Instagram : @peejburhan

i love u so muchooo.

entry hari ni adalah untuk lulu.
atau nama penuh dia, lulu kemulu.
lulu ni the sweetest cat ever la.
dah la gemuk macam tuan dia jugak.
comel pun macam tuan dia jugak.
dan sweet pun macam tuan dia jugak. e e ehhhh.

kan hari tu cerita sikit.
pasal dia ni terlebih cerdik daripada yang lain.
sebab dia ni kau panggil je terus datang serah diri.
tak pernah la kau panggil dia tak layan ke apa.

ni noy takda.
dia la meneman aku kemana pun.
ok takda la kemana pun.
dalam rumah je la pun.

aku kat bilik je dia akan kais-kais pintu mintak masuk.
dia jenis kurang bersuara. so jarang nak dengar dia meow mekak-mekak ke apa.
so dia kais-kais tu tau la dia nak masuk.
kira kalau time tu aku tengah online. malas nak layan dia.
then after awhile baru teringat. bukak pintu tengok dia dah takda.
so daripada atas panggil nama dia. kelam kabut gendut ni naik atas nak masuk.

aku sambung online.
dia duduk tepi tingkap tu.
elok aku baring kat tilam. dia terus datang join nak tidur.
dia tidur je aku bangun nak buat something terus terbeliak mata cuak takut kena tinggal.
bila tengok aku tak kemana-mana baru sambung tidur.

if aku turun tinggalkan dia.
kejap lepas tu dia join sama. eeee gedik.
ni aku lepak depan hisap rokok kat luar.
tetiba dengar keduukk-keduukkk belakang aku.
pusing nampak ini.


dia tengah mengintip daripada tingkap.
suka betul dia paknam kan diri kan.
hobi kot. tak pun kehidupan masa lampau dia adalah pengintip.

lately ni ramai pulak new readers and all.
so sini aku bagi tau la yea.
lulu ni jantan ye. bukan betina.
memula bela ingat betina. sebab tak nampak la telor dia.
sekali dah berbulan bela. bawak pergi vet nak vaccine.
doktor check kata jantan. nice.
so too late nak tukar nama dia. heheh.

so noy takda ni dia la teman tidur. ngeeee.
selalu memang dia tidur ngan kita orang.
tapi dia akan tidur bersepah.
sebab if nak tido antara aku ngan noy mesti kejap je.
sebab noy ni lasak. berapa kali lulu kena siku la apa.
melompat la dia.
so ni takda. kemain selesa dia amik alih tempat.

ada few twitpic aku amik.
so kongsi sini pulak.


ni namanya gambar tarik lelemak leher.
konon akan kurus. tapi tak berjaya pun. hahaha.
sikit punya selesa kan dia.
terkangkang bagai.
yeeee. aku tau tangan dia selesa landing.
mungkin dia rasa aku ada nilai-nilai keibuan kot. hahaha.
bebudak kat twitter ni la.
aku nak share kecomelan n ke-sweet-an lulu.
dorang sibuk tengok tangan lulu landing baik punya.
tak pun sibuk ngan jari aku runcing la apa. haha.
pelik-pelik aje.


ni pun sibuk tidur bersama.
memang ada je la menyibuk.
yang bawah ni lagi la.
aku baru snap tadi.
aku tengok dia dah elok tidur kat tilam.
aku online la.
kejap lepas tu tengok dia ada kat tepi aku. berdengus-dengus.
dia ni nafas kadang-kadang kuat.
lemak berlebihan mungkin. semput haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

pastu dok je mengadap aku.
tengok tak layan dia panjat atas meja. eee dah la debab.
aku turunkan dia.
tengok dia panjang kerusi tepi....


and tidur situ.
ala comel.
nak jugak dekat-dekat. geram.

tadi petang papa tanya.

papa : semalam tak nampak lulu. dia tidur ngan kau ke?
me : a ah. dia memang selalu tidur bilik kita orang.
papa : dia tak berak ke? kencing ke apa.
me : takda la. dia dah tau la. selalu if dia nak keluar. dia akan cakar-cakar pintu. main-main tombol la apa.
papa : iyaaa? oandai dia.
me : a ah. dia tau. nanti kita orang bukakkan la. so takda la dia berak ke kencing.

macam mana tak sayang.
oh lulu ni tak pilih kasih.
dia layan semua orang.
takda la kata dia favour aku ngan noy je ke.

aku ni tak suka rasa attached.
so aku akan sayang sikit je.
aku tak suka perasaan attached and sayang melampau nanti if jadi apa-apa aku akan sedih.
contoh macam zara sofea.
aku malas nak obses ke apa. biasa-biasa je.
so takda la rasa rindu melampau ke apa.
then dia tidur pulak kat rumah hari tu.
siang malam kau tengok muka dia. ni dia takda rasa emo.
kadang-kadang noy tunjuk pic-pic dia masa dia kat sini pun aku taknak tengok.
tak suka. nanti rindu n sedih.

