Instagram : @peejburhan

expose mistik : penumpang.

hai kak peej! saya dah lama jadi silent reader kak peej. tapi baru2 jek berani follow kak peej. hehe. :)

saja nak berkongsi cerita dengan kak peej. boleh kan? :)

so, cerita dia macam nih.

masa benda nih berlaku saya still belajar lagi dekat politeknik kat sabak bernam. masa tu sem 2 kot.

one day nih, saya and kawan saya buat kerja gila. tengah lepak-lepak sekali cakap. "g ipoh jom?". then terus g ipoh.
kitaorang g dalam tengah hari. eh. ke petang. x kisah lah. dah lepak lama-lama kat ipoh tuh. tetiba malam. dapat text dari member cakap ada budak kelas kitaorang excident kat tanjumg karang. ada yang koma. dengar koma dah mengigil. so, terus berdesup kitaorang balik. kitaorang bertolak tu around 2-3 pagi. lalu jalan dalam. x lalu highway sebab budget tau jalan dalam lah. 

kitaorang stop jap kat petronas mana ntah. x ingat. sebab member saya nak terkincit. so, tinggal seorang2 kat dalam kereta. pastu saya terpandang side mirror tepi tuh. macam ada hantu pocong kat seat belakang. betul-betul kat belakang saya. tapi saya diam lagi. pandang lagi sekali, ada lagi. ada lah pandang 2-3 kali lagi saya pandang. ntah kenapa saya geram sangat saya pusing belakang terus. nasib baik xde pape. fuuuhh! tapi saya x bagi tahu lagi member saya. diam jek. 

jalan punya jalan sampai kat jalan yang kampung-kampung. faham lah kan jalan kampung. gelap and sunyi jek. tengah drive tuh. tetiba member saya dekatkan diri dia ngan stereng. biasa dia sandar kat seat. pastu tetiba berselawat bagai and nyanyi lagu nasyid. saya macam. "apahal mamat nih?". tapi xdela tanya dia sebab saya dah nangis bagai ingat member koma. pastu everytime kereta kitaorang lalu depan anjing. anjing tu mesti menyalak pastu kejar kereta kitaorang. sepanjang perjalanan kat jalan kampung tuh macam tuh. pastu kalau ada kereta lalu, diorang akan bim-bim kitaorang. kitaorang macam. "what the hell nak bim-bim, kau jalan jela" tapi time tuh xde fikir pape lagi. diam lagi. 

pastu malam tuh. macam banyak pulak roadblok. ada satu roadblok nih macam pelik sebab time kitaorang lalu roadblok tuh, before that ada roadblok. kira x jauh sangat lah. kitaorang pelik lah. rajin gila buat roadblok. kat roadblok pelik tuh, kitaorang tanya pak cik tuh. "pak cik, mana jalan nak balik sabak bernam, kitaorang sesat lah". pastu pak cik tuh bagi instruction semua. TAPI! jalan yang dia tunjuk tu lead us to jalan yang gelap gila. kiri kanan xde rumah. jalan sempit gila. macam jalan mati. haa. cam tu lah jalan nya. saya cakap lah "wei, xnk lah guna jalan nih, kau biar betul, x scary ke. tadi mana ada kita lalu jalan macam nih." so, kitaorang patah balik. 

sampai kat poli, around 7 something. amik member terus g hospital. masa lepak tu, baru saya and member saya bukak cerita. 
"kau apsal nasyid bagai?"
"kau sedar ke?"
"like daaaaaaaaaaa. apa hal kau nak selawat bagai tiba-tiba"
"kat seat belakang ada pocong doe. aku nampak kat cermin tuh, mula2 dia kat tepi. aku pandang lagi sekali, dia kat tengah2."
"kau biar betul!. kau jangan main-main"
"apsal aku kena tipu? buat apa aku nak nasyid tiba-tiba kan?"
"wei, before that pun aku nampak doe, masa kat petronas. masa kau pergi toilet"
"humang aihhh. dia follow kita kat situ kot, no wonder anjing semua kejar kereta kita, kereta semua bim-bim kat kita"
"bodoh lah. cmne aku nak tidur malam ni. wei. kalau ye pun, yang kau g nasyid bagai buat apa? bukan dia takut pon!"
"ntah lah. sebab kat radio ada nasyid. aku x fikir apa pulak time tu"

nasib baik kitaorang bukak cerita time siang. kalau kitaorang cerita time tuh jugak. saya rasa saya dah terkencing kat situ or pitam terus. tapi kelakar sebab dia nyanyi lagu nasyid. HAHA~ but part of that. scary. 

tq kak peej. :)

-liey-

.............................................................................................

hi liey,

kelakar la. kenapa baru berani?
selama ni kenapa pulak takut nak follow?


kau boleh relax lagi. tah-tah kalau akak dah keluar lari laju-laju tangan ke atas keluar daripada kereta.
tapi ntah la. so far sendiri takda experience.
maybe if kena sendiri akan kelu semua.
tapi part nyanyi nasyid memang kelakar.
baca ayat pun dorang kadang2 boleh ikut. ni pulak nasyid kan. hehehe.

tapi part ada poc tu.
tetiba teringat cerita senjakala. tak suka ada poc kat belakang. erk. *nangis*

sesiapa nak kongsi cerita boleh email ke aku ye.
ada kat contact me kat tab atas ni.
ok tu je.
selamat malam jumaat.
:)

6 Comments:

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Nasib baik kereta tak berbau busuk..selalu nya kata org kita akan terbau dulu sebelum muncul..

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

sebab tu la aku mmg x suka benti2 kencing segala bagai ni... sanggup la tahan sampai destinasi baru nak terkencing terkucil bagai... dah la aku ni mmg penakut! kalau benti pon mmg takkan la pandang side mirror ke ape ke walaupon siang. tak koser! huhu scary okeh!

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

wakakkaka gelak sampai terkincit okeh..boleh gi nyanyi lagu nasyid muahahhhahahaah gelak guling2 lagi

marinahunny said... [Reply to Comments]

peeja,

arei tu ada terbukak blog mak merah tu kan, sekali terperasan yg dia pon buat segmen mcm peeja ni, kira org blh email dia kalu ada pengalaman cite misteri ni..

Iz said... [Reply to Comments]

Jahat la korang keluarkan cerita ni. AKu dah la selalu driving malam :( Tak soka tauuu.. Walaupun nyanyi nasyid tu adalah kelakar, hehe. Tapi ada pocong dalam kereta bukan perkara lucu ok hahahaha!!! meremang bulu roma aku

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

takut woo, tapi degil suka juga nak baca.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...