Instagram : @peejburhan

gunalah unifi! *sambil 2 thumbs up macam ke best sangat*

entry yang sekian lama tertangguh.
dah seminggu kot.
ye seminggu sebab dia pasang last monday.
malas betul nak update.
ni pun aku baru upload pic dah rasa ngantuk and menyampah aje.
tapi gigihkan jugak update.
kalau tak makin banyak entry berderet.

anyway kita orang tengah berjalan-jalan dia JJ au2.
tiba-tiba nampak ada pulak tm kat situ.
so ingat nak tanya je pasal unifi.
sekali boleh pulak register terus.
tak bayar bayar apa-apa.
takda deposit. takda pemasangan punya bayaran.
dia kata within two weeks dah boleh pasang.
wah best tu.
so ok aje.

then esoknya dah dapat email.
tapi dalam email cakap lagi sebulan baru pasang. nyampah ok.
sekali esoknya tu tengah jalan-jalan orang unifi call dia kata minggu depan pasang.
wah so fast.
maknanya within a week register tu dah dapat. :)

so sampai la time pasang tu.
dah la sebelum datang tu.
malam tu gigih aku kemas bilik bagai.
sebab nak suruh pasang ni kat bilik kita orang.
bukan apa. selama ni pasang kat bawah.
so kadang-kadang papa and mama ni tiba-tiba tutup suis la apa.
tak pasal kat atas tak boleh online. herghhh.
so tak kira. kali ni biar kita orang pulak control. :)

aku pun tak tau apa motif aku siap semangat kemas bagai. hahaha.
ye la. maybe segan kot. bilik perempuan. sepah macam haram. segan ok.
so vacuum la apa bagai.
janji pukul 2.30pm.
tapi tak sampau.
pukul 3 macam tu dorang call inform akan lambat sikit.
sebab ada problem kat rumah yang dorang tengah buat tu.
dia kata. around 4.30pm sampai.
ye la tu.
pukul berapa tah dia orang sampai.
mengejut je.

tak sempat nak tukar baju ke apa.
rasakan. hahahha.
e ehhhhh. motif tiba-tiba nak tukar baju bagai? hahahhaa.


so naik la atas.
bukak tingkap semua sebab nak cucuk wayar.
aku ingat dorang pakai wayar telefon ke apa.
rupanya tak. mana la tau.
punya la malam sebelum tu aku berkemas tonggeng-tonggeng terbalik kerusi semua nak carik wayar telefon.
pffftttt.

ingat tu aje.
rupanya kena alihkan barang dalam berapa kaki.
sebab dia nak letak wiring tu.
so nak paku la apa.

:: nampak macam tak apa-apa. tapi sebenarnya dah tarik ke depan ni. ::


ye sebab ni aku kecoh nak tukar baju tu.
sebab gila tak boleh blah.
sebab aku memakai seluar mickey mouse. hahgahahhaa. bodoh sangat tau.


tah apa dorang adjust kat tiang telefon tu.
then dorang macam letak satu maintenance box kat luar.
then buat wiring ke dalam.
aku suka la dorang buat.
sebab kemas.
sebab aku cakap jangan comot-comot. sebab ada wall paper kan.
kang menjerit makcik marina monroe tu kang.


menarik-narik wayar.
yang kat twitter sibuk semua tanya menarik ke tak orang unifi ke apa.
e eh gila. tiba-tiba kan.
siap suruh amikkan pic la apa. hahahha.
aku kata mana berani.
aku ni main belakang aje (eh lain macam bunyi tu)
so bila orang tu tak pandang baru la aku berani snap. hahha.
so tengok bontot je la yea.


sebab coverline lagi.
nampak bayang-bayang dorang kat tv.
so snap dari situ je senang. heheh.
oh dorang datang bertiga ye.

:: kaseh yang gila gedik sibuk tengok-tengok orang buat kerja ::

:: lulu ni penakut lebih. so dia sibuk intai-intai je ::

:: duduk pun jauh. pastu bila orang berjalan ke arah dia, menggelupur lari. ::

::orang sibuk memaku ::

dia sibuk kat situ.
tengok kat pic atas tu. nyampah sangat kan.
tu pun kan kotak yang kat pic atas tu. yang belah kiri atas tu.
orang sibuk nak keluarkan barang.
baru half way dia masuk and main-main situ.
wah sesuka hati.
aku malas nak pergi amik.
kang orang sibuk buat kerja aku sibuk sempit-sempit.
dah la pakai seluar mickey mouse. hahahhahaahha.
kang dorang kata. kucing and tuan sama gedik.

oh satu lagi benda memalukan.
aku lupa tukar screen saver.
gambar menyeksi. hish. #that awkward moment. tsk.

dorang settle dalam masa sejam macam tu rasanya.
tak lama pun. kejap je aku rasa.
kita orang amik package vip5 tu. RM149 sebulan.
so dalam package tu dapat ini.

