Instagram : @peejburhan

impromptu.

lepas ke wedding utin tu.
dorang ajak lepak.
sebab ye la. kan ziha n ayam nak pindah dah.
bila lagi mau lepak kan.
tu yang nak lepak tu.

ada ke dorang nak ajak main bowling. gila.
ngan baju kurung semua.
aku tak kisah lepak. mamak ke apa-apa la yang ada kat shah alam kat.
dorang kata shah alam bosan takda apa.
pastu tiba-tiba ajak pergi one utama. uwaaaaaaaaaaaa.
baju kurung ok. ngan kasut tinggi semua. not fun.
tiba-tiba dorang kata ke the curve je.
apa-apa aje. takkan nak jadi party pooper kan. so layankan aje.

so ke the curve la.
ye hari sabtu dan aku lengkap baju kurung n kasut tinggi semua. nice.
hahahahhaha. tak suker.

katanya aku malas nak snap pic.
so semua photos adalah daripada camera jaja.
of coz ada banyak. aku masukkan sikit-sikit je la ye.

:: aku pergi toilet dorang sempat pose ::

sampai the curve tak tau mau lepak mana pulak.
sebab takda la lapar. nak lepak sembang-sembang, smoke n minum-minum aje.
so nampak ada tempat terbuka duduk aje. heheh.

dah duduk dekat 10 minit takda siapa datang.
kita orang tak tau pun dok tu kedai mana punya.
sebab dia tengah-tengah kan.
nasib lepas tu ada.
semua order air aje.



tak aku bukan pose perasan cantik ke apa itu.
aku sedang lap peluh ok.
sumpah panas macam nak gila. :|

kelakar.
rupanya kita orang tu duduk kedai bumbu desa ke apa namanya.
indonesian restaurant.
pekerja pun semua indonesia.
yang aku nak smoke. harus la nak ashtray kan.

me : ashtray ada?
waitress : iya? apa?
me : ashtray. ashtray *siap buat gaya tangan bentuk mangkuk. sebelah lagi aku buat cara-cara nak ketuk abu rokok kat mangkuk tu. hahahha*
waitress : oh ada.
me : ok. nak ye.
waitress : mau manis kaaa?
me : haaahh manis? tak nak ashtray. eh apa nak cakap ni.
ziha : abu rokok. tempat buang rokok.
waitress : oooo hahhah. ada. sebentar ya.

apakah manis?
semua dah tergelak-gelak.
apa yang dia fikir yea?
apa perkataan indonesia yang ada kena mengena ngan ashtray?
pastu bila ashtray sampai dorang suruh aku rasa. manis tak.

semua order es kepala muda.
kecuali ziha n nysya.
nysya order limau kot. entah. yang ziha order tembikai.
merasa semua mengadap kepala korek2.
haussss. haussssss.


bersungguh-sungguh tu. tak pandang kiri kanan dah.
jaja lagi kelakar. tah macam mana dia korek.
tak reti ke apa.
abis baju semua basah sebab terpercik air.
dah la kat area teteks pulak tu. hahah.


pun gigih korek.
sedapppp.
eh maksud aku sedap isi dia tu. n air tu. bukan sedap korek.
eh ke korang faham maksud aku?
kenapa aku gigh nak terangkan. ;p






gila melekit weyh.
panas yang takda angin ke apa.
lepas tu tak tau nak ke mana.
membawa diri je.
dah la kasut aku pakai tu tak selesa.
ngan rimas baju kurung semua.
tapi jalan je la.
ke cineleisure.
nak tengok wayang je. sebab tak tau nak buat apa.

nak tengok kl gangster konon.
sekali takda ticket tu kan.
pastu dah blur tak tau nak ke mana.
sekali keluar daripda area wayang tu nampak song box.
masuk aje.

paling la hampeh ok.
memang la murah.
for 7 person kita orang bayar sorang rm15 aje.
tapi air sorang satu.
dapat satu corn in cup.
dapat satu mangkuk kecik kerepek/muruku pilihan.
hahahahha. bengong gila.
pastu cakap. corn tu boleh makan sorang 7 ketul aje.
kongsi2. hahhaa.
tapi of course tak la. rasanya lomak kut yang makan semua.

tu takpa. dok tujuh orang.
bilik kecik nak mampos.
OMG, aku 4 orang pergi redbox pun bilik besar daripada ni ok.
pastu no smoking. whattttttttttt? tebiat.




suara rolex ni sedap nak mampos.
kau bagi je la lagu apa. semua best.
lagu awie, faizal tahir, dangdut, rempit. semua dia boleh.
lagu english. siam pun okkkkkkkkkkk.
samaaaaaaaa. pitam.
ye. dia nyanyi lagu siam. hahaha.


aku tak tau tajuk apa.
tapi best jugak la.
paling tak tahan, daripada semalam sampai ke hari ni aku asyik ternyanyi-nyanyi je lagu ni.
hahahhaa.
aku tanya rolex apa tajuk dia. aku nak check out kat youtube. heheh.


ish. buruk bebenar rupa aku time nyanyi.
i hate candid pictures.
maknanya aku kena lupakan la cita-cita aku nak jadi penyanyi kan.
huduh sangat muka time nyanyi. hahaha.
wah cita-cita katanya.
padahal suara dah la tak sedap. kadang-kadang sengau. ;p


siap berduet berdiri bagai.
over ok.
ye aku cubaan menyorok kat belakang tu.
tapi dah katanya besar almari kan.
apa sangat la yang boleh di sorokkan.

rolex ni suka buat macam DJ kat rumah kawin tu.
kau tau yang dorang cakap-cakap panggil orang nak karaoke la apa.
dah la serupa.
yang menyampah dia buat time dia aje.
mengaku diri awie la, faizal tahir. macam-macam la.
tang nysya takda lak dia sebut ziana zain ke apa.
perasan.
pastu bila kita orang kutuk.

rolex : memang sama pun. kau dengar aku nyanyi ni. jangan nanti korang semua tergoda pulak kat aku.

eeeeeeeeeee. melampau.
tapi ok la fine. memang suara dia sedap pun.
kalau aku suara sedap macam tu. aku dah masuk reality tv punya rancangan.
ewahhhh.

