Instagram : @peejburhan

pengalaman yang menarik. feeling cikgu uolls.

ok kan hari tu aku cerita sikit pasal aku feeling jadi cikgu kan.
tu update daripada bb aje.
ni kasi update proper la yea.

last April abang johoe ni contact kat fb.
suruh aku jadi speaker untuk program bicara kerjaya kat mrsm terendak.
untuk budak-budak form 5.
aku macam rasa lain macam.
sebab sesuai ke. aku ni bukan kerjaya.
tapi abang johoe kata takpa. sebab pun boleh dapat duit sampingan kan.
biar buka minda budak-budak ni tau pasal blogging.
so aku kata ok la.
oh abang johoe ni senior aku.
masa aku form 1. abang johoe ni form 5.
dia ketua BPP. badan perwakilan pelajar.
kita ketua pengawas la kira.

then keluar la invitation kat fb pulak.
aku tengok la penerangan daripada super senior kak julia ni.
pasal program ni.
lagi la aku cold feet.
sebab kau bayangkan kerjaya yang join semua proper.
doktor, engineer, seni, pasaran modal la, pensyarah la apa.
nangis.
then aku kata la kat kak julia tu.
macam tak sesuai aje aku ni nak join.
kak julia yakinkan n all.
so last minute aku kata ok la. aku join.

nak drive sendiri memang aku tak kuasa la.
so abang johoe contact. dia kata boleh pergi sekali.
esok pagi-pagi kul 7am dia kata dia amik.
7 pagi???!!!!!
memang awal. aku mana la reti bangun awal.
konon kul 12am nak tido la kan.
takda makna. rasanya around 3ish am baru tido kot.
pastu 6ish am aku bangun.
siap semua. sekali abang johoe text cakap "flight delay" sikit sebab tunggu abang sagad amik.
abang sagad ni batch abang johoe jugak. gulp.

oh abang johoe pilot. so dia akan cakap pasal tu.
abang sagad tak silap marine engineer kot. then dia ada part time jual painting. so cakap pasal seni. :)
abang sagad sampai pukul 8.10am macam tu.
so bergerak la.

sembang2 bagai. nasib tak awkward ke apa.
tapi aku sebenarnya ngantuk melampau.
tapi nak tido segan.
kang tak pasal berdengkur n keluar air liur basi. hahahaha.
so tahan je la kan.

laju gila abang sagad bawak.
kau bayangkan dia amik aku 8.10am. 50 mins dah sampai tol alor gajah/ simpang ampat semua tu.
tapi takda la terasa ngeri ke apa. relax aje.

sampai je terus aku masuk kelas.
program dah start around 9am.
aku sampai 9ish rasanya.
aku masuk under I.T.
tak ramai pun student. dalam 10 orang aje.

dorang boleh pilih dorang nak dengar apa.
tak silap aku ada 20 speaker.
paling ramai orang interested adalah doktor, pensyarah/cikgu n engineering.

:: 1st session ::


sampai je abang azizul rizal tengah present.
abang rizal ni spm 1997. senior gak tu.
aku form 1 abang ni form 4 maknanya.
abang ni cerita pasal dia kerja kat Dell, cyberjaya.
jadi ...ehhhmmm. ok aku lupa.
tapi gempak gak la kerja dia.

tapi sumpah kelakar.
bila abang rizal ajar n terangkan tu.
dia tanya. 'faham tak apa abang terangkan?"
yang aku, "fahammm" siap angguk2.
hihahahahaha. bengong. terasa kembali ke zaman student lak.
oh dah ingat. abang ni software engineer tak silap. macam tu la. majoring software.
aku faham2 la sikit.
sebab mostly benda-benda yang dia sebut kita dalam dunia i.t ni pernah dengar la.
ceaaaaaaaaa. poyo betul.

then sampai giliran aku.
amik kau menggelupur.
tak biasa la katakan.
sampai lupa nak kenalkan diri n tulis nama blog aku.
nasib abang rizal banyak guide.
membantu jugak la.
kurang nervous aku.

