Instagram : @peejburhan

israk mikraj

hari ni israk mikraj kan?
aku pun tak tau.
tau sebab mama bagi tau semalam.

mama : esok israk mikraj.
me : ok. kenapa?
mama : puasa bagus. mama puasa. kau puasa jugak tak?
me : ok je.

so far sampai sekarang tahan lagi la ni.
walaupun rasa lapar and nak smoke. pfffttt.
sebab isnin konon nak puasa. tapi sebab keluar jalan-jalan.
so elok makan je ngan ice. haha.
semalam pun halfway.
sebab stress nak smoke. ;p
so hari ni tahan. walaupun dah terpusing sana-sini dah ni.

lagi 2-3 hari ni comfirm period.
kalau ikut bulan lepas la.
aku ni bukan betul sangat aturan tu.
so pms adalah melampau sikit.
mood tah apa-apa aje.

tadi rasa macam nak buat entry merempan.
segala benda yang bagi aku annoyed the past few days.
then teringat basuh baju tadi. kena jemur.
so delay la dulu.

noy cibai keluar tinggalkan aku.
sebab aku tak boleh keluar sebab ada orang nak datang install barang kat rumah la apa.
dia taknak tunggu.
pastu dah la main keluar aje taknak jemur baju sama-sama.
panas dowwwww. dah la aku puasa.
ye aku kalau puasa aku suka jadi dugong je terdampar kat tilam.

so dah merempan-rempan n maki-maki dalam hati.
so keluar la jemur baju yang menggunung tu.
ampaian kat luar rumah la pulak.
selalu kat dalam. boleh duduk bawah bumbung and ada kipas.
ni luar rumah :(

keluar. and start jemur sorang-sorang.
amik tangan halang tangan teduhkan mata sikit. pandang atas.
matahari ada atas kepala. tapi redup sikit sebab kena lindung dengan awan.
bagus. tak panas.

oh sebelum tu aku dah start pakai baju elok sikit orang nak datang.
dalam hati dah rasa macam, "aaaaa nanti mesti berpeluh macam haram pastu kuyup, kena tukar baju, masam semua. herghhhhhh"
ye merempan tak tentu hala.
pms + lapar + x smoke = combination merbahaya.

tengah best jemur terang benderang balik.
awan dah bergerak.
matahari dah memancar-mancar.

me : NICE. GREAT.

jemur.
jemur.
jemur.
haik. apesal tak rasa panas ni?
jemur.
jemur.
kenapa rasa sejuk aje padahal matahari tengak terik and memancar-mancar ni.
jemur.
jemur.
jemur.
setitik peluh pun tak keluar.
tiba-tiba rasa tenang and terasa kebesaran Allah.
apa makna semua ni?

yang pastinya.
abis jemur aku still macam mula-mula start tadi.
takda peluh. takda apa.
cuma kurang rasa nak emo or marah.
instead rasa kagum dengan kebesaranNya.

ok mungkin entry ni takda apa-apa kot.
cuma aku rasa macam tu.
sebab aku tau diri aku macam mana.
aku jenis kat rumah pun boleh berpeluh sakan.
jemur biasa tu kalau tak sebaldi berpeluh memang tak sah.
sebab tu aku kekaguman. ;p

ok dah.
aku memang kagum.
tapi aku haus. macam mana ini?
3 1/2 hour to go. hiahhhhhhhhhh.
hari ni berbuka apa yek?
nak teguk air banyak-banyak sampai perut kembung. ;p

4 Comments:

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Aper lah, puasa macam budak kecik pulak..
Relax lah, dah bertahun2 training puasa pasti boleh kawal nafsu..amarah dan bagai2 yg lain..

A.I said... [Reply to Comments]

Bagusnya kau pija...rajin pose =) mak kagom!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ooo puasa rupanya, alhamdulillah. patutlah tadi masa kat fb peeja tak tulis apa apa, jadi aunty pun saje je lah buat lawak cakap peeja tak ada idea ke, sorry lah peeja aunty tak sempat bukak blog tadi jadi tak tahu cerita, baru balik dari kuantan ambik shiqin dan buka fb jengah sekejap je.

blue rose said... [Reply to Comments]

hehe,btl kate mama tu peej..sbr ok.mmg dugaan die melampau bt pose ganti/sunat ni. aku rase sbb ko duk rmh kan.ye la klu org lain keje, then tak rase sgt kan.kejap je da ptg.erm, pastu len kali jemur baju pg2 sket tak le pns berdengkang kan.hehe. aku pun same jenis peluh nyimbah2..haih.. cahiyokkk peej!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...