Instagram : @peejburhan

Macam budak sekolah

Dah selamat berbuka.
Tengok tu. Dapat bubur caca weyh.
Papa belikan. So sweet.

Papa memang dah puasa daripada 1st Rejab.
Gigih betul. X pernah miss sehari pun.
Hari tu pergi wedding pun dia relax je teman.
Aku kalau pergi wedding x dapat makan nasi minyak nangis kot. ;p

Aku puasa ni 4 in 1.
Sebab bulan Rejab, ganti, diet n jimat rokok.
Heheheh boleh ke macam tu? Suka hati.
Bak kata pepetah sambil menyelam minum air ;)

Gila la puasa.
Tertekan.
Mengira jam macam budak kecik tau.
Around 6ish aku mandi.
Then online kejap
Kat pc tunjuk lagi 10 minit nak berbuka dah. 7.23pm.

Buat air. Hidang apa patut.
Nak berbuka la. Tapi belum lagi!!!!
Jam dah 7.25pm.
Bukak astro oasis still mengaji la apa.
Yang aku bising2 kata dah berbuka.
Papa kata belum.
Aku suruh bukak tv1 dia xmo.

Kat twitter ramai dah wish selamat berbuka. Uwaaaaaaa.
Lamaaaaaaa ok mengaji tu.

Papa : apa pulak. Papa tau la. Maghrib 7.27pm la. Tengok ni *bukak info solat kat oasis*
Me : 7.23pm la. Pc atas tulis macam tu.
Papa : suka hati la. Pergi la minum.

Kejiiii. Dah cakap macam tu harus la rasa reluctant je kan.

Me : berdosa tau orang yang main2 perasaan ni. Kejap 7.23, kejap 7.27. Bagi keliru. :(

Then 7.27 still x azan.

Me : argh lantak. Minum je. *mug dah tepi bibir.
Mama : eeeeehhhhh tungggguuu. Belum lagi. Lagi sikit. Mama tau iklan ni.
Me : aaaaaaaaaaaa.
Mama : kejaaaapppppppp. Aaaaaa dah ok.

Hahahahahaha. Melampau weyh.
Macam budak sekolah rendah.
Dorang pun reti behave kot.
Macam x makan setahun.

Papa : besok puasa lagi yea?
Me : haaa
Papa : bagus. Ikut papa. Puasa sampai hujung rejab, pastu sambung syaaban then dah ramadhan. Mesti kurus.
Me : ye la tu. Pastu apa? Sambung puasa 6 pulak.
Papa : ok jugak tu. Rasa kedua kita puasa.
Me : xmo la. Makanan sedap lagi time tu.
Papa : tu yang bagus tu.

Erk.
Mama x puasa today.
Sebab dia baru cabut geraham.
X baik lagi.

Tadi berbuka makan sambal tumis telur rebus.
Masak lemak cili api ayam.
Sayur kacang panjang masak jawa. Yang ada tempe, su un semua tu. Hoh sedap.

Xde la banyak makan. Sikit je.
Air la lebih.
Then bubur caca.
Pakai lak PB. Sekarang aku rasa sendat macam kena tarik nyawa.
Ceh macam tau je kan.
Tapi serius seksa nok. *pengsan*
Adakah esok maknanya berbuka jgn makan langsung? amik bau saja.
;p


Sent via BlackBerry from Maxis

5 Comments:

Linda Ali said... [Reply to Comments]

hahaha... comel je. ok esok kt puasa sama2 lg ye! :)

rose said... [Reply to Comments]

sy pun puasa tadi...entah kenapa hari ni memang rasa lapar lebih2 pulak. slalu okay je..huhu

peej said... [Reply to Comments]

linda - puasa jugak. sama2 la kita yea? so selamat berpuasa to u too.

rose - bagus. esok puasa? if yes kita sama2 yea.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ko tau x sbb ko aku dh ade rasa nk ganti puasa..hehe!

tp Allah x kasik aku puasa lagi la minggu ni..next week arr.. :)

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

sayur jawa fav's aku tuuuu...sedap nye! peej, aku setuju 100%...berbuka hari ni, amik bau saje..simple n jimat masa lagi tu, x yah nak cuci pinggan, nak kemas2 dapur :P

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...