Instagram : @peejburhan

Terus Jatuh Cintaaa!!

Last weekend adalah hari dating. Nak tengok wayang semua.
Plan dalam pukul 2-3 jumpa la kan.
Sekali dotdot pukul 11ish dah terpacak kat rumah aku.
hoh semangat. so siap-siap n pergi la.
tu lain kali cerita.

then terus pergi cari ticket wayang.
aku cakap nak tengok KL Gangster.
sebab trailer macam menarik.




dotdot : nak buat apa tengok cerita KL gangster.
me : best la. i tengok trailer macam best je. siap pekida nak saman semua sayang. so nak tengok la kenapa.
dotdot : ahhh poyo semua tu. i pun dah cukup gangster sayang. u tengok i je pun cukup.
me : eeeeeee. takmooooo.

pastu dia layankan aje aku nak tengok. hahaha. padan muka.
sampai wangsa walk around 12pm macam tu.
tengok semua full ok. 2 panggung pukul 12ish penuh.
1ish pm pun penuh jugak.
then try la 3.45pm. pun tinggal 2 rows paling depan aje.
nasib tiba2 3 row kat belakang tu ada 2 seat kosong. miahahha.
bagus. rezeki.
sebab hari sebelum tu aku ngan kawan2 aku ada nak tengok kat cineleisure.
penuh jugak semua. nyampah.



agak lemah gak la menunggu.
nasib tiba2 dotdot ajak shopping.
sebenarnya shopping barang dia. 
tapi aku pau dua baju. :D


masa nak masuk pun rasa kelakar.
sebab mostly yang tengok melayu la kan.
then rupa masing-masing. ngalahkan watak KL gangster tu. hahahha.

him : u tau siapa paling gangster?
me : tah. siapa? u?
him : takkkk. u tengok tu. ha ha ha (he actually laugh like that) gangster habis tu. makan popcorn pun ada gaya.
me : mana?
him : tu yang duduk ada gaya tu.

aku toleh nampak la ada pompuan berdiri.
sebelah dia ada lelaki macam posisi cangkung tapi dia bukan cangkung la.
yang sebelah melutut sebelah lagi macam biasa.
posisi orang nak menuntut ilmu. hahah.
pastu tangan dia angkat tinggi pegang popcorn dpd bawah.
sambil dia makan sambil awek dia makan.

me : hahhaa. takda la tak gangster la.
him : ye la. tu mesti ada silat gayung patani ke apa tu.

pastu sepanjang2 tu tak abis2 la tunjuk orang-orang yang mana paling gangster.
pastu dia keji ok. dok cakap kuat-kuat.

him : i bukan nak tengok sangat. tapi i nak tau apa yang rahsia sulit tu. i nak check.
me : omg. diam la. u ni saja je kan.
him : hahhaha. O-M-G aaaaa.... (gaya sepah) *tangan didada*

ok dah pasal tu.
aku nak review pasal cerita ni.
aku review melalui apa yang aku rasa.
kalau tiba2 korang rasa lain lantak la yea.
adha ku kay shah.
jiwa n taste lain-lain ye.

oh kalau rasa-rasa taknak spoiler pun takyah la baca yea.
tapi aku rasa takda la spoil mana pun. aku bukan cerita details sangat pun.

cerita ni pasal Malek (Aaron Aziz) yang baru keluar penjara.
Malek ni dulu yang sama-sama naikkan geng kat KL ni dengan King (Redzuan Hashim).
tapi malek ni kena set up ngan Shark (syamsul yusof), tu yang sampai masuk penjara tu.
shark ni anak tiri king.

masa kat penjara tu banyak dah berubah la.
dah ada geng lain la apa.
then adik malek, jai (adi putra) dah jadi orang kuat robert (eh aku lupa nama lelaki cina ni).
so kira berkuasa la apa la.

so bila dia keluar.
mana yang rapat n geng2 dia dulu semua nak ajak balik la join geng.
dia takmo. sebab dia dah clean la insap la apa.
so dia just lepak2 ngan fadil (zizan) je.

macam tu la lebih kurang.
tapi sila lah tengok cerita ni.
sebab apa?

