Instagram : @peejburhan

expose mistik : sorok-sorok

Salam Kak Peej,

Sy silent reader blog kak peej. Tapi penah la bagi komen 2-3 kali. Saya suke segmen expose mistik nie. Memang saya tak penah miss baca.
Kali nie saya nak kongsi pengalaman saya pulak. Tak tahu la seram ke tak bagi korang... Tapi bagi saya seram la sebab saya yang kena.

Benda nie dah lama. Tahun 2000 kot. Masa tu keluarga saya baru je pindah rumah baru.
Sebelum pindah tu kitorang duk kat Tanah Lot, Dungun Terengganu. Sekarang kitorang duk kat Kg. Losong, K.Terengganu.
Ala... tempat orang jual keropok lekor femes tu... Tak kenal? Takpe. Nanti gi K.Trg, pegilah kampung saya tu ye. Beli keropok lekor banyak-banyak. Sedappp...Hihihihi...

Ok, kat rumah baru nie saya ada bilik sendiri. Bilik saya memang jauh sikit dari bilik orang lain. 
** Saya ada attachkan pelan rumah saya.





Alkisahnya, saya nie suke sangat mandi waktu maghrib. Tak tahu la kenapa.

1 hari, saya pegi mandi. Waktu maghrib la..
Pas mandi, saya jalan la nak masuk bilik.
Masa tu saya tengok 2orang adik lelaki saya, Shahril dan Shazrin duk main sorok-sorok.
Saya nie pesen suke berkemban lepas mandi. Kekadang sambil berkemban tu saya duk bawah kipas. Rasa sejuk jekk.. 
Otw nak ke bilik tu, saya ada cakap kat adik-adik,

"Jangan main sorok-sorok. Nanti ader hantu sorok, baru tahu."

Pastu saya pun jalan pegi ke bilik.
Diulang, mase tu kan maghrib. Opcos la mase tu cuaca dah gelap.
Masa masuk bilik tu, saya bukak la daun pintu sebab saya nak on kan lampu bilik. *rujuk gmbar. Anak panah kat depan bilik.

Suiz tu duk kat belakang pintu.
Tengah tangan duk teraba-raba carik suiz, saya nampak 'adik' saya (Shahril) duk sembunyi kat belakang pintu bilik saya.
Kedudukan muke saya dengan muke dia lebih kurang 2 jengkal je kot. Adik saya tu sama tinggi dengan saya.
Dia senyum kat saya.
Saya pun marah-marah laaa...

"Oit, Kak Ngah dah cakap jangan main sorok-sorok waktu maghrib. Tak reti ke? Dah! Pegi keluar! Orang nak pakai baju nie!"

Masa tu tangan duk teraba-raba lagi cari suiz.

Dia senyum-senyum lagi.
Sebenarnye masa tu saya tak nampak jelas muke dia.
Yang saya nampak mata dengan mulut je.
Gelap kan mase tu.
Saya pulak duk tenung je adik.

Then, bile saya on kan lampu, automatik adik saya dah takde.
Pastu bile saya intai kat ruang tamu, tengok-tengok 2orang adik saya tu duk terbaring tengok tv.
Masa tu diorang duk tengok citer Mr. Bean.

Time tu laaa tetibe saya rasa seriau.
Kalau adik saya tengah tengok tv, habis sape yang saya tenung dan marah tadi?
Huhuhuhuhu....
Misteri sungguh..
Terus malam tu saya tido letak surah yasin kat sebelah.

Sekian...
Tenkiu kak peej sebab sudi publish citer saya yang tak seberapa nie.
Nanti ada masa saya citer kisah saya & "penjaga" saya pulak...
Adios amigos!


 Diana  


......................................................................................

wsalam diana,

tu la ramai suka segment ni.
cuma ramai yang expose mistik jugak kot. so kurang komen.
yes. tau keropok losong. mana boleh tak tau.
tak malaysian la kan.

meremang bulu roma ni baca.
akak ni imaginasi tinggi.
so bila kata nampak mata n mulut tu.
n elok tengah senyum. meremang segala2 bulu. fuhhhhh.

sebab tu orang kata kita ni kadang-kadang tak boleh mulut lepas kan.
terlepas cakap, then terus la nampak la. mengikut la.
huish Nauzubillah. :/

nanti share la lagi yea.
seronok baca kisah2 ni.

kalau sesiapa nak share pengalaman expose mistik boleh la bagi email yea.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik :

tak kisah kalau ada blog ke takda ke.
tetap boleh share.
kalau korang ada blog. tapi rasa nak rahsiakan identiti. pun ok aje.
sharing is caring.
sebab mak ni penggemar cerita2 macam ni. heheh.

ok tu je.
semalam malam jumaat. :)

6 Comments:

Girl Girl said... [Reply to Comments]

uihh.. tulisan kaler pink. lupe plak ari tu nk bt kaler automatik.. btw, thanks kak sbb publish citer sy.. :D

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

baca kat opis awal2 pagi x tunggu lunch dah. alasan?
baru 15 minit buat kerja, baru nak naik syeikh khusyuk mahsyuk buat kerja tetibe dengar suara pempuan halus lembut bergema panggil dari belakang. sape? padahal blakang xde org. seisi opis tgh diam yg dgr bunyi keyboard je. habis sape yg panggil? huhuhuuu siang2 dia buat dah! trus teringat blog ko ni peej!

sweethOneY said... [Reply to Comments]

waaaaaaa scaryyyyyyy tak sukaa terbyg mulut senyum2.. huwaaa

HaNa NyoTa uHArA said... [Reply to Comments]

huu scary... tetiba bulu meremang

nqr said... [Reply to Comments]

aku terbayang kan nampak mata n senyum tuh.. alahai... lemah den... aku tak koser tido tutup lampu la malam ni

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

ooi cik adik ni rumah di kat tanah lot macam rumah aunty, so far dah 15 tahun duduk rumah ni, belum lagi nampak apa2 yang menakutkan walaupun rumah dekatdengan kubur, ish minta di jauhkan lah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...