Instagram : @peejburhan

kekecewaan

ikutkan malas nak update pasal ni.
tapi alang-alang ada gambar tu letak je la kan.

last week aku and noy ada pergi jj au2.
noy ajak makan.
aku kata haaa laksa shack ada. jom.
dia kata ok je.

so pergi la.
sampai je tengok kedai kosong.
takpa. amik seat. duduk.
then order la.

kita orang amik laksa set kot nama dia.
dapat laksa pilihan, sirap bandung cincau and otak-otak sorang 2 ketul.

mula-mula air sampai.
sedut.
aku and noy muka berkerut.
sebab air dia rasa pelik.
tak sure apa yang pelik. macam rasa ubat pun ada.
aaah lantak la.

then laksa sampai.


aku amik laksa johor.
pun pelik.
sebab memang laksa johor ada telur rebus ke heh? tak pernah tau.
ok takpa.
then kacau-kacau gaul semua.
rasa pelik lagi. lain macam laksa dia.
nampak macam mee rebus je. hmmm.
bila rasa terus rasa nak nangis.
nangis bukan sebab sedap. tapi pelik sangat.
tak tau aku nak describe macam mana.
end up aku makan berapa suap aje.

noy pun sama. dia amik assam laksa.
cair semacam. and noy pun makan berapa suap aje. sebab tak sedap.
otak-otak je ok. aku punya ok la. noy kata dia pun yang second tu tak best.
sebab apa tah hari tu. aku lupa pulak.




serious rasa terkilan.
sebab nampak penuh la mangkuk masing-masing.
air pun penuh ok.
noy minum suku. aku minum half.
sebab aku rasa macam tak sedap hati membazir macam tu.
tak pernah-pernah tak habis ke apa.
tu pun sebab tekak dah tak boleh terima.

rasa sia-sia je duit terbang macam tu.
what happen ah?
dulu masa laksa shack mula-mula bukak sedap gila je aku rasa.
memang tak sama langsung la ngan apa yang aku makan baru-baru ni.
maybe sebab tu semua branch lain dah tutup kot.
ni pun aku rasa yang kat situ tak lama lagi tutup la kot.
sepi je kedai dia kan.

kenapa tak sedap eyh?
resepi bertukar ke apa?
akhir kata. takkan ku jejakkan lagi kaki ke situ.
baik buat laksa sendiri je kat rumah.
tapi boleh tahan malash la kan. ;p



18 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

jom beli kat bazar ramadhan je la wei

Lyana said... [Reply to Comments]

penah makan laksa kat mane ntah lupe dah tpi bukan laksa shack. mmg rasa dia totally weird gila mcm laksa ni dah masak ke belum ke rebus tak betul. then makan brape suap je lah sekali supervisor dia nampak makanan tak habis then dia tanya apesal tak sdap ke,lalu teruslah complain itu ini terus supervisor tuh say sorry and tak charge pape.kadang2 outlet lain2 rasa pun lain2.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Tak pernah dibuat orang laksa Johor ada telur. Tuan punya Laksa shack ni orang Johor nama dia Anita sebaya aunty dulu terkenal dan franchise kan laksa shack seluruh lembah kelang tetapi tak tahu pulak tiba2 senyap tak dengar khabar berita senyap sepi.

Hana Soffelia said... [Reply to Comments]

Suka gla mkn laksa. Daripada laksa kelantan, laksa penang, laksa johor, laksa sarawak hinggalah laksa thai.. Memang hantu laksa i nih.. hehehe

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ke basi sbb rs pelik..?

Dils said... [Reply to Comments]

kalau nak laksa johor yg rase authentic (aku sbg org johor mmg rase sedap laksa itu), at pasar malam Ukay Perdana. Every wednesday petang ade pasar malam tu, and slalu ade la die. Stall die mmg tulis laksa johor.

Hmmm... tingat2 ni tetiba teringin lak.