- zizan adalah super lawak. kau akan gelak macam nak gila. sebab semua dialog dia adalah super lawak.
sebab dia dulu biasa je. sekarang dah jadi 'abang long'. hahha so tahap poyo dia melampau.
pastu ada hati dia kata soon dia jadi ayahanda.
pastu dia jenis cakap lebih. padahal penakut.
semua malek ni yang kena cover.
sumpah lawak gila la.

- sebab MALEK!!!!!!
sumpah sexy nak mampos aaron aziz ni weyh.
dah la badan sedap. nyam.
pastu watak dia dalam ni sexy gila aku rasa.
sebab dia macam dah insaf n baik n sweet.
tapi tetap la kuat n ada gangster2 tu. tak tahinnnn.
sebab kan dia banduan. so susah dapat kerja. dah taknak join gang2 ni.
dia kerja kat pasar borong tolong jual sayur.
my oh my. jual sayur pun sexy ok.
kalau betul la dia jual sayur. hari2 mak pergi beli sayur uolls. hahhahaha.
silap2 terus aku mintak kerja juah buah ke apa sebelah kedai dia. pitamsssssssss.

serious jatuh cinta.
aku tau ramai jatuh cinta ngan dia sebab cerita nora elena kan.
aku tak tau sebab aku tak tengok pun.
tapi dengarnya sebab dia sweet la apa.
well..welll. aku tak suka sangat orang sweet2 terlampau ni. kang kena kencing manis.
aku jatuh cinta ngan watak malek ni. hoh suka.
dah 2-3 hari teringat2 je uolls. kes parah.


me : noy. aku in love la.
noy : in love apa?
me : jatuh cinta la.
noy : haaah? dengan siapa pulak?
me : aaron aziz.
noy : siapa tu?? *budak ni memang sengal*
me : pelakon la. serious sexy gila weyh. badan dia macam best semua. ish sukaaanyaaa.
noy : eeee gila. psycho la kau ni.
me : serious weyh. kau kena tengok cerita tu. dia tengah top ngan cerita nora elena. tapi aku tak tau la. aku suka dia dalam cerita tu. tapi dia dah kawin la.
noy : hello. kalau belum pun dia takkan nak kat kau.
me : aku pun taknak dia. aku bukan nak aaron aziz tu. aku nak dia dalam watak malek tu. serious sexy.
noy : malas aku layan kau. merepek.

fineeeeeeeeeeeeeee.


kenapa abang terkejut ni?
takpa. terkejut pun tetap secy bang. adik sukaaaaaaa.
whahahahahaha. ok getik gila tiba2 abang adik.
ish geli-geli buntuit.

kalau pompuan boleh kawin 4.
aku akan jadikan dia suami kedua aku.
kah kah kah. matiklah berangan kan.

oh tapi of coz ada jugak la annoyingnya cerita ni.
yang tak best ialah.


- shark (syamsul yusof)

annoying tahap menggelabah.
sebab aku tak faham kenapa dia nak cakap style cina je.
aku faham la kalau dia nak cakap macam tu kalau communicate dengan cina kan.
tapi all the way cakap macam tu. walaupun dia tengah sembang ngan melayu.
kau ni tebiat nak mampos ke apa.

lepas tu motif kau nak tattoo kat leher sampai begitu sekali.
over nak mampos.
tah aku rasa orang KL takda yang over macam tu la.
walaupun aku tau malay pun ramai yang dah ada tattoo sekarang.
artis2 pun. ada yang aku nampak sendiri. ada yang orang cakap la.
tapi usually tempat2 tersorok la dorang buat.
takda la terang-terang macam tu. over ok.

tapi serious dia annoying la dalam movie ni.
dah la watak nak paling best la konon.
tapi jahat sebenarnya.
some akan cakap maknanya berkesan la watak dia. sebab aku nyampah.
ni bukan berkesan. ni mintak tempeleng. hahahhaa.
tapi aku tak berani la tempeleng kan. biar gangster la tolong tempeleng. hahaha.


satu lagi yang agak annoying adalah jai (adi putra)
eh tu ke nama dia. suka hati aku je taram.
fine la badan kau cantik. tapi over ok nak jalan tengah2 KL bukak baju. hahahahhaa.
macam lawak lak aku rasa.

