Instagram : @peejburhan

macam mana ini?

kan sekarang sibuk and kecoh pasal bersih ke apa tu.
well aku memang ignorant.
sebab aku tak amik tau pasal apa pun.
sebab i'm not into politics ke apa semua ni.

ada la nampak orang tweet hashtag #bersih bagai.
tapi still clueless.
sebab katanya tak baca paper or tengok berita ke apa kan.

then hari tu ada teman noy standby.
ngan kawan dia chinese.
cakap la pasal perhimpunan ni. aku blur je.
ada la hari tu tengok berita.
pasal agong titah tak bagi buat perhimpunan tu ke apa.
and 2 team akur la apa kan.
but thats it la pun.

then nampak orang tweet pasal roadblock sana sini.
aku tak rasa apa.
sebab minggu ni memang aku tak kemana unless yang dekat-dekat area rumah je pun.
so takda la kena roadblock ke apa.

yang aku tau benda tu sabtu ni kan.
aku pulak sabtu ni ada event untuk blog job.
so ok je la kan.

ni tadi aku turun bawah nak amik air minum.
tengok papa, mama and ayol sembang-sembang kat taman depan.

me : ni apesal tak tidur lagi ni?
mama : cerita pasal bersih tu la. takut nak.
me : apa benda tu.
mama : ish kau ni tak tau pulak *pastu dia cerita*
me : pija ada event la sabtu ni.
mama : kat mana?
me : sunway.
mama : jangan la pergi. cancel la. bahaya tau. kau tau tak abang kau cakap semua tengah operasi and langkah berjaga-jaga je. polis, army semua.
me : betul ke?
ayol : ye la. ni kat office bahagian operasi mana ada balik.
mama : uncle kau sampai tak tido. around the clock kerja.
me : hish. takkan la dorang nak buat reformasi ke apa tu. takkan punya la.
mama : kau jangan. orang yang suka buat kacau ni memang akan buat.
me : abis macam mana. pija ada event la.
mama : jangan la pergi nak. mama risau.
me : tak boleh la. kerja. siapa nak bagi duit.
mama : berapa? mama boleh bagi kau.
me : eeeee over la dia ni. drama lebih.
mama : drama pulak dia kata. lebih pun mama boleh bagi. ni keselamatan.

mula-mula aku rasa macam apa la merepek ni. mengarut ok.
then aku teringat. masa dulu ada perhimpunan apa tu yea. yang indian tu.
aku keluar malam sebelum tu lepak. memang scary la. sebab roadblock merata.
and indian ramai sangat berkumpul and all. sumpah takut.
then teringat masa dulu zaman reformasi ke apa. memang ramai kan.
ish jadi risau and takut la pulak.

bayangkan if la aku pergi ni.
on the way dalam kereta tiba-tiba tersangkut kat mana-mana ke.
tiba-tiba ada benda tu ke apa.
memang la dia kata akan buat dalam stadium la apa.
but we never know kan.
macam mana ini.
aku rasa kena email and tanya la dorang.
sebab memang la kerja kan.
tapi keselamatan kan.
hmmmmmmmmmmmmm.

ish. tak faham la benda-benda ni.
kenapa tak boleh nak feeling world peace?
malaysia kan aman damai and sentosa.
why kena ruin it?

15 Comments:

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

orang yang sokong petik

nak pilihanraya yang lebih 'telus'

tapi pada aku plak, kau tak payah buat kacau bilau la kalau nak benda apa pun...buat secara aman damai sudah! kumpul signatures buat petition sudah...kejadah nak berhimpun siap parang pedang bagai!

ke ada udang sebalik batu?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Tu la pasal dah aman nak ber demo demo nak ikut macam negara luar, diorang memang suka buat kacau nak ikut macam kat Thailand, Iraq dan negara negara Arab. Kalaupun tak suka kerajaan janganlah terikut ikut dengan negara luar, syukur apa Negara diperintah oleh orang Melayu nak sangat Negara ni diperintah oleh Kaum lain. Sendiri mau ingatlah kan. Menyusahkan orang je.

Aunty pun takut sbb sabtu ni nak ke kelantan uncle ada kerja, takut juga sepanjang perjalanan Jam.

