Instagram : @peejburhan

secret mission yang berjaya.

tak update today.
ni baru nak buat.
tak sihat sangat la pulak.
semalam teman noy standby airport. sangap as usual.
nak tidur rumah ice and huda macam menyibuk pulak.
nanti asyik-asyik muka kita orang je kan. heheh.

daripada semalam dah batuk teruk.
sakit tekak and dada.
tadi siang rasa seram sejuk macam nak demam pulak.
serious emo.
sebab weekend zeity and zara sofea nak datang and tidur sini.
tak nak la demam kan. sebab everytime dia datang je aku macam demam.
me not loike.
so ni dah telan panadol and makan ubat batuk bena.
rasa ok sikit la.
so duduk depan pc ni :D

ni sambung entry tertangguh.
masa tidur nilai tu.
elok sembang la apa.
pukul 4pm macam tu baru nak gerak.
dah la huda sepuluh kali tanya kita orang nak lepak mana.
mana ada lepak. terus balik rumah je la kan.

sekali nak keluar pintu rumah dia dah cakap bye semua.

huda : korang tipu. korang mesti nak lepak tapi taknak ajak kita orang,
me : tak la. e eh gila ke. tiba-tiba emosi.
noy : ok la jom keluar. kita makan area ni. pergi siap. lepas tu baru kita orang balik.

wah berdesup je siap kan. tak suka.
cakap je la daripada awal nak lepak-lepak lagi kan. ni siap drama.

noy : eh pija. kita comot gila ni. takpa ke.
me : ah lantak je. nilai.

cea gila eksyen kan.
ye la. plan nak terus balik je.
motif nak lawa-lawa sangat.

pastu kita orang suruh bawak pergi 9 avenue.
sebab bila lepak-lepak. kita orang suka la mengutuk nilai apa ada.
yang ice tak abis-abis nak up kan nilai.
dia kata ada 9 avenue ok.
9 avenue ni tempat best-best. kita orang gelak-gelak aje la.
sekali pergi memang best la.
ok la tempat dia.
banyak kedai best-best. tempat makan best-best semua.
ok kagum. nilai dah best sekarang. heheheh.
sampai terasa.

me : eh gila buruk weyh aku.
noy : tau takpa. saya dah cakap tadi.
me : hehehe. biar la. takda orang hot kan? *motif?*

tak tau nak makan mana pun.
so mengadap oldtown je. :)
aku amik ni.



steamed musroom and chicken rice.
serious sedap. aku dah pernah makan few times.
tapi asyik lupa nak update kat blog.
best weyh. ayam dia boneless and super lembut.
dia ala-ala claypot la. tapi ni steamed.
pastu makan pulak dengan cili padi potong. super nice.
tapi dia masak ambil masa sikit la. dalam 20 minutes macam tu.
takpa. sanggup ku tunggu. ;p
oh by the way. tu aku dah makan half baru teringat nak snap pic.



semua orang taknak layan aku bila aku nak snap pic.
keji weyh.
aku sorang je ceria.
ok takda la ceria mana.
tapi camera sampai senyum lebar je la kan.


tapi buruk ya rabbi kan.
note to self. jangan amik pic macam ni lagi.
horror nak mampos.


lepak until 6, then gerak balik kl.
then temu janji ngan ice on monday.
sebab dia cuti.
dia kata lepas dia hantar huda pergi kerja dia ambik aku.
ajak aku teman secret mission dia nak surprise isteri tercinta dia.
dia kata 9.30am dia ambik.
fuhhhhhhhhh tak boleh awal lagi ke.
yang aku pukul 8.30am set alram.
takda makna.
tidur balik lepas tu.
tau-tau menggelupur je sebab message masuk, "aku dah kat great eastern mall"
melompat la bersiap.

gila semangat kan.
bukak je mall terus sampai. haha.
parking senang carik semua. :)

ice mula-mula nak belikan bunga.
amik 100 kuntum hantar pergi office la apa.
aku kata ok la. memang la sweet.
tapi sayang la duit. spend beratus untuk benda yang tak tahan.
then dia kata abis nak beli apa?
dia tak tau.
dia suruh aku fikirkan.

so sementara aku memprojek dalam bilik air.
aku terfikir apa kata handbag.
perempuan mesti suka.
sebab aku kata longchamp bukannya mahal sangat pun.
cea bukan mahal katanya. pergi beli tengokkkk. tsk.
ok la. not bad la kan.

so aku online and tunjuk-tunjuk kat ice.
dia kata ok la.
dia bukan tau pun segala benda ni.
tu yang dia ajak teman.

so pergi la beli :D
setelah pilih itu ini. oh suka.

then pergi makan.
lepas tu carik card pulak.
then ice nak bunga pulak.
nak jugak bunga dia tu.
tanya budak kedai card tu.
dia kata kat seberang jalan ada.
aku pun tak sure tu banggunan apa.
tapi naik jejantas pergi then ada kedai.



ice kata 3 kuntum aje. cukup la.
rm60 ok.
aku macam. hoih mahalnyaaaaaa.
ice kata sebab dia nak balut pakai plastik biasa. tapi takmo la.
macam hari guru pulak.
betul jugak kan.
so pilih lain. jadi la rm60.

me : hish mahal kan. pastu layu. sekejap je layan.
ice : tu la. tapi best apa. kau pernah dapat bunga daripada dotdot.
me : tak. eh pernah. bunga kelip-kelip tu. hahaha.
ice : lagi bagus tu kan. tahan lama. pandai betul dia.