paling annoying sebab watak dia ni. 24/7 akan ada rokok kat mulut.
most of the time rokok yang tak di light kan.
bercakap pun ada rokok. so macam tak tepuk rokok tu bagi jatuh.
kalau ada 10 scene, rasanya 9 scene memang akan ada rokok kat mulut dia.
1 scene tu kira takda sebab scene tengah lawan la kan.
kalau scene tengah lawan pun ada rokok memang hebat la.
syabas. boleh berlakon filem tamil selepas ini.

lain-lain takda apa kot.
cuma tu la. asyik la scene bergaduh n all.
tapi what do u expect kan. katanya tajuk cerita pun KL Gangster kan.
n aku rasa scene-scene bergaduh dia pun best la.
takda la nampak menipu sangat.
cuma bab flying kick la. aku macam. wah hebat.
tapi tah. aku pun tak pernah tengok orang bergaduh.
maybe memang wujud pun kan.

aku berpuas hati la tengok.
 i don't mind watching it again.
sebab lawak zizan best gila dalam cerita tu.
sampai aku rasa lawak dia dalam maharaja lawak takleh challenge.
n of coz sebab aaron aziz yang super sexy itu. *pitam*

aku bagi 4.5 bintang.
out of 5 of coz.
lagi 0.5 bintang tu aku tolak sebab 'sol' adalah annoying. hahahahhaa.

ok tu je. bye.

26 Comments:

Tyra said... [Reply to Comments]

yg pasal rokok kt mulut Jai tu memang annoying... nyampah je rasa.

but then my friend cakap, sebenarnya dia tak light rokok becoz gangster2 ni punye pantang larang la.. kalau dh otai baru boleh kasi light. kalau x otai, letak kt mulut je.

FaznFaz said... [Reply to Comments]

hahaha lawak part bila kau kata dah boleh berlakon citer tamil, sbb ironinya, dia mmg berlakon citer baru ngan shah rukh khan (fine, bukan tamil, hindustan!!!)... hahahah!!! pitam!!!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

hoish aku kalau muka mcm aaron aziz tu eh kalau betol2 aaron aziz tu jual sayur sanggup aku jd vege..hahahahha!lps tu biar aku jd pekebun sayur so leh supply sayur kt dia hari2!miahahahaha!

psl tattoo kt leher tu mmg sumpah annoying mcm nak tepuk je kepala si sol ni..hergh

psl x pki baju jalan area kl tu, mmg gila la..hahaha!tp logik kot sbb skang kan panas..haha!kalau tetb dia pakai jaket bulu tgh2 panas lg la x betol kan?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Dah lama tak pergi tengok wayang, aunty suka tapi uncle malas so tunggu je lah cerita tu main kat tv.

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

peej,

lawak gila entry ko niii..dot dot tu samseng sgt ke? hahahaha ;p

btw, mmg handsome nak mampos! aku nak keje jgk kedai buahh..pls..pls! sama2 eh! hahaha

kutak jinggong said... [Reply to Comments]

Hahahaa. Sakit perut baca entri ni. Kelakar gilosss

Intan said... [Reply to Comments]

pija, adik akak pon komen benda yang sama. dia bagi rate 4.5 out of 5 stars sebab 0.5 out tendang kat shamsul tu ha..hehe.

yana halim said... [Reply to Comments]

seth tah pun org berkenan...malek pun org berkenan.....jenuh la wife dia....hahaha...

HadSha said... [Reply to Comments]

itu adi putra ke si bront palare tu eh.. fizikal mcm bront palare je... huhuhu

pol said... [Reply to Comments]

ada lg yg annoying~yg slalu ckp sengat2...hahah...hahah....

Afra said... [Reply to Comments]

Agreed dgn beberapa points..
1) MALEK mmg sgt cool n ensem, mmg la klu dia jual sayur kt pasar aku ok je pegi beli hari2 wpun utk beli sebiji limau kasturi, janji kt kedai dia.

2) gaya ckp shark mmg annoying, ada one time bunyi mcm keling pun ada. aduyai, kejap cam cina kejap keling. annoying gile rasa..bajet bagus jer.

len2 ok la bg aku..cuma malek mmg sgt hot..jatuh cinta gaksssss!!!!!

b3nz said... [Reply to Comments]

kau giler tak tergoda dgn aaron aziz tu? hahahaa! aku ikut jugakla nora elena. watak memang too good to be true. mampos mana nak carik lelaki melayu sweet, sabar petala ke 7 even dah kena maki maruah dipersenda gitu? takdenyeee!!!

aku sanggup keje pasar borong selayang tu kalo ada sorang ensem mintak nyawa macam aaron tu wehhh! seksi gile. nak huggggggggg! =))

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

dah tengok cite ni 2 kali kot, tapi sol memang rasa nak kena sepak, tapi suka ajib jugak...ayat dia semua kelakar..haha!

