Instagram : @peejburhan

introduction plissss.

lately ni ramai pulak add dekat facebook.
macam-macam la.
ada sedara mara. ada bloggers. ada kawan sekolah.

usually aku jarang la add orang.
ok bukan jarang. selalu tak pernah pun la.
if ada pun kalau betul-betul kenal as in classmate or sepupu rapat.
hahhaa. ada la setahun sekali kot.
reason?
bukan sebab sombong feeling bagus.
sebab aku ada perangai yang aku rasa macam, "what if dia tak kenal aku".
so takmo.
baik tak payah kan. dia nak, dia add la.

so bila orang add pulak.
macam-macam jenis.
tak kisah la. e ehhhhh dah la taknak add kan. orang nak add banyak cerita pulak. ;p
so usually aku akan approve je la.
tapi aku akan tengok jugak mutual friend la.
kalau mostly aku tengok mutual friends bloggers je.
aku akan approve.
malas nak banyak cerita.

ada jugak sedara mara jauh add.
aku tau niat baik la kot.
tapi aku macam tak suka.
sebab aku tak faham motif tu sebab apa.
sebab dah la kadang-kadang bercakap pun tak pernah.
baik dan rapat jauh sekali la kan.
tapi nak add? why? why? why?
ok la. berfikir baik lagi. mungkin nak tau khabar kot.
ok la approve. walaupun rasa macam %&(&T*)^$%$#%
sehari berlalu. dua hari berlalu. seminggu berlalu. sebulan. dan setahun berlalu.
not a simple hi pun.
wtf?!!!!
motif nak add?
ye aku pun tak cakap hi. sebab dia yang add kan.
wah ego kau. takda la ego. tapi motif?
or maybe aku kena tetiba kacau wall dorang kan.
biar dorang 'tanjat boboi'.

then kadang-kadang dapat add.
tengok mutual friend ramai.
oh kawan sekolah rupanya.
tapi aku try tengok pic aku tak kenal. siapa pulak ni kan?
rupanya senior atau junior.
pun aku tak faham kenapa perlu add?
sebab obviously aku tak tau kewujudan dia. aku rasa dia pun tak kenal aku.
nak kata aku hot stuff zaman belajar tak jugak.
so pelik di situ.
kalau mutual friend dia ada bloggers terselit ke mungkin aku faham.
maybe reader kot.
atau mungkin sebab profile photo aku adalah ngan noy.
dia rasa macam, 'wah lawanya. nak berkenalan la'.
bila dah add rupanya aku adalah watak yang besar. terus kecewa.

so kebanyakkan nya aku tak approve.
sebab aku tak tau apa motif di situ.
kalau korang tergolong antara orang yang add aku tapi tak diapprove or dah direject.
mesti sebab aku tengok takda mutual friend pun yang berkaitan.
so tak tau mana datang.
kalau korang takda mutual friend. tapi korang bagi message kata reader ke apa.
ok la nak approve kan.

ke aku yang kejam?
ke aku yang fikir jauh sangat. facebook je kot.
facebook pun.
tetap ok.
tu pun dah rasa rimas reramai dalam list.
takda la ramai pun. tak masuk seribu pun.
ye aku memang mudah rimas.
lagi pun apa sangat yang ada kat facebook tu.
i mean facebook aku la.
takda apa update pun. aku lebih banyak update kat twitter.
blog second la. untuk update yang panjang and lagi details.
facebook aku bukak or guna bila dah sangap sangat je tak tau nak online apa.

ada orang buat facebook fanpage untuk blog la apa.
tapi macam poyo gila pulak nak buat macam tu.
apa kau rasa kau best nak fanpage bagai? *lempang laju-laju*
itu aku yang rasa la. kalau korang suka takpa la.
personal facebook dah la kan.
eh apa ni. sendiri taknak buat. sendiri nak rimas. ok sewel.

eh aku pun tak faham apa motif entry ni.
maybe nak bagi tau aku annoyed ngan orang-orang yang add tapi tak memberi kesan.
kesan apa yang kau nak pija oiii?
kesan kasih sayang?
boleh?

heheh ok bye.
*lari laju-laju takut kena kesan tamparan instead*
*eh mampu ke lari laju-laju?*
*sedar diri dan membawa hati yang luka*
*drama*

14 Comments:

nUR_rOsALiNdA said... [Reply to Comments]

Kalau aku add rasa-rasanya diapprove tak? Hehehehe~

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Adakah aunty buat peeja annoyed, aunty hanyalah peminat setia blog peeja, mungkin kadang kadang aunty merimaskan oeeja so dengan rendah diri aunty minta maaf kalau aunty merimaskan peeja

Bila peeja Free, jom pergi makan dgn family aunty lagi.

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

satu lagi add pastu siap pesan suh vote gambar alah alah model dia..


serious mintak kaki!

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

atau mungkin sebab profile photo aku adalah ngan noy.
dia rasa macam, 'wah lawanya. nak berkenalan la'.
bila dah add rupanya aku adalah watak yang besar. terus kecewa.

*ayat yg atas ni memang tak tahan bila baca.. saya rasa peej sama cantik je dgn noy =) cecomel gtewwwwwww (harus letak w lebih2)*

have a nice day peej!!

cik puan apel said... [Reply to Comments]

Ohh kita bole 'high five'la peej!

yana halim said... [Reply to Comments]

akak tak kena mcm peej. tak femes & tak lawo mana ada orang nak add. follow blog pun sbb nak follow balik gamaknya. huh! sangat sadiiisss.... (takde writing style yg bagus cenggini la....melukut di tepi gantang. huhu..)....

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Peeja..
Yang 'watak yang besar'tu serius kelakar..
Cute lah.. apa tak cute plak..

Oh, n fanpage tu pun kelakar..
Hihihii..

Iz said... [Reply to Comments]

aku pun ada banyak yang aku biar pending je.. Tak approve dan tak reject. Taktahu nak buat apa. haha. Kekadang aku rasa diorang add semata-mata macam nak dapat access utk tgk album je. Sbb album aku for friends only. Album aku la, album org lain aku tak tahu haha.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku setuju ngn lady rara, mcm nk lempang dowh mintak vote2 cmtu

pd aku fb bkn utk sedara mara...tu sume sibuk je tu..

CN2S SHOPPE said... [Reply to Comments]

hohoh kalu kak cinta add pija, confirm pija tak approve la..sbb kak cinta cuma silent reader je kat blog pj. tak penah tinggal jejak pun. cuma seronok baca...hehehe

shuweet said... [Reply to Comments]

errr, terima kasih approve aku kat fb ek..hhehe..saje la nak kenal2 lagi..kalau leh berkawan lagi rapat pun ape salahnyer kan kan kan..aku nak follow kat twitter tapi kekdahnyer aku tak reti twitter tu...ada je acc..tapi tak reti guna..how how..hehehe

ceera said... [Reply to Comments]

ei ko punye burung kaco aku la. kat situ aku nk bc kat situ dia berteggek, nasib baik comel

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

dulu aku ade fb, skg dah resigned :)

Laila said... [Reply to Comments]

adoi.. terasa la plak... baru je send request suh add semlm.. uhuhu..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...