Instagram : @peejburhan

Orang luar pulak macam mana?

Korang mesti dah biasa tengok kan pic ni.
Ni memang tempat favourite lulu.
Kaseh tu kadang-kadang je sibuk.
Banyak jugak pic dia aku amik. Lain-lain position.
Lama je dia melangok kat situ.

Ni pic tadi.
Tengah bersantai kat bilik.
Tiba-tiba dengar bunyi kucing bergaduh.
Kelam kabut si kaseh and lulu.
U should see lulu's face. Dia jenis muka cuak. Hahahaha.

Then dorang kelam kabut selak langsir tengok.
Aku pun join la. Mana tau nampak kucing-kucing tu ke apa kan.
OMG! Baru la aku tau kenapa dia suka sangat lepak situ.
Tengah aku jenguk, wayar kabel electric yang setentang ngan aku tu.
Elok ada 2 ekor musang jalan macam train kat situ.
Ye area ni memang banyak musang.
And musang boleh jalan atas wayar ok.
Padahal besar. Dorang besar kucing dewasa.
Tapi dorang panjang lagi la.
Mulut muncung and ekor kembang macam persian tu.

Tu takpa. Tiba-tiba si lulu ni duduk depan pintu bilik.
Mintak aku bukak. Muka gila concern macam nak tolong kucing bergaduh tu.
Pastu aku cakap, ' x payah la lulu. Nak keluar buat apa? Nak tolong? X payah. Pergi tengok kat tingkap tu dah la'.
Tu yang dia pergi balik tu. Pic yang aku snap kat atas ni.

Cerdik dia ni.
Semua la.
If lepak bilik. Nak keluar mesti duduk kat meja tv, then pegang tombol nak keluar. Poyo.
Tapi lulu paling over. Sebab bilik ni ada selak.
So dia nak keluar sebelah tangan kat tombol, sebelah lagi tolak selak. Hahaha. Funny.
Rasa-rasa tak dapat terus pandang muka kita orang mintak simpati bukakkan.

Haaaa pasal langsir.
Selalu dia lepak terselak sikit je. So aku boleh nampak sipi-sipi la luar.
Tapi lately ni melampau pulak.
Terselak besar macam aku bukak langsir.
Aku memang takkan perasan, sebab langsir ni jenis terangkan. So amount cahaya yang masuk sama je silau.
Dah banyak kali aku tengah bogel, kemban, menari2 pakai koset je, berangan depan cermin, sekali aku tengok tengok langsir terbukak besar ok!!!!
Herghhh. Tak tau la jiran nampak ke tak.
Nate mu lulu. Eh memang nate pun.
Nate = binatang.
Jangan ingat nate de coco pulak.
Eh tu nata. Eh entah la.

Pastu tadi aku tengok dorang.
I wonder macam mana orang luar tengok kan.
Tak kisah la jiran ke, orang yang lalu lalang ke.
Mesti comel je nampak kucing semangat selak langsir sebab nak pak nam n kak nam kan.
Nasib lulu tak pandai cakap.
Kalau tak....

Lulu : eh kau tauuuu. Jiran kita tu.
Me : siapa?
Lulu : ala si bedah anak pak seman tu.
Me : haaa kenapa?
Lulu : aku tengok bercium tepi tembok.
Me : iyeeee? Ish ish ish.

Hahaha. Over.
Motif nak cium tepi tembok kan.
Kalau betul la ada.
Mesti dorang tak kisah nak cium.
Memula terkejut nampak macam jendela terselak. Ingat manusia intai.
Sekali lulu.

Ok tu je.
Sekian drama kucing saya untuk hari ini.
Eh saya? Sopannyaaa.
Ok bye.
Sent via BlackBerry from Maxis

12 Comments:

rafiq said... [Reply to Comments]

pandainya kucing ni. sekolah kat mane la ni..hehehe

nor elyana said... [Reply to Comments]

kucing nih sure kuat gossip kan?kitorg ada 9 ekor kucing, suma perangai lain2...tapi dpt bayangkan yg dorg nih kaki gossip..peeja, kitorg (husband n wife) pon suka gila reka conversation binatang2 nih tau..arituh jalan2 pegi scotland, nampak biri2 dorg gemok gila, lembu bulu lebat..makan rumput gila subur..pon boleh jadi jugak conversation kitorg..sampai imagine lembu mesia dtg bercuti then duduk dgn lembu2 scotland, then bila lembu mesia balik tanahair nanti dia cerita kat lembu2 kat tanahair pengalaman dia berada di scotland..adakah kami laki bini nih mereng?

yana halim said... [Reply to Comments]

kalau lulu boleh bercakap...tak sempatnya peej nak balas balik. mesti pengsan dulu. hahaha....

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

tang muka concern mmg x leh blah la lulu...terasa nak sgt bersembang dgn lulu..haha!aku mereng ke nak sembang2 ngn lulu?

aku rs lulu kalau pandai tulis semua lama dh dia jd blogger kucing femes mcm ko peeja..hahaha!

sweethOneY said... [Reply to Comments]

pandai la lulu ni gerammmm plak baca perangai dia ni.. hihih

weh menari2 pakai korset feeling2 depan cermin tak tahan okeyy :P

Ummi M.I.M said... [Reply to Comments]

hahaha. kucing bergosip tu yang tk tahan tu... hahaha

shuweet said... [Reply to Comments]

hahahah..sangat kak nam kucin2 ko

JennY said... [Reply to Comments]

hi peej..
nak tanya tips jaga kucing..
u bg mkn ape e'k cat u ?
bulu diorg byk gugur x??
my cat nye bulu byk sangat gugur...
mcm2 dah bg...
nk belai pun mcm x best...
=(

momyluna said... [Reply to Comments]

bertuah lulu n kaseh dpt tuan yg paham diorg

zarazueyin said... [Reply to Comments]

haha..suka drama kucing ni
geram tgk kucing2 pija :)

Ann said... [Reply to Comments]

Peej...mana Hannan??? Lama x nampak dia...

peej said... [Reply to Comments]

rafiq - tabika kemas. hahahha.

elyana - hahahaha. sama kita orang pun suka. kau ada baca blog chics tak? kau kena tengok entry dia pasal semut. serious kelakar ok. drama semut.

yana halim - hahaha takut kan if bebetul. tak maksud dia kalau memang kucing boleh bercakap la. bukan tetiba ni dia bercakap. memang scary la.

buyui - kau memang mereng. tetiba lulu nak ada blog. hahha.

sweethoney - bukan selalu feeling perut kempit uolss. :D

ummi MIM - mana la tau kan. mesti dia gossip bahasa kucing ngan kaseh je.

shuweet - kura2 aku pun sama ok. nampak orang mula la perangai sakai.

jenny - bagi iams. kucing memang bulu banyak gugur. try beli sikat kucing. everytime sikat akan keluar semua bulu2. sikat sampai dah takda bulu melekat kat sikat. so nanti if belai takkan ada melekat kat tangan or berterbangan. kurang la. buat selalu nanti ok. :)

momyluna - ye ke. kadang2 tak faham jugak tah apa yang dorang nak. esp kaseh tu. banyak kerenah.

zarazueyin - geram kan. macam2 pe'el ada.

ann -ada. tapi dia lepak luar. dia takleh masuk sebab kuat kencing n suka bantai kucing2 lain. so kasi asing.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...