MisZ DeAnNa said... [Reply to Comments]

heeee..

baruje tengok semlam..

nak tambah cket part annoying tuh..

yg dialog dorang tu banyak sangat maaaa..maaaaa..maaaa..

nyampah tol..huhu

ita citot said... [Reply to Comments]

suke gak kat si ajib. sebab dia jenis ingat kwn. king pon same. ingat masa zaman2 naik kan nama geng diorang. dgn bantuan malek tu kan. padan muka sol. tiap kali nak tiaw malek, mesti bapak tiri dia dtg backup malek tu. giler kuasa lah kau sol! nyampesssss....

tapi cite ni mmg besh. mmg gangster lah. hohoooo~ (^_^)

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

haipppppppp! aaron aziz tu i punya okeh! *hati berbunga2

Coffee Mama said... [Reply to Comments]

Isnin beli sawi, selasa beli bayam, rabu beli kangkung, khamis beli petola, jumaat beli kobis, sabtu beli carrot, ahad beli timun..huish, pening jugak nak pikir sayur apa nak beli kat gerai Malek ni..hehehehe

doll said... [Reply to Comments]

omaigoat!aaron aziz mmg sexy!tpkan muka dia cam bapak2 skit..cam ala2 rosyam nor plak..lg best kot tgk muka adi putra..npk remaja skit!kihkihkih..

best review peeja!rs skg jugak mau tgk!eh ada sofi jikan berlakon kan?npk lam poster?dia jadik lawak cam zizan gak ke?

p/s: mmg overrr 'sol' tatoo kat leher!

girlfriend said... [Reply to Comments]

review hg mmg terbaek..aku baca review je pun dah boleh gelak pasal cite si abg long dil tu yg tak lama lagi nk jd ayahanda (baek arwah tu dulu..)

dan aku pun mmg super annoyed dgn mamat sol tu..jd director boleh kot..tp tlg laa jgn jd pelakon..habes sume cite dia sendiri dia nk berlakon..motif??haih.

ps: eh last weekend pun aku tgk KL gangster kat Wangsa Walk..tp tiket pkul 1.40am laa..kalo lmbt sket musti aku terserempak ngan hg kan..ish..ish..

fatster said... [Reply to Comments]

hahahaha omg kak peej sama lah!!
sambil dok tengok cerita tu i siap update status kat fb "omg sexy nya aaron ni tolak trolley sayur".
memang sexy ok!!

cahya indah said... [Reply to Comments]

uuuhhh...baca apa yang kak peej cerita pasal KL Gangster sangat teruja pulak. Ada gak tgk kat fb orang update cerita best semua, tapi macam malas nak tgk movie Melayu kat cinema dah. Tetiba rasa nak skip kelas, terus tengok KL Gangster je..haha. Just because nak tengok Aaron yang sexy ;p

A.I said... [Reply to Comments]

HAIYOOO! kau mmg pandai bikin hati org panas la pija. tetiba aku tingin giler nk tgk criter ni. adoiiii..

missnadira said... [Reply to Comments]

hehe..stumble upon this blog..nak cari review cerita kl gangster ni..funny okey the post..confirm tgk crita ni nnt.(^_^)

Shahrizat said... [Reply to Comments]

dragon...nama lelaki cina tu dragon laa...hehehe
pastu elok-elok saya ada imej adi putra badan berminyak tu kan..kawan serumah saya kasi spoil dengan mengingatkan kami dengan iklan breeze yang adi putra tu jadi penjual sabun tuuu...adehhh
Aaron aziz...ohhh...haha

Shahrizat said... [Reply to Comments]

pastu korang tak rasa ke masa king (ridzuah hashim) tu lari bawak pistol tu macam kelakar jee..cam mak limah melambai-lambai jee..haha

fika79 said... [Reply to Comments]

cik peej..tgk review u ni serious rs nak sangat tgk..tapi tak blh..huhuhu..bila la nak kuar kat astro first kan..boleh suruh org record kan..hahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...