Instagram : @peejburhan

very nais.

ni cerita minggu lepas.
takpa la kan.
korang pun dah sedia faham aku dah tak tegar macam dulu.
dah ala-ala buhsan sangat tak tau nak online apa.
baru sibuk nak update blog ke apa kan.

so ni cerita minggu lepas ye.
last week tiba-tiba mama cakap dia nak makan ikan bakar ribu-ribu.
kenapa ribu-ribu?
sebab tauke dia ni if kira suka sebut ribu-ribu.
kalau seringgit dia sebut seribu.
kalau rm10 dia sebut 10 ribu. macam tu la.
apa nama kedai dia pun aku tak tau.

kedai dia ni kat foodcourt au2.
tapi bukan yang area kerisik belakang jj au2 tu.
dia kat fourtcourt depan kilang-kilang tu. sapura rasanya ada situ.
and gsk kot. entah tak sure.
siapa biasa area ni tau la.

so bila mama ajak kita orang ok je.
esoknya aku bangun tengok mama dah semangat update kat blog la. facebook la.
noy bangun pun belum.
dia bangun je.

me : noy jap lagi makan kau belanja ke?
noy : eh takda.
me : abis mama tulis kat fb, blog semua kata kau nak belanja. heheh.
noy : dia ajak je. saya ingat dia yang belanja. hishhh.

so pergi la makan.
apa yang mama tulis kat list blog dia ke apa. semua ambik.

:: masak lemak siput sedut ::

:: ikan keli bakar dengan cicah ayaq asam n kicap ::

hoh sedap. ikutkan nak amik ikan ni dua ekor.
puas hati makan.
tapi takmo tamak. ikut nafsu namanya tu.
dua ekor tu untuk aku n mama. sorang satu.
noy tak makan ikan ni. dia geli. dia kata sebab nampak macam ular.
what??!!! sedap ok. isi dia lembut lemak semua la.
rugi siapa tak makan ok.
oh kedai dia ada macam-macam ikan.
ikan kembung, pari, keli. lagi apa eyh. rasa macam banyak.
tak ingat lak aku.
and tak perasan pun ye. sebab aku pergi sana memang nak makan keli tu je.

oh aku sebenarnya selalu prefer ayaq asam daripada kicap.
tapi kedai ni kicap dia tu sedap. suka.
so ikan cicah2 tu. syiok.

:: ulam-ulam. jantung pisang, kacang botol n pucuk betik ::



muka kekenyangan.
at last nonoy belanja :D hihihi.

mama : terima kasih noy belanja mama.
noy : ok.

mama dtang berlenggang tak bawak apa.
noy laju pergi kereta.
aku pimpin dia.

mama : ada kuih akok ni. sedap kuih akok dia.
me : takda la. mana ada.

sebab kedai macam tak bukak je.
rupanya ada belah depan.

mama : eh ada la pija. eh adik ni jalan laju la. sedap kuih dia. mama tak bawak pulak purse.

e ehhhh. ada makna tu. fine.

me : meh la.
mama : pija belanja? ok. *tektik mak aku ni.*
me : nak berapa?
mama : satu berapa?
me : 50sen
mama : beli 3 ringgit jadi la.
me : magi 5 ringgit la makcik.
mama : banyaknya.
me : hellow 6 ketul sekejap je abis. pija sekali makan je 2 ketul. mama lagi. nanti papa nak bukak puasa. takpa la lebih. mesti habis.
mama : ok nak. *menyengih*

gembira betul dia.
then hantar dia balik rumah.
kita orang pergi ampang.
pergi lavinas nak buat threading.
misai aku dah macam datuk k dah. nyampah.
kening pun sama. kening ok lagi la.
if rajin boleh je cabut.
ni misai. ;p



cantik kan.
aku suka tengok hasil if buat.
kemas je rasa.
n ambik masa nak tumbuh.
sakit sikit je. tak rasa sangat pun sebab dah biasa kan.
cuma satu la tak tahan.
aku if buat tu mesti akan jadi rupa macam atas ni.
merah dan akan ada bintat-bintat macam kena gigit nyamuk tu.
merah tu dalam few hours akan hilang. tapi bintat tu kadang-kadang sampai 2-3 days. nice.
mula-mula ingat aku allergy ngan bedak dia ke apa.
rupanya bukan. aku allergy ngan benang dia tu.
lantak la. janji hasil ok kan. :D

ok tu je.
takda nak cerita apa dah.
bye-bye byatches.