:; suara lomak pun best. eh apesal dorang ni. belajar vokal ke apa ::

jaja tak nyanyi.
saje eksyen je tu.
sian dia semua dok paksa dia nyanyi.
aku tak, sebab aku faham. sebab aku mula-mula dulu pun tak nyanyi.
segan. sekarang dah tak la kan.
padan muka dorang telinga bernanah kena dengar aku nyanyi.
siapa suruh paksa-paksa dulu kan.




ye aku hanya snap dua pic terakhir itu sahaja.
malas gila kan.
masa karaoke ni sedih je.
sebab teringat kat jonet.
sebab dia yang mengajar aku karaoke ni.
so bila karok dia takda rasa lain macam betul la.

karaoke kali ni aku amik lagu semua slow-slow aje.
tak berani amik yang tinggi-tinggi.
sebab takda jonet yang selalu jadi mangsa kena amik yang high punya. ;p

gerak around 9ishpm kot.
itu pun sebab jaja kena jumpa orang.
aku kan tumpang dia.
bebudak lain sambung dinner pulak.

tapi dengan ini saya berikrar.
takmo lagi pergi jalan-jalan pakai baju kurung ngan kasut tinggi.
sebab panas, rimas dan sakit kaki. tak suka. :(
tak pun if tau tumpang orang or lepak ngan dorang-dorang ni. aku bawak baju n kasut spare.

9 Comments:

mc'kie tok one said... [Reply to Comments]

peejaaaa...awat tak tunjuk gambar kasut...nak gak tengok...ekekeke...

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

aku pun pernah mengalami benda yg sama mcm ko ni peej. ikut hati malas tapi kawan2 ajak join, nanti x join masing2 tarik muka 18 :P tapi aku siap beli selipar bagai..x sanggup nak bjalan2 dgn heels uols mau pengsan :P

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Suka tengok peeja dan kawan kawan, macam ni lah kawan setia dan aunty tengok peeja ni mulut sentiasa je menyebut nama Jonet memang peeja seorang yang sayangkan kawan kawan suka aunty dapat kenal dgn peeja.

Lagi satu jangan lah asyik cakap peeja tu gemuk, pada aunty badan macam mana pun tak kisah yang penting hati baik. Dulu masa aunty muda pun aunty kurus tapi uncle cakap dia lebih suka badan aunty sekarang. Kita kan badan sama sama comel peeja so apa ada hal.

peej said... [Reply to Comments]

mc'kie - eh gila. haha. buat apa amik pic kasut. kasut lama dah. dah berkali masuk blog ni pun. yang wedges c&k putih beli kat singapore tu. tau kan?

dylan - ikut aku mmg nak beli selipar jepun rm10. tapi takda pulak jual kat flea market tu. takmo beli mahal2. sebab aku if keluar pun akan pakai havaianas yang sama jugak. terpaling selesa tu.

aunty - a ah. sebab rindu sangat kat dia tu. paling best. mmg gemuk pun aunty hoih. kang kalau feeling lebih orang kata tak sedor diri pulak kan.

fatin itu saya said... [Reply to Comments]

oh oh. selalu aktiviti macam ni dengan kawan2 skola asrama dulu2 or dgn kawan uitm. kisah2 terlajak lepas kenduri lepas tu karaoke, or mamak dgn kasut tumit tinggi.

lepas tu mesti berikrar takmau dah dgn baju kurung n kasut tumit tinggi. pastu dah bijak, akan bawak sepersalinan utk kebaikan bersama.

tapi best kan. catching up camni dengan kawan2 lama. biar setahun tak jumpa, skali jumpa berkualiti.bes2.

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

OMGGG! Yang pasal ashtray kan, penah kena jugak masa pegi Bandung. Mintak ashtray, pastu waiter tanya nk satu ke dua, dah pelik di situ. Takkan la 2org nk ashtray sorg satu kan. Dgn minda yang bingung, cakap la satu,pastu waiter tu sampai bg Teh O Ais satu. Dah la masa tu air banyak gila atas table, ada la dalam 5 gelas sbb dia ada bg free air cam chinese tea masa baru2 sampai. 2org ngn bf je kot masa tu.

Pastu kitorg dah blur cakap la, "Pak, saya ngak order ini" sekali dia reply ckp "Saya kira mbak mau es teh bentar tadi?", sambil tunjuk2 air teh o ais tu. LOL

moral of the story : ketahuilah anda bahawa indonesian panggil teh o ais, ES TEH which is sounds like ashtray. Jadi, kira nya mahu mintak ash tray sebutlah bekas abu :DD

funky_D a.k.a Mrs Al said... [Reply to Comments]

es kepala muda......lol
aku dah pikir lain dah. hihihihi gile keji pemikiran.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

x leh blah gambar ko lap2 peluh tu dh mcm pose lak..hahaha!lawa2..suka2..:)

aku dl g kenduri cmni ngn kawan2 aku mmg bwk baju spare sekali instinct aku betol ko tau mana kitaorg menyinggah lps tu?air terjun ok..naseb baik bwk baju kalau x .. x ke meninggal org tgk pergi air terjun pki heels baju kurung segala?

Mizz Coki said... [Reply to Comments]

hahahaha manis.

yang.. lenkali kalo jumpa org indon, ashtray tu depa panggil ASBAK.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...