri driver taxi ni perasan akan perubahan suaminya.Perubahan yg paling ketara ialah susah nak solat lebih2 lagi solat suboh padahal suami dia susah nak meninggalkan solat. Maka si isteri ni diam2 pergi jumpa ust dan mmg betul dia telah disihirkan. Sambil tu siisteri ni telah memberi suaminya minum air 30 juzuk dgn doa2 yg sepatutnya sambil memohon pertolongan dari Allah swt, akhirnya suami nya kembali normal dan skrg, suaminya tak mau berenggang dgn isterinya dan tak bwa taxi lagi sbb dia takut perkara tu berulang lagi. Dia terlalu sayangkan keluarganya Jadi kpd para isteri di luar sana berhati2lah dgn bini2 org yg jahat, kaki kikis & yg terlalu taksub dgn bomoh ni. Biasanya bini2 yg jahat ni pandai bermain kata2 manis & disertakan dgn ilmu syaitan. Tak pasal2 driver ni hilang punca pendapatan disebabkan jalang. Kalau saya jumpa pompuan jalang ni, memang saya tolong terajang, lempangkan dan simbah asid je kat muka dan anu dia biar dia tau.....biar dia mengelupur mamposssss

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...