Instagram : @peejburhan

jangan memainkan perasaan aku boleh tak?

kan aku buat entry hari tu.
aku kata entah apa ke aku stress lebih ke apa.
aku makan banyak gila.
selalunya aku kalau stress tak lalu makan.
if happy ye la. banyak aku makan.
ni dah lain macam pulak. ish.

lepas kenduru kawin tu.
aku balik rumah timbang.
rumah aku papa beli timbang baru.
digital.
macam set umur, tinggi, female, normal/athelete.
then timbang dia kira la berapa berat.
then dia tunjuk la berapa % fat, berapa % lagi air ke apa.
segala benda la.

aku tak suka timbang-timbang ni. depress.
tapi masa memula beli papa suruh aku yang ajarkan macam mana nak pakai.
dorang tak reti. n tak nampak nak set2 tu.
so buatkan la. then aku lak timbang.
hmmmm. boleh tahan berat la. tapi still tak naik ke apa.
static kat situ. ye la. nak turun apa pun kan.
semua benda aku balun makan. ;p

setelah sekian lama tak timbang.
sabtu tu papa suruh set kan lagi. dia nak timbang.
lepas dia n mama dah timbang aku lak timbang la.
uwaaa... naik 3kg.

mula la papa bebel2 la apa.
aku pun depress kat twitter la apa.
ada la someone cakap, sebab baru balik kenduri. memang la berat.
entah la. yang pasti tak suka la.

so aku join papa puasa.
yang noy cakap kat aku tolong start tak amik nasik.
susah okkkk.
bila dah puasa tu. nak berbuka rasa tamak.
so makan jugak la nasik. gila tak best ratah lauk je.

macam tu je la pun.
takda la beria ke apa.
exercise satu ke hapa pun takda.
oh aku start pakai PB balik.
dah lama tak pakai. pemalas.
seksanya rasa. nak pitam.

pastu kan. tadi kan.
aku saja je la kan.
try timbang.
amazingly turun 4 kg. haiahaiahaiah.
entah kenapa.
aku rasa betul la teori kat twitter tu. hari tu aku timbang lepas makan kenduri.
mesti la berat kan. *ceh poyo padahal memang besar almari pun*

ok la kalau tak kira yang tu.
kira turun la 1 kg kan sebab puasa. hihihihihi *gelak tersipu-sipu malu*
oh aku puasa 2 hari je. isnin n selasa.
semalam aku kecundang.
sebab stress, aku tak tahan. aku smoke. hiahaiah. hampeh betul.

tapi bila tengok ada perubahan ni tetiba bersemangat pulak. ;p
tapi serious la aku rasa seksa betul pakai PB.
dah lama tak pakai. takda la lama mana pun. 2-3 minggu je. ok lama la tu. heheh.
so dah tak biasa. nak nangis.

tadi naik kereta ngan noy.
badan aku tegak je n tak selesa la rasa.
pastu aku selalu ada rasa yang kalau aku pakai PB aku rasa aku macam giant.
sebab aku rasa aku nampak macam top heavy.
macam tak natural la.

me : eeeee tak suka tau.
noy : apa nya.
me : kau tengok la aku ni. apa kau nampak.
noy : *dia jenguk aku ngan ekor mata* kauu. kau kurussss *mata terbeliak*
me : haaah?
noy : kurus la.
me : tak la. aku pakai korset la.
noy : oh patut la.
me : tak la. kau tak nampak ke. aku macam giant. badan aku tegak macam ni. macam tak normal je.
noy : tak la. saya tengok ok je.
me : ye ke? aku je ke yang rasa?
noy : ok la. serious nampak kurus. takda dah perut big mac kau (adik aku mmg biadap). best kan kalau macam ni. kau rajin la pija. jangan makan nasik yea? ok tak?
me : huh *buat-buat tak dengar*

hahaha. ye aku hampeh macam tu.
aku sebenarnya takda masalah pun.
aku ok-ok aje. takda la pressure ke apa.
dotdot pun takda complain apa.
tapi noy n papa la paling bising. suruh kurus nak kawin la apa.
yang mama lagi la, "biar la dia. korang ni tak paham2 ke. dia mana pernah kurus. dah berpuluh tahun. memang macam tu la."

time tu hidung kembang2 je.
rasa macam, "get it? get it? terima je la kenyataan"
tak sempat aku nak bersuara mama sambung.

mama : biar la dia gemuk macam tu. dia nak tunjuk kat orang la. dia bangga la badan macam tu pun orang nak jugak. hahahaha.
me : kong ajo.
mama : betul la.
noy : hahaha. papa nanti pija kawin kita amik kompang 3 kumpulan. siap ada gendang besar tu tau. yang bunyi. dong,dong dong dong dong...hahhaa. sesuai.
P.G : apaaaa?
noy : ala gendang besar tu. kau tau kan. dong dong dong.
P.G : bagus tu. pastu pija sampai. orang pun cakap. ambuihhhh besooo nya pengantin.
mama : ok. nanti mama amik yang macam tu.

eeee jahat kan dorang.
tapi lantak. janji mak happy weyh.
tapi akan teruskan la puasa.
sebab syiok pulak turun berat.
n paling best. rokok aku sekotak tahan 2 hari weyh.
selalu sehari sekotak or 1 1/2 ok. mampos.

ok tu je.
nak menari gelombang.

