Instagram : @peejburhan

kami memang tak boleh dipisahkan.

dah selamat berbuka.
Alhamdulillah.
berbuka je terus mood ceria ok.

kalau tak macam ke hapa aje.
banyak jugak mama beli kat pasar keramat tadi.
sebelum berbuka rasa macam tak cukup je lauk. ye tamak.
padahal masa berbuka tu tak sentuh apa sangat pun.
nasi satu senduk. pun duk suap-suap rasa macam, "eh bila nak abis ni. kenyang la".
maybe kenyang air kot. air sirap bandung macam biasa.

tadi amik begedel separuh.
kuah masak lemak cili api ngan rebung.
ada kari ayam kaww. amik sikit isi ayam tu.
that's it.
pun dah rasa kenyang , bersyukur and mood ceria. ;p

kuih lak makan cara berlauk.
tapi sedih. sebab cara berlauk dia ada daun-daun and cili je ye.
takda daging ke apa. teruk betul.
at least letak la minced meat ke apa.
cea complain. padahal 3 ketul jugak masuk perut.
then mana akok.
akok seketul aje ada. sebab dah abis mama kata.
mama amik half. aku amik suku. suku lagi bagi papa.
sedap. gebu and tombam akok dia.

kesimpulannya.
mood aku teruk betul la if puasa.
sebab puasa di bulan bukan bulan puasa adalah menyeksakan. hahah.
bila dah berbuka tetiba menyengih je muka.
gendang gendut tali kecapi la kan. tu yang kenyang perut suka hati terus.
senang cerita aku dan makanan tak dapat dipisahkan.
hangin satu badan.

:D
senyum lebar.
hopefully rajin. jap lagi update lagi.

5 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

aku baca perenggan pertama je..terus aku turun bwh komen... nampak ko type lauk2 tuh rasa tak sanggup nak baca abis...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

memang kalau berpuasa selain dari bulan ramadan ni rasa azab je, sbb semua orang makan dan kita tak makan, hendaknya kalau ada yang makan depan kita rasa nak bagi penerajang je

Nqr; qaiyyum tak ada kat sana mesti sunyi ye.

cik enon lalalaa said... [Reply to Comments]

yeaaa! saya dan makanan juga tak dpt dipisahkan =)

momyluna said... [Reply to Comments]

suka baca blog ni. hepi je dan mostly psl makan makan dan makan lagi

F.U.Z.Z.Y said... [Reply to Comments]

lapar lah pulak baca entry kali ni..
meliur je baca list lauk tu...
huuu~ nak g dapur makan...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...