Instagram : @peejburhan

goodness gracious

bagi sesiapa yang terlepas cerita.
meh aku cerita balik.
jonet sekarang takda.
sebab dia kat afghanistan.
dia pergi sana last april.
so dia kat sana 6 bulan. hopefully la.
jangan dorang sambung setahun sudah.

sejak dia pergi dapat contact sikit-sikit je ngan dia.
sebab dia kata kat sana line tak berapa best.
agak slow. tak pun kadang-kadang takda langsung.
so kadang-kadang je dapat keep in touch.

selalu tanya dia ok ke tak.
dia kata ok.
tapi adik beradik dia kata dia sedih kat sana. nangis.
aku tak dapat bayangkan. sebab nak dekat 20 tahun aku kenal dia. tak pernah la nampak dia nangis.

bila sembang dia kata sana tak best macam last time dia pergi western sahara.
kat sana boleh jalan-jalan semua.
ada cuti boleh pergi euro trip semua.
afghanistan ni lain.
tak boleh keluar sesuka hati tanpa arah tujuan.
if nak keluar pun kena pakai armored vest. siap ngan weapon semua complete.

tapi dia kata tempat tu lawa sangat.
cuma tu la. tak boleh nak suka ria ke apa.
aku tengok pic dia upload siap rasa sedih.
sebab ada satu gambar tu ada pompuan ngan anak dia dalam setahun lebih kot.
pic jonet tengah pergi kat budak tu nak mintak dukung.
mesti dia rindu adik-adik dia.
jonet ni jenis suka budak-budak kecik.

so baru-baru ni dia masukkan pic.
terus aku tergamam. sebab lawanyaaaa tempat tu.
walaupun tengah padang pasir ada scenery macam tu.
if only negara dia aman damai.
boleh jadi destination untuk melancong.
aku mintak permission jonet boleh tak nak share kat blog.
dia kata ok. tapi pic dia pakai uniform semua tak boleh la.

wokeyh. so aku share ngan korang pic permandangan sana.



hari tu masa nak buat entry review tu.
aku google picture karak.
pastu keluar tah apa gambar-gambar padang pasir bukit2 la apa.
aku dah macam. apa niiii?
kena google karak movie baru keluar pic.
sekali tengok jonet keluarkan pic ni.
hoh. kat tempat dia rupanya. it's kakrak ;p




:: air terjun ::


tasik.
lawakan.
tengok la warna-warna dia tu. macam laut.
kan warna biru pekat tu kan? sebab tasik ni dalam.
dalam 1km ok.
huish. kalau berenang tu salah step tak jumpa jalan pulang.



sekarang faham apa yang cuba di sampaikan.
tasik tu atas bukit tu.
paham tak ada bukit. tiba-tiba macam kawah ada pulak tasik.
lawanya Subhanallah.
pastu pic awal-awal yang aku tunjuk tu adalah air terjun daripada tasik tu la.


:: masjid tepi air terjun. ada clearer picture masjid tu. tapi nak tepek semua letih la jugak kan ::








tengok la macam mana lawa air sungai ni.
jernih-jernih semua.
bestkan yang rumah tepi sungai ni.
tapi takleh nak celup ke apa.
sebab air dia freezing.
rasa-rasa tak sayang diri sila la celup. heheh.

tapi memang pun kan.
walaupun background ala-ala fadang fasir.
tapi sebab ada air-air ni. rasa macam sejuk je kawasan ni.

oh tajuk entry aku amik bulat-bulat daripada title album jonet tu.
sebab memang itu pun perasaan masa tengok pic-pic ni.
baru tengok pic kan. macam mana la perasaan tengok live.

so yea.
tak dapat pergi afghanistan.
tapi kita tengok gambar je la kan.
hopefully lepas-lepas ni ada la pic jonet share. :)



29 Comments:

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Walaupun tak kenal Jonet personally..
Tapi cam salute kat Jonet..
Jadik askar (cita cita gua tu!) siap ke afghanistan pulak tu...

Cantik rupanya Afghanistan ni kan.. selalu duk ingat padang pasir ..
Then ada debu debu terbang gitu..

Semoga Jonet selamat disana dan selamat pulang nanti..

mamasuri said... [Reply to Comments]

cantik nyer...
terpegun aku tgk tasik tu..air biru..

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

Masya Allah...cantik sangat2 pemandangannya.

Terpaku tengok..Marvelous!

fatster said... [Reply to Comments]

sumpah gambar macam postcard! cantik sangat!
thanks for sharing kak peej!
:)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

subhanallah cantiknya pemandangan kat Afghanistan ni rasa macam nak pergi jer. tetapi mendengar

luahan hati jonet yang lasak tu kesian pulak aunty. aunty memang personally tak kenal jonet tapi sbb dah lama baca blog peeja ni rasa macam dia pun dah jadi kawan aunty maklumlah nama dan cerita mengenai jonet selalu ada disini.

harap jonet tabah disana ye. kita doa doakan je kat sini.

