Instagram : @peejburhan

pengantinnya mana?

last saturday.
pukul 11 aku dah terjaga.
sebab dengar bunyi lagu-lagu irama malaysia yang best.
sebab rumah hujung kat lorong aku ni buat majlis kawin.
best. sebab ada gendang la apa. syiok.

turun bawah sembang-sembang dengan mama.
kelakar je. mama ni kan tak dengar.
tengah sembang ngan dia aku menari-nari.

mama : apesal kau ni?
me : best lagu dia *siap buat thumbs up*
mama : oooo. best yea? mama tak dengar.

pastu dia bercerita.
muzik stop sebab break kot.
mama cakap kemain kuat macam nak bagi jiran-jiran semua dengar.

me : *buat gaya tangan kebawah. suruh cakap slow2. mama dah faham*
mama : apesal kuat ke?
me : kuat la.
mama : kata ada muzik tadi. nanti kau tak dengar.
me : muzik dah stop la. break kot.
mama : ooooooo. mana la mama tau. ok mama cakap slow2.

heheh kelakar aje.
tak coverline tau.
then mama ajak pergi wedding tu.
aku malas gila.

mama : berapa langkah pun malas ke? jom la teman mama.
me : papa kan teman.
mama : ye la. tapi pija teman la sekali.
me : ishhhhh. tak berbaloi tau. penat siap semua. jalan sikit. makan. balik.
mama : macam-macam la kau ni :( baby tido lagi ke?
me : tido la dia tu. semalam fly. takmo la kejut. kang kena marah.
mama : hah. biarlah dia. takpa la. mama pergi ngan papa je la.

pastu aku fikir-fikir mau ke takmau. mau ke tak mau.
pastu fikir. bukan senang nak makan nasik minyak.
sementara musim baik pergi kan.
kang dah puasa la raya. menu lain pulak.
plus nanti akan sampai tahap geng2 pun dah takda yang kawin.

aku bukan apa.
aku tak kenal jiran tu.
sebab dia baru pindah gak. baru 1-2 tahun kot.
dulu rumah tu dia bagi sewa jadikan taska.
so bukan geng aku yang membesar daripada kecik ke apa sama-sama kan.
so tak best.

cea panjang mukadimah kan.
senang cerita akhirnya aku pergi la jugak. keh keh.
katanya makan free kan.
aku nak pakai selipar aje.
mama marah. aku dah macam. haiyohhh depan rumah pun nak pakai kasut tinggi. letih ok.

elok pergi lepas pengantin sampai.
aku rasa takda sanding.
sebab pengantin terus kat meja makan beradab je.

ramai sungguh.
nasib jumpa seat.
aku amik makan.
papa amikkan mama.
papa tak makan sebab dia puasa.
ni aku snap pic makanan mama.
sebab penuh semua.
aku ni jenis pilih-pilih.
macam acar buah semua tu aku tak reti :D



ni aku tak tau bubur apa.
ada jagung n keledek kot.

me : bubur apa ni mama?
mama : bubur poco-poco
me : haah? apa tu?
mama : hehehe. ye la nak kata caca bukan takda color2 tu.
me : kan. pastu ada jagung.
mama : so kalau bukan cha-cha. poco-poco la. heheheh.
me : hahahahha. kelakarnyaaaa *sarcarstic*
mama : heheheheh *tah apa2 tah lawak orang2 tua kan*
me : tapi sedappp.

sementara kita orang makan papa sibuk ambik camera aku n snap2.
aku pun tak faham la apa yang dia snap.
tapi takpa. tepek je la ye.

:: belakang tu ada pengantin n ada band la dj semua tu la ::


haha buruk betul perangai. makan ke polok tu?
if perati betul-betul peluh menitik macam ke hapa ok.
panas gilaaaaaaaaaaaaaaaa.
sebab kipas tengah. meja tepi-tepi. tak kena angin.
tapi takpa. makan nasik minyak punya pasal.
ku sanggup.




:: lap-lap peluh yang meleleh ke dagu semua. ::


relax je mama kan.
padahal siap pakai tudung semua.
betul la kot. ahli syurga. :p

lepas makan terus gerak.
sebab ramai lak datang.
seat tak banyak.
maybe sebab musim kawin dah kurang kan.
so bila ada majlis harus orang serbu.

balik je kenduri terus bukak baju semua.
terbongkang kat tilam.
nyaman. kena kipas.
bagus.

patut la mama selalu bebel if papa jadi camera man.
takda seni betul.
pic yang sama je dia amik.
pic pengantin ke apa pun takda.
tapi takpa. korang tatap muka aku pun ok kan.

10 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

sedap plak tgk nasik minyak tu...slurp!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

sedap plak tgk nasik minyak tu...slurp!

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

sedap nya nasi minyak tu! aku pun dah lama x makan..xde plak sedara mara, jiran tetangga yg buat kenduri tahun ni *telan air liur

doll said... [Reply to Comments]

mak2 nie mmg ahli surga!tak komplen panas berdeting atau sejuk gigil cam anak2 dia, kan!

hak ah.mmg pic pija tu npk na polok makan cepat2 psl nak balik cepat pasal panas..hahahaha.isk..papa ok per, lagik puasa, lagik amek gambar org makan sedap2..sungguh berdedikasi..kalau den tgh paneh ngan poso laeii, takdo kojo amek2 gamba an org tongah makan kenduri!

nqr said... [Reply to Comments]

hahahaha..ni yg aku twit mkn nasik minyak tu kan?? sedap weiii. hehehhe... bubur poco2 mmg awesome dowh! kelaka mak ko..

Drama Mama said... [Reply to Comments]

hahahaha tu lah dok tunggu gambaq pengantin tak sampai2. haha!

peej said... [Reply to Comments]

buyui - sedap.

dylan - tu la. mengenangkan kau cakap macam tu. aku akan pastikan aku pergi je semua jemputan. heheh.

doll - tu la kan. kalau aku la kena dok situ mengadap orang makan siap ambik pic semua. aku dah nangis kot.

nqr - a ah. nasib ramai tweet suruh pergi. :D kau kat anak ganti tempat aku cepat2 aku siap. xnak bagi chance la konon. padahalll.

drama mama - takdak la. gambar cheq je ada. heheh.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

huish ramainya org! xD kite suka pergi kenduri kahwin meriah2 macam ni. hahaha

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

patutlah blog mama ada bagitahu peeja menari nari kat porch rumah sbb ada jiran kawin kat kawasan rumah peeja.

mama cakap music tu kuat, tapi dia tak dengar satu apa pun.

yaNa MaLeK said... [Reply to Comments]

owh thanks for coming btw..it's my wedding ;p lame dah follow blog ni kite berjiran..uhukss..saw u that day tp segan nak tego..

sori ye if ade yg terkurang..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...