Instagram : @peejburhan

kenangan semalam.

wah melo drama betul tajuk kan.
susah ok nak fikir tajuk. nyampah aku.
so suka hati je la nak letak apa k.

takda la kenangan pun.
nak tunjuk semalam makan apa je.
sekian lama tak letak kan.
ye la. katanya selalu dah siap semua baru reti nak turun kan.
semalam turun tengok tak masak lagi.
mama baru balik hospital.
sekali dia kata. jom buat nasi tomato.
wah suka la kan.

sebab few days back cousin aku tepek kat fb dia.
kata mak dia. acu aku la. buat nasi tomato. makan ngan ayam masak merah.
wah nakkkkkk! sebab aku tak pernah makan acu aku ni masak.
sebab maybe time dia masak selalu aku tak pergi rumah dia.
uncle akhil buat masak lomak cili api selalu la rasa.
pastu cousin aku cakap. acu kata if nak raya datang rumah dia.
ye lah. walaupun boleh tahan lambat lagi nak raya kan.

so bila mama cakap nak buat suka la.
tapi simple-simple aje. tak buat pun ayam masak merah.
kita orang buat ayam masak karipulay and acar mentah tu je.
pun bolehhhh.

:: masak karipulay in the making ::

:: nasi tomato sedang di tanak. ::

:: nenas nak buat acar ::

:: acar mentah dah siap. eh tu kan nama dia? ::

:: ayam karipulay yang dah siap ::

eh nampak macam kari lak dalam pic ni.
tapi ni bukan kari.
n warna pun tak macam kari. dia macam oren2 sikit.

semalam masa aku tweet. ramai tanya masak apa tu?
tak pernah tau. daun karipulay tau la.
ye la tu. memang pakai daun tu.
tapi tak pakai serbuk kari. so dia bukan kari.
dulu pun aku ingat pakai kari. rupanya takda kena mengena.
so ada yang mintak resepi and all.
aku pun belum pernah masak lauk ni sendiri.
selalu arwah maktok masak dulu. then sekarang mama.
memang favourite la satu family.
sedap gila weyh.
nak berkuah boleh. nak kering pun boleh.
aku suka kuah sikit. sebab sedap.
kuah pun bukan cair. dia jenis likat tu.
serious best. ratah pun best. kalau takda roti. ratah pakai jari je. slurppp.

ok ni resepi aku amik daripada blog mama.
sila la try.

..........................................................................................

Auntie bagi resepi utk 6 orang mkn

Ayam se ekor di potong 12

Santan 2 hinggit
2 atau 3 cawan air
Bawang Besar 3 biji
Bawang Kecil 5 biji
Bawang Putih 5 biji
Halia 2 ketul sebesar ibu jari
Cili kering paste 1 kotak kecil

Semua kat atas nih di blend dan masukkan dlm kuali atau periok
Masukkan ayam tadi dan masaklah selama 10 hingga 15 minit.

Dah nampak ayam nak masak tuh buh pula bahan2 kat bawah nih.

Kunyit serbuk 1 sudu teh
Garam 1 sudu makan
1 keping assam keping
15 batang daun karipulay (boleh ambil daun nyer saja atau batang2 sekali, kalau kak nani batang2 sekali akak masukkan)

Dah nampak pekat lebih kurang 10 minit.
Semasa msk nih, harum sangat bau nyer.
Tutup api dan boleh lah mkn dgn nasi putih atau ikut suka roti pun boleh.

...........................................................................

serious senang ok.
tak sangka. sebab rasa dia terbaik.
aku ingat susah benar la.
semalam masa masak tu.
dah masukkan cili and segala bawang yang dah blend tu.
aku tanya la mama. nak bukar api ke?
mama kata jangan. aku dah pelik. ye la. tumis ke apa la kan.
sekali tengok mama masukkan santan, ayam, air semua segala. baru bukak api.
wah so easy. then kau kacau pun sikit2 je. takyah jaga sangat.
tau-tau siap je. so niceeeeeee.
serious sila try. terbaik weyh.




menu semalam.
hoih tengok ni rasa nak lagi pulak. laparrr!
oh resepi nasi tomato tu pandai-pandai la google ye.
kosser aku nak menaip.
pun senang. teruja i.

ok tu je.
selamat mencuba.
*ayat budget rancangan masakan kat tv*

15 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

saya mahuuuuuuuuu!!!!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

sedih.sedih dgn diri sendiri sbb aku x lunch harini. dan entry ni kuar.

nangis.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

jap. ape ke tgk entry makanan aku sedih lak ni?salah expression.

peej said... [Reply to Comments]

nqr - sila buat. eh kat sana ada ke bahan2?

buyui - kau ingat aku dah makan? belum jugak ok. sebab tu aku pun terliur tengok pic sendiri. hahaha.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

alamak ko pun x mkn lg?aku ni main terjah je kan ptt aku tanya ko "peeja dah makan?" . haha!jom mkn peeja. lapar!

Noriz said... [Reply to Comments]

aikkk?
senang giler resepi mama tu!
tak yah serbuk kari ke?
tumis pun tak payah?

Che Sue said... [Reply to Comments]

weh mcm senang la pulak tak yah tumis2..lagi sonang dr nk buek gulai segala..bagus! nt aku nk try! say tq 2 anty for the resepi..

yana halim said... [Reply to Comments]

nampak menarik. kena cuba nie. selalu balik kerja mesti pening nak masak lauk apa. balik2 masak yg sama je.

Aniesah said... [Reply to Comments]

thanx tau kongsi resepi ni. selalu kat rumah masak butter prawn/ayam butter jer kalau ada daun kari. lepas ni boleh pulak try yg ni :)

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

homaiii... mengugat iman la ayam tu..
esok akan segera ke kedai beli bahan2.. yummyy!

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Sedapnyaaa..
Arrghh.. terliur. Mesti cuba ni!

Puan Nad said... [Reply to Comments]

gile kentang senang. nampak cam complicated. esok try terus. tq peej. terbaeeekkkkkkkkk.

peej said... [Reply to Comments]

noriz - tak payah. *guna nada kumpulan jambu*

che sue - serious senang ok. aku pun terkejut je masa buat tu.

yana halim - ye sila try. hopefully korang suka. lepas ni boleh jadikan salah satu menu kan.

aniesah - ye sila try. best ok.

enon - memang pun. kalau makan lagi nangis ok. sedapp.

kakakdegil - ye try. best sangat.

puan nad - senang ok. mama memang expert masakan yang nampak extravaganza tapi rupanya senang je.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

chef peej,

daun karipulay tu, daun kari ke?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

nanti nak cuba masak karipulay ni nampak macam sedap pulak.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...