Instagram : @peejburhan

baru la feeling tu mari.

masa keluar tu.
tiba-tiba terbeli kasut baru. erk.
few weeks back aku ada nak beli sandal aldo ni.
tapi tahan nafsu sebab memikirkan tak perlu sandal.
lagi perlu bra. so hari tu dah shopping bra 3 ketul kat la senza n xixili.

then hari tu pergi gardens.
aldo sale pulak.
masuk. nampak sandal yang bikin aku termimpi-mimpi tu.
ambik. mintak size.
sekali dia kata tu last pair. tsk. fine.
dah la wedges semua lawa.
tapi tak memerlukan. so jangan ikut nafsu.
keluar ngan hati yang luka. hahah.

then ke charles n keith pulak.
noy beli.
aku emosi. sebab semua yang aku berkenan takda size aku.
wth. adakah sales assistant ni konspirasi takmo bagi aku beli?
banyak ok. ada 4 kot aku mintak semua takda size aku. nyampah.

so tengah duduk dengan hati yang luka tunggu noy bayar dia punya.
aku saja pergi area belakang. tak tau pulak ada kasut situ.
sekali ada yang berkenan. n ada size. yeay *lompat bintang*

then berbuka.
after berbuka tiba-tiba rasa nak seluar baru.
aku kekurangan seluar.
hari tu ada beli jeans kat wh.
time beli ok.
tiba-tiba sekarang longgar ke main.
siap kena pakai belt. pakai belt pun longgar.
yang buat tak suka tu. sebab jadi buruk la.
macam aku kendong tahik pulak kat seluar. menggelembung sana sini. not loike.

aku yang nak beli. noy pulak lebih-lebih.
biasa la. masuk kedai mana la ada size aku.
sementara noy shopping tah apa-apa.
aku masuk la nichii. mana la tau kan.
haaa. ada jeans yang berkenan. tengok size tak meyakinkan je.
then pergi balik ke noy.

noy : ada ke takda?
me : takda
noy : takda langsung ke?
me : ada la. tapi macam tak muat je.
noy : kau try tak?
me : tak. taknak la. kang tak muat malu je. nanti dia kata perasan lebih.
noy : eee merepek. jom tengok.

so pergi balik.
gigih dia ukur leher la apa.
eh muat pulak.
so amik la dan try.
muat laaaaaa. miahahahahhaha *lompat bintang kejora*
terus amik 2 ok.
design satu lagi tu siap confident takyah try.
ewah. kelas kau maria. heheheh.





perempuan kaki pendek lagi tembam.
ok la. sendat macam nangka.
aku amik slim fit terus.
takkan ada masalah jadi loose ke apa lepas ni.
sebenarnya noy ada amik back view.
tiba-tiba aku segan nak tepek.
macam tebiat sangat la gambar tunjuk punkoq. hahahha.
lulu tu sibuk tu kan.

:: niew lew kasut barew kitew. ewewewewewewew ::



amboih kemain melentik-lentik kaki nak amik pic.
seronok kan ada kasut baru.
mesti nak pakai lepas tu syok sorang-sorang.
masa zaman kecik-kecik lagi la. dalam rumah pun ke sana ke mari ngan kasut.
silap-silap tidur pun nak pakai kasut raya.

wah excited ni.
shopping biasa-biasa je.
tapi sebab nak raya dah kan.
lagi terasa-rasa feeling tu mari. la la la.
nak shopping lagi plisssss.