VFN said... [Reply to Comments]

ko kena bawak dotdot supaya boleh protect ko weih... miahahaha

blasahje said... [Reply to Comments]

better u jangan keluar ke mana - mana that day b'coz last week saya ade pergi seminar 1 malaysia nie and they talked about this a lil'bit.
Diorang pesan, avoid from turun area - area KL tu..perhimpunan datang dari 3 penjuru and then diorang nak berhimpun kat dataran merdeka..

saya pun tak paham kenapa diorang nak buat mcam tu sedangkan negara kita sedang elok aman. stakat pergolakan hal politik tu..ala...gaduh mulut je dah la..tah hape2 la...tak sayang negara betulla kan..

nabebots said... [Reply to Comments]

xphm dgn dowang nie..arap xder laa sape wat bnda bkn2...mintak dijauhkan sume..xphm ngan `bersih' nie..jgn ader cmpor tgn org luar sudah..wat phimpunan aman2 ok....

A.I said... [Reply to Comments]

sama la ngan aku pon. x tau apa2 psl bersih tu. tp agak risau gak la. dah le aku duk kt rawang, ramai kaum tu. mana la tau kot2 dah mabok2 kang buat hal plak..haih..nyusahkan org tol!

KILA said... [Reply to Comments]

ye ke Malaysia aman? hehehe..

Memang semua pasukan2 utama tgh stanby.. My hubby yang di utara nih pun duk pakai uniform ja tiap hari. Nak ajak balik kg pun kena pakai uniform..Huwaaa!!!Mau terkejut ayah ai tgk menantu dia balik kampung pakai uniform..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

kannn aku paling nyampah roadblocks pepagi time org nk g keja.. motip?

yg bersih tu pun satu hal, xyah la nk buat kacau

nqr said... [Reply to Comments]

pijaaaaaaaa!!jangan pergi!!!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku pon mula2 mcm ko rasa, lps tu baca balik yg mama ko sume bersembang tu aku pikir "aah la..takut!!"

so peeja janganlah pergii...tolonglah...duit bila2 boleh carik, ko call org tu tanya cmne..

silap2 diaorg pon cancel x event tu..

theotherme said... [Reply to Comments]

elok2 kita aman damai lagi nak buat kaco bilau kan. serious rasa nak luku paler ambiga tu

Shahrizat said... [Reply to Comments]

saya pun ada majlis kat area sunway tu. memang takut tapi saya akan pergi jugak. bertolak awal la. saya akan guna duke masuk ldp dan keluar gi ke sunway tu. majlis kol 3 rasanya kol 10 pagi mmg dah ada kat sunway..takpe biar awal dari bertembung geng tak berapa nak center tuu...

anarusly said... [Reply to Comments]

Hi pija..

Something to share..
Jln tutup utk ari sabtu 9 julai:
1. Lebuh ampang.
2. KLCC.
3. Bank negara.
4. dataran merdeka.
5. Sogo.
6. Chow Kit.
7. Menara sultan Ismail.
8. Masjid Negara.
9. Jln Raja Chulan.
10. Jln Ipoh.
11. Sentul.
12. Jln TAR,
13. Jln P.Ramlee,
14. Jln Bandar,
15. Subang Jaya (near Segi),
16. Sunway Pyramid and Subang Parade. 17. Federal Highway, 18. LDP, 19. KL-Sremban highway in Seri Kembangan..

doll said... [Reply to Comments]

dorang nie suka bikin leceh..

yg xde nk diada2kan..dh bertuah n bersyukur patut dilahirkan bukan zaman penjajah..zaman penjajah lagik gila..apa buat pun tak boleh..nak keluar rumah takut segala..nak beli beras pun susah!

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

for now, politik ni sampah je..
buat la apa pun nk tuntut keadilan ke ape ke, benda tetap sama..
menyalak buang air liur buat apa..
baik pergi kerja guna tulang 4 kerat..

skrg ni, kalau kau nak, kau kena usaha..
bukannya boleh kau nak, kau mintak..

benda2 macam ni menyusahkan semua orang je.. saya baru balik dari kedah.. sepanjang dari ipoh ke kedah tu roadblock bersepah..each of the plaza tol mesti ada roadblock.. GGGRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...