OMG!!!! susah jadi cikgu ok.
ok aku bukan la cikgu.
tapi kau present n orang buka clueless kau akan rasa. eh dia faham ke tak ni?
pastu bila kau tanya ada apa2 nak tanya. n takda orang tanya.
kau macam. eh ok ke tak ni?
padahal zaman dulu aku pun paling la nyampah nak tanya2 cikgu.
rasa nak cepat2 la cikgu gerak.
boleh buat acara bebas ;p

tu takpa. berpeluh ok.
sebab musim panas kan.
kat area depan tu takda kipas. murid2 ada kipas.
zaman dulu tak terfikir pun.
patut kena buat la. kesian cikgu2 weyh.
pastu ada one part tu. aku rasa aku takleh nak bercakap.
sebab tekak aku kering gila air liur ni macam tak memproses pulak.
help! help! help!

i think it went well la.
then makan kat kantin.
dapat mihun goreng.
tka snap pic. sebab aku berpeluh macma mandi.
baju aku tang leher semua tu kuyup ok.
bukan exaggerate tapi kuyup ok.

then sementara tu sembang la ngan abang rizal.
cakap la budak2 mrsm ni banyak tak terbuka kepada i.t.
sebab ye la. semua set kepala nak kerja yang gempak2 macam doktor, engineer, arkitek, accountant n semua2 tu la.
i.t selalu choice yang belakang2.
sedangkan zaman sekarang semua pun pakai i.t aje.

ingat lagi back in 97. orang cakap internet, website ke apa semua ni mana la kita tau.
tercengang2 je. sekarang kalau kau tak tau. orang kata buta i.t.
zaman dulu buta huruf. sekarang buta i.t.

then second session pukul 11 pulak.
kelakar.

me : abang smoke bang?
abg : tu la. pija naik dulu. abang ingat nak smoke la.
me : saya nak ikut. saya smoke jugak.
abg : iyeee? hhahaha. ok-ok.
me : carik port la bang. tak tau kat mana. menahan lama. sebab abang johoe n abg sagad tak hisap rokok. nasib before sampai pija tanya. abg sagad ok. so smoke dpt la smoke.
abg : ye ke? dorang tak smoke? bagus tu. 
me : tu la. saya dapat email cakap takleh smoke dalam kawasan maktab. susah tu.
abg : takpa. sini ok. takda sapa nampak.


hehehe. so carik la port.
so gossip2. cea gossip.
ok takda la gossip. sembang pasal blogging n all ngan abang tu.
naik atas student dah tunggu.
cea cea student uolls. ;p

kali ni ramai sikit la.
ada 15 orang kot.




abang rizal in action.
dia tunjuk pic office dia kat dell.
girls tengok daripada laptop.


boys tengok daripada phone abang rizal.
ok la. group second ni banyak tau la.
even though ni kira 2nd choice dorang.
paling kelakar salah sorang budak girls tu 1st choice dia medic.

abg : faham tak? senang je kot. medic lagi susah.
girl : susah. medic macma lagi senang.

hehehe. macam2.
pastu lepas settle abang tu gerak terus.
aku la sambung.
mostly semua tau la pasal blog. senang nak terangkan.
siap aku tengah present aku dengar nama Hanis Zalikha di sebut.
tapi aku teruskan je present.

me : tadi ada sebut pasal Hanis Zalikha?. tau yea?
girl : tau..
me : haaa dia salah satu contoh la. tapi dia lagi hebat. akak ni nak banding ngan dia ni picisan sangat. dulu masuk paper sebulan dia boleh dapat rm3,500 daripada blogging. tu dulu. sekarang lebih kot.
girl : blog ni pun saya tau.
me : blog apa?
girl : peej burhan ni. saya baca. sebab kakak saya selalu baca.
me : haah ye ke? hehehe. *tetiba segan. bengong sangat*

tapi aku bagi tau la kat dorang.
blogging ni kena ada minat.
if blogging sebab nak duit aje tak dapat la.
sebab amik masa. nanti kecewa je kan.