12 Comments:

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

kecur air liur tgk ikan keli bakar tu...sedap nya peej! *telan air liur :P huh..rugi sape x mkn ikan keli tu... babe, cantik kening ko!..nice :) aku pun ingat nak g buat threading lah...kening bsepah2

nqr said... [Reply to Comments]

aku penah makan situ beb dgn EX BOIFREN aku yg kaki tempang tapi tak sedar dh ckup baik aku sayang ko tp kaki tempang leh ada hati nak flirt dgn pompuan lain.. eh??? ni aku komen psl ex aku pasal fudcourt tuh? hehehe.. tp mmg super sedap..aku suka situ jugak!

Iz said... [Reply to Comments]

oi qis, kenapa comment kau penuh emosi ni? hahahahaha.. eh tapi ex-boifren aku pun sama la, muka tak semenggah tapi flirt merata-rata dia ingat aku taktau? Asal keluar je, nak pegi toilet, macam la aku taktau dia dok membalas mesej pompuan mana-mana tahhhh. Lepas tu kan, bila aku keluar dengan kawan aku kan, dia mesti call, lepas tu ada ke patut paksa aku suruh kawan aku bercakap, sebab nak dengar suara lelaki ke perempuan. Binatang betul..

Ok pija, aku tak pernah makan kat tempat kau makan ni :) Takde sape nak bawak.. sob sob

ainkassim said... [Reply to Comments]

hi kak peej!

u selalu threading kat lavinas eh? before i pun kat situ..mmg cantik but kadang2 dia buat mcm tertajam sikit bentuk dia.tp since i pegi kat salon kat dlm ampang point 2nd floor, sebelah lemongrass tu, serious puas hati..maybe u can try plus dulu pun i buat kat lavinas pun merah2,but so far i buat kat atas tu tak penah lagi kena merah2 tu.. hehe..


-ain-

Ann said... [Reply to Comments]

peeja,

Lavinas tu kat celah mana haa?? puas la dok cari..x jumpa2..slalu gak gi ampang point..dia kat luar ampang point kan?? apa landmark terdekat lavinas nehhh???

aMyErInAiMiE said... [Reply to Comments]

Haa..pkck tu ade lg eh? Dh lame xg kedai ribu2 tu. Mak kate itu cara die mcm nk seru duit la. Biar makin banyak rezeki die. Dlu xtau die dok mane tp skg die pndah g jln enggang near my fmly house. Die renovate umah tu dh jd ala2 istana dh! Waa..best tgk org mlayu berjaya.. :)

sweethOneY said... [Reply to Comments]

aku nak buat threading misai ni, x penah buat. tp mcm takuittt sakitt..

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

mcm best jek buat kt ampang point..aku sll buat kt jln tar yg atas insaf tu..cantik gak..berape ek lavinas charge threading utk kening n misai?

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kuah cicah kicap tu mmg best kalau makan dgn bakar2. tp tgk kicap yg best sj *drools*

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

peeja aku puasa tau arini..kenapa la aku bukak entry ni...sobs

aku bukan kotak said... [Reply to Comments]

wohh ikan keli memang terbaik weh, tak paham kenapa org tak makan ikan keli *sorry noy :)* isi dia best giler, lagi2 kalo goreng rangup..fuhh.. terliur..

pasal threading tu, sy pun kalo buat mmg ada bintat2 tu, mcm kena gigit nyamuk kan, tapi selalunya hilang dalam sehari je la.. agaknya kulit tekejut sebab kena tarik2 kot..huhu..
ala..misai sy ni pun dah tebal..malasnya nak pegi, nak buat sendiri sakit :(

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

aunty dan shiqin pun tak makan ikan keli, dalam rumah ni cuma lelaki je makan. kita orang dua orang geli lah macam belut je rupanya.

kat tempat ni pun ada kedai India buatt threading, aunty nak cuba tapi takut sakit. Dulu muda muda pernah buat tapi sebab dah 20 tahun tak pernah buat tu yang rasa takut.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...