Instagram : @peejburhan

Assalamualaikum ya ahli...

last thursday mama ajak pergi kubur.
plannya daripada minggu sebelum tu.
tapi noy kerja la apa.
konon nak pergi pagi, tapi kita orang bukan jenis bangun awal kan.
so memanjang tak jadi.
sampai la khamis tu. kata jom pergi.
so lepas solat terus siap n pergi.
takda makna pagi la kan. petang baru ke sana. ;p




noy semangat kata buat la air.
mana ada bunga kan. so kaup je bunga apa yang ada kat taman mama.
bunga kertas pun jadi. heheh.
apa motif letak air bunga ni eyh sebenarnya?
ada sebab lain ke.
bagi aku sebab nak menunjukkan ada orang bisit kubur tu.
kan? ke tak?

pergi kawasan perkuburan islam kat danau kota.
mula-mula tuju arwah maktok punya dulu.
sebab aku tau jalan nak ke situ.
arwah atuk punya aku lupa. papa yang ingat.


tak kronik.
cuma bunga ros je dah kering. so mama potong terus je.
ye la panas terik and siapa pulak nak siram kan.
acu kot yang tanam tu. not sure.



dah 2 tahun setengah maktok pergi.
still teringat je. ye la berapa belas tahun dia duduk ngan kita orang kan.
even tadi pun masa nak berbuka tengah dok golek-golek teringat.
selalu mesti dia akan tawaf meja makan n siap-siap pilih makanan semua.
letak dalam pinggan dia.
sebab maktok berbuka ngan air n kurma.
buat maghrib baru makan.
kang kalau tak asing ada yang dia tak dapat makan kuih2 tu kan.
kata umah aku ni sekejap je licin semua.
siapa baca blog aku dah lama mesti pernah tengok ngan entry aku amik pic arwah maktok sibuk pilih kuih. heheh.
auwww i miss her.


:: ni bukan feeing hana tajima. tapi ni feeling panas. so sesuai bagi cover silau ye ::

:: done. Al-Fatihah untuk Endon binti Ahmad ::


posing tah apa-apa.
ni la nasib kena amik pic sendiri.
takda siapa nak layan snap kan pic. :/

the ke kubur arwah atuk pulak.
still kat danau kota.
tapi jalan lain.
pergi sana terkejut.
sebab the condition was bad.
sebab banyak lalang.
dorang dah racun kan rasanya sebab semua dah mati.
tapi macam tak kemas. so memang teruk sangat la.
dah la nak bersihkan sangat tak boleh.
we dont have the tools to do it.
plus mana larat kan.


:: percubaan membersihkan mana yang patut. kat kubur tu penuh pokok semalu. dah la banyak duri. susah nak cabut. T_T ::


aku tolak rumput ke lalang kering yang dok cover lantai kubur tu.
tolak-tolak pakai kaki je.
half way through stop. sebab tak tahan.
gatal n miang gila kaki.
teruk aku keruk sampai putih-putih kaki.

:: big boss ::


rupanya kubur maktok n atok satu kawasan la.
baru aku tau.
tapi jauh la. nampak tak pic atas ni. kat tengah hujung tu ada pondok bumbung oren tu.
kubur maktok somewhere there.
so if nak pergi memang kena naik kereta la. masuk entrance lain.
if nak jalan kaki pun boleh. tapi jauh kot.
n mau jadi kerja nak elak-elak kubur la apa kan.


atuk meninggal masa umut aku 11 tahun.
dah lama kan.
tapi still ingat n macam-macam kenangan ngan dia.
sebab kita orang membesar ngan maktok n atok.
macam-macam kenangan ada.
all 7 of us.
ayol, p.g, me, noy. then cousins aku anak2 acu.. anun, nina n syamel.
best sangat those days.
if ingat nanti aku buat entry.



:: mama kesedihan terlebih masa kat sini. ::




kemas apa patut je.
still tak puas hati.
kena datang again n attend to it.
tak pun aku ajak dotdot kan.
sebab hari tu masa aku nak pergi dia kata asal tak bagi tau.
dia nak ikut. sibuk je kan.
patut ajak kan. suruh dia tolong bersihkan n cangkul ke apa. ;p


cantik kan kubur ni.
paling hujung. tepi jalan.
kemas n warna dia cantik. brown.
pakai kayu.
then ada batu-batu sungai.
pokok menjalar yang dia tanam pun unik n lawa. suka tengok.


sedekah al-fatihah to all muslim yang telah meninggal dunia.
i miss them.
semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

9 Comments:

Lya Colours said... [Reply to Comments]

alfatihah..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

alfatihah...

psstt: peeja burung ko kan dia lindung aku nak baca, dia lindung tulisan2...heheheh!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja, uncle beruntung sebab hari2 kita orang lalu lalang kat kubur arwah emak dan ayah dia, dan kubur mereka sentiasa bersih dan kemas kan kita orang punya rumah lat 2 lot dari tanah perkuburan Islam TPG ni.

Aunty pulak sedih kalau balik JB petang raya baru dapat kekubur arwah Abah dan adik beradik yang dah 5 orang meninggal, semuanya diTanah perkuburan Mahmoodiah JB sedih la.Tahan perkuburan tu besar sangat kalau tak catit no lot nya memang tak jumpalah,nasib baik uncle ada catit semuanya.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

This year, 2nd year aku x beraya dgn mak aku. Rinduuuuu sgt2!! Alfatihah buat orang2 kesayangan kita yg telah pergi. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin

Tata Azha said... [Reply to Comments]

Al-fatihah...

Peej, aku rasa cam baru semalam jer aku baca ko gelakkan maktok ko sorok kuih2 ni bila buka puasa. dah lama rupanya aku baca blog ko ni....

Cik Lily said... [Reply to Comments]

al -fatihah..

peej , tempat ni sama kubur both my atok's ngan my uncle..kat area tmn ibu kota kan..

peej said... [Reply to Comments]

lya - thanks.

buyui - biarkan. dia suka kau kot.

sh rosidah - tu la. sama la ngan kat sini. nasib arwah maktok n atok punya tak jauh dpd jalan besar. senang jumpa. ada landmark.

dylan - sedihkan. harapnya parents aku dipanjangkan la umur. Amin. Al-fatihah for ur mom.

tata- tu la kan. aku pun rasa macam baru aje. rupanya dah 2 tahun lebih berlalu. n yes. lamanya kau dah baca blog aku kan. :D

cik lily - a ah taman ibu kota.

nqr said... [Reply to Comments]

ko penah tgk tak tapak perkuburan kat putrajaya??tersusun giler beb.. pastu kwn aku ckp nak korek pun pakai kren..

nqr said... [Reply to Comments]

errr..kren tuh besor sgt.. ala ala penyodok tuh la.. aku tatau apa nama bende alah tuh.. tapi size kecik pnya (gigih dua kali komen)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...