then settle je.
ada few approach tanya lagi details.
lepas tu aku tak tau nak kemana.
so aku masuk dewan.
tunggu kak zue settle.
gila best. sebab dewan sejukkkkkk. ada a/c. yang aku kuyup.



kak zue cakap pasal accounting.
kelakar. kak zue kata budak2 ni tak abis2 tanya, "macam mana nak jadi c.e.o kak?"
wahhh. melampau kan. buat2 bersabar sikit.

sekarang dah lain macam ok.
zaman aku dulu kena bagi salam ke kat senior ke apa.
tapi dorang siap salam cium tangan.
segan-segan aku. dah la berpeluh masam, silap2 bau rokok ke apa. pfffttt.
yang aku ejek2 kak zue.

me : weooww. cium tangan ok.

sekali budak-budak2 tu datang kat aku.

girls : terima kasih kak. *salam cium tangan*
kak zue : hahaha. haaaa gelakkan aku. kau pun sama.
me : whyyy. takyah la dik.

kelakar kan.
ok bagus la.
tapi aku tumpang sibuk je kat situ.
tak pasal dorang kena cium tangan tembam dan masam ini. hehehehe.

then makan kat kantin lagi.
makan nasi goreng ayam.
aku rasa dah tak berapa best la.
zaman aku dulu masakan makcik kantin dia gila punya best.

sorry la takda pic aku in action.
segan aku. takkan nak suruh abang rizal tu amikkan kan.
over sangat.
so aku posing dalam kereta je la.



aku tunggu dalam kereta sebab abang sagad nak tengok block dia dulu.
so sementara abang johoe n abang sagad masuk aku vain kejap.
vain la sangat. peluh sakan tu sebenarnya.

then gerak balik.
pun sembang.
aku dah ngantuk.
tau2 aku tersengguk tido ok masa kat area seremban.
tau2 dah sampai serdang ke apa. hiahaiahahah. ;p
kalau terdengkur mintak maaf je la yea.

tapi seronok la.
cuma a bit penat la. sebab balik hari kan.
cea poyo. bukan drive pun. dok belakang je punnn.
kali ni better kot. sebab cakap depan adik-adik je kan.
masa present yang untuk omputer la apa semua tu. lain macam menakutkan dia tu.

so ada sesiapa nak cikgu pija present apa2.
ecewahhhh.
kalau tiba2 nampak aku cakap tersekat2.
sila la hulur air ye. maknanya tekak kering tu. heheh.

7 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

aku mcm dapat bayangkan gugup tuh wei... nak goreng bebudak ni pon serba salah takut dorg lebih advanced dr kita kan

peej said... [Reply to Comments]

nqr - kan. ada sorang budak ni utk 1st session. lelaki la. gila cemerlang. terel gila dia bahasa2 i.t ni. aku pun tak faham. tapi abang rizal tu tau la. gempak je aku rasa. sebab budak mrsm ni bukan je ada computer ke apa. tapi budak tu tau macam2.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

time ko ngn abg tu smoke kan membuatkan aku tringat zaman sekolah budak2 curi isap rokok kat pot2 tertentu, naseb x kena tangkap ..hahahaha!

Azizul Rizal said... [Reply to Comments]

thanks for the entry Peeja ...:) ... nak ambik gambar letak kat my fb leh tak?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

peeja aunty sangat berbangga dengan peeja, janganlah ingat awak tu penulis picisan ingat senang ke nak menulis kalau tak ada bakat.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

tambahan aunty sh rosidah, igt senang ke nak menulis kalau x de bakat dan MINAT :)

farra8979 said... [Reply to Comments]

wah, nama2 dorang cam familiar jek. tp muka dh lupe la plak.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...