Instagram : @peejburhan

i loff u daddiiii.

dah sampai rumah :)
setelah puas bercuti di kediaman huda dan ice.
hati terasa sangat gembira.
terasa seperti hendak buat seperti rumah sendiri sahaja.
ala-ala tidak jumpa jalan pulang.
duduk sampai mereka menyampah menatap muka ku.

hahaha. macam harem je ayat sungguh baku macam tu.
tapi bagus sebenarnya kan.
orang semua faham dan tak merosakkan bahasa. ;p
tapi rasa tak feel and tak mesra.
aku sebenarnya tengah cuba untuk blogging and eja penuh.
macam selalu kan aku suka guna x = tak.
slow-slow untuk tak guna lagi.
kalau boleh ejaan proper la. tak guna short form.
kalau tiba-tiba ada tu maknanya aku tak perasan la tu.
sebab aku ada bad habit malas nak check balik apa yang aku dah type.
tu yang kadang-kadang merepek-repek je kan.
typo jangan cerita la.
baru-baru ni.. 'es kepala muda'. kenduri jadi kenduru.
hohohoh. korang pun buat-buat faham je la yea.

eh melalut la.
nak cerita pasal celebration father's day sebenarnya.
last sunday.
aku dah la tido tak cukup, pergi mrsm buat talk tu.
balik nak tidur tak boleh. tiba-tiba noy ajak pergi JJ au2.
sampai je terus pergi makan-makan.
papa sibuk cakap kat noy pasal falming steamboat.
hari tu kita orang pergi yang thai kat ampang tu kan.
flaming ni ayol pergi ngan officemate dia.
sibuk cerita-cerita. tu yang papa dok hint je.
so noy kata dia nak belanja  one whole family makan situ.
ayol je takda. sebab weekend kan memang dia balik kampugn tengok family dia.

aku dah ngantuk rasa macam nak muntah aje.
rasa macam taknak ikut.
tapi bising pulak semua.
tapi seperti biasa.
aku memang poyo, ngantuk la, apa la. padahal aku paling banyak makan kan. heheh.

so ke flaming steamboat danau kota.
penuh. ramai betul manusia.
so pergi sana.
the place is nicer.
tapi semua kena buat sendiri.
rasa annoyed pulak.
atleast pinggan mangkuk makan, sudu garpu ke apa letak la siap-siap kan.
tak ini semua kena amik sendiri.

choices semua banyak. puas hati la.
sorry aku tak snap pic. "ngantuk nak muntah" katanya kan.
tempat aku rasa q-thai lagi bersih la.
ok la tempat ni.
not bad.
oh air pun amik apa yang ada di situ sahaja.

harga sekepala adalah rm23.90. so total 5 orang adalah rm119.
then ada tambah rm6. tu aku tak sure apa. tax kot.

kali ni P.G ikut.
so seronok la sikit. rasa ramai. walaupun takda la ramai pun kan. heheh.




P.G ni ada masalah ngan camera.
tak reti duduk diam. so gambar semua macam sewel aje.
oh excuse my comotness. "mengantuk nak muntah" la katanya.
wah matiklah alasan kan. ;p


dia ada macam-macam jenis sos. tapi mama ambil yang ni.
tak sure best ke tak. aku tak rasa pun.
sebab sup tomyam dia dah super kaw. so hirup-hirup tu aje.
taknak cicah-cicah lain. slurpppppp.
oh flaming ni takda bbq macam kat q-thai.
sini ada steamboat sahaja.

aku bukan tukang ambik.
kali ni yang amik makanan adalah mama, noy & P.G.
gila membukit masing-masing bawak.
ada yang aku tak sempat snap.



papa pun macam P.G.
susah nak ambil pic.
mama ni kalau nak snap pic dia.
dia akan angguk-angguk sambil senyum-senyum.
tah apa-apa tah.
aku suka amik pic tak bukak flash. so pic pun bergerak-gerak la.
kalau bukak flash. kau nak buat apa pun buat la kan. ok aje.