21 Comments:

Sofi P said... [Reply to Comments]

Kasut tu lawa. Dan lulu juga :D

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

beb..jeans tu brand apa....aku terpikat..bgtau pls

yaNa LaNg said... [Reply to Comments]

nice shoes! :)

Che Sue said... [Reply to Comments]

wehh! santik la kasut ittew..taste aku gak hok gitewww...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

anak aunty si shiqin hari tu pun beli kasut di charles n keith, aunty beli wallet je then dia minat satu beg charles n keith memanglah comel tapi warna yang dia hendak dah habis so terpaksa ambik warna yang macam kat display tu tapi masalahnya yang kat display to yang last yang lain semua dah habis, terus dia macam nak nanges.

cahya indah said... [Reply to Comments]

cantik jeans kak peej. nak cari kat nichii jugak la..hehe

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

kasut cantikk kak peeja!! *lompat bintang hahahahhaha =)

yana halim said... [Reply to Comments]

hoho...kasut tu siyes lawo. terbekenan la pulak. pakai pi opis pun boleh nie.

pol said... [Reply to Comments]

uiks.nampak kurus la kaki kw peej..huhu..apa brand jeans kw ni..hehe

kimmy said... [Reply to Comments]

Aaaa..santekkknya...

i have no chance utk shopping2 lg..peneman sibuk memanjang..sedih lah hati ini..

haha

peej said... [Reply to Comments]

sofi p - kan. dan tuan lulu juga. haha tiba2.

mimy h - nichii. ada tulis. tak baca betul kau ni.

yana lang - nice kan. suka sangat.

che sue - kan kan. aku jarang pakai macam ni. rasa macam lawak kat kaki tembam aku ni. tapi ni macam ok pulak.

sh rosidah - try la branch lain. mesti ada. kena gigih.

cahya - nice. sila carik. ada banyak design lain lagi. tapi time tu nak gerak awal. so cepat2 je.

yuyu - ye. *join lompat bintang*

yana h - nice kan. dia macam 2-2 boleh casual n formal. reason beli pun sebab aku ni kalau ada event takda kasut proper. heheh.

pol - takda makna kurus. macam tiang telepon tu. brand nichii.

kimmy - ye ke. sian. tak reti kan nak keluar sorang2. rasa pelik. heheh.

Kujie said... [Reply to Comments]

kalau kecik2 dulu rumah papan, so menerai kasut baru dengan berirama...hahaha

mamasuri said... [Reply to Comments]

hehhe...cantik jeans ko..aku pun standard beli jeans cam ko je peeja...sendat2 gitu..i like..hhehe..kasut ko pun cantik ..kena je ngan jeans tu...

si cokelattte said... [Reply to Comments]

see.. kan aku kate ko da kurus sgt,, heheheh,, me loike...

WaniGhani said... [Reply to Comments]

untung ko ada standard size punye kaki...aku ni kaki gajah..payah kuasa 3 nak cari kasut..selama hidup xmerasa nikmat pakai kasut pesen2 sgt..apa yg ada saiz je kaut..tapi bersyukur la kaki sempurna..xcacat..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

oh aku pun suka pakai bra xixili rasa selesa je kan :D

A.I said... [Reply to Comments]

aku blom adew feel. xde duwit =(

nqr said... [Reply to Comments]

wohhhh tgn kt pinggang tayang jeans tuhhhhh :p

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kaki ko cantek la mcm panjang..hewhewhew

peej said... [Reply to Comments]

kujie - hahaha. dapat bayangkan. semua orang zaman kecik2 akan ada memori pakai kasut baru melaram satu rumah kan.

mamasuri - aku memang carik yang macam tu. sebab selama ni besar n aku tak potong. so cantik macam mana pun tak nampak sebab dah kena tutup ngan jeans. so if macam ni baru la nampak kan. keh keh.

cokelatte - kurus sangat tu adalah overrated ok. mana ada la. sikittttt je. :/

wani - aku pun takda la kecik weyh. besar gak. tapi still if pergi tu ada la size. sama ada ada stock ke tak je. aku pakai size 8 ok.

sweethoney - try la senza. lagi best dpd xixili ok.

a.i - takpa tunggu gaji. nanti dah last minute. lagi feel ok.

nqr - hahahah. kong ajo nak ngutuk aku je kan.

buyui - memang tak la panjang kan. kau lupa pakai spec ke apa weyh?

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

cantik nya kasut tu,aku suka! aku nak...aku nak.. balik kang nak cari jugak lah! (dasar pendengki)

btw, makin kurus tau! i loikeee! keep up the good work babe.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...