Instagram : @peejburhan

runner. tak run pun.

benda paling menyampah nak update adalah pilih tajuk.
serious tak reti nak bagi tajuk apa.
dah la orang kata tajuk biar catchy.
tak da maknanya ok. merepek-repek je aku letak. ;p

baju noy few dah laku.
ramai nak. tapi system dia. siapa cepat book n bayar. dia dapat.
semalam and hari ni baru ramai bank in.
noy pulak kerja.
takkan nak tunggu jumaat baru post kan.
nanti bila pulak orang nak dapat.
so aku la yang kena buat.

sorang self pick up kat lrt setiawangsa. pukul 1pm tadi.
lagi 2 post.
gigih la bangun awal. ok takda la awal.
pagi terjaga sebab noy kecoh-kecoh pesan itu ini.
tapi aku set alarm. then sambung tidur.

bangun je siap-siap nak pergi lrt setiawangsa.
then terfikir. oh shit. kereta takda.
noy suruh aku hantar dia pergi kerja so that aku boleh guna kereta.
tapi katanya malas kan. tak kuasa la.
yang ada kat rumah kereta papa n P.G punya je la.
kereta papa memang aku takkan bawak. sebab aku rasa besar and panjang sangat. takut la.
tapi memang turun pun tengok takda pun kereta papa.
sebab papa pergi meeting rasanya.

ada kancil je la.
berpeluh and berdebar je rasa.
lamanya tak bawak kereta manual.
last was in 2009 rasanya.
masa kembara takda hantar repair sebab kena bantai ngan rempit tu.

masuk kereta. panaskan enjin kejap.
tengok that girl dah sampai kat lrt setiawangsa. berdesup pergi.
daripada mula-mula rasa cemas.
tiba-tiba rasa seronok.
sebab lamanyaaaa tak bawak kereta manual.
and rasa macam wah terelnya aku bawak kereta ni. takda masalah. *kembang-kembang hidung*
teruja pulak tekan clutch. masuk gear. vroooommmmm. heheheh.
ok memang la seronok. kata area dekat-dekat je kan.
masuk kl time jam tengok. tak memaki 24/7 kan.

anyway. later ke post office.
nasib takda orang sangat. even though time tu lunch hour.
lama dah tak pergi post office. dulu almost everyday.
bagus. dia bukan 4 counter. dulu ada 3 je. then usually bukak 2 je.
so ni maybe banyak sikit. so laju la no giliran tu.

so mintak borang and isi-isi.
tekan nombor. nasib kena tunggu 2 giliran je.
ada dua nak post. satu pergi skudai, satu lagi ke puchong.

girl : yang puchong ni 2 hari baru sampai yea.
me : hah? kenapa pulak yea?
girl : sebab dia tak masuk kawasan yang kita handle. sebab tu amik masa.
me : huh? pelik kan. macam jauh sangat puchong tu.
girl : tu la. system macam tu.
me : ok.

apa aku boleh buat pun.
takkan aku nak tangguh pulak kan.
tapi aku tengok alamat tu ke SMK. maknanya sekolah la.
maybe sebab tu amik masa? entah.
tapi kalau lagi 2 hari maknanya sabtu.
ada ke orang kat sekolah time tu?
kan ke menyusahkan tu.

girl : yang skudai ni sehari sampai.
me : ok.

aku rasa lawak.
get what i mean?
puchong yang dekat tu lagi lama daripada nak ke skudai.
pelik-pelik la system ni.
apa-apa la kan.
janji barang selamat sampai.

then balik singgah mc d drive thorugh.
rasa macam nak terbakar dalam kereta.
a/cond dah tak kuat kot. macam dok dalam oven.
dah la campur peluh nervous sebab macam bukit sikit kat situ.
katanya bawak manual kan. risau kereta terundur pun ye. heheh.
beli-beli.
elok nak sampai rumah aircond sejuk gila macam aku duduk dalam peti sejuk.
saja dengki la kereta ni.

serious teruja la bawak manual.
walaupun ada sedikit scary and penat la kan.
cea sekali sekala boleh la kan.
kereta yang auto pun bergaduh sakan ngan noy siapa yang nak drive. sebab masing-masing malas.
ni pulak manual kan. memang sanggup tak keluar terus kot.

ok itu je.
aku masih risau pasal postage yang akan sampai sabtu tu. :/
ye aku memang suka terlebih risau.
it should be ok kan?

11 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

ngeh?! mcm la jumud sgt puchong tu...padahal da giat membangun..pelik!

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

mungkin silap puchong kot? mungkin puchong di tenessee, us...

sebab tu lambat...jauh katanya...

kahkahkah

peej said... [Reply to Comments]

wani & rara - tu la pasal. bukan pelik2 pun. sebab aku tgk alamat taman putra perdana ke apa. macam tu la. so takda la ulu ke apa. pelik kan.

A.I said... [Reply to Comments]

Dulu aku pos tudung cmtu le. yg kt Penang sehari je dh smp. Tp Bt Caves punye amik masa 2 hari!!! hoih...

**YaNa YassiN** said... [Reply to Comments]

owh... yana pun x leh bawak manual,.. hihihi

yatie hamid said... [Reply to Comments]

peej, order i tu... kalau tau sampai sabtu i kasi address umah sbb weekdays takde org kat umah.. takpe laa nanti pos laju tu hantar balik on Monday.. it's ok laa dont worry :)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku suka sbb reti bwk manual and auto....hehe![gila direct menunjuk]

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

hebat ko bwk keta manual! kalau aku, nangissss

msaytec said... [Reply to Comments]

slalunye kalo hr smpi brg hr sabtu@ahd, die akn htr hari bekerja...mebi hr senin la smpi...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ala kalau dah ada basic bawak kereta, senang nak adapt samada manual atau otomatik, belasah je.

Skudai tu dekat kawasan rumah kakak aunty la.

nqr said... [Reply to Comments]

aku dah lupa bwk manual mcm mana.. aku rasa 12 thn dh bawak auto..series mati enjin klo bwk manual nanti ni

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...