Instagram : @peejburhan

romantic kewww?

hari tu tiba-tiba noy ajak keluar.
message cakap dia on the way nak pick up aku.
dia suka tiba-tiba tau.
pastu pressure if aku siap lambat.
so harus berdesup-desup aje siap.
dah la dengan tak mandi lagi semua.
nasib sempat. siap express katanya.

pergi sungei wang sebab dia nak makan teppanyaki je ok.
dia kata sebab tak sama rasa dia macam kan branch jjau2.
ye la tak sama. tapi semata-mata. memang over ok.
tapi aku konon la nak marah-marah kan.
padahal orang ajak makan happy aje.
belanja pulak tu. ye la di saat tak berapa nak ado-ado dapat belanja harus la senyum lebar je kan. heheh.

:: fuji snow ::

selalu nampa orang order. macam menarik aje.
tapi aku tak pernah try. so hari tu harus pentamak order. :D
ok la. macam abc. tapi dia gula melaka aje. takda gula merah tu.
isi dia best daripada abc la. mewah n sedap-sedap.
nyam.


hari tu ramai gila orang.
selalu dia akan bukak satu or dua je tempat masak ni.
tapi that day semua bukak. pastu penuh dengan orang.
masa snap pic ni aku sendiri terkejut.
sebab aku jenis selalu tutup flash. tapi tetiba snap ni keluar flash pulak. ciitttt.
tak coverline langsung tau.


gambar buat perangai berpusing lagi.
ala korang biasa tengok pun.
so tak perlu susah-susah telengkan kepala ye.
aku amik salmon lagi. tah tiba-tiba kegilaan salmon.

then tiba-tiba noy macam tershopping.
perempuan tu pantang tau.
tapi takpa. sungei wang gila best shopping sebab murah kan.

then ke low yatt pulak sebab nak beli earphone.
sebab yang lama kan kena kitai sampai putus masa kaseh kecik-kecik dulu.
then yang aku beli baru tu pendek la.
letih pinggang sebab kena membongkok kalau pakai.
if pakai korset memang takleh la nak pakai. memanjang tercabut nanti dpd telinga.

aku suka yang jenis boleh sumbat terus dalam lubang telinga tu.
takda lak yang panjang. semua 1.2 meter aje.
so last2 beli headphone. amik kau panjang sampai 2meter. ke lebih. haha.  :D

then lepak kejap kat starbucks. sebab nak smoke.
then ke macstudio noy carik adapter untuk ipod dia.
sebab charge kat pc macam tak tahan je battery dia.
ke psychology. entah. dah kata main game aje. mana tak battery cepat abis kan. ;p



lepas tu pergi lepak ngan dotdot kejap.
saje gedik nak tunjuk baju baru kitew lew...hahaha. *sepak laju-laju*
perut pun kelaparan.
mau makan roti canai telur kat tempat kerja dia. serious sedap dalca letak sambal dia. pedas.
wahhhh dan-dan kan. tengah bercinta ni. roti canai pun tiba-tiba sedap kan. hahahaha.
gila gedik tak terkawal.

sekali sampai sana dia kata makan kedai lain pulak la.
kedai kelantan. segala tomyam2 ni la. apa-apa aje.
ikut je.

yang aku ni satu perangai.
bila tak jumpa rindu kemain.
bila jumpa mana reti nak melayan sangat ke apa.
aku sibuk sembang ngan noy. padahal 24/7 dah sama-sama kan.
tengah sembang tiba-tiba.

noy : pijaaaaa. kau tengok la dotdot ni?
me : *pandang dia* kenapa?
dotdot : huh?
noy : dia pandang je kau masa kau sembang-sembang ngan aku. cara pandang tu macam betul-betul mencintai kau sangat la. ahahahahahahahahaahahahha *gelak macam syaitan*
me : hahah. eeee tak malu.
dotdot : heheheh. takkkk. bukan apa. rindu.
me : eee over.
noy : hahaha so funneyhhhh.

hahahhaa. geli kan.
kalau jennifer lopez tu faham la nak tatap.
ni muka besar pasu ni di tatapnya. ambillll.

then tengah duduk tu datang la orang jual-jual.
oh sebelum tu.
masa lepak layan 'roti canai telur' yang konon sedap sangat tu.
datang orang jual-jual. orang tu jual gambar-gambar tapi macam 3d.
kau nampak macam gerak-gerak la. macam cool tapi nak buat apa kan.

him : u nak sayang?
me : taknak la. nak buat apa?
him : u sure?
me : takmo laaa.
him : noy nak?
noy : takmo dotdot.
him : hmmmm. lain apa u jual?
apek : pen ada.
him : berapa?
apek : rm5
him : mahal la. ni saya beli murah aje. pen bagus takda ke?
apek : ada. ni bagus.
him : u nak?
me : taknak. i nak buat apa. kerja i bukan pakai pen pun.
him : takpa. ambik la. buat tulis2.

so dia beli.


