Instagram : @peejburhan

too much sexyness.

semalam pergi wedding kawan mrsm aku.
geng-geng mafia tu.
kalau korang dah lama baca blog aku perasan kot entry tu.
aku pernah buat dulu. about setahun lebih lepas.

tau-tau minggu lepas dapat invitation dia kawin.
tanjat boboi (lawak sepah. sapa tak tau padan muka siapa suruh tak tengok maharaja lawak)
zaman sekarang ni ramai orang suka kawin terkejut-terkejut.
tak tau bila masa bercinta ke apa.
tak pun kejap je, tiba-tiba dapat invitation. nice.

so sama la ni. tiba-tiba dapat invitation.
siap ajak kat chat fb. dekat sms semua.
agak keji if tak pergi. dah la tak jauh mana.
dekat je pun.

so tanya-tanya siapa yang pergi.
ramai tak pergi.
sebab ada kursus la, kenduri la, demam la apa.
so aku kata takpa la nysya, kita pergi je la.
macam tak baik if tak pergi dia dah ajak.
plus. katanya dia ni abang ashkar. miahahaha. boleh cuci mata.
itu yang kita mahu kan.
aku ajak dotdot dia tak kuasa nak pergi pulak.
orang ajak takmo kan. merasa la aku senang lenang boleh curang mata. ;p

plan nak pergi pukul 1pm.
sebab pengantin kata dorang berarak 1.30pm.
boleh tengok swoed barrier kan. pastu ada beg pipe semua. best tu.
tapi tak dapat. sebab nysya kena bawak mak dia pergi somewhere.
pastu jalan jam.
melepas.

yang aku pun makan dulu. sebab mama buat nasi lemak. best tu.
lepas tu rasa macam malas je nak pergi.
text nysya. sekali nysya kata biar betul.
eh ehhh keji kan. fine. pergi jugak.
so siap-siap semua.

2ish nysya amik.
tenggah sembang-sembang.

nysya : eh kejap-kejap. ada kereta handsome...
 *kereta lalu*
nysya : eh dalam tu abang botak.
me : auuww suka tu.

:: kereta handsome ::


lepas tu nysya nak laju-laju kan.
sekali lampu merah.
pastu lambat-lambat break.
cuak ok.

nysya : aaaaaaaaa.
me : hoiii. kau ni kenapa? kau gilaaaa. kang bang kang.
nysya : aaaaa taknak. tak mampu.
me : tau xpe. kau kerja seumur hidup sia-sia tak merasa gaji nak bayar ganti rugi tau.
nysya : eeee takut.


sampai sana around 3pm.
hoh penuh abang ashkar. suka laaaaaa.
pengantin tengah sanding lagi time tu.
ada budak-budak sekolah menari-nari traditional la apa.

so kita orang duduk dulu.
tengok. sebab tempat makan pun penuh lagi orang.
then time potong cake.
snap-snap la.
sorry pic tak clear.
aku malas nak bergerak ke depan.
dah la ramai pulak orang berdiri la apa la.
so sipi-sipi je.
pun boleh.



:: mmmm. sedappppp. eh ::


meriah la.
kemain hias penuh dewan ni.
oh ni dewan kem wardieburn.
siap ada ice sculpture ok. taknak kalah.
aku bagi tau mama.
sebab mama suka merepek-repek nak ice sculpture untuk wedding la apa. mahal kot. tak berfaedah ok.
so dia tau dia suka la. sebab memang ada orang buat kan. hahaha.

then ambik makan.
aku kan dah makan earlier.
so ala kadar sudah.


wah ala kadar ke ni kan? ;p
rendang daging adalah super sedap. me loike.
then nampak pengantin dah abis makan.
terus nak pergi ambik gambar.
sebab nak lepak lama-lama pun buat apa kan.
geng-geng takda.
maybe ada yang datang pun dah gerak awal kot.
so tak dapat jumpa.

:: sheila n aizat(tojat) ::


aku suka macam orang cacat amik pic ok.
tak reti nak pose ke apa.
merasa kayu balak tercongok sorang-sorang.
nasib lepas tu shiela ni tarik aku.
e eh mesra pulak. heheh.
aku tak kenal ok dia ni. sebab katanya ngan tojat pun jarang lepak kan.
n tak silap wife dia ni pun takda la lama sangat dorang kenal ke apa.


sekali lepas abis amik pic wife dia tanya, "eh u ni siapa eyh?"
me : kawan mrsm dia.
peramah la dia.
tojat ni jenis tak banyak cakap sangat. jenis senyap.
entah la kalau ngan kita orang ke apa kan.

tapi lawak la.
katanya tempat dipenuhi ashkar kan.
aku ni satu perangai buruk.
aku kalau excited ke, teruja tengok orang yang sexy.
muka tak coverline.
menyengih macam beruk ok.

selalu kalau benda-benda tu berlaku.
if ngan noy mesti dia siku ke. sound ke, "kau ni jangan KG boleh. tak malu ke".
so baru la di alam nyata balik. heheh.
sekali semalam tengah aku n nysya berdiri.
baru lepas basuh tangan.
so tengah lap tangan.

ada pulak young officer ni lalu.
siap baju penuh semua la kan.
aku tengah sembang terus senyap pastu menyengih je.
sekali aku pandang nysya. dia pun sama ok!!!!
bagus dua-dua macam beruk kat situ.
bengong tau. tak suka.

tapi tu la pun.
bukan apa pun.
kata dua-dua pun dah ado laki kan. sedar diri sikit.
cea statement poyo. kalau takda. macam la dorang nak pun. kehhhh.


ok tu je.
seronok tengok abam ashkar.
bye-bye.

p/s : hahah penutup anti klimaks macam selalu. ;p

11 Comments:

Syazlin Sazali said... [Reply to Comments]

Kelakarlah you peej. Minat abg askar ye ;)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

abg pulis ko suka x?

nice n pretty mama said... [Reply to Comments]

cas 2.. glamour u kt blog peej... hehe...

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku nampak keta tu td cas2 dekat kerinchi link. dia bawak lg 1 geng, merah jugak, ala2 gitu jugak keretanye

yana halim said... [Reply to Comments]

ooooooo.....peej minat kat Mat Teghap ye? hahaha...

p/s: sekolah akak kat Ipoh nun sebelah kem askar. Kitorang panggil Mat Teghap (mat tiarap) :D

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

ashkar yeee.. aufffffff!!!

blue rose said... [Reply to Comments]

nyibuk je bird ni peej! asek ikut je..terbang2..hahahaa! tp di comelll je.e geram. tangkap kang lepuk sekali nak! :P

nqr said... [Reply to Comments]

curang mata?i loike!

peej said... [Reply to Comments]

syazlin - minat gitu2 je la. cea xnak mengaku jugak tu kan. haha.

buyui - kurang la. macam tak jugak la. tapi kalau kacak apa salahnya. hahhaa.

n&p mama - kenal ke owner dia?

lilred - wah boleh tahan merayap jugak kereta tu.

yana halim - takda la suka sangat. tapi ok jugak. men in uniform kan. hahaha.

aracy - yeeeee!

blue rose - nyibuk jugak la kan. tapi tu la comel. biarkan dia.

nqr - best tu.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

dah lama tak pergi rumah orang kawin yang pengantin dah siap siap duduk atas pelamin, selalunya datang awal sbb banyak jemputan lain lagi yang nak kena pergi.

nice n pretty mama said... [Reply to Comments]

kenal sesgt2... hehehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...