A.I said... [Reply to Comments]

Ya Allah...cantiknya pemandangan..
tp tetiba aku bleh 'rasa' sedih si jonet kt sana. alahai..tu ler pengorbanan kan?

doll said... [Reply to Comments]

Masya Allah.lawanya rupa Afganistan tu kan!bertuah Jonet.wlupun nangis2 gitu.rasa rindu kat family, peeja n Malaysia tu kot.yea laa, kat Mesia nie kalau nak gi mana2 tgh malam buta, ON jer, start keta dah boleh.nie tempat orang kan.dah tempat bekas perang pulak tu..masih banyak yg perlu dorang bangunkan lagi esp jiwa dan fikiran rakyat dorang..
harap Jonet kuat semangat dan dpt teruskan khidmat untuk negara.salute!

Coffee Mama said... [Reply to Comments]

Cantik betul! Memang tak sangka kat sana ada tempat2 cantik macam ni...Sejuk je mata tengok walaupun sebenarnya kat padang pasir..

jay said... [Reply to Comments]

series aku kagum..santeknyer afghan kn..tetibe aku tingat kat jiran ms aku blaja dulu..santek sgt budak afgan tuh..

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

Ya Allah cantiknye..tenang hati dengan melihat gambar saja. terus buat wallpaper. kirim salam jonet. she is a very strong girl. kalau kita macamana lah kan.

Dark @ng3L said... [Reply to Comments]

osmaisgos....lawa gilerh tempat dieee...

macam sgt bertenang je nengok gegambaran tu..

adehh..santek sangat..

NenekPenne said... [Reply to Comments]

nilah israel sibuk2 nak rampas tu...
cantik dan subur tempat ni...

khemy said... [Reply to Comments]

Serious lawa. Amerika ni vavi kan?

lily lotus said... [Reply to Comments]

cantik sangat ciptaan Allah ni :)

Sasha said... [Reply to Comments]

subhanallah...sejuk n sayu hati tengok tempat2 tu semua...ingatkan semuanya fadang pasir..

yana halim said... [Reply to Comments]

tak sangka Afghanistan cantik mcm nie. moga Jonet kuat semangat di sana.

Drama Mama said... [Reply to Comments]

subhanallah..memang teramat cantik! sayang tak ramai dapat enjoy kecantikan tu kan...hope peace will be upon them soon. ameen!

HSM said... [Reply to Comments]

Ya Allah cantik betul Afghanistan. Peeja, if you nak show picture2 scenery of negeri Morocco or Egypt. Saya ada kerana saya pernah pergi sana. Saya tak active mcm Peeja in blog writing. If siapa2 sudi nak tengok boleh lah. Memang cantik2 tempat tempat mereka. Saya selalu jugak pergi Morocco kerana suami saya org sana dan keluarganya dia sana. So u let me know nanti i hantar via email ok

HSM said... [Reply to Comments]

May Allah protect and bless Jonet. Salam perkenalan pada Jonet

jyss said... [Reply to Comments]

macam postkad :)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

subhanallah, cantek gila!!

sayang kita tak boleh/berani pergi

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

kat afghnistan camtu ek? selama ni kita kene jamu dgn perang bagai..
untungnya jonet.. bakti dia sungguh bernilai utk negara.. :)

~aNNa~ said... [Reply to Comments]

tak pernah terbayang afghanistan ni secantik ni. Subhanallah...cantik sungguh. sampaikan salam kat jonet ya

Kujie said... [Reply to Comments]

baca kisah joned lama dah...tahun lepas pun ada juga sesekali
jadi tak pelik sgt...harap2 dia sabar dan dpt sesuaikan diri, bukan mudah....

cantik view kt sana...

deasa said... [Reply to Comments]

tasik atas bukit tu...
wow

ciptaan Tuhan yang tiada tandingan nya

blue rose said... [Reply to Comments]

subhanallah...mcm lukisan

Mak Izz said... [Reply to Comments]

subhanallah cantik sungguh! air tu mmg nmpk sejuk yg amat dan batu2 tepi sungai tu, cantiknyerrrrr. mcm dlm mimpi tp bkn mimpi. krm slm jonet pesan kt dia jgn sedih2. berkorban demi bangsa dan negara! kami kt cni sume doakan keselamatan dan kebahagian beliau di sana :)

Annasue'G said... [Reply to Comments]

yg gambar 1 dgn 2 tu air terjun yg no.3 tu ke? dr jauh tak nmpk pon mcm ade air! subhanallah...cantiknya... :'))

shuweet said... [Reply to Comments]

lawo weihhhh..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...