Instagram : @peejburhan

dia mana ada dia, di situ ada saya. :D

last friday last minute noy ajak aku teman dia keluar.
ok aje. tapi aku kata aku ada appointment nak jumpa someone.
lepas settle jumpa baru ok.
so dah jumpa baru boleh siap-siap and ikut noy.

dia nak ke uptown damansara.
jumpa dengan skin specialist dia.
noy dalam last 2 year kot. ke a year ago ntah.
dia macam ada masalah jerawat yang super kronik.
kronik yang sangat menakutkan la.
kesian dia. stress gila. sebab kerja dia kan mana boleh ada masalah jerawat ke apa ni.
macam-macam la dia try.
sampai la kawan dia suggest dia doktor tu. lepas tu Alhamdulillah ok.
dia ada suruh aku blog kan tapi aku malas. hahaha.
tah apa-apa minah tu kan. sibuk je. buat la blog sendiri.
kan kan kan.

so abaikan.
so hari tu ke sana la.
sebab dia nak beli ubat la bla bla.
dah la situ hazab.
merasa parking payah gila nak dapat.
drop dia. park jauh.
elok aku menapak ke klinik tu. dia dah settle pun ok. cittt.

so gerak balik ke kereta.
elok lak lalu tepi wondermilk.
so singgah. :)
tak pernah try. sebab katanya kat uptown kan. no reason nak ke sana.
so alang-alang ada area tu. try je la.
ingat lagi, aku rasa wondermilk yang start dulu ngan cupcake segala ni.
tiba-tiba sekarang bersepah je cupcake dijual kan.




:: wondermilk ::

:: top left clockwise - chocolate marshmallow, blueberry cheese, cookies and cream, rocky road ::

paling sedap ialah rocky road tu.
then blueberry cheese.
lagi dua tu ok-ok je kot.
size dia kecik banding dengan cupcake biasa.
seketul ialah rm4.50.
ok la kot.



ish jalur melebar ni membuatkan aku nampak lebar la.
eceh ayat. padahal memang lebar pun kan.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii. apa lagi tapi-tapi pija?
tapi ye kan. memang dulu belajar kemahiran hidup masa form 3.
dia kata jalur melintang melebarkan.
abis kenapa kau beli? budget kurus ke?
tsk.
muka takda jalur tapi kenapa lebar?
dengki tau camera ni. T__T
salahkan camera pulakkk!!

:: angle. angle ;p  ::

then ke mid valley and the gardens.
sebab noy tu otak dia ade je benda dia nak kan.
dia kata kawan dia beli keychain bunga leather la apa.
gantung kat bag lawa. so dia nak.
kawan dia kata kat mid valley. tu yang dia nak.
cara dia describe macam lawa sangat la.
rupanya ini aje.


ceh. lantak dia la janji dia happy kan.
oh ada macam-macam color and bentuk bunga. tapi dia suka yang ini.
if la korang suka korang pergi ke laluan LG yang dpd mid valley tembus ke gardens tu.
dia macma stall-stall.
stall dia dekat dengan area maybank.
kalau tak jumpa nasib la ye.
oh harga keychain ni adalah RM35 seketul.


dan kami stop makan karipap homi yang giant itu.
katanya chicken curry.
tapi macam tak jumpa pun chicken. :/
tapi sodap je.
makan comot dan pelahap juga.
pasti aku snap macam ni noy marah.
tah apa-apa kan. suruh dia selalu kena marah.
bila snap sendiri pun kena marah. abis macam mana itu?

then masa yang di tunggu-tunggu.
aku try cha-time.
ramai suruh try. katanya best la apa.
alang-alang lalu tu mari try.


:: gila over siap ada angka giliran ok. kelas kau maria ::

aku amik hazelnut chocolate milk tea with pearls. large. gila tamak.
noy pulak amik strawberry youghurt smoothies with pearl. pun large.
ye tamak.
aku punya biasa la. rasa macam selalu biasa minum la.
takda special ke apa.
tapi noy punya gila sedap. sukaaaaa.

pastu harus la excited kan.
sebab korang suruh cuba. so dah try.
nak snap pic.
as usual kena marah ngan noy sebab kena layan kerenah aku.