:: merasa la aku ada pen berlebih macam ni. satu aku paksa dia amik ::

noy dok gelak2 kan aku. sebab dia kata lawak bagi pen.
tiba-tiba semalam dia nak menulis takda pen.
aku hulur la pen ni. terus sama-sama gelak.
dia kata berguna jugak. haha.

tu takpa aku ingat tu je.
time tu jugak ada budak bangladesh datang jual laser la apa.
tanya aku nak tak. aku takmo la. nak buat apa kan.
dia kata kalau aku nanti blackout ke apa. ada la lampu.
sebab tu laser n ada torchlite sikit tu.



tiba-tiba balik tengok elok benda tu tergantung kat kunci-kunci aku.
hahahaha. tah bila masa dia sempat masukkan entah. serious tak sedar.

ingat abis kat situ.
so malam tu tengah lepak datang la bangla yang sama.
jual segala benda yang berkelip-kelip.
tiba-tiba ada bunga. terus dia belikan untuk aku.
aku kata takmo pun dia bagi jugak.

hahahhaa. aku rasa kelakar. apa aku nak buat pun kan.
aku tweet ramai kata romantic. hahahaha.
romantic kewwwww? *tajuk entry yang mintak lempang*
takpa la orang bagi kita terima je kan.
nanti simpan dalam peti khazanah.



:: bunga kelip-kelip. hahahahhaa ::

balik tunjuk mama.

me : tengok la dia bagi apa. tah apa-apa kan.
mama : *sengih* romantic la tu. kau niiiiii. mama suka. so sweet.
noy : kannnn. noy pun suka. pija ni tah apa-apa.
me : hahahaha. ye ke. macam kelakar aje.

then dah malam-malam dia call.

him : i bagi bunga kelip-kelip ke?
me : a ah. heheheh
him : suka ke?
me : sukaaa.
him : suka sampai goyang kaki ke?

pernah dia bawak aku makan. pastu aku makan kaki goyang2.
pastu kata aku kalau suka tu sampai goyang2 kaki.
lepas tu kalau apa2 pun if suka kena buat goyang2 kaki. bodoh sangat tau.

me : a ah.
him : goyang kaki ke koyang ibu jari kaki je?
me : alaaaaa macam mana u tau.

ok kau bayangkan if semua benda kena goyang kaki. tak ke penat tu.
if tak goyang maknanya tak happy.
so kadang2 coverline aku goyangkan ibu jari kaki aje. ahahahhaa.
ye la. apa jadah cakap telefon pun aku nak sakan goyang kaki lebih2 kan. tak ke gila namanya.
dah la dah berapa kali kantoi ngan noy. dia kata aku psycho. ;p

him : i tau la. ye ok. nak tido dah ke?
me : a ah. ok la bye.
him : bye.
me : goodnite cinta kelip-kelip.
him : ye la. macam mana bunga tu kelip-kelip, macam tu la hati i.
me : eeee over. kalau tak kelip-kelip maknanya dah takda hati ke?
him : tak la. sentiasa kelip-kelip la.

omg. kalau layan makin gila.
tapi bak kata mama. layan ok.
ye la. selagi dia kelip-kelip kan.
kang tak kelip2 aku lak meraung kan.

e ehhhh. tengah type ni tiba-tiba rindu pulak.
gedik lewwwwwwwwwwwww.
ewewewewewewew

ok la. bye. nak mimpi kelip-kelip.

nota buntuit : kalau gedik kena eja macam tu. baru la feeling remaja. jangan marah yewwww. hahahha *lempang diri sendiri*

25 Comments:

IamYonna said... [Reply to Comments]

ok bunga kelip2 tu mmg epic! HAHAHAHAHAHAHA comelnya dia suka beli stuff2 mcm tu!!!

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

OMGGGG SWEEETNYAAA DOTDOT MU PEEJAAA sampai aku buat capslock hahahaha..
romantik siot..
hahaha

comel gila dia suka beli benda2 comel :)

VFN said... [Reply to Comments]

hahahaa..kelip2...
jgn lupa simpan as kenangan.. wooohoooo!