:: P.G ambik. ni pun some aku dah masukkan ::


noy jadi tukang ceduk n masukkan dalam pinggan.
aku tak tau la minah ni kelam kabut apa.
tiba-tiba aku nampak berguling tercampak fishball debab.
terus jatuh kat P.G. hahahha.

yang P.G pulak dok bersila.
abis kena kaki dia fishball panas tu.
dia gerakkan kaki. benda tu berguling jatuh bawah telor dia. hahahaha.
dia nak angkat tak boleh sebab benda tu panas melampau.
dia nak berdiri pulak tak boleh sebab tak pakai selipar. so mencari cari selipar.
kelakar la. menggelupur dia kat situ. "adoiiihhh. panaasssss. auhhhh. hoiiii panas. apa niiiii"
last-last mama selamatkan.
tangan mak-mak ni kan tahan panas sikit.

P.G : nonoy niiiiii. kau ni kenapa?
noy : hehehehe. im chorriiii. tak sengaja. tiba-tiba berguling. kena kau ke?
P.G : kenaa laaaaa. panas tau.
me : hahha. terselit kat telor dia weyh. mesti telor kau masak kan? hahaha.
noy : haahhahaha.
P.G : hotak kau. saya pakai jeans kot. takda masak.
me : yeeee. sebab kau kelam kabut semacam je. hahhaa.

so funny.
ada video cam best tu.

mama stop makan paling awal.
tiba-tiba dia kata nak ice cream pulak. amboi over tau.
so P.G la amik ice cream untuk mama and dia.
aku tak rasa nak makan ice cream.
sengkak weyh sengkak.




then tengok papa pulak ambik.
papa punya gila over.
siap ada biskut n chocolate bagai hias-hias. haha lawak.



so fun.
tapi lepas tu balik je aku pengsan tidur. bagus.
next week zeity n zara sofea datang.
nak plan la nak pergi mana pulak.
sebab next week birthday nonoy. :)

ok dah tak tau nak type apa.
ta-ta.

p/s : this week tak buat sexy saturday. tak sempat nak carik video sexy-sexy. heh.


9 Comments:

PertMuffin said... [Reply to Comments]

peej, gambar papa mu yg 1st (dengan aunty n ada budak pompuan baju putih tgh keruk buntuit tu) ada macam iras aaron aziz versi tampal misai palsu nokss! serius tak tipu! *kagum*

peej said... [Reply to Comments]

pertmuffin - kau jangan pelik2 boleh tak? potong stim tahu. dah la hari tu noy kata rupa uncle aku. ni rupa bapak aku pulak. *nangis*

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

tahniah diatas ejaan penuh anda..kikiki..tp ok la..aku pun bertekad nak tulis ejaan penuh..hehehe

NenekPenne said... [Reply to Comments]

area sunway piramid pun ada flaming steamboat ni...

Nora said... [Reply to Comments]

Peej,

suka baca cerita pasal family u... nak-nak if ada makan-makan ehehehe kelakar tau u ceritakan

anyway, Happy Family.. i like :)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

PG ni aksi sama je setiap kali dia amik gambar kan?

eh ! betollah muka papa ko mcm versi aaron aziz la, ade iras!!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

amboi gigih makan anak beranak ni, sambil tu mata aunty asyik pandang gelang kak nani cantik sangat.

steamboat sedapnya terus aunty ajak uncle makan steamboat kat tupai tupai malam nanti, lagi pun nak hantar wan balik rumah dia, dia tinggalkan kereta dia suruh uncle servicekan.

kesian P.G. kena buli dengan 2 orang perempuan yang paling ganas sekali membuli noy lah, hihihi.

nqr said... [Reply to Comments]

aku penah makan sekali kat sunway, ahh rindduuuuu nak makan!

mc'kie tok one said... [Reply to Comments]

hahahaha...gelak sampai kuar air mata pasal fishball tergolek tu...hahahaha!

~mckie~

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...