Instagram : @peejburhan

expose mistik : jalan lama.

Hi Peej
 
I nak share satu cerita, jadi dlm tahun 2008 kot.

Ada kawan ajak my husband pergi dive kat Tioman during the weekend. Mula2 kitorang malas nak pergi, pikir macam penat sangat nak drive pergi Mersing-KL tu. Tapi last2 kitorang decide nak pergi jugak, padahal member2 lain dah gerak pergi Mersing lama dah. Kitorang dalam 9pm baru nak check map pergi sana mcm mana. Amik PLUS, kluar kat exit mana tah and terus gerak towards Mersing. Both of us tak pernah sampai sana and xde GPS so main ikut signboard je la. Sampai satu simpang tu, terconfius sebab batu tanda tepi jalan cakap kalo nak pergi Mersing kena jalan terus tapi signboard satu lagi cakap kena turn left. Masa tu dah dalam 1-2am, so kitorang decide pergi terus je la not knowing yang jalan tu lagi jauh compared to ikut jalan yang kena turn left tu :p 

Masa jalan tu, tetiba kabus tebal sampai wiper kena pasang laju2 nak kasi nampak jalan. Radio and phone signal sume yilek, pastu jalan sunyi sepi dari any kenderaan. Kitorang je kat situ. Dah la tak nampak kiri kanan ada ape, betul2 follow jalan buta2. Jalan pulak 2 lines je, pastu mcm berliku2 gitu. Lepas setengah jam baru ada satu dua lori lalu. Pastu senyap balik. Masa tu dah rasa nak patah balik, takut wooo kalo pe2 jadi kat kitorang confirm takde org tau mana nak cari. Dengan kabus tebal ye lagi, memang menyesal la pergi hari tu.

Nak jadi cerita, dalam duk takut2 tu tetiba lampu kereta we all tersuluh 2 org tengah lambai2 tepi jalan. Diorang berdiri sebelah satu kereta (bahagian depan kereta diorang mengadap jalan). Cara diorg lambai2 macam nak suruh kitorg berenti tulung diorang as if diorg kereta rosak tapi i tak nampak any remuk kat kereta so i assume kereta diorg bukan eksiden la. I still ingat yang i nampak tu 2 org lelaki pakai baju putih. My husband memang tak berenti la. Dah la lambat dah nak sampai Jetty Mersing, buat ye diorg tu penyamun ke pe lagi bahaya kan. 

Around 4am tu baru la sampai Jetty Mersing. Pergi Tioman 1 hari then drive balik KL terus. Masa tu siang, baru la nampak kiri kanan ada pe sebenarnya. Masa kitorang sampai simpang yang i cakap ada 2 arah to Mersing tu, i perasan yang jalan kitorang amik malam tu memang takde bahu jalan langsung. Terus hutan kiri kanan okeh. Kalo kereta rosak pun kena duduk atas jalan jugak, takde space langsung tepi2 tu nak letak kereta. Kalo kereta rosak pun takde tempat pun nak berenti, unless dia terperosok dalam hutan tu terus. Lagi satu, kalo kereta diorang betul2 rosak, mesti at least pasang lampu kecik tu kan nak kasi cerah sket, takkan la diorang nak duduk diam2 dlm gelap tu sementara tunggu bantuan. Jalan pulak kecik, mesti kereta tu mengadap ke arah hutan kan bukan ke arah jalan. Unless dia reverse kereta dia siap2 and tunggu orang lalu. 

Masalah ye, kitorang tersuluh diorang tu like 2-3 seconds je and bila i tengok side mirror memang tak nampak pe2 dah kat belakang tu. Confius gak sebab memang both of us nampak ada 2 org lambai2 sebelah satu kereta tu. Takkan dah ilang dalam kabus kot ?  Patut la lori ye yang guna jalan tu. Member2 we all sume cakap diorang guna jalan lain pergi Mersing.

Wallahualam...

anis

......................................................................................

hi anis,

hari tu ada tengok cerita senjakala.
then ada scene liyana jasmay ngan kawan dia tu blk kampung malam-malam.
dah la jalan kampung takda kereta lain semua.
pastu sambil tengok tu bebel, " bodoh tau. yang kau nak gerak malam kenapa. dah la jalan macam tu. penipu punya cerita"
hahahah. sekali tengok cerita anis ni jalan malam. so maknanya memang ada la kan.

tapi faham perasaan tu. sebab pernah terkena.
jalan yang segelap-gelapnya then susah nak nampak kereta.
nasib takda pakej kabus tebal ke apa.

tapi gila scary part kena tahan tu.
i mean memang scary la kan.
tah manusia tah tidak tu kan.
nasib tak berhenti kan.
me not loike.
nasib la aku takda kampung jauh-jauh ke apa ni.
dan kalau boleh takmo la drive2 roadtrip ke apa.
naik bas sudah. heheheh.

thanks anis. 
ok tu je.
salam malam jumaat semua :D

4 Comments:

yana halim said... [Reply to Comments]

dulu2 zaman anak dara, mmg suka balik kg malam2. kalau dari Kulim ke Parit, Perak mmg la kena masuk jalan lama konon nak dekat. berani wehhh....skrg takde la nak buat perangai drive sorang2 malam2 balik kg mcm tu dah. apakehenye berani sgt dulu2 tu tak tau la. gedik lebih kot...hahaha..

b3nz said... [Reply to Comments]

aku adalah familiar dgn jalan anis lalu.dia ikut jalan jemaluang, situ memang sunyi sepi..takde sape nak lalu sebab jauh sangat. simpang yang ke kiri tu shortcut nak ke mersing, lalu felda dan memang tak jauh pun. dalam 40minit boleh sampai mersing. jalan jemaluang tu dah la macam ular kena palu, aku pun dah x ingat sangat macamana.rasanya 2-3 kali je lalu situ.. tu pun zaman sekolah rendah.

an15 said... [Reply to Comments]

awww...thanks peej kuar kan my story. nway nak respon tu above comment by b3nz, aah betul la what u describe. patut lalu ikut felda tu, tp kitorang pegi terus. nasib tak elok, malam tu kabus mmg tebal. nasib selamat :)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

jalan lama tu memang menakutkan, dulu dulu uncle suka ikut jalan tu.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...