this year takda pun session berbuka ke apa.
semua dah tak kuasa nak organize kot.
tolak sana sini. end up takda siapa nak buat.
whatever. i prefer berbuka kat rumah pun.
yang pasti tau-tau last thursday noy bagi tau, esok berbuka kat nirwana maju.
ok aje. berbuka ngan kawan-kawan aku, pedd, fa n syima.
bagi sesiapa yang baru kat blog aku ni.
dorang ni adalah kawan masa aku form 4 n form 5 kat BBGS.
ye kawan-kawan aku.
tapi dah kata aku ngan noy ni macam siamese twins.
so kawan aku pun dah jadi kawan dia.
kawan aku je. kawan dia kedekut nak kongsi ngan aku.
pfffttt.
tapi bagus kan. selalu dia yang rajin meng-gather kan kita orang.
aku ni memang hampeh punya kawan.
aku takda inisiatif punya orang.
ingat lagi pernah gaduh ngan pedd. dia kata aku tak pernah call dia, datang jumpa dia ke apa.
erk :/
aku memang macam tu doe.
sebab tu la mak tak ramai kawan. pemalas nak maintain tu. keji.
nway, so jumaat tu berbuka la luar.
konon aku n noy nak keluar awal la.
nak jalan-jalan shopping bagai kat bangsar dulu la.
takda makna. bangun pun dah pukul berapa.
online la, main game, siap apa semua. almost 5pm baru reti keluar.
jalan agak harem la jam kan.
katanya nak ke bangsar. macam tak biasa kan. ;p
dah la time orang balik kerja. friday pulak tu.
mana la nak tau. ingat ramai dah balik kampung ke apa.
sakit weyh minah ni buat.
like seriously. cepat sangat kot dia buat.
aku punya allergic pun jadi ngeri.
rentap-rentap ke apa tah.
me : sakit kan.
noy : tu la. sakit kan. aku rasa perempuan tu tak suka kita la.
me : gila ke. takda kena mengena. apesal pulak dia tiba-tiba tak suka.
noy : sebab dia buat ganas-ganas.
T_T
then sambung jalan-jalan lagi.
sebab tengok jam baru pukul 6.30pm.
takkan nak duduk kat kedai makan tu pulak kan.
yang aku tak abis-abis sakit kaki.
oh kaki aku adalah melecet ye.
sebab pakai kasut baru tu.
keras lagi kan.
so aku lipat kasut tu pakai. huduh bebenor.
so beli plaster la. tapi area tu takda langsung kerusi nak duduk ok. pffftt.
aku nak pakai plaster laaaaaaa.
syima : haaa masuk zara ni. mesti ada kerusi.
so masuk n pusing-pusing la aku carik kerusi. takda.
tiba-tiba aku pusing tengok noy carik baju.
wtf. bukan dia kata dia taknak shopping ke.
me : noy dah la tu. apa ni. kata nak carik kerusi untuk saya je. bukan kau taknak shopping ke.
noy : heheh. eh tak. baju ni saya nak lama dah. daripada dulu. tapi dulu mahal. ni dah murah. :D
me : hishhh.
then dia amik la baju tu. tapi dok lagi carik-carik.
then tiba-tiba sampai bahagian lain pulak.
me : ok baju tu kau dah nak lama. abis yang ni pulak?
syima : kannn.
noy : hehehhe. eleh korang ni. sibuk je.
bosan tunggu dia pilih.
ingat nak ajak syima pose kat cermin besar.
me : syima sini la. jom amik pic.
syima : eeee kau ni kenapa? muka macam tu sibuk nak ambik-ambik pic.
me : kenapa? *tengok cermin*
omg scary muka aku. merah gila kat kening n upper lips.
lepas tu penuh bintat-bintat gatal macam kena gigit nyamuk tu.
me : omg. scary nya. syimaaa. how could u not tell me. buruk gila kot. ish.
pic blur. bengong.
if amik proper mesti ketara. ;p
orang adalah super ramai.
kecoh situ.
penuh tempat.
kita orang berbuka ngan makan apalom n peria goreng tu.
air tak sampai.
after 5-10 minutes dapat lauk lengkap semua baru start makan.
aku syima n noy dulu je.
sebab pedd n fa still stuck kat jam. sian dorang.
nak dekat pukul 8pm baru sampai.
dah la sepuluh kali dorang tanya kawan kita orang akan sampai ke tak.
kalau tak dorang nak let go seats tu. kijam.
pics from pedd's iphone...
me n noy.
sempat fa snap.
serious best.
kalau lepak ngan dorang mesti bengong-bengong n lawak je.
<3 them.
tapi tak puas lepak sebab 10ish dah kena gerak.
sebab noy ada standby kuwait. aku pun teman.
so kena la bergerak. pfffftt.
takpa raya nanti jumpa la.
diakhiri dengan pic kaki ku yang melecet selamat di plasterkan.
damn u kasut.
baik aku pakai selipar aje macam selalu. T_T
ok tu je. bye.
*z snaps*
dah la dorang kata aku buat z snaps macam penari kebudayaan. kong jaq.










7 Comments:
haaa betul la peej & kawan2 yg akak nampak tht day kt nirwana. sbb akak pun buka puasa kt situ jugak that day. nak tego segan. siap cakap kt other half, tu la antara blogger glamer =D
anna - tu la. nampak komen akak masuk kat last entry. time tu lepak starbucks. terus rasa saspen je tau. ;p ala akak ni buat malu je tau. mana ada glamour. haiyoh. ;p
mengkelepetkan kasut baru mmg selalu gak saya buat..end up,beli seliper 10 hinggit jgk akhirnya..
Tempat treading tu sebelah Saluga kan.. Mmg sakit... Sy da banned tempat tu!!
petua dapat kasut baru : mesti kena gigit kasut tu supaya dia tak gigit kaki kita. ya..... aku tahu ini adalah mitos yg keji tapi selalu aku buat dan ia berhasil. eh! tapi ko jangan gigit depan orang la.. kang org skeri plak. (^_^)
ehhhh i pun hari tu threading org yg sama buat... sakiiittt... tak penah2 pegi threading rasa sakit.. that was the first time ever.. tu pun pegi kedai tu coz terpaksa.. nak gi rupini's masa tu dah tutup... last min kedai tu je ada.. skali haa.. hambik sakit nye.. pastu benang die pun mcm kasar skit kan? ohh.. selamat hari raya! :)
pedd comel as usual..ye ko pon comel gak [jwb siap2 nnt ko mesti nk tanya "peed je?aku?"] hehe!
Post a Comment