so tadi masa duduk sama-sama dengan lulu.
dia tergolek. dok belai-belai dia.
rasa sayang sangat.
pastu aku masah sedih. what if tiba-tiba jadi apa-apa kat dia.
mesti emo melampau.
selalu kita orang bela kucing mana jenis dalam rumah.
jenis lepas. so usually akan ada tahap. tiba-tiba dorang tak balik.
kira tak pernah bela bertahun then mati depan mata ke apa.
ishhh. tak sukanya...

takpa la. sementara lulu kemulu ni ada.
akan sayang dia sangat-sangat.
ok yang lain pun sayang.
tapi ni terlebih sayang. yes i'm bias like that. hahaha.



so akhir kata.
tataplah wajah ini.


abis tu kau tuan lulu ni tak reti nak vain jugak.
sibuk pic dia je. bagi chan aku enter frame.
eh suka hati lah kan. kata blog aku.
takkan nak tepek gambar sendiri kat blog korang pulak kan. miahahah.
oh excuse my "bye-bye mata panda".
tak 'bye-bye' pun. memang kronik. haha.

ok tu je. taaaaa.

13 Comments:

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

ehh gamba last tu lawooo.

nor elyana said... [Reply to Comments]

peeja gebu mcm lulu..huhuhu..kitorg kat rumah ni kalau ada dikalangan kucing yg bijak banding ngan kucing lain mesti kitorg ckp "dia nih kalau manusia mesti dah masuk oxford.upsr,pmr,spm suma straight A's"..enjoy dgn kucing puas2 peeja..nanti once dah ada anak mesti kita dulukan anak kan..nanti kucing mesti sedikit dipinggirkan..sian..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

deboobbb gilaa lulu nehhhhh dah la manja pulak tu kannn

green apple said... [Reply to Comments]

wahhh...aku suka gamba ko pakai singlet merah tu. Ala2 zila bakarin kauuuuuu.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

lulu kemulu bin ape?hahah!

sebab aku tak nak rasa attach mcm ko la aku x nak bela kucing, aku pnh rs dah dulu, x sanggup dah...

ohh ada spi tahap diaorg x balik2 spi sudah ek?kenapa ha?kucing aku dl mcm tu gak?x kan x igt jalan umah kot?

estee_8980 said... [Reply to Comments]

nama very the zimbabwe tau..lulu kemulu...huahahaha...

KILA said... [Reply to Comments]

Biasanya kucing ni, dia tau dia akan mati, dia tak balik dah rumah tuan dia.. Mungkin dia tau, tuan dia akan sedih kot.

Dulu mak pernah bela kucing, memang macam tulah perangai kucing2 tu..

Siti Nuratikah said... [Reply to Comments]

dulu saya ada bela kucing.sayang sangat dia mcm kak peej sayang lulu.pastu masa dia nak mati dia tido sebelah saya.bangun2 tido tgk dia da mati.abis saya yang melalak 1 ari sebab sedih..hukhuk T____T

CuTeNyer@Ku!!!~~ said... [Reply to Comments]

uhuks...samer la ngan i...peneman di kala sunyi..but truly...bila dah sayang sgt....anythg happen even demam pun, kita wisau sgt...2 anyway cute la...

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

aah la betul ckp green apple..
macam zila bakarin =)
sweet je lulu manja2 dgn tuan dia..

Ann said... [Reply to Comments]

Peej, pls pdate pasal Hannan...rindu Hannan lerrr...iskk

peej said... [Reply to Comments]

aracy - thank u. ;p mata panda tu.

elyana - masa zara sofea datang hari tu pun dia terpinggir. sian dia. nampak muka dia sedih je. eh ke aku je rasa macam tu?

honey - debab sangat ok. serious.

green apple - jangan merah sangat. oren tu. hiahaiah. melampau kau kan sampai ke zila bakarin perginya.

buyui - bin nonoy. heheh.

estee - kan. macam sedap pulak nama dia.

kila - tu la yang tau pun. tapi tu la. ni kucing rumah. mana pulak dia nak pergi kan. ish tiba-tiba sedih.

atikah - ish sedihnya kalau macam tu. takmoooooooooo. ni terus pandang dorang. tetiba emo.

cutenya - kan. memang risau. nampak something wrong je mesti rasa tak best.

enon - ni sorang lagi over terlampau kan.

ann - baiklah. nanti if ingat k. motif tetiba kau nak rindu hannan kan?

nor elyana said... [Reply to Comments]

mmg sedey la peeja..mcm kita la kalau dipinggirkan..masa ngandung dulu selamba je tido ngan kucing tetiap mlm.bersalin kena tahan ward tiba2 boleh nanges rindu kat kucing2 kat rumah..padahal baby ada kat sebelah.nanges tahap sedu2 saiko gila kot..penangan kucing..skali baby da balik, mmg kucing x leh masuk bilik..sian gila dorg..duduk terconggok depan pintu, kuis2 pintu mengiaww2 nak masuk..mesti dorg kata "sampai hati tuan kita,habis madu sepah dibuang"

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...