15 Comments:

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Aku pun dah niat posa besok..
Tapi baru naik, dah plan nak buka makan apa.. haahahah..

Lagi kronikkkk!!!

chics said... [Reply to Comments]

Motif menari gelombang? Adakah untuk meraikan kejaayaan?

Eh tapi ye la, aku datang hari tu, aku rasa kau memang dah susut tapi sebab busy mengkak nam terlupa nak kasi tau hehe

peej said... [Reply to Comments]

kakakdegil - hahaha. memang kronik tu.tapi aku jenis macam tu. bukan time puasa la. tengah makan asam pedas ikan. tiba2 aku akan plan esok nak masak apa pulak. otak dah deretkan nak makan apa pulak lepas ni. buruk perangai betul.

chics - hahaha. sebab memang walau macam mana gaya menari pun badan akan bergelombang. banyak lelemaks. heheh. cea dan2 kau kan. takdanya. begini je aku daripada dulu hingga kini. ;p

nqr said... [Reply to Comments]

aku lak kena rajin buang air.. mesti berat aku turun... org ckp aku kena minum teh berak2 tuh.. konpem turun masalahnya tak rajin la aku nak berak selalu kan.. aku aim sikit je lagi ni pija.. sikit je lagi nak cakap target pertama.. fuuhhh fuhhhh fuhhh..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kalau puasa 2 hari turun 4 kilo, kalau seminggu???wahhhhhh...!!!suka2..

yana halim said... [Reply to Comments]

rilex jer peej...akak pon beso jugak tak mau kecik2 dah. sejak kawen, kalau turun pun sebab peknen. keluar jer baby, naik mcm dipam2...hahaha. pernah gak pakai PB. Seksa beno kalau nak buang air. Tambah2 time dah tak tahan sgt tu. Duduk pun tegak semacam je. Tapi agak membantu untuk tidak makan banyak. tu yg buat turun tu. Ala...ada yg sayang paling penting.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ahahaha. betul pun bagus puasa. pulak tu bulan2 rejab ni, bertambah2 ganjarannya.. insyaAllah.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja, cakap dengan diorang Ada aku kesah. Aunty pun badan lebih kurang je macam peeja, ni bukan menghasut atau bersikap kuang ajo tapi nak bagi orang tahu bukan senang nak kurus tau kalau dah bertahun tahun badan kita gem kan. Masalah nya dah mencuba, badan dah macam yo yo sekejap naik sekejap turun lagi tak bagus.

Kesimpulan nya reda je lah, janji kita sihat dan tak ada penyakit yang kronik, alhamdulillah.

sweethOneY said... [Reply to Comments]

chayokkkk Pija !! aku pun tgh pressure adik aku suh kurus, jgn makan nasi semua.. :D bukanlah pressure apa dia yg nak pakai baju berfesyen2 jadi suh dia kurus.. try lah diet atkins.. berkesan :) aku dah cuba hr tu sebulan 5 kg turun. ok la kot. hehe

shuweet said... [Reply to Comments]

peeja, takpe..debab2 pun janji orang sayang kan...kita serupaaaaaaaaaaaaaaa...

-delicious.collection- said... [Reply to Comments]

tp kan peeja ade rase x mse pkai PB tuh bhgn atas jd besa melampau? haizi da la bhgn atas da mmg besa..lengan mcm org men ragbi je..pas2 bler pkai PB, jd giant..isk..tsk

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

hahha gelak ok siap bunyi gendang dong dong dongggg
adoi kelakar! ;P

tp mmg betolla org salu kalo nak kawen jek nak kurus,kalo dah badan camtu jek x boleh ke?janji sehat
cewah!

Lola said... [Reply to Comments]

Pija, aku pun diet tak makan nasi. Mula2 mmg sakitlah.. Tp lama2 ok.. Jadi mcm dah biasa. So tgh hari aku mkn mcm nandos ayam je. No nasi no sidelines. Yg penting ko jangan makan benda2 manis. Tu yg aku tak tahin tu. Coz suka makan cake suma. Air pun minum air kosong je. Kalau tak mkn ayam nandos tu ganti la dgn sandwich subway or obriens. Jgn letak mayo. Or mee hoon sup or yong tau foo. Trylah.. Aku diet dh 6 bln x mkn nasi turun byk woo.. Dh 8 kg turun. Kdg2 if ada terasa nk makan suma tu aku mkn tp skit je lah kasi rasa je. If we do sth berturut2 for 28 days akan jadi habit. Tu yg Aku baca. So try sebulan mesti pastu ok.Go go go peej!

fatin itu saya said... [Reply to Comments]

puasa + pb mujarab ek? aku ak try laaa...

dulu aku manage tak makan nasi 2 minggu. xdpt jack! kena pekena nasi 2 kali seminggu gak. fuuu..

skrg nasi selang sehari.ngeh3x. nasi sedap.

tp ko cuba la.sebab ko nak kawen kan.hehe.

Drama Mama said... [Reply to Comments]

hahahahha! gelak guling2 baca post ni..kelakar la ur family..so cute! hmmmmm...tak abeh ganti posa lagi ni tapi skang tengah berpantang! harap2 sempat laaaaaaaaaaa! huhuhuhu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...