Instagram : @peejburhan

adopt a kitten. pleaseeee. [edited]

ingat tak anak-anak yoki yang kita orang susukan bagai tu.
dorang dah besar.
aku pun tak sure berapa bulan dah.
maybe 2 nak masuk 3 bulan rasanya.
semua dah potty train.
dah boleh makan biskut semua.
so dah takda masalah.

ikutkan noy tu semua dia nak bela.
tapi rumah aku ni dah ada 10 ekor ok.
yang selalu masuk blog ni sikit kan.
sebenarnya total dah masuk tu ok.
pitam nak jaga semua kan.
so mau give away.

free aje.
takda charge ke apa.
janji babies ni ada owner yang sayang kucing.
jaga dorang elok-elok semua.

ok ni kenalkan dorang.
ni bagi nama suka-suka aje.
dorang pun tak respond lagi.
nanti bagi la nama ikut suka korang.

:: comot :: 

betina.
dia ni penakut sikit. kau hulur tangan sibuk nak nyorok.
bulu dia lebat sikit. tak la tebal. tapi nampak panjang banding dengan yang lain-lain.
panggil dia comot sebab dia banyak color.

:: kaseh and comot. kaseh bukan untuk adoption ye. ;p ::

:: comot ni muka lebih kurang macam kaseh n yoki. muka sedih. haha ::


:: ni dompot junior ::

sebab ekor dia sedompot aje.
tapi color dia lawa.
and dia ni lincah.
badan padat. geram jugak ni.
ni adalah jantan.

:: ni china ::

aku pun tak tau apesal noy bagi nama china.
maybe sebab dia masa lahir mata macam sepet.
pelik. aku rasa semua kucing pun lahir macam sepet.
dia ni lincah jugak.
pastu manja and paling pandai. kau hulur tangan je confirm dia sibuk nak cium-cium and pegang. geram.
dia ni jantan.
dalam semua dia paling cerdik rasanya.
hari tu chics datang rumah pun chics geram tengok yang ni.
sebab macam terlebih cerdik.

:: dompot jr. and lulu ::

:: dompot jr. ::


:: china and comot ::









:: lulu. yang ni pun bukan untuk adoption ye ::

ok sesiapa yang rasa nak kitten email aku yea.

email :: nurhafiza.burhanuddin@gmail.com.

nanti contact kat situ.
datang rumah aku ambik. senang macam tu kan.
ok itu aje.
hopefully ada la yang nak yea kittens ni.
thanks. :)

[edited]

china - adopted - hanim

dompot jr - adopted- AkuFiza

comot - booked

13 Comments:

puan nina said... [Reply to Comments]

comel sangat2.... =)

Unknown said... [Reply to Comments]

nk tp jauh.pos bole?huhuhu

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

anak aunty si Afiq tu sangat suka dan sayang kucing tapi apa boleh buat sbb kami berdua ada penyakit asthma so tak dapatlah nak membelanya.

chics said... [Reply to Comments]

Waa kau bagi orang akhirnya. Tetibe aku pulak sedih padahal korang yang macam nak pitam membela haha

sayangsayangibu said... [Reply to Comments]

janganlah..janganlah pisahkan adikveradik tu.... :(

AkUfiZA™ said... [Reply to Comments]

thanks peej!
aku sgt² happy dpt dompot ;)

KILA said... [Reply to Comments]

suka gambo kaseh dan comot.. yang nama China tu bila tenung lama2 nampak kecinaan dia..

peej..U takde masalah ke ngan bulu kucing tu? Camne U handle?

sweethOneY said... [Reply to Comments]

comot muka samsenggggg

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku br nk melompat igt kaseh pon ko nk give away..haha!

and lulu...ohh....mmg speachless la tgk ko wahai lulu..

doll said... [Reply to Comments]

lahhai..comel sgt2!bagus ler.klu dh byk2 pets nie, jgn tamak, kongsikan ngan org yg boleh jaga dorang ngn selesa..kebahgiaan dorang lebih penting dari kuantiti kan.

peej said... [Reply to Comments]

puan nina - comel sangat kan.

unknown - siannya kalau nak kena post dorang ni. lemas nanti.

aunty - takpa. ramai menunggu nak bela. hehe.

chics - kan. aku pun sedih. tapi takpa la. orang boleh bagi lebih perhatian. kita orang dah banyak sangat. tak terbela rasanya.

sygibu - terpaksa la. sebab kita orang pun dah tak terbela. banyak sangat dah. makan, pasir, vet semua pakai duit kan. pengsan nanti.

akufiza - thanks to u too sebab sudi adopt dia. hopefully dia happy2 kat situ.

kila - allergies tu sekali sekala la. naik gak gatal2. tapi basuh pakai air ok balik. cuma bulu memang bersepah la. tapi kalau dah suka n sayang tu, apa pun takpa. hadap aje. :)

sweethoney - samseng ke? aku rasa dia paling sweet. heheh dah la penakut.

buyui - tak mungkin terjadai tu weyh.

doll - kan. pun rasa macam tu. kita kalau banyak sangat nanti tak dapat bagi perhatian. so biar orang lain bela. boleh sayang and spoilkan dorang. :)

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

my mum is a cat lover..
kat rumah ni dah macam kilang kucing..
guess what, ade 20 something ye! saya malas nak kira dah..
20 ni campur babies jugak la..
pun malas nk kira berapa exact number.. haha

zue said... [Reply to Comments]

siapa nak bagi saya kucing? dah ada kucing dsh..very short.indeed.hehee...nak rasa bela yg panjang pulak..tak kisah baka apapun asalkan bulu kembang*takkan nk mintak ragdoll or persian pulak kan..sure org tak bagi punya.hihi..kalau ada sapa2 nk bg tu,email lah saya azunnie@gmail.com.TQ.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...