:: hyppTV::

dapat free 24 channel.
tapi aku pelik la.
dah berapa hari ni. aku tengok tinggal 14 channel je. madafaka.
mana pergi lagi sepuluh.
dah takda. dia kata kena subsribe. why ah?
memang macam ni ke?
baru sempat guna berapa hari kot.
esok aku nak call unifi tanya.


dapat cordless phone.
dapat no phone baru sekali.
wah best.
dah la nombor baru ni lawa nak mampuih aku rasa. :D suka.
dalam masa berapa saat dah hafal nombor sendiri.
then line ni boleh call mana-mana house phone dalam malaysia free.
kalau call mobile 10sen seminit. :)
nice kan.


modem dah satu lagi router mungkin.
entah.
oh untuk package ni. kelajuan dia 5Mbps.
dah cukup bagi aku.
sebab tengok youtube takpa sangkut.
laju aje. :D idok le stress ye. heheh.


oh kat dalam ni pun ada maintenance box dia.
kecik je. comel.
and kemas pulak tu dia buat kerja. :D


cuma aku rasa semak la dia atur modem tu macam tu.
macam penuh je rasa.
tapi noy kata ok and takda masalah.
so ok je la yea.

so far aku rasa ok la.
sebab laju semua kan.
i mean untuk semua tu kau just bayar rm149 sahaja.
sedangkan if dengan streamyx.
1mbps pun dah rm110.
then line telefon lebih kurang rm30 kan.
campur jadi rm140.
sikit je lagi tambah kan.
dengan ni dapat telefon ngan line. hypptv tu lagi. kan kan kan.

syiok ah.
pastu pakai wifi dia untuk bb semua.
laju je load gambar semua. suka laaaaa.

itu je la kot.
apa lagi eyh?
oh untuk vip5 ni.
monthly boleh download 60gb.
aku pun tak faham apa tu.
boleh download apa-apa up to 60gb la yea? entah.
aku nak download series la.
siapa tau mana boleh?
game ke apa.
sila la mak yang agak tak berapa nak terel i.t sangat ni.
ok ke takpa?

20 Comments:

optimus prime said... [Reply to Comments]

gamabr no 10 nampak ubat batuk bena expectorant...hahahha

peej said... [Reply to Comments]

op - yaaaa. tepat sekali. paling best. makan je confirm tidur lepas tu. cuma kena banyak minum air. kalau tak hilang suara.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Untunglah orang yang duduk kat kawasan Unifi ni, kat TPG ni haram tahun 2012 baru ada, nanti tempat peeja dah ada ntah apa apa Fi kat sini baru sampai UNIFI macam harem betul. Sakit jiwa melayan internet kat sini, ish.

sharifahnurhidayu said... [Reply to Comments]

kak peej, 10 channel tu channel baru, die free sebulan je .. lps sebulan mmg kene subscribe balik kalo nak tgk..

sekian dari budak tm unifi iptv hehehe

zana said... [Reply to Comments]

terasa kembang jap bila ko puji unifi...

@rep said... [Reply to Comments]

berbaloi-baloi u ol. i dah guna 6 bulan cam tu. semua ok kecuali modem dia akan jadi sangat panas. since i nampak u ada kipas tu. kira okaylah.

and... sekarang u masuk ke interactive ada FB situ. boleh on9 FB di tv sajork.

have fun u ol

VFN said... [Reply to Comments]

hahahahaa..inilah gambar yg aku tunggu2,... kah kah kah

Wan Nurzalia Wan Saelan a.k.a NoZ said... [Reply to Comments]

kak pija (eh kak ke)
yg 60gb tu data volume dia
means that dlm sebulan tu bole surf,tgk video,dgr lagu,tgk gambo,dowbnload+upload pape je up to 6gb which is mak aii byk giler
sbb mcm aku gune maxis broadband ni
speed cume 1.5mbps
data volume 3gb je
layan video kat youtube sehari suntuk konfirm habis terus data volume aku

shuweet said... [Reply to Comments]

bila tengok abang2 unifi tu teringat kat laki aku..hehehe..die tengah amik project pasang2 unifi ni la...hehehehehe..

Anonymous. said... [Reply to Comments]

saya subscribe VIP10 punya, lagi berdesup desup! hehe. indahkan rasa especially tang bukak YouTube tu hehe...

muna said... [Reply to Comments]

nak donlod2 secara membabi buta, guna aa torrent.

1. install torrent: http://ll.www.utorrent.com/downloads

2. cari menda nak didonlod: http://isohunt.com/

ko pilih aa yang S dia tu ramai, insyaallah laju, hihihi. ada gak bf aku cakap bleh guna realplayer nak donlod macam2. itu aku tak reti, huhu.

Fazlinil Irma said... [Reply to Comments]

hypp tv gagah perkasa. hujan petir gebum gebam pun relax ja boleh tgok. hehe. kualiti gambar pun cantik kan.

zana said... [Reply to Comments]

out of topic...nak tanya sket..ari tu peej beli concealer jenama apa ek???

lily lotus said... [Reply to Comments]

ohh best gilak! area rumah lily baru tgh dok pasang, tapi belum boleh register lagi. dah tahap melinjang nak tenet laju gak ni

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ohh dia ade tempat2 ade unifi ke baru boleh pasang,hemmm

tanam je la niat nak pasang cm ni..area umah aku sah2 la nan ado

fadz said... [Reply to Comments]

hi peeja... kalau nak download movie ke drama ke try this site... www.jiwang.org ada macam2 kat sana... enjoy.. have a nice day

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Owh.. aku jeles.. Seremban lom ade unifi.. Terpakse la tunggu n tengok org bangga2 pakai unifikan...

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

nak unifi jugakkkkk!
nak hyyp tv tu jugakk!
*jeles nok*

azrina said... [Reply to Comments]

Unifi memang best! Kalau register dgn kitorang lagi best, dapat FREE GIFTS thumbdrive 4GB! tumpang advertise ye..haha. dah selalu baca blog peej ni, now baru nak comment. thanks peej :p

http://www.unifi4u.com/

Anonymous said... [Reply to Comments]

lawa kucing. pe2 pun lain kali kalau nk langgan berhati hati. kena direct dari pejabat TM. kenalan sy kena scam rm1K sebab tarik wayar utk pasang unifi. ni kerja2 org nk scam lah nk cari duit poket lebih

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...