Instagram : @peejburhan

tak boleh tahan.

hoih sekarang bukan main panas kan.
bak kata @karrotgold dalam tweet dia, "panas macam nak practice masuk neraka". hahahha.
tapi paling menyampah mama la kan.

mama: panas ke? mama rasa ok je.
me : panas laaaaaaa. tak tahan. mama tak panas langsung? tipu la.
mama : sebab mama ahli syurga.

ewahhhhhhh. gila perasan.
paling benci noy n mama la.
suka kata aku panas lebih sebab banyak lemak. whatever.

tu takpa.
kelmarin aku basuh kipas.
sebab dah tak rupa kipas dah.
lepas basuh aku sandarkan tepi tilam.
ada dua kipas. semua aku basuh.
katanya musim panas. takyah jemur pun boleh kering dalam bilik aje.

then tengah sembang-sembang ngan noy.
then aku pusing nak bukak almari aku.
reverse la sikit. sekali terpijak bilah kipas.
patahhhhhhhhhhhh. uwaaaaaaaaaaaaaa. meninggal terus bilah kipas tu.
pastu tak beli-beli lagi sampai ke hari ni.

ni kipas yang belah computer punya.
sementara takda ni aku pusingkan kipas satu lagi kena aku la.
so ok je.
sekali semalam noy balik standby kerja dia tido pulak.
so kipas mengadap dia la.
aku nak online pun dah ala-ala nak mati.
peluh menitik-nitik.

aku pusingkan kipas. pastikan kena noy.
dan dengan harapan bila pusing ke aku kena la aku.
tak kena okkkkk.
dia pergi tala almari noy. nak buat hapa.
so tak pasal semalam aku macam orang sewel.
bila kipas tu sampai area almari tu.
badan aku pun senget la ke kiri sebab kasi kena angin kipas tu.
hahahhaa. tak pasal depan pc. aku ke kiri ke kanan.
penat ok.


sedeh betul kipas ni.
paling bangang sebab panas dan amarah.
aku saje on kipas ni.
berpusing benda tengah tu. hahaha.
motippp? bukan keluarkan angin pun. gerudi kelapa pun belum tentu boleh.

selalunya bukak je a/c
tapi mama cakap bil elektrik paling baru adalah rm700.
gila babi. so merasa la lepas ni a/c tu jadikan perhiasan aje.
mahal nak mampos.
ye la. rm700+ kot.
dah boleh bayar ansuran kereta weyh.

merasa la hari-hari panas yang akan datang ni. nangis.
dah la bilik atas ni panas macam oven.
takda ke omputeh nak meminang aku ni.
nak duduk negara ada salji plisssss.
eh tiba-tiba.

10 Comments:

zarazueyin said... [Reply to Comments]

hehe...kelakar la psl kipas xde bilah tu..mmg skang ni panas sgt

Lady RaRa non-illuminati said... [Reply to Comments]

kahkahkah

hang cakap gerudi kelapa terus aku teringat shuib sepah tertonggeng-tonggeng kekonon tengah mesin tembikai nak minum jus tembikai kuning!

kat aloq staq is musim hujan! dont be jeles!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

ala kesian nya, meh datang jenjalan rumah aunty pastu tido sini boleh lah duduk dalam bilek jangan keluar keluar boleh perasan macam duduk kat england.

ye lah rumah aunty ni ada sapa aje, bukak aircond pun bil sebulan baru dlm RM 160 hingga RM 200 je. Tapi kalu dah sampai RM700 memang harus berjimat lah kan

yana halim said... [Reply to Comments]

panas duniaaaa........ :)

NenekPenne said... [Reply to Comments]

RM700??? perghhh.... boleh beli satu beg coach yang kecik tu...

ubi said... [Reply to Comments]

rm700?..fuyyo..utk tempoh sebulan ke tu?

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

panas...panas...*sambil berkipas2

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

700ringgit sebulan korang pakai apa dalam rumah tu weh?! :P

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ko cek bebetol kot ye on a/c pon 24/7 x kan spi 700 kot?

jom beli peti ais org simpan mcm aiskri kt kedai tu ..sbb nak duduk dalam peti ais biasa aku rasa kita x muat kot?hahahahahah

peej said... [Reply to Comments]

zarazueyin - sangat kan. takleh tahan. berpeluh2 sakan.

lady rara - kan. aku pun terbayang masa type tu. lawak. x suka. tanjat boboi. kl x musim hujan la. tsk.

aunty - tu la. padahal 2 a/c je yang bukak pun. tarif lain2 kot. entah.

yana - iyaaa. tau.

nenek - iyo. tapi i prefer a/c dpd bag kot.

ubi - iya. bil utk sebulan.

dylan - kipas betul ye. jangan pakai tudung periuk. tu dah lain macam. heheh.

wani - tau xpe. entah la. a/c 1 1.5hp, satu lagi 1.0hp je. lain2 biasa la. semua rumah pun ada. melampau kan. macam kan kita orang ni mengunakan tenaga elektrik untuk charge diri memasing lak. hahaha.

buyui - entah tapi itu la kenyataannya. mahal kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...