Instagram : @peejburhan

expose mistik : pokok kemboja

Hi peej,

Cerita ni dah lama terperuk dalam draft. Tapi tak terhantar-hantar. Skrg baru nak hantar hehehe. Nway cerita ni dah lama and pernah aku hantar kat satu website cerita-cerita hantu dulu. So sapa-sapa pernah terbaca tu, kira halallah siaran ulangan dari aku.

Masa tahun 1998 gitu (wah lama ok. 13 tahun dulu :P) aku duduk kat asrama harian. Asrama ni gabung dua sekolah harian yang femes gak ah kat seremban (nak jugak. Haha). Masa time nak SPM/STPM, semua penduduk hostel dah balik. Tinggal kitorang budak form 5 dan upper 6 je.

Nak dipendekkan cerita, kitorang semuanya digabungkan dalam satu dorm. Form 5 satu dorm, upper 6 satu dorm. Disebabkan masing-masing lain aliran, dan kebetulan pulak antara geng aku ni, aku sorang je budak sains, jadi aku terpaksalah tercongok lagi kat hostel tu. Yang lain semua dah balik. Aku tinggal satu paper je masa tu. Nasib baik ada member baik aku Mok tolong temankan.

Satu malam tu aku pegi tgk tv dengan Mok kat library. Library kat bawah, dorm kitorang tingkat 1 kat hujung belakang. Agak jauh gak lah. Tengah syok-syok tengok tv, tiba-tiba kitorang terbau bunga kemboja. Kuat pulak tu. Sepanjang aku duduk situ, tak pernah lagi bau sekuat ini. Dan-dan aku tengok Mok. Dan dan-dan tu jugak Mok ni bersuara "aaa kalau nak tumpang tengok tv, tengok je. Jangan kacau kitorang." Aku terus tengok Mok sambil membulatkan mata. "kau cakap dengan sapa?" Mok senyum je dan geleng-geleng kepala. Lepas tu dia cakap, "angin kuat kot. Sebab tu ada bau".

So agak-agak dalam pukul 12 gitu drama dah habis. Kitorang terus tutup tv dan straight naik ke dorm tak tengok kiri kanan dah. Aku nak tido bukak lampu. Tapi Mok ni boleh ada teori dia sendiri; kalau kita tak nampak dia, mesti dia tak nampak kita. So kesudahannya kitorang tidolah dalam gelap. Alhamdulillah tido nyenyak tanpa gangguan. Tapi cilakak jugak time nak tido tu ada bau bunga kemboja tu lagi dalam dorm.

Besok pagi aku bangun, makcik dining hall boleh pulak bagitau kitorang, dia datang awal pagi tadi sebelum subuh. Pastu dia ternampak ada nenek yang dah tua kerepot tengah terbongkok-bongkok kat belakang dining hall. Dia takdelah nak tegur, terus sambung masak.

Lepas makcik tu cerita, baru aku sedar satu benda. Kedudukan pokok kemboja tu belakang dining hall. Library kitorang tengok tv tu adalah 90 darjah kedudukannya dari dining hall. Jadi kalau angin tiup pun, bau bunga tu takkan sampai masuk dalam library tu.

Jadi sapa yang join kitorang tengok tv malam tu??

Lepas habis paper, petang tu jugak aku pack dan balik terus. Begitu jugak dengan Mok.

Nway hostel tu memang popular dgn cerita hantu. Nanti aku cerita lagi.

Ok bye!

- landaklaut.com -


Sent from my iPhone




0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...