:: motif marah tapi tetap nak posing macam model air? ::

:: senyum aku pun jadi serupa senyum kambing. sebab kena marah ngan noy, "kau ni macam-macam la pija. memalukan je tau". motif nak malu? bukan aku posing bogel tetengah tu kan. :/  ::


the ke the gardens club.
sebab noy nak claim exclusive gift sempena birthday dia.
tak habis-habis bising kat aku, "saya nak pergi gardens la. ada exclusive gift."  *senyum muka mintak sepak*
last-last takda stock ok.
hahahha. exclusive la sangat kan.


ok sambung pasal cha-time.
ialah kau tengok pearl dia.
air dah habis tapi dalam tu ada lagi 50 ketul kot.
setiap sedutan dah la berketul-ketul masuk pearl ni.
ni still ada lebih. best kan. :)

later lepak starbucks je.
sangap gila.
dah kata mengadap muka masing-masing je kan.
nak tengok wayang ticket sold out la pulak. sedih.
so melanguk je tak tau nak buat apa.
memikirkan nak dinner mana.
tu nanti sambung lain entry ye.
ta-ta bitches.



13 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Peeja mesti pelik aku komen ko je manjang..cam tak keje ke aku ni kan?haha...sebab aku sangap!

Anyway karipap dlm gamba tu mengingatkan aku yg aku tak try lagi karipap ikea dan meatballnye..kesian kan?

nqr said... [Reply to Comments]

nak beli roti canai kat precint 9 gazebo pun kena amik nombor u ols... sedihhhhh!

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

1. pitam aku tgk cup cakes tu..huhuhuhuhu *yummy!

2. mane ade nampak lebar? (read: bukan bodek tapi ikhlas dari hati yg suci murni) aku tgk cantik aje mata memandang! cantik baju ko babe! i loikeee

3. aku kalau g midv mesti beli karipap, yg makan kat situ lain, takeaway lain...*ujong2 bising kat diri sendiri psl bila nak start berdiet..bla bla bla bla...

4. garang ek noy tu? dulu aku ingat dia kakak ko sbb dia nampak lebih dewasa (read: tua) :P

5. sedap x smoothies tu...aku nak try tapi tgk que panjang giler...malas lah nak tggu bagai

6. x bawak mama jalan2 ke? send my regards to her.

p/s: tetiba aku nak tulis comment guna sistem numbering gak :P hahahaha

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

cm nk try ah karipap tu...sedap eh?

nUR_rOsALiNdA said... [Reply to Comments]

Kek tu sangat la menggoda iman~

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Mahalnya harga keychain tu, tapi dah katanya leather kan ok lah. Karipap tu pak nampak cam sedap je kebetulan hari ni aunty pun buat karipap sardin dan karipap daging so tak lah kecur sangat tengok peeja makan tu.

yana2605 said... [Reply to Comments]

peeja,

ader alamat or nama specialist skin tue tak??nak gak try...erkkk klu bole nak gk tau harga berapa..huhuhuh

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

nnoomm nomm nomm sedapnya!
cupcakes ni semua nampak sedap and menyelerakan..
menggoda nafsukuuuuu!
by the way, ada rasa tak apam polkadot?
selalunya on9 bakery je yg jual..

nqr said... [Reply to Comments]

okeh aku belek balik entry ni tergalak baca caption senyum kambing ko..oh apakah kenapakah sebelum ini tidak terperasan?hahahaha

Lyana said... [Reply to Comments]

clinic skin specialist tuh nama ape clinic dia?

NenekPenne said... [Reply to Comments]

buat ;lah cite pasal skin specialist tu.. nak tahu ...penting tu...
i pun ada masalah skin ni...
this info is very informative kalau u story mory kat blog u.... yela kot daripada citer pasal air milk tea ke apa tu..

eh jangan marah yer peej... :P

cahya indah said... [Reply to Comments]

kat Dataran Pahlawan pun dah nak ada outlet Cha-time..tak sabar..

shuweet said... [Reply to Comments]

akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...peeja berjaya gak try cha-time tu..hehehe...ketagihan ok ngan pearl die...masa mula2 buka orang beratur punyer la panjang..tu yang ada no giliran bagai2 tu..heheheh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...