:: nice ::




pastu tengok dia balut-balut ok la.
bukan 3 kuntum tu je.
dia macam tambah macam-macam.
so aku rasa berbaloi la rm60 tu. heheh.
ice bengang je.
dia ajak aku teman.
tapi aku taknak pegang bunga tu.
takmo a. gila segan. majal pun je.
so merasa dia pegang benda tu angkut keliling.

pastu paranoid.

ice : kau rasa huda akan suka tak handbag tu.
me : mesti laaaaaaaa. aku rasa dia suka. sebab macam noy bagi hadiah kat aku tu pun dia excited.
ice : ye ke? risau aku dia tak suka.
me : serious kalau dia tak suka tu. something wrong somewhere ok. dia gila. hahha.

mula-mula ice bagi bunga.
memang huda terkejut sampai cakap. "bungaaa???"
ice macam ye la bunga. takda budget la.

pandai ice ni.
dia tak bagi terus handbag tu.
siap hari tu kita orang sorok belakang boot and siap letak dalam bag la apa.
coverline abis.

balik rumah ice cakap dia letak dalam timbunan baju yang nak lipat.
so bila huda lipat baju baru akan nampak kotak.
hoh sanggup tunggu.
kalau aku harus excited nak bagi kan.
dah la aku pun tahannnn je simpan rahsia kan.

lepas 2 hari baru huda bbm.
happy gila dia. dia kata pandai aku and ice pakat.
dia kata menjerit dia tengah lipat baju nampak kotak tu.

me : sukaaaaaaa takkkkk?
huda : gila tak suka???? *pitam*

hahaha.
seeee. mesti suka punya la.

masa tengah makan tu ice cakap.

ice : aku tak faham la. apa yang suka sangat handbag sama je la kot.
me : suka la. macam mana lelaki. dia suka kereta. tak pun jam tangan. so perempuan handbag la.
ice : lain la. serious tak faham.
me : entah la. tapi kalau aku. aku lagi suka gadget kot. heheheh.

tak abis-abis ngan gadget ;p
orang beli handbag aku takde apa.
takpa orang beli gadget aku macam...aaaaaa nak jugakkkkk.

ok tu je cerita kali ini.
hoih banyak pulak cerita bersusun tunggu nak cerita ni.
tapi gila pemalas kan.
takpa slow-slow ye.
ok bye.

12 Comments:

kakakdegil said... [Reply to Comments]

eH
Ice taknak buat surprise kat aku jugak ke?
Hahahahah...

Apo nasib husband rock. Tak pernah dapat bunga tau.. sob sob..

nqr said... [Reply to Comments]

omg.sejak bila old town ada ciken rice beginiiiii???

peej said... [Reply to Comments]

kakakdegil - kan. takpa. dia surprise cara lain kot. hardcore punya. hahha.

nqr - entah. aku tau pun dpd noy. dalam awal tahun hari tu. sedap weyh.

shuweet said... [Reply to Comments]

tips untuk nak cegah demam - try campur soluble dlm 100 plus, make sure bukan yang chill punyer 100 plus la...masa beli air tu ko minum dulu sikit...pastu campur kan soluble tu...jangan tutup rapat sangat..tunggu sampai habis hancur soluble baru minum air tu sampai habis...insyaAllah mujarab...sebab bende tu mujarab untuk aku ngan hubby and ramai lagi sedara aku.hehehe...slamat mencuba..kalau tak jalan gak g la clinic ek..hehehe

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kat dalam rumah aunty semua demam dan aunty pun kena semput yang agak teruk juga.

Untung huda dapat suami macam ice eh tapi uncle pun suka bagi hadiah beg tau. Uncle pun tak romantik tapi bab hadiah hadiah ni memang dia suka bagi.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

nak suami mcm ice jugakkk.......
seronok huda dapat beg dapat bunga... bekas laki i? hampessssss... 8 tahu kahwin satu apa tak kasi laa wey...ha ha ha

longchamp... yang sedang2 sizenya lebih kurang RM500 kot... tapi ada lah yang lebih dari tu..
boleh beli lagi tu...

ceera said... [Reply to Comments]

romantik siot ice nie.
ni nak suruh ciput baca nie, hahahaha

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

wallaaa.. bunga tu cantik.. so sweet la guy bagi2 bunga ni.. bak kata jambu 'muka lagend hati kiut' hehe

pasal steamed musroom and chicken rice pulak, will try ASAP! selalu makan mee kari je.. bosan sudah..hehe

paNavia said... [Reply to Comments]

Tesco nilai ada 'each-a-cup' :p

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

lalalalala...sweeeeettttt dlm x pasti huda suka ke tak handbag pon dah sweettt dahh...bagusss..

zana said... [Reply to Comments]

nak gi nilai...nak gi nilai...nak gi nilai...adoii rindu...

deasa said... [Reply to Comments]

dalam banyak gambar tu
bleh aku ternampak gamba duit kt poket baju ice
hahahah

tapi ala comelnya letak dalam timbunan baju..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...