Lady Arween said... [Reply to Comments]

So sweet..Tumpang happy bila tengok you happy dengan si dia :)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku notice kan dot dot ni akan bg ko mesti benda one day akan berguna.,so kelip2 ni tetb blackput ade gak gunanya ni sementara nak carik lilin ni..hehe

shiela said... [Reply to Comments]

haha..funneyyy

Anonymous. said... [Reply to Comments]

o,m,g. i really love that pen! mahal tu, i bought each for RM1.60! :)

estee_8980 said... [Reply to Comments]

wahhhhhh so lomatik aaa..aiyakkkkkk
apek lalu belik pen, lg beli munge atak kelip2..ekekeke..

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

awww so sweeett nyeeeewwwwwww

lenkali tell this line to your dotdot --> "U ni sweet sangatlah, jangan sweet sangat nanti I cepat dapat kecing manis"

*wink wink*

yana halim said... [Reply to Comments]

giler punya lawak entry nie. ketawa sampai nanges akak dibuatnya. nasib baik tak minum masa baca entry nie. kalau tak mesti tersembur....hahaha..

peej... comel la dotdot2 peej tu. sweet betul dia ye.... :)

KILA said... [Reply to Comments]

lawakla..kalau happy kena goyang kaki.. kalau nak cover goyang ibu jari kaki je..hahaha.. (tak habih senyum lagi).

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Woot!
Hehehe.

Comel je dapat bunga kelip2 tu. Seriously :)

chics said... [Reply to Comments]

Alaa sukalaa, sweetnyaaa

Cinta keli-kelippp

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

The thought that counts dear..
Tak payah benda mahal2, benda2 mahal keep for a special day..bukan mudah nak cari dot dot yg sweet mcm tuh.. mama tumpang happy..

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

so sweeetttttttttttt! *kelip2 mata
agree with ur nota buntuit! *feeling remaja gak

NenekPenne said... [Reply to Comments]

kelakar...bunga kelip2
oklah tu... menda simple tapi boleh ingat sampai bila2... niceeee

Coffee Mama said... [Reply to Comments]

Kelakar la u ni peej! Gelak sorang2 i kat ofis ni tau...Hahahahaha

peej said... [Reply to Comments]

yonna - hahaha. comel la. tapi kala gadget lagi best kan. pun kelip-kelip jugak. hahahha

gediks - hahaha. mmg over sampai caplocks bagai.

vfn - aku memang jenis simpan. khazanah dpd zaman muda-muda semua. hahaha

arween - thank u. :)

buyui - tapi tak terang sangat. better yang laser tu. yang ni boleh bawak gi party. haha.

shiela - kannn. x sukaaa.

anonymous - ye ke. maknanya ni murah la. sebab 5 for rm5 aje.

estee - tu la. lepas ni apa la. kalau tak siap beli bola if baling ada kelip2 ok. tapi nak buat apa pun. dia suruh bagi kucing aku. gila. last2 aku suruh dia bagi anak buah dia aje.

yatie chomeyl - hahahha. tu la kan. bahaya tu.

yana halim - kalau tersembur air ok lagi. if tengah makan nestum lagi jadi kerja nanti. tu la. tapi sweet pelik2. haha.

peej said... [Reply to Comments]

kila - hahah tu la. pelik2 aje kan. tapi layankan aje.

lord zara - comel. untuk tengok sengih2 n feeling. hahaha

chics - kau memang suka kan benda comel2 ni. aku yang agak tak berapa comel ni rasa kelakar pulak. hahaha

mama - tapi tu la. terlebih2 pulak sweet dia. hehehe.

dylan sanders - kann. padahal dah tua. tapi feeling bercitna ala remaja. haha.

nenek penne - kan. nanti asal nampak benda kelip-kelip je teringat.

coffee mama - kenapaaaaa? part goyang2 tu ke?

ceera said... [Reply to Comments]

cinta kelip2 ok. Ayat sangat tak tahan...

girlfriend said... [Reply to Comments]

dah mcm ala2 nora elena ngan seth tan pulak korang ni...haha

♥naematulsaadahismail♥ said... [Reply to Comments]

abc tu sgt menggoda.terus p beli semalam.....

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

omg peeja..kawen la cepat2..seronok tgk ko dgn si cinta kelip kelip tu! me tumpang happy. :))

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

peeja cinta hati kamu tu sebenarnya baik hati tau, layan je. masa aunty muda muda dulu pun macam tu,prinsip aunty senang jer kalau lelaki tu sayang dan terkejar kejar kat kita itu tanda sangat sangat bagus daripada kita terkejar kejar lelaki itu, percayalah .

doll said... [Reply to Comments]

so romanticcc..

dari fuji snow yg yummy sampai ler ke bunga liplap tu..i like...

sok2 dh kawen pandai aaa romantik peeja nie..hihi..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...