♥ zoe ana ♥ said... [Reply to Comments]

I think quality laksa shack memang teruk sangat now even in penang, i ordered laksa asam,kuah cair,makanla jugak.but last2 masa nak habis tu suddenly nampak anak lipas dkt bottom laksa tu.complain,dorg nak tukar but err...i bet penuh dalam bekas kuah tu.wahh kemain panjang i comment mcm sesi aduan pengguna pulak hehe

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Sygnye kalau francais ni fail..mmm ni yg wat terbyg laksa johor ni,so far kt klang xde jumpa yg best lg.tp klau teringin sgt i mkn kt fruity cafe,laksa thai tapi rasa mcm laksa jhr sket...so dptla lepas gian

yana halim said... [Reply to Comments]

pernah makan kat Plaza Shah Alam yg dah tutup tu. siyes tak sedap. baik beli kat pasar malam je...

mamasuri said... [Reply to Comments]

hah pernah makan situ...
tepi johnys kan...
dulu makan kt laksa shack care4 wangsa maju best...
tapi bila makan kat jjau tu..memang mcm hampeh...air tak sedap..laksa dia jauh sekali...dah lah sume pekerja indon..huhuhu...sakit hati..

girlfriend said... [Reply to Comments]

aku baru je smlm dpt pengalaman yg sama weh...tp kat sup ani utara bdr tun husin onn..tensen weh..dah tu pestime aku mkn sup ani..tobat takmo mkn dah..bihun sikit gile..yg len sume2 ala ala je rasa..baek aku msk sendri je..tp naseb takde servis charge ke ape..huhu..

ita citot said... [Reply to Comments]

mmg rasa mcm kureng laksa2 yg kat laksa shack ni. pahtu otak2 dia pon mcm sedeh jek tgk size fizikal. sekali jek pnh makan. pahtu sori laa... huhuu

cikgu siti hazreen said... [Reply to Comments]

tukar lah makanan tu, atau tak payah bayar makanan yang teruk tu :)

peej said... [Reply to Comments]

nqr - ada ke?

lyana - ni takda siapa pun tanya :/

sh rosidah - tu la. saya yang bukan org johor ni pun tau tak pernah ada telur. hahah.

hana - samaaaaa. tapi bila tak best kecewa ok.

buyui - bukan basi. tapi memang tak best la senang cerita.

dils - pasar malam ukay perdana kat arah mana? tak pernah tau la.

zoe - uwaaaaaaaa. nak nangis aku baca komen ni. euwwwwww. dorang ni meniaga buat la betul2 kan. main2 tau.

wani - aku x suka laksa thai. rasa macam makan masak lemak ngan laksa pulak. hahaha.

yana - kan. terkilan aku. masa mula2 dulu best ok.

mamasuri - a ah pekerja semua indon. sebab tu rasa lain kot. masakan indon kan rasa dia lain sikit.

girlfriend - tak jaga quality and standard dorang kan. mula2 best. lama2 macam ala2 dah tak ikhlas je aku tengok.

ita - kan. kecik je otak2 dia. sekarang semua macam tu kot. portion sikit je.

cikgu siti - :( tak buat pun. balik ngan kekecewaan je.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

aku dah lama banned kedai ni tau, last makan sana air bandung aku basi, kuah laksa swak aku dah lah tawar+cairrrrrrrrrr gile. makan sesuap, dua terus bangun g bayar kat cashier dgn muka ketat, diaorg tanya aku "kak, kenapa makan x habis..ade ape2 masalah ke" aku jawab "x sedap, tekak ni x boleh nak telan" terus dia diam terkulat2 kat situ.

peej said... [Reply to Comments]

dylan - tu la kan. aku memang dah lama gila tak pergi la. tak sangka macam tu jadinya. dulu masa mula2 bukak best gila ok.

Dils said... [Reply to Comments]

kat area Ukay Perdana. Camne nk ckp tu ek. Kalau dari MRR2, amik exit Ukay Perdana . Straight aje, after Sering Ukay tu, amik simpang ke kiri yang ketiga. Ade pasar malam kat situ hari Rabu. Kecik je pasar malam tu.

Kalau tahu Hadeeja Cafe, pasar malam tu kat situ la. Nak cari in google map pon, search aje Hadeeja Cafe.

Naseha Nasmian said... [Reply to Comments]

Byk branch laksa shack dh tutup.. Latest i prasan kt sunway pyramid.. Seriously xsume branch yg xsdp.. Branch yg i g kt kluang mall johor.. Laksa die mmg superb.. Bndung cincau die awesome.. Mmg rse nk mkn byk kali.. Ske mkn laksa johor die. Sgt2 pekat n sdp..xrugi mkn kt ctu.. But now kdai tu dh tutup ats alasan kenaikan sewa lot kt mall tu.. Owner xdpt nk tggung.. Kecewa sgt.. Xde rzeki nk mkn kt laksa shack lg...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...