Instagram : @peejburhan

expose mistik : "penjaga" tapi bukan saka

Salam Kak Peej,

Ari tu Kak Peej ada publish cerita saya pasal hantu sorok tu. Terima kasih banyak-banyak ye kak.

Ok, kali nie saya nak kongsi pengalaman saya sendiri dengan "seseorang". Saya langsung tak kenal dia dan tak tahu dia datang dari mana.
Yang saya tahu dia selalu datang time saya sakit. Biasanye time saya demam teruk sampai takleh bangun.

Sebelum saya citer, saya just nak bagitahu saya nie ada penyakit tonsil. Pantang salah makan je, silap gaya tido ke, mesti boleh buat demam mengejut. Tambah plak saya nie ada resdung. Demam demam nie macam dah biase la. Tak payah makan ubat pon kalau demam.

Kejadian nie berlaku pada tahun 2000 (masa ni saya berumur 15tahun) di rumah keluarga saya. 1 hari tu, saya jatuh sakit. Demam teruk sampai takleh bangun. Ni pes time saya kena demam teruk macam nie. Saya baring je dari pagi sampai malam. Makan pun tak. Orang demam mana ada selera makan kannn... Saya cuma minum air teh o panas je. Owh, perangai saya memang pelik. Asal demam je saya takleh minum air lain selain dari teh o panas. Air suam pon takleh minum.

Oleh sebab saya demam teruk, saya taknak tido dalam bilik sebab kepanasan. So saya tido kat ruang tamu depan tv. Yalah, senang baring kat situ. Ngadap tv je.

Kebetulan malam tu semua orang tido awal. Saya tak tahu pukul berapa saya tersedar. Itupun sebab saya dengar bunyi bising. Macam orang tengah baca talkin. 

Saya celik mata je tengok ada ramai lelaki duduk bersila keliling saya. Semua pakai jubah dan berserban. Jubah hitam.. hijau pekat. Ada yang tua dan ada yang muda. Tengah duk berdebar tu, saya perasan ada orang belai dahi dan anak rambut saya. Saya toleh la kann... Saya nampak ada sorang lelaki muda (ensem pulak tu.. air muke jernih sangat) duk senyum kat saya. Dia duk bersila tepi kepala saya sebelah kiri. Dia pakai jubah putih dan berserban putih. Memang ada cahaya la kat muka dier tuh. Saya nie langsung tak rasa takut dengan dia. Saya diam je. Tak cakap apa-apa pun. Lagipun badan saya masih lemah. Memang takde kudrat nak bercakap pon. Lelaki jubah putih tu cakap,

"Tidolah Diana. Kami akan jaga kau. Jangan risau."

Saya nie macam kena pukau je. Saya ikut cakap dia. Terus saya tertido sampai pagi. Esok pagi saya teringat balik apa yang berlaku. Tapi memang saya jadi terus sihat & aktif lepas tu. Macam takde sakit apa-apa.

Masa saya umur 22 tahun, saya demam teruk lagi. Cume tak seteruk masa first time tu. Kali ni saya boleh la bangun makan walaupun badan rasa lemah gila. 

Malam tu saya tido dalam bilik sorang-sorang. Sekitar pukul 12.30 malam cenggitu la, saya terjaga sebab perasan ada yang cuit-cuit tapak kaki saya. Saya celik la mata kan sebab nak tengok sape yang main-main kat kaki. Rupa-rupanya lelaki yang pakai jubah putih tu. Elok je dia berdiri depan saya sambil tersenyum. Masa nie la saya nampak muka dia yang sebenar. Memang hensem. Kalah la Fahrin Ahmad tuu (sori ye peminat FA). Hehehe... Sampai sekarang saya ingat muka dia. Manis gile senyuman dia. Ntahlaa... Saya tak tahu nak cakap macam mana. 

Kitorang macam telepati.. Berborak tanpa suara. Tapi saya faham apa yang dia cakap. Cuma 1 je yang saya ingat. Dia pesan kat saya supaya jangan risau apa-apa sebab dia ada. Kalau masa pes time dulu pun dia pesan "jangan risau". Terdetik dalam hati saya, dia akan menjaga saya. Tak lama pon kitorang berborak, dia hilang macam tu je. Saya pun terus tido. Ekceli saya pon tak paham dengan ape yang berlaku.

Esoknye saya dah tak demam. Terus aktif macam biase. Cume malam kedua tu, pada waktu yang sama, ader seorang "pompuan" datang jumpa saya, berdiri di tempat yang sama, pakai jubah kelawar kaler merah hitam, muke bengis gile, dia pandang kat saya sambil baling bintang-bintang kaler kuning ke arah saya. Memang menakutkan. Tapi bintang-bintang tu saya tepis guna tangan. Last dia hilang macam tu je.

Saya tak tahu itu hanyalah mimpi ataupun kenyataan. Tapi hati saya tetap percaya semua tu adalah kenyataan. Itu adalah last time lelaki jubah tu datang jumpa saya. Dan itulah kali terakhir saya demam teruk. Kalau demam pon demam biasa je.

Saya pernah bertanya dengan seorang ustaz tentang lelaki berjubah tu. Kot-kot la lelaki tu saka ke ape kan... Risau jugak. Kalau saka, saya nak buang. Tapi ustaz tu cakap itu bukan saka. Itu adalah "teman baik" saya dari dunia lain. Dia datang jumpa saya dengan niat yang baik sebab logiknya setiap kali dia datang, lepas tu terus saya jadi sihat. 

Baru-baru nie saya bagitahu mak saya. Dia syorkan saya berjumpa dengan seorang pakar agama yang mahir dalam hal-hal macam nie kat Keramat. Tapi tak naklah saya... Sebab benda tu bukan memudaratkan saya pon. Lain la kalu makin hari badan saya jadi makin lemah ke... saya kena banyak musibah ke...ader benda ganggu ke.. itu lain laa...

Cuma sekarang nie saya perasan 1 benda. Kalau bf saya curang, saya akan bermimpi 4 malam berturut-turut. Ex-bf pernah tuduh saya "membela hantu" sebab dia pelik kenapa setiap kali dia curang, saya mesti dapat hidu. (Dia memang kaki pompuan pon!). So, saya rasa tak perlu untuk saya berubat kat mana-mana.

Tapi kalau ada pembaca yang ada pendapat sendiri, boleh la bagitahu saya. 

Ok, sekian saja cerita saya. Btw, tenkiu Kak Peej.
Salam...


-Diana-

........................................................................

hi diana,

hoh diana ni boleh relax lagi.
kalau la aku la bukak mata tengok orang keliling macam baca yassin ke talkin ke.
kalau mati aku akan bangun kembali sambil jerit and lari tangan kibas2 ke atas.
freak out terus.
katanya tak ready.
cea macam la boleh ready bagai kan.

tapi maybe la.
kalau dapat 'penjaga' kacak. sakit selalu pun sanggup.
rasanya faham kot.
sebab pernah mimpi lelaki kacak. pastu rasa indah melampau macam kalau jadi kenyataan kan best.

tapi part mimpi berturut if bf curang tu takut jugak kan.
tapi bagus kan. bagi dorang freak out sikit.

ok diana. thanks for the email.
cerita ni ada seram dia. tapi tak pasal rasa nak berangan ada penjaga handsome. macam mana itu?

as for me. tak perlu berubat kot.
sebab like u said.
so far dia takda la harm ke apa kan.
tapi tang yang baju kelawar tu scary la kan.
tapi motif baling bintang? kan.

9 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

ye lah tak payah sibuk sibuk nak buang, biarkan jelah selagi tak memudaratkan dia kan dan benda tu pun datang memberi bantuan kalau dia sakit bukan buat benda tak elok pun.

VFN said... [Reply to Comments]

benda yg elok... perhh.. kacak..sib baik tak mcm muka hantu karak..miahahahaha

syeeda11 said... [Reply to Comments]

hai peej. im chie one of your silent reader, sebenarnya i pun penah kene mcm ni, sampai la skrg, tapi bukan datang masa sakit. tapi leh katakan seminggu sekali dia akan dtg dalam mimpi i. boleh tahan gak la, tapi kalau mimpi dia, dia mesti akan duduk dpn i n cerita-cerita. yang peliknya dia adalah lelaki yang sama. dah nak setahun macamni, bila cite kat kawan dorang kata orang bunian, tapi ntah la, janji tak muncul depan-depan masa sedar sudah. hahahahaa eh nanti i pun nak hantar la cite mistik2 ni..ada gak 2-3 kali terrrrrrr jumpa.. ermmmm hihihih

shuweet said... [Reply to Comments]

fuiyooo...seram pun ada..tapi ada gak orang2 alim ulama ckp...bende tu cam nak berkawan ngan kite...dari alam lain..tapi jenis baik punyer la bukan syaitonn...pempuan bengis tu lak jeles kot...but kalau ada orang jaga cam hensem beriman tu aku pun nak jugak..hehehe

doll said... [Reply to Comments]

isk..suh brubat buang antu kelawar tu jer..yg ala FA kasik simpan buat teman tdo dikala dingin..hihihi..

Ewinn said... [Reply to Comments]

samelah..selalu dapat petunjuk dalam mimpi pasal ex-bf saya dulu jugak.. kalau dia curang, saya mimpi..kalau dia tipu, mimpi dia tipu saya.. Tuhan nak kasi petunjuk sebnarnya tu,kan kan kan?

Ewinn said... [Reply to Comments]

samelah..selalu dapat petunjuk dalam mimpi pasal ex-bf saya dulu jugak.. kalau dia curang, saya mimpi..kalau dia tipu, mimpi dia tipu saya.. Tuhan nak kasi petunjuk sebnarnya tu,kan kan kan?

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

lagi handsome dari fahrin? maigod! sama la macam peej ckp, kalau selalu sakit pun takpa.. hehe..

btw, dlu kakak saya pun ada 'orang' nak kawan gak tapi kakak tak nak.. mak cerita kakak suka cakap sorang2 masa kecik.. tapi since kakak cakap tak nak kawan dengan 'orang' tu, dia dah tak datang kat kakak lagi.. hilang macam tu je..

mohamad hakimi razak said... [Reply to Comments]

rasa terpanggil..
bukan nak betulkan sapa2,just tuk share.
kturunan aku dr dulu org knal.
sbb kami dr kturunan perdekar(kononnye),sbb tu anak cucu dr kcik d latih mende2 cmni.
supaya,
tidak terjebak dlm yg sesat lg menyesatkan.khurafat..
sembuh sakit kamu kerana izin allah..
bkn sbb makhluk tu.
pendinding kita iman dan takwa pd allah..bkn makhluk2 tu..
jgn kamu dampingi semua tu.demi allah tuhan mu yg satu..
kerana,
sesungguhnya syaitan dan iblis itu akan trus dtg dan menipu anak2 adam sehingga sampainya hari kiamat..dgn apa jua cara.klu mereka ley dtg dlm bentuk hodoh,knapa tidak boleh dtg dlm bentuk baik(dgn menipu kamu).
kerana,
untuk terima semua itu tidak susah.
jln menuju sesat tu sangat mudah lg senang.
untuk org2 mcm aku,hanya dgn satu lafaz ayat.
aku sudah boleh sesat.nauzubillah